|
off topic:
ok aku da tgk kt bod current issues..A-weng kalah ngn mamat britain tu
last |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #260 lionsleepin's post
ko mmg ...pantang nama ko kena sebut ..laju je sampai
aku rasa lee dong soo ni tak berapa hensem dulu ...skrg ni hensem lak ....
tu lah ko ...lain kali snap je ngan sape2 yg ko rasa cam org penting ....
aku tengok a-weng kita tadi masa 2nd race pukul 6 ....
lawak sungguh lah dia ni .....
ada ke dia n mamat britain tu leh leh stop kayuh n dok atas basikal tu side by side ... dua2 tak nak bergerak ... last2 official stop kan race tu so dorang kenalah start balik semula .....
dah agak dah dia kalah ....mamat britain tu gold medallist ....
tapi dapat sampai QF pun dah kira satu achievement dah tu ....
rasanye character dia ada cam kkk sikit .....
apa la dia nak buat esok .....
esok dia raca lagi tuk penentuan tempat 5-8 ...pukul 6.50pm ....
[ Last edited by kayla at 18-8-2008 10:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jiman at 18-8-2008 05:59 AM
Rashid kini ketua jurulatih
BERITA HARIAN
RASHID Sidek akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih baru skuad badminton negara selaras dengan tugasnya sebelum ini yang mengendalikan pas ...
bagus ...
harap2 ramai org2 kita lebih menyerlah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #262 kayla's post
hi kayla ...
baru balik dari bercuti daa .....
apa pun jua keputusan yand kita terima , terima dgn +ve ...
dia dah cuba sedaya yang mampu ...
harap2 2012 lebih indah buat kontijen Msia .....
senyum kumbang : Siapa main nak kalah .... semua nak memang ... all the best .. train harder to all ... |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Terkejut Dengan Persembahan Luar Biasa Lin Dan
BERNAMA - 18 Ogos, 2008 23:09 PM
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pemenang pingat perak acara perseorangan badminton lelaki pada Sukan Olimpik Beijing semalam, Lee Chong Wei berkata persembahan hebat pemain dari China, Lin Dan, adalah di luar jangkaannya sama sekali.
Menurutnya kekalahan beliau di perlawanan akhir itu bukan disebabkan perasaan gugup pada dirinya, tetapi lebih kepada kehebatan persembahan mantap yang ditampilkan pemain nombor satu dunia dari China itu, yang dianggapnya sebagai cukup 'luar biasa'.
Chong Wei yang pernah beberapa kali berhadapan dengan Lin Dan sebelum ini berkata beliau faham benar dengan corak permainan pemain China itu, namun pada malam itu menurutnya Lin Dan bermain dengan keupayaan yang luar biasa.
"Saya tidak sangka langsung beliau dapat mempamerkan persembahan yang terbaik," kata pemain nombor dua dunia itu kepada pemberita pada persidangan akhbar yang diadakan sejurus selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, hari ini.
Chong Wei, 26, sebelum ini pernah menewaskan Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir dengan straight set pada kejohanan Piala Thomas di Jakarta Mei lepas.
"Sepanjang pertemuan dengan Lin Dan, perlawanan akhir di Olimpik ini adalah persembahannya yang terbaik," kata beliau yang mengakui hilang tumpuan selepas Lin Dan mempamerkan corak permainan yang cukup pantas dan agresif.
Pada perlawanan akhir perseorangan lelaki itu, Chong Wei dengan mudah tumbang di tangan Lin Dan dengan keputusan 21-12, 21-8 dalam masa 39 minit di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing.
Namun di sebalik kekecewaan itu, Chong Wei berkata dengan memenangi pingat perak, ia merupakan pendorong utama untuk beliau berlatih dengan lebih kuat.
"Saya terpaksa bekerja dengan lebih keras mulai sekarang untuk menyamai persembahan terbaik pemain China itu.
Objektif seterusnya adalah Kejohanan Badminton Dunia tahun depan dan seterusnya Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan Sukan Olimpik 2012 di London," katanya.
Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Misbun Sidek berkata beliau juga terkejut dengan persembahan "luar biasa" Lin Dan.
" Persembahan Lin Dan adalah di luar jangkaan saya dan skuad badminton negara. Dalam lain perkataan, pemain nombor satu dunia itu mempamerkan satu kejutan besar," katanya.
"Pada malam itu, saya melihat perubahan mendadak pada diri Lin Dan. Perubahan itu dari aspek fizikal dan mental. Dia menjadi seorang yang cukup perfect," katanya.
Namun begitu menurutnya dengan mengambil pengajaran dari perlawanan akhir itu, beliau bertekad untuk mempertajamkan corak permainan Chong Wei untuk menyamai keupayaan Lin Dan.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh pula berkata Lin Dan memperbaiki persembahannya dalam beberapa bulan sahaja selepas kekalahan kepada Chong Wei Mei lalu.
"Malam itu permainan Lin Dan cukup mantap. Saya belum pernah melihat Lin Dan bermain sebaik ini.
Aspek kejutan itu benar-benar membuatkan kami merasa terperanjat, ia adalah pengalaman berharga yang tidak ternilai buat kami," katanya.
Dengan memenangi pingat perak, Chong Wei memperolehi ganjaran RM300,000 serta pemberian pencen bulanan RM3,000. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Beri Petanda Akhiri Zaman Bujang Selepas Sukan Asia 2010
BERNAMA - 18 Ogos, 2008 23:11 PM
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pemenang pingat perak badminton acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik Beijing, Lee Chong Wei memberi petanda awal untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam masa dua tahun lagi.
"Saya merancang untuk mengakhiri zaman bujang saya selepas tamat Sukan Asia 2010 di Guangzhou nanti," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, hari ini.
Beliau ditanya mengenai perancangan masa depan setelah memenangi habuan RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 seumur hidup selepas memenangi pingat perak pada temasya terbesar dunia itu.
Chong Wei, 26 tahun, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, itu juga ditanya mengenai siapakah bakal pasangan hidupnya nanti.
"Soalan itu agak susah hendak dijawab," katanya lagi.
Sebelum ini, Chong Wei, menerusi laporan berita tempatan dan asing dikatakan mempunyai teman wanita iaitu Wong Mew Choo, 25, pemain perseorangan wanita nombor satu negara, yang turut beraksi di Sukan Olimpik itu.
Kempen saingan Olimpik bagi Mew Choo berakhir selepas beliau kecundang dalam perlawanan suku-akhir kepada pemain dari China Lu Lan. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei ikrar tebus kekalahan
UTUSAN MALAYSIA - 19/08/2008
Lee Chong Wei diapit oleh ibunya, Khar Kim Shooi (kanan) dan kakaknya, Lee Mei Ching
sejurus tiba di KLIA semalam.
SEPANG - Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Chong Wei berikrar menebus kegagalan di Sukan Olimpik Beijing dengan mencapai kejayaan cemerlang di Kejuaraan Dunia yang akan diadakan pada tahun depan.
Katanya, Kejuaraan Dunia akan menjadi pengubat terbaik kepada dirinya setelah gagal beraksi dengan baik di China.
"Saya akan berehat selama seminggu selepas Sukan Olimpik