CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xyla73

[JTBC] A World of Married Couple (Kim Hee Ae, Park Hae Joon)

[Copy link]
Post time 18-5-2020 08:58 AM | Show all posts
Edited by mimi77 at 18-5-2020 09:00 AM

sorry dh ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam tu je ke ending nya..kenapa aku mengharapkan mereka menjadi keluarga bahagia kbali
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy&paste
Aida Natrah (copy/paste)
Kenapa ramai tak faham ending The World of Married Couple? Ini pendapat saya. Sekali lagi saya ulang, ini cuma pendapat saya. Jika ada yang kamu tak setuju, terpulang. Saya menulis buah fikiran saya untuk dibincangkan bersama

Puas hati saya tengok sebab semua ada kehidupan masing-masing. Hujung drama itu bukan Tae Oh yang balik tapi Joon Young. Kamu perasankah pintu rumah Dr Ji itu guna password? Yang tahu password Dr Ji dan Joon Young saja. Jadi di hujung drama itu, memang Joon Young yang balik ke rumah. Kamu ingat scene Dr Ji dan Tae Oh bersama malam tu? Joon Young balik rumah, kan? Macam mana dia boleh masuk? Sebab dia tahu password pintu rumah.

- Tae Oh hidup mencari peluang skripnya di mana-mana.
- Da Kyung sambung belajar dan tak mahu fikir soal cinta lagi sebab bila ada lelaki mengurat dia, dia menolak.
- Ye Rim dan Jae Hyuk bercerai sebab Ye Rim tak mahu terus hidup dengan anxiety dan menuduh, mencurigai suami dia seumur hidup. Bekas suami dia pula sudah ada pasangan baru.

Kenapa Joon Young lari? Ini pendapat saya.

1. Dia rasa bersalah sebab jadi punca Dr Ji dan Tae Oh selalu bertegang urat selepas bercerai dan gunakan Joon Young sebagai alasan untuk saling bertemu dan bertikam lidah. Scene ini dari awal saya dah nampak bila Joon Young ada masalah di sekolah. Joon Young tak mahu dirinya jadi alasan ibubapanya dalam masalah.

2. Dia tak mahu hidup terus dihantui Tae Oh. Selepas Tae Oh bercerai dengan Da Kyung, Tae Oh ke sana sini mengekori Dr Ji dan Joon Young dan membuatkan kehidupan mereka rasa terancam. Alasan Tae Oh adalah kerana dia mahu melihat dan merindui Joon Young. Trauma Joon Young selepas dipukul Tae Oh di hadapan Da Kyung itu yang membuatkan Joon Young dihantui.

3. Dia nampak ibunya seakan susah melepaskan Tae Oh. Scene ini berlaku semasa Dr Ji datang jemput Tae Oh dan Joon Young makan bersama dan ketika Dr Ji dapatkan Tae Oh yang hampir dilanggar lori. Kalau kamu perasan monolog Dr Ji, dia meragui hatinya sendiri. Dia tak tahu pilihan apa yang dia ada. Dia masih berlari dapatkan Tae Oh dan masih ada rasa kasihan padanya. Ini yang Joon Young nampak dan tak boleh terima.

Joon Young adalah remaja yang sedang meningkat dewasa. Melihat kedua orang tuanya saling bertarik tali, dia keliru dan tak tahu apa harus dia lakukan. Awalnya, Dr Ji membawa Joon Young menjauhi dan membenci Tae Oh tapi Joon Young jadi keliru bila nampak ibubapanya masih boleh berjalan bersama menuju ke sekolah untuk uruskan masalah Joon Young. Apatah lagi bila ibubapanya boleh bersama atas katil tapi di luar saling membenci. Sekejap suruh berbaik dengan Tae Oh dan tak lama selepas itu benci Tae Oh semula. Joon Young terperangkap dalam kemelut dan konflik ibubapanya. Apalagi bila Dr Ji membawa Tae Oh makan bersama mereka, hatinya jadi berbolak-balik, tak tenang dan marah. Dr Ji pula serba salah walaupun dia berjaya membuat Joon Young membenci Tae Oh tapi bila ini terjadi, dia sendiri meragui diri dan tak dapat maafkan dirinya sendiri.

