CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
Jj_pondok This user has been deleted
Post time 23-8-2006 10:06 PM | Show all posts

Sekadar Nasihat

Assalamualaikum,

Bila ku belek sekelian tulisan dan ratusan pendapat di sekelian forum ke Agamaan maka takutlah aku pada Allah,yang berilmu berforum selamatlah,pada yang JAHIL maka risaulah aku dengan perkataan dan pendapat mereka yang keluar dari rakusan nafsu mereka,Maka sesungguhnya tiadalah kamu peroleh Ilmu yang bermenafaat dan Petunjuk dari ALLAH dengan hanya berforum kat sini,pendapat kamu kebanyakanya mengelirukan dan lari dari landasan ilmiah.

Apakah selamat kita ini dengan cara ini,
Apakah terlalu Alim kita ini hingga menolak sekelian Ulamak yang sakan mereka itu dengan ilmu dan Amal.
Mana satu fahamankah yang ramai ulamaknya berbanding ASWJ?
Nabi sudah memberi jaminan bahawa tidak akan bersepakat sekelian Ulamak dalam kesesatan,

Nah,justeru itu sekelian fahaman dan mazhab dipertikai oleh ramai Ulamak kecuali ASWJ.
Tidak ada ulamak yang menolak 4 mazhab ini pada zaman mereka dan zaman kita.
Tetapi ramai ulamak pertikai pada Syiah,Wahabi,muktazilah,jabariah,qhodariah dan lain lain.

Nasihat saya pada sekelian umat Islam marilah kita berdoa dengan doa ini "Allahumma fakkehna fiddin" bacalah beratus kali atau ribuan kali atau jutaan kali tanpa jemu jemu ,mudah mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita dan mendapat keselamatan dunia dan akhirat. Amin ya robbal alamin.....

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 24-8-2006 03:37 PM | Show all posts

Al-Haqqu Ya'luu Walaa Yu'Laa A'laihi !

Wahhabiiyah Mujassimah fi Haazal A'sr

Allahu Laa Yahtaaju Ilas-samaa' wala ilal A'rsy Walaa Ilal Makaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 23-8-2006 03:42 PM
sheir' ali..
sblm ini anda mempertikaikan wujudnya persandaran kalimat 'jalasa dr kitab itu...skrg dari mana pulak anda dpt?.cuba bagi sy site tu utk sy lihat.

setelah sy buktikan perkataan kuf ...



saya mempertikaikan wujudnya kalimah tersebut krn saya stlh membaca tidak temui kalimah tersebut..dan mungkin krn saya tersilap lihat bab?erima kasih krn saudara tlh menunjukkan menunjukkan dimana letaknya kalimah tersebut dlm kitab itu?an ianya juga disebabkan oleh pegangan tersebut tidk terdapat dikalangan mrk yg digelar wahabi ditempat kita ini..serta tidak tersebar dikalangan golongan tersebut dinegara kita ini dan tidak pernah saya dgr siapapun yg cuba mempertahankan aqidah yg sedemikian..
Cuma apa yg saya ingin sebutkan disini ialah..
Bilamana Pengarang tersebut membawakan perkataan : حديث وكيع عن إسرائيل بحديث :إذا جلس الرب على الكرسي فاقشعر رجل عند وكيع beliau telah menunaikan tugas beliau membawakan suatu dalil utk menjadi pegangan beliau serta bukannya semata2 pegangan yg tidak ada sandaran dan beliau turut sama membawakan sumber pengambilan beliau iaitu: أخرجه عبد الله بن أحمد في كتاب الرد على الجهمية(dlm kitab ar-raddu ?la aljahmiyyah-kalau siapa yg temui kitab ini dlm internet tolong kemukakan kpd saya) Cuma boleh dikatakan kesilapan beliau ialah tidk menyatakan dgn jelas bagaimanakah kedudukan athar tersebut.tidak menjadi kesalahan bagi beliau krn berpegang kpd suatu yg bersandarkan kpd nas disisi beliau dan ini byk berlaku dikalangan ulamak2 silam jg mengemukakan suatu yg disangkanya sbg hadis sahih rupanya suatu yg dhoif bahkan palsu..dan bagi ulamak kemudian dr beliau spt abusyafiq ini sepatutnya mengkritik pengarang kitab tersebut dgn cara disiplin ilmu dgn mengemukakan sudut dimanakah hadis@athar tersebut tidak sahih bukannya semata2 menyerang habis2an terhadap beliau.cuba kemukakan perbahasan mana2 ulamak ataupun kajian abusyafiq sendiri yg menunjukkan bhw hadis ini adalah palsu.andaikata ianya mmg tidak terdapat dlm mana2 kitab sahih maka saya sendiripun tidak akan membela beliau serta org yg beraqidah demikian.
Itulah sebabnya saya terjemahkan sedikit sedutan dr kitab tersebut supaya pembaca dapat melihat apakah yg dikemukakan penulis merupakan pendapatnya semata2 ataupun merupakan suatu yg berasas bagi beliau
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:08 AM | Show all posts
abu syafiq:
1-        MANA DALIL DARI NAS AL-QURAN DAN HADITH NABI YANG SOHIH MENGATAKAN ' ALLAH DUDUK' ?


