CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CivicSI

MERGED SEMUA PASAL RUMPUT

  [Copy link]
Post time 14-11-2006 02:39 PM | Show all posts
tu larr... rumput ni semua kena rajin jaga. kalau tak panjang kan sapa susah. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2006 02:44 PM | Show all posts
Ni rumput setelah baru ditanam.



selepas 3 bulan ditanam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 14-11-2006 02:44 PM
Ni rumput setelah baru ditanam.



selepas 3 bulan ditanam.



I ada ambil gambar.., berapa j arak rumput yang u tanam tu.. dari 2' x 1' tu u potong 2 tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by maizana at 14-11-2006 04:45 PM


I ada ambil gambar.., berapa j arak rumput yang u tanam tu.. dari 2' x 1' tu u potong 2 tak?



i x potong dua. terus tanam sebab i tanam sendiri. kalau potong dua.. lambat le nak siap.
i tanam dalam 2 hari siap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 02:08 PM | Show all posts
Fikir sebelum pilih jenis rumput


DALAM keluaran lalu, kita membincangkan kenapa dan faedah rumput serta kawasan sekeliling kita. Kali ini, saya ingin membincangkan kenapa perlu memilih rumput tertentu.

Jika ingin memilih rumput sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah;

Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput. Rumput yang lasak untuk padang bola tidak sama dengan rumput ditanam untuk perhiasan.


PEMILIHAN rumput
perlu bersesuaian.

Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan masa membuang rumput liar. Ini akan terbahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana.


Kawasan tanaman; adakah berdekatan bangunan atau ada banyak pokok? Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.


Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.

Sebarang jenis tumbuhan hidup yang boleh kerap dipotong pada ketinggian rendah boleh dianggap sebagai rumput turf. Secara definasi, rumput turf ialah lapisan tumbuhan berguna termasuk bahagian atas tanah yang dipenuhi oleh akar, rhizom dan stolon.

Di dalam bidang industri penyelenggaraan padang golf; rumput hiasan atau kadangkala di panggil rumput turf secara umumnya boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; Musim Panas (Warm Season) dan Musim Sejuk (Cool Season).

Rumput turf musim panas perlukan suhu optimum dari 25 - 35 darjah Celsius (80-95 darjah Fahrenheit) satu kumpulan rumput lagi hidup dalam suhu optimum dari 15 hingga 25 darjah C (60 hingga 75 darjah F).

Di Malaysia, kebanyakan rumput turf ialah dari kumpulan rumput musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang menggunakan sejenis rumput musim sejuk.

Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah dari kategori perennial iaitu ia hidup lebih dari setahun. Tentunya rumput ini memerlukan nutrien, air dan udara untuk hidup. Dan seperti tumbuhan lain, rumput turf sangat peka kepada persekitarannya. Perubahan mendadak kepada sekitaran akan menguji ketahanan hidup tumbuhan itu.

Jenis rumput turf

Saya akan beri nama biasa menggunakan nama Inggeris sebab nama dalam Bahasa Malaysia jarang digunakan (Rumput lembu? Rumput kerbau? Rumput mutiara?). Paling penting ialah nama saintifik, sebab lain orang lain nama biasa yang digunakan. Contohnya Carpetgrass, kalau di Amerika, ia merujuk kepada Axonopus compressus tapi di Malaysia selalunya ia adalah Zoysia tenufolia atau Zoysia velvet yang di nurseri yang lain akan dipanggil Taiwangrass. Di Malaysia Axonopus compressus kita panggil Cowgrass atau rumput lembu. Tapi semua orang akan gunakan nama saintifik yang sama.