Jadi bila Joon Young balik, dia akhirnya dapat memaafkan diri sendiri. Mereka hidup bersama semula selepas setahun Joon Young larikan diri. Dalam drama ini, Dr Ji Sun Woo menang walaupun hampir kalah sebab Joon Young melarikan diri

Bagi saya, Joon Young tak lari jauh mana pun. Mungkin dia tinggal di rumah kawan perempuannya. Kamu ingat watak budak perempuan yang suka Joon Young? Ibu budak itu kan bekas pembantu Tae Oh. Hehe! Tapi kalau kamu baca comment section ada satu scene Dr Ji dapat surat dari sebuah sekolah. So, saya rasa sepanjang 1 tahun Joon Young sebenarnya bersekolah asrama bahagian pemulihan dan akhirnya dibenarkan pulang selepas tamat sesi pemulihan. Apapun, semuanya selesai dengan baik. Joon Young pun dah dapat pemulihan.

Sekali lagi, ini hanya pendapat saya. Begitulah kehidupan, takkan ada kesudahannya. Banyak mesej yang nak disampaikan dalam drama ini tapi saya yakin kamu dapat tangkap semuanya dengan baik.

Ini kali keempat dah saya ulang, ini cuma pendapat dan buah fikiran saya. Kalau kamu tak suka, let go saja. Tak semua orang ada penerimaan yang sama. Saya menjelaskan kepada mereka yang tak dapat tangkap soal drama ini. Kalau kamu rasa kamu tersangat faham dan mampu faham, tahniah untuk anda. Ajak director dia datang rumah masa raya suruh shooting balik bagi ending yang kamu mahu  

Saya punya jenis apapun ending sesebuah drama dan filem, saya akan menghargai semua barisan pelakon apalagi pengarah dan penulis skrip dan korek segala mesej yang ingin disampaikan. Jadi saya harap anda juga begitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2020 11:54 AM | Show all posts
jejarihalus replied at 18-5-2020 10:40 AM
Copy&paste
Aida Natrah (copy/paste)
Kenapa ramai tak faham ending The World of Married Couple? Ini ...

setuju dgn komen ni..
more points to take note :
1) Joon Young dlm usia remaja camtu dah nmpk mcm2 jadi kat parents dia...from being in love to despise each other..dia nmpk ayah dia berskandal dgn Da Kyung, mak dia put him in dangerous situation masa try nak larikan dia, ayah dia hampir2 nak bunuh mak dia...lepas tu dia dpt tau pulak tu semua sbnrnya mak dia punya plan utk dptkan hak penjagaan..so tak boleh nak salahkan dia kalau he blame himself..
2) mesej yg jelas pasal women empowerment - wanita tak semestinya nak bergantung dgn lelaki kalau nak bahagia..that's why Dr. Ji choose to stay alone..Ye Rim tak jadi balik ke Je Hyuk sebab sentiasa meragui ex-husband dia...Dr. Sul capai cita2 dia as associate director despite being single..Da Kyung tak nak layan secret admirer dia & lebih fokus pada minat dia which is what she supposed to do dari awal lagi instead of wasting her time with Tae Oh..

sekali tgk mungkin ada rasa tak puas hati, tapi once kita fikir dlm2 baru dapat apa yg writer ni cuba nak sampaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:34 PM | Show all posts
xyla73 replied at 18-5-2020 11:54 AM
setuju dgn komen ni..
more points to take note :
1) Joon Young dlm usia remaja camtu dah nmpk mc ...

dari ep1 until ep16 mmg mcm2 emosi adee..kudos to cast & crew
ep paling sedih ep14 bagi iolss...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kecewa dr kim xdpt apa2. Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2020 12:02 AM | Show all posts
Han So-Hee as Yeo Da-kyung (The World of the Married 부부의)



Artwork : 김지은_jibleart








Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:08 AM | Show all posts
cite ni dah la aku lyn dari awal .. tapi kecewa ngn ending arghhh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 02:18 PM | Show all posts
Skang ni astro hello tayang cte ni.br start bbrp epi.hehe
Hoho tabik r ngan ketabahan kecekalan sun woo menghadap kecurangan suami dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer akan ada season 2kan..dh release ke belun
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:09 AM | Show all posts
baru layan drama ni..
tu pun sebab keluar kt astro prima..
baru layan ep 1 pun dah sakit hati...
ni baru jumpa link tgk on9...
bolehlah layan sampai abes ep..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060791 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list