PERTAMA SEKALI MENGAPA SAYA PERLU MENJAWAB KRN SAYA TIDAK PERNAH MENGATAKAN BHW SAYA BERAKIDAH DEMIKIAN..
Cuma bilamana saya dapati ianya terdapat dlm kitab spt yg dikemukakan oleh abu syafiq sendiri maka terlintas di fikiran saya mungkin ianya terdapat  dlm mana2 hadis sahih?an mmg saya mencari dgn melihat umpamanya dlm المعجم المفهرس لألفاظ الحديث  dan saya akui hingga kini saya tak temui hadis tersebut
Tapi kiranya ianya mmg terdapat dlm mana2 hadis sahih maka kita mesti menerima dan beriman dgnnya namun kaifiatnya kita serahkan kpd allah taala.. وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ (7)
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami .
krn kita tidak dapat menafikan adanya ayat2 serta hadis2 yg menunjukkan adanya tasyabuh antara sifat allah dan sifat makhluk serta ayat2 yg kesamaran spt firman allah taala هُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Apakah kita dapat menafikan adanya sifat2 mendengar,melihat,hidup dsgbnya pada allah taala dan ianya terdapat juga pada makhluk?
Apakah dgn kita mengatakan allah mendengar,melihat dsbgnya maka bermakna kita termasuk dlm golongan ?usyabbihah???
Apakah kita dpat menafikan bhw yg tertulis dlm mushaf serta yg dibaca oleh pembaca2 quran dgn suara masing2 itu adalah kalamullah?.apakah kita akan mengatakan itulah kalamullah dan ianya menyerupai makhluk?
Sepatutnya kita bincangkan kenapakah allah mengemukakan sifat2nya sama spt mana yg terdapat pd makhluk bukan dgn maksud utk menyamakan allah dgn makhluk tapi adalah krn kelemahan makhluk itu sendiri?..
Bagaimana kalaulah allah menyebutkan sifatnya dgn sifat yg langsung tidak pernah kita dengar dan tidak dapat kita gambarkan?taupun allah mengemukakan kalamnya yg sebenar tanpa dapat ditulis dan dibaca apakah kita akan dapat mengambil manfaat dr kalam tersebut??
Begitu jg dgn sifat2 yg lain spt yg allah jelaskan dlm quran spt ?angan,wajah? dsbgnya
Kita terima sebagai org yg beriman dgn kitabullah dan kita tidak menggambarkan bagaimanakah yg dikatakan tgn,wajah dsbgnya tersebut..semuanya terserah kpd allah taala
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:08 AM | Show all posts