Musim Panas (Warm Season)

Bermudagrass Cynodon spp
Buffalograss Buchloe dactyloides
Centipedegrass Eremochloa ophiuroides
Cowgrass Axonopus compressus
Pearlgrass Satu hybrid (kacukan) dari Cowgrass
St Augustinegrass Stenotaphrum secundatum
Water Couch Paspalum vaginatum
Zoysiagrass Zoysia japonica, Z matrella, Z tenufolia

Musim Sejuk (Cool Season)

Bentgrass Agrostis palustris
Bluegrass Poa pratensis
Fine Fescue Festuca rubra, F ovina
Ryegrass Lolium perenne
Tall fescue Festuca arundinaceae

Cara-cara rumput membiak

Rumput membiak umumnya dengan dua cara utama:


Benih

Cara yang biasa kita kaitkan dengan tumbuhan. Tanam biji benih, kita akan dapat tumbuhan yang kita tanam.


Vegetatif

Melalui bahagian tertentu rumput berkenaan. Biasanya stolon atau rhizom. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput hybrid (kacukan) yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan ibu/bapa.

Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Rhizom ialah akar yang menjalar di bawah permukaan tanah.

Tiap jenis rumput akan mempunyai sifat 搒toloniferous

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hanks_alonso This user has been deleted
Post time 22-11-2006 03:52 PM | Show all posts

Benih rumput

Salam,

Tumpang lalu ni posting saya yang pertama

Nak tanya dimana boleh saya dapatkan benih rumput cowgrass (Axonopus compressus) si sekitar Kajang atau Semenyih?

TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2006 10:27 PM | Show all posts
err..aku ada satu number mamat ni. dia supply segala jenis benih
atau bunya rumput. tapi boleh ke aku letak phone number kat sini?
jap aku PM ko..kenapa la aku boleh tak terfikir untuk PM jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:30 PM | Show all posts
oh i terforgot. satu lagi..kalau kau pergi jusco midvalley,
ada jual benih rumput. tapi aku tak sure la cowgrass ke tidak.
rasanya cowgrass kot.


rumput kat garden aku tak tmbuh tumbuh lagiii..uwaaaa..menyesal
aku pergi racun that day.


at last, bela lalang lagi best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 08:49 AM | Show all posts
I dah tanam rumput... at last I pilih RUMPUT MUTIARA.. sebab I nak kan less maintenance..






Keadaan rumput semasa tanam




Keadaan rumput semalam (27hb Nov 2006)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by maizana at 28-11-2006 08:49 AM
I dah tanam rumput... at last I pilih RUMPUT MUTIARA.. sebab I nak kan less maintenance..



http://i17.photobucket.com/alb ...



Tahniah ... harapnya rumput mutiara Maizana subur subur dan tidak kering dihujungnya...

psst.. banyak lagi project boleh buat kat laman u ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 28-11-2006 11:02 AM



Tahniah ... harapnya rumput mutiara Maizana subur subur dan tidak kering dihujungnya...

psst.. banyak lagi project boleh buat kat laman u ni..


Memang banyak lagi projek ni... kat halaman tu.. i tak nak tanam apa2 lagi.. biarkan rumput jer.. i ada banyak lagi sudut2 y ang perlu diberi perhatian.... kalau u nampak tempayan kat sudut tu.. i nak biarkan kat situ.. kalau hujan.. air tak kena kat tanah.. air akan jatuh kat tempayan dulu... dasar tempayan tu.. i nak letakkan batu2 sungai.. dan i nak letak gayung tempurung juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by maizana at 28-11-2006 11:29 AM


Memang banyak lagi projek ni... kat halaman tu.. i tak nak tanam apa2 lagi.. biarkan rumput jer.. i ada banyak lagi sudut2 y ang perlu diberi perhatian.... kalau u nampak tempayan kat sudut tu. ...



tempayan tu mulutnya kecik ke besar ?? kalau pasang kan rantai dari atas ke bawah dapat mengalurkan air jatuh ke bawah.

tanam rumput guna top soil ke atau pasir sahaja ?  Di hujung sana ku nampak pokok sepit udang.. akar akan menjalar and tumbuh di celah rumput. Ada kaedah untuk menghalang pembiakan pokok heleconia tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 28-11-2006 11:41 AM



tempayan tu mulutnya kecik ke besar ?? kalau pasang kan rantai dari atas ke bawah dapat mengalurkan air jatuh ke bawah.

tanam rumput guna top soil ke atau pasir sahaja ?  Di hujung sana k ...