sambungan

APAKAH DGN KITA MENERIMA SIFAT2 TERSEBUT PD ALLAH MAKA BERMAKNA KITA MENGGAMBARKAN BHW ALLAH BERJISIM??
Allah taala maha berkuasa kalaulah dia mampu menjadikan makhluk yg mempunyai tangan,wajah dsbgnya dgn berjisim maka dia juga berkuasa utk menjadikan perkara yg sama tanpa berjisim?
Contoh yg allah kemukakan berdasarkan makhluknya pun kita tidak dapat nak fikirkan?.
Contohnya sesama makhluk yg berjisim pun tidak sama?
Spt malaikat2 dgn kita?.bukankah terdapat dlm hadis yg menyebutkan nabi s.a.w. melihat rupa jibril yg asal dgn bersayap dll?enunjukkan ianya berjisim tapi apakah kita dapat mengatakan bilamana dia berjisim maka dia akan memenuhi ruang spt kita??
Dlm hadis yg lain pula nabi s.a.w. menyebutkan mana2 majlis ilmu yg dlmnya menyebutkan ingatan kpd allah maka malaikat2 akan bersusun sehingga kelangit ??pakah ianya akan memenuhi ruang sehingga menyebabkan bilamana kapalterbang lalu akan terlanggar malaikat tersebut
Namun kita mestilah menyerahkan hakikat ayat2 yg terdapat tasyabuh dlmnya kpd allah taala dan sifat yg sedemikian spt يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ  adalah yg layak bagi allah taala dan bagi makhluk adalah yg selayaknya utk makhluk..dan penawar bagi kita bagi ayat2 yg spt ini adalah
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (11)
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Dan kita tidak akan sekali2 boleh membandingkan dgn sifat yg lain pula kpd allah taala spt firmannya
فَلاَ تَضْرِبُواْ لِلّهِ الأَمْثَالَ إِنَّ اللّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (74)
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Tidak boleh sekali2 bilamana allah menyebutkan bhw ianya mempunyai wajah maka kita akan mengatakan ianya mempunyai hidung sebagaimana yg berlaku kpd seorang tuan guru tersohor ditempat kita ini suatu ketika dulu dan saya mendengar kaset pengajaran beliau tersebut yg mana maksudnya lebih kurang ?ilamana kita gi semaye dgn baju busuk allah akan tepis2 hidungnya utk mengelakkan bau busuk tersebut?
Kita tidak boleh termasuk dlm golongan ini yg selalu mentakwilkan semata2 krn takut akan akan termasuk dlm golongan ini
فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاء تَأْوِيلِهِ
adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
(walaupun saya tidak mengatakan takwilan secara keseluruhannya adalah tidak betul kalaulah ianya tidak mencacatkan kedudukan serta sifat allah yg maha tinggi)
Krn yg sebenarnya yg tahu maksud ayat2 yg spt itu adalah
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللّهُ 7)
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah

Dan yg lebih selamat ialah kita berada dlm golongan ini
وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ (
dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 24-8-2006 03:37 PM
Wahhabiiyah Mujassimah fi Haazal A'sr

Allahu Laa Yahtaaju Ilas-samaa' wala ilal A'rsy Walaa Ilal Makaan


apakah semua yg dituduh sebagai wahabi ditempat kita ini  termasuk saya sendiri termasuk dlm golongan ini????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2006 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by pak_kadok at 23-8-2006 06:54 PM


hmm.... macam biskut pulak. sekejap ada sekejap tak dak.

yang pak kadok tak paham ialah sikap tuan sheir'ali.  biasanya orang macam tuan tengok hadith sahih dulu baru percaya. tapi bila bab buku rujukan wahhabi. tuan benarkan dulu pulak, defend awal2, kemudian baru nak pi check hadith tu sahih ka tak. ini bab serius, sebab bukan takat membabitkan tokoh2 salaf macam waki', a'masy, sufian (thauri ka ibn `uyanah ?) juga rasulullah saw. ni kes berat syeikh.


terima kasih atas peringatan pak sheikh..dan insyaallah ianya tidak akan berulang..

saya sekejap timbul dan sekejap tenggelam ni bukannya sengaja tapi disebabkan tugsan yg menimbun...harap faham
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 23-8-2006 04:08 PM
saudara..lihat pengakuan sheir'ali :



mari kita lihat kenyataan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam Fathul Bari Syrh Sohih Bukhary menyatakan  :

ARASY ITU BUKANLAH TEMPAT DUDUK BAGI ALLAH, M ...


terima kasih diatas info ini dan sila kemukakan lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 08:43 AM | Show all posts
abu syafiq:
sheir'ali...
MANA DALIL DARI ALQURAN DAN HADITH NABI KATA SAMBUTAN MAULIDURRASUL ITU HARAM @ KUFUR DAN SAMA DENGAN KRISTIAN KAFIR?!


bila baca persoalan begini saya teringat peristiwa 3 @ 4 tahun yg lepas...
bilamana heboh berkenaan artikel yg keluar yg menyebutkan palsunya hadis kelebihan malam2 ramadhan maka seorg ulamak tersohor tanahair mengeluarkan kenyataan yg diterbitkan oleh akhbar jawi utusan melayu katanya:
"kalau kita nak menyatakan bhw hadis itu palsu kita mestilah mengemukakan satu hadis yg mengatakan bhw hadis itu palsu"

jawapan kpd kedua2 persoalan tersebut:
bagaimana kita akan kemukakan hadis yg menghukum perkara tersebut termasuk sambutan maulidurrasul dgn kaifiat yg dibuat zaman kini krn ianya berlaku @ keluar slps zaman nabi s.a.w.

saya tidak mahu membahaska dgn panjang lebar berkenaan hukum mengadakan sambutan maulirurasul sebagaimana cara yg dilakukan skrg ini tapi saya mahu menyebutkan sedikit berkenaan persamaan antara ungkapan yg terdapat dlm bait2 nazam maulidurrasul dgn ajaran kristian dan ianya tlh diisyaratkan oleh nabi s.a.w. dalam sahih bukhari
3261 - حدثنا الحميدي: حدثنا سفيان قال: سمعت الزهري يقول: أخبرني عبيد الله بن عبد الله، عن ابن عباس: سمع عمر رضي الله عنه يقول على المنبر:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (لا تطروني، كما أطرت النصارى ابن مريم، فإنما أنا عبده، فقولوا: عبد الله ورسوله).
janganlah kamu melampau2 dlm memuji2 aku sebagaimana nasara melampau2 dlm memuji ibnu maryam, aku hanyalah hambanya maka katakanlah "hamba allah dan rasulnya"

kristian memberikan sifat2 ketuhanan kpd nabi isa a.s.
dan mari sejenak kita melihat apa yg terdapat dlm bait2 nazam maulidurrasul:
allah taala berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ )
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (ghafir-60)

dan kalau kita lihat dlm nazam maulidurrasul:
مستجيب الداعوات
bermaksud: wahai yg memperkenankan doa2

dan allah taala berfirman lagi:
وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى (7)
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

dan dlm nazam maulidurrasul
عالم السر واخفى
yg mengetahui segala rahsia dan perkara yg tersembunyi

bukankah dlm nazam maulidurrasul segalanya ditujukan kpd nabi s.a.w. dan ianya merupakan selawat kpd nabi s.a.w.
dan bukankah ungkapan2 yg saya kemukakan itu merupakan penyabitan sifat allah yg terdapat dlm quran kpd makhluk iaitu nabi s.a.w.??

saya tidak menuduh org yg melakukan amalan maulidurrasul jadi spt kristian tapi dlm amalan maulidurrasul terdapat unsur2 kristian dan ianya merupakan unsur2 syirik kpd allah taala krn memberikan sifat allah taala kpd makhluk iaitu nabi s.a.w.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 25-8-2006 08:08 AM
Contohnya sesama makhluk yg berjisim pun tidak sama?
Spt malaikat2 dgn kita?.bukankah terdapat dlm hadis yg menyebutkan nabi s.a.w. melihat rupa jibril yg asal dgn bersayap dll?enunjukkan ianya berjisim tapi apakah kita dapat mengatakan bilamana dia berjisim maka dia akan memenuhi ruang spt kita??
Dlm hadis yg lain pula nabi s.a.w. menyebutkan mana2 majlis ilmu yg dlmnya menyebutkan ingatan kpd allah maka malaikat2 akan bersusun sehingga kelangit Apakah ianya akan memenuhi ruang sehingga menyebabkan bilamana kapalterbang lalu akan terlanggar malaikat tersebut


Saya ada bertanya perkara ini kepada ustaz tauhid saya dan mengikut ustaz, malaikat, jin dan syaitan dsbgnya adalah terdiri dari makhluk berjisim yang digelar jisim lathif oleh para ulamak iaitu mereka memenuhi ruang tetapi tidak dapat dikesan oleh dunia fizikal manusia melainkan kalau mereka mahu dan diizinkan Allah. Adapun Allah tidaklah boleh sama sekali dibandingkan dengan makhluk sebegitu yang juga merupakan ciptaan2Nya.