I tanam dua jenis heliconia... yang bird of paradise tu ok.. yang satu lagi tu masalah... kalau nak elakkan dari tumbuh meliar.. kena buatkan blok (macam planter box).. just letak batu  bata..., tapi macam i.. I potong jer tunas dia... I tanam tu sebab nak hidekan dinding neighbour tu... nak tunggu creepers lambat...

Tempayan tu.. mulut kecik jer... (sementara lah kot).. tapi kat bawa tu.. i letak batu2 besar...

I tanam rumput tu guna pasir... top soil dah lama letak... semua tu cost abt. RM 900 (closed turfing)..kesemua rumput I beli 500 keping ... transport RM 130 dari sungai buloh ke semenyih... First time beli 350 keping.. tak cukup... I beli kali kedua.. transport minta tolong kawan gunakan storm jer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by maizana at 28-11-2006 08:49 AM
I dah tanam rumput... at last I pilih RUMPUT MUTIARA.. sebab I nak kan less maintenance..



http://i17.photobucket.com/alb ...


TAHNIAH di ucapkan ke atas kesungguhan n penat lelah miker, Maizana.

Di harap miker bley ambik gambor setiap bulan akan perkembangan ttg GHUMPUT MUTIARA miker ini.
Dan cara2 penjagaan nya.(weeding, menyiram, membaja etc)

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 28-11-2006 01:28 PM


TAHNIAH di ucapkan ke atas kesungguhan n penat lelah miker, Maizana.

Di harap miker bley ambik gambor setiap bulan akan perkembangan ttg GHUMPUT MUTIARA miker ini.
Dan cara2 penjagaan nya.( ...


Insyallah.. I akan update from time to time... buat masa ni I dah tabur baja 15 sekali... dan ada satu dua rumput liar tumbuh dan I cabut setiap kali nampak dia tumbuh... sekarang ni musim hujan.. I tengok.. kalau basah tak siram.. kalau rasa kering I siram..


Ni.. projek kedua I... nak letakkan timber plank kat tengah2.. kiri kanan i nak tanam rumput.. bila dah ok.. cadang nak letak outdoor table and bench...


Yang ni tempayan dicucur salur hujan... cadang nak cat hitam dan nak cari lagi batu2 sungai yang kecil.. untuk diletakkan sekeliling tempayan

Klik Sini.. Keterangan Lanjut mengenai Rumput Turf

[ Last edited by  maizana at 29-11-2006 02:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:53 PM | Show all posts
4 rumput utama untuk pilihan
Oleh Norakmah Mat Youb


JIKA ke nurseri rumput turf dan bertanya mengenai jenis rumput yang sesuai ditanam sebagai rumput hiasan, kita akan dapati bermacam-macam nama diberikan. Kadang-kadang nama berbeza untuk rumput yang nampak macam sama. Umumnya ada empat jenis rumput utama di negara ini.




Cowgrass dan Pearlgrass Axonopus compressus


Rumput ini popular di Malaysia dan mudah dijaga.


Tidak perlu banyak baja dan tidak mempunyai banyak musuh (serangga

atau penyakit).


Ia tidak cepat panjang kecuali jika terlalu banyak baja atau terlalu banyak lindungan. Sesuai untuk kawasan berpokok.


Mempunyai akar yang cetek oleh itu tidak tahan kemarau.


Rumput ini sesuai untuk padang permainan yang selalu digunakan tapi kurang peruntukan.


Pearlgrass ialah suatu cultivar daripada Cowgrass.


Mempunyai warna hijau pekat, ia tumbuh lebih rapat dari Cowgrass: lebih rapat ke tanah antara satu sama lain.


Rumput ini sesuai untuk halaman rumah.


Keperluan baja dan pemotongan yang minimum dibandingkan rumput lain.