Tidaklah saya bertanya lebih kerana saya tahu ustaz itu tidaklah arif dalam bidang sains dan sekadar menyampai ilmu yang dipelajarinya dari gurunya.

Sebagai orang yang belajar sains, saya pun sedar dan setuju dengan ustaz bahawa  istilah "ruang" fizikal manusia ini amatlah terbatas sekali, banyak yang kita tak dapat kesan dengan panca indera yang Allah berikan kepada kita hatta menggunakan peralatan2 atau sensor2 yang canggih zaman sekarang.

Baru-baru ini pun heboh pasal kajian NASA yang baru dapat membuktikan kewujudan satu jenis jisim yang dipanggil "dark matter"  yang terdapat dengan banyaknya di galaksi-galaksi termasuk galaksi kita, ada yang mengatakan sehingga 90% dari keseluruhan galaksi, tetapi tidak tahu di mana tempatnya kerana tak boleh dikesan - tetapi ianya memenuhi ruang dengan cara yang tidak manusia fahami. Bukti ini diperoleh hanya dengan cara "inference" atau kesimpulan dari pergerakan galaksi dan tidak mampu menunjuk di mana sebenarnya 'dark matters' ini berada.

Banyak ilmu Allah yang manusia tidak ketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:30 AM | Show all posts
betul tu, teringat lak tentang 'Teori Big Bang' tentang penciptaan bumi dan alam semesta yang menepati penceritaan al-quran tentang penciptaan bumi dan langit, tak ingat ayat dan surah yang mana, pernah baca dlm buku2 Dr Zakir Naik...masalah yang baru difahami manusia dlm zaman nie, setelah beribu-ribu tahun manusia ada dibumi...malangnya ditemui oleh org-org kafir dan bukannya org beriman yang spttnya telah diberitahu ttg perkara tersebut.. makin kita memahami rahsia-rahsia alam, makin kita menemui kebenaran al-Quran, sebab tu lah byk galakan untuk berfikir dan mengkaji alam fizikal yang kita temui didalam Al-Quran, tetapi terdapat larangan dan tegahan mengkaji tentang alam ghaib, yang tak dpt diuji dan difahami oleh akal manusia, tetapi dituntut oleh Allah untuk di imani, maka hendaklah kita beriman seperti mana diwahyukan Allah dan diterangkan oleh Rasulullah dan seperti mana diamalkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah.

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 25-8-2006 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 25-8-2006 09:14 AM
Saya ada bertanya perkara ini kepada ustaz tauhid saya dan mengikut ustaz, malaikat, jin dan syaitan dsbgnya adalah terdiri dari makhluk berjisim yang digelar jisim lathif oleh para ulamak iait ...


Sedikit nota tambahan, dari posting di atas tidaklah SAMA SEKALI saya bermaksud bahawa "jisim lathif" itu "dark matters"...cuma maksud saya adalah - banyak perkara mengenai langit dan bumi yang tidak manusia ketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 25-8-2006 09:30 AM
betul tu, teringat lak tentang 'Teori Big Bang' tentang penciptaan bumi dan alam semesta yang menepati penceritaan al-quran tentang penciptaan bumi dan langit, tak ingat ayat dan surah yang mana, p ...


Bagi saya teori big bang itu belum complete, sebab ianya cuma melibatkan pengwujudan dunia fizikal yang boleh dikesan manusia. Kerana manusia tidak boleh mengesan jisim lathif, tidaklah diketahui dan dapat dikenalpasti adakah makluk jisim lathif seperti malaikat dan jin juga terwujud ketika 'big bang' tersebut.

Dari segi tauhid dalil aqli kewujudan Allah, apa yang saya qasadkan adalah dari segi siapa yang decide Alam ini mula wujud? Kerana asal alam itu tidak wujud dan secara logik ianya akan terus tidak wujud melainkan ada yang membuat keputusan agar ianya wujud, iaitu Allah. Tentang saat bermula kewujudan alam itu, ianya tidaklah saya qasadkan secara spesifik  kepada teori "big bang" kerana  siapa tahu nanti ada penemuan baru dari segi sains yg menyangkal teori big bang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 23-8-2006 03:45 PM


Nah...ini pula petikan-petikan daripada risalah yang diedarkan kepada jemaah-jemaah haji yang diterbitkan di Arab Saudi dan kata penghantarnya adalah Sheikhul al-Faqir Abdul Aziz bin Baz.

Da ...



itu hang punya andaian ka anggapan ka, hang tanggung sendiri.
nanti hang pi buat umrah atau haji. jaga-jaga sikit takut imam yang dok depan hang tu wahabi.  baguih jugak kalau syiah pi buat satu lagi masjid, tak da campur ngan wahabi-wahabi se dunia.  nanti tak solat jumaat susah pulak kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 08:30 PM | Show all posts
SIAPAKAH AHLI SUNNAH - eBook terhangat di Malaysia masakini.

Menjawab fitnah zamihan al ghari (JAKIM) oleh Dr. Azwira Abdul Aziz.
Apa komen Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (Panel Akidah JAKIM) dari Jabatan Usuludin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kata pendahuluannya.

http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:04 PM | Show all posts
kalau menjawab ustaz zamihan kat sini pun ada.  lebih spesifik berkenaan kitab fathul majid....

menjwb fitnah ustaz zamihan: kitab fathul majid memusyrikkan nabi Adam AS
http://www.al-qayyim.net/home/mo ... article&sid=402

utk yang kata al-qayyim tu wahhabi, maka link tu tak relevan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 28-8-2006 10:48 AM | Show all posts

RINGKASAN 1 DARI PERBINCANGAN KESESATAN AQIDAH WAHHABI

Assalamualaykum saudara sekalian..

isu Wahhabi sepatutnya tak timbul dinegara kita kerana mereka bukan berasal dari malaysia.
tetapi oleh kerana ada yg membawa fahaman Wahhabi dari luar malaysia ke dalam tanah air kita maka menjadi satu kewajipan kita mempertahankan islam yg telah masuk ke negara kita berdasarkan alquran, hadis nabawi dan ijmak.

Andainya Wahhabi membawa fahaman yang benar dan aqidah yg betul maka kita akan menjadi pejuang dakwah mereka sekiranya berlandaskan alquran, hadis yg betul dan ijmak..malangnya Wahhabi membawa aqidah yg jelas kesesatanya terutama dalam baba USUL AQIDAH.

sy dapati dari perbincangan ramai sudah mula menolak aqidah tajsim dan tasybih yang mengatakan Allah Duduk.
Ini satu perkara yg amat bagus..kesemua disini telah menafikan Sifat Duduk Bagi Allah kerana ianya jelas bercanggah dengan pegangan islam. Akan tetapi...

Malangnya ada sesetengah kita yg lupa persamaan makna SEMAYAM dengan DUDUK. ketahuilah (mungkin ada yg tak perasan) bahawa Allah 0 tidak bersifat bersemayam kerana bersemayam bererti DUDUK.
Sekiranya anda terjumpa perkataan Allah Bersemayam maka jgn iqtiqad DUDUK kerana itu adalah salah. (sy tahu ramai yg tak tahu juga erti semayam)

Pada hemat ulama.. tidak patut diterjemah Arrohman 'alal 'arsy istawa  itu dengan Allah bersemayam diatas arasy.
ini tidak betul kerana ia boleh membawa kpd erti Allah Duduk..ramai yg tak perasan perkara ini..sy juga dapati dlm sesetengah kitab yg menukilkan terjemahan yg salah tersebut. sy berhusnu zhon dgn beranggapan mereka tidak mengerti erti SEMAYAM @ BERSEMAYAM.

Maka setelah perbincangan ini yg saya buktikan dgn hujjah yg kukuh dptlah disimpulkan :

- ALLAH TIDAK BERSIFAT DUDUK.

- ZAT ALLAH TIDAK DI TEMPAT ( LANGIT, ARASY DAN SELAINYA )

- ALLAH BUKAN BERJISIM DAN TIDAK MENYERUPAI MAKHLUK2NYA.