Bermudagrass


Cynadon dactylon atau beberapa hybrid daripada `perkahwinan' antara Cynodon dactylon dan Cynodon transvaalensis.


Dalam cuaca kita Bermudagrass akan terus hijau sepanjang tahun.


Mempunyai keperluan cahaya yang tinggi dan tidak sesuai berhampiran bangunan atau di bawah pokok.


Jika cuaca kurang, ia akan mempunyai daun yang kurus dan panjang.


Tahan kemarau dan juga hujan yang banyak. Sesuai untuk kawasan lapang yang besar seperti padang golf, bola dan taman permainan yang tidak banyak perabot.


Tidak sesuai pada halaman rumah.


Mempunyai banyak jenis iaitu cultivar dan hybrid untuk pilihan.


Sesuai bagi kawasan yang selalu banyak `kecederaan' pada tanah kerana kadar pertumbuhan tinggi.


Ia juga sesuai untuk kawasan yang perlu warna hijau gelap, rumput halus dan ketinggian pemotongan rendah.

Serangoon-grass Digitaria didactyla


Boleh dipotong hingga ke ketinggian 4.4milimeter


Tumbuhan yang biasa hidup di kawasan tropika dan subtropika.


Ia tahan dilitupi air untuk jangka masa pendek (tahan banjir) dan boleh `mengharungi' musim kemarau dengan mengecut atau menggugurkan daun.


Tahan lindungan dan amat sesuai di keliling bangunan.


Lambat panjang dan kurang perlukan baja, tetapi warnanya yang hijau muda menjadikannya kurang diminati sebagai rumput halaman.


Tumbuh secara baring dan tidak perlu kerap dipotong.


Ia adalah rumput tempatan berpotensi tetapi kurang digunakan.

Zoysiagrass


Selalunya jenis ini ialah rumput Zoysia matrella, Zoysia japanica atau Zoysia tenufolia dan beberapa hybrid daripada Zoysia japonica serta Zoysia tenufolia.


Warna hijau muda sama seperti Serangoon grass tetapi lebih kurus.


Tumbuh menegak lebih daripada tumbuh mendatar.


Lambat tumbuh rapat oleh itu kena banyak bersabar jika anda memilih rumput ini.


Rumput ini cantik bila dibela dengan rapi, tetapi kos menjaganya' juga tinggi.


Perlu lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak, perlu lebih kerap dipotong.


Ia mempunyai kandungan silika dan keras yang lebih daripada rumput lain.


Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak sebaik Cowgrass.


Rumput ini lasak dan digunakan di padang bola atau golf serta taman permainan.

Pada masa ini, satu lagi spesies rumput yang semakin banyak digunakan ialah Paspalum vaginatum, digunakan di beberapa padang golf berhampiran laut di Pantai Timur Semenanjung. Nama biasa untuk rumput ini ialah Seashore Paspalum.

Lain-lain rumput ialah Carpetgrass yang sebenarnya ialah Axonopus affinis. Mungkin ada nursery akan menunjukkan jenis rumput Zoysia bila anda tanya. Zoysia velvet ialah nama biasa untuk Zoysia tenufolia, Zoysia matrella juga dikenali sebagai Manilagrass.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by maizana at 29-11-2006 11:29 AM


...


Ghaser teman....lagi baik kalau miker varnish tempayan nie jer, maizana:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:15 AM | Show all posts
kak zana,

alamak baru hari ni perasan, dah ada gambar.
:clap::clap:  cantik...cantik....

wah macam byk je projek- projek baru ni.
rumput mutiara tu sama harga ye dgn rumput philipine ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 14-11-2006 02:44 PM
Ni rumput setelah baru ditanam.

selepas 3 bulan ditanam.



nak tanya civic...rumah kat mana nih...lawa pemandangan...:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by ariraya at 30-11-2006 09:48 AM


nak tanya civic...rumah kat mana nih...lawa pemandangan...:



Sg Merab Bangi .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.262438 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list