- AQIDAH 'ALLAH DUDUK' BUKAN AQIDAH ISLAM TETAPI IANYA MERUPAKAN AQIDAH KRISTIAN DAN YAHUDI.

- ALLAH ADA TANPA MEMERLUKAN TEMPAT.
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 28-8-2006 11:26 AM | Show all posts

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

sheir'ali kata :

kita tidak dapat menafikan adanya ayat2 serta hadis2 yg menunjukkan adanya tasyabuh antara sifat allah dan sifat makhluk


Sy nasihatkan agar anda menjaga penulisan anda krn byk yg merapu dari tidak. Langsung anda tidak mengunakan cara ulama Tauhid dan ulama Aqidah bila meperbincangkan mengenai ilmu tauhid dan aqidah.

perkataan anda tu amat salah...! ketahuilah tiada pun ayat2 atau hadis2 nabawi yg menunjukkan adanya persamaan sifat Allah dgn sifat makhlukNya.
TIDAK ADA!..ana pelik..mcm mana anda mengajar org seperti yg anda selalu war war kan?! sy berharap jbtn agama ditempat anda mengambil tindakan pada penyampai ajaran sesat!

ingat! bila kata : Allah bersifat hidup..manusia bersifat hidup..INI BUKAN PERSAMAAN SIFAT ! INI DINYATAKAN OLEH ULAMA TAUHID SEBAGAI " ITTIFAQ BIL LAFZI LA FIL MA'NA "...ianya sebutan lafaz yang sama dan bukan pada maknanya.
rujuklah kitab tauhid muktabar dan BUKAN SYRH FATHUL MAJID YG SESAT!

malangnya anda kata itu adalah PERSAMAAN SIFAT! nk jadi Musyabbih ke anda nih!?

la takun minal juhala!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 11:26 AM | Show all posts


Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan


Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang

Ia, tiada bertempat
Kerana tempat Ia yang menjadikan
Ia memberi tiada mengambil manfaat
Kerana Dia tiada berhajat


Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaan-Nya

Dia disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah

Kalau bertambah ertinya Ia kurang
Dia tetap dengan kesempurnaannya
Maha Suci Ia dari kekurangan
Ia sedia kala

Tiada didahului oleh tiada
Zatnya tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan setan
(Bila dia Zat Yang Maha Agung)


Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan

Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendaknya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang

      


Eloklah kalau budak2 di ajar nasyid cam ni, supaya bila besar dia tahulah kalau ada org kata SIFAT dan ZAT ALLAH begitu begini, dia dah ada GUIDELINE akidah yg tepat...

[ Last edited by  serihartatie at 28-8-2006 11:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 11:33 AM | Show all posts
Kalam Allah


Diantara sifat Tuhan yang wajib lagi mulia kalam namanya
Ertinya Tuhan berkata-kata dengan bahasa yang tersendiri
Bahasanya tidak sama dengan bahasa mahluk-Nya
Bahasa mahluk Tuhan yang ciptakan


Ia sudah sedia ada di azali
Tidak diukur mengikut masa dan zaman
Seperti mana zat-Nya adalah Qadim lagi azali
Bahasa-Nya juga Qadim lagi azali

Bahasa Allah Tuhan kita tersendiri
Tak dapat difikirkan tidak dapat dikhayalkan
Tak sama dengan bahasa makhluk ciptaan Tuhan

Tuhan bercakap tidak berlafaz
Tidak berhuruf tidak bersuara
Tutur-Nya tidak ada yang dahulu
Dan tidak ada yang kemudian
Maha suci Tuhan bahasa-Nya
Tidak dapat digambarkan

Al-Qur抋n adalah bahasa Malaikat
Bahasa Rasul terjemahan bahasa Tuhan
Kita hanya dapat faham maksud
Bahasa Tuhan dan bahasa Al-Qur抋n

Bahasa Tuhan tak macam bahasa Qur抋n
Maha suci Tuhan bahasa-Nya demikian
Jika kita tak dapat fikirkan dan khayalkan
Sudah betulah itu mengikut pegangan
Jangan diubah lagi keyakinan itu
Mengikut sangkaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.141220 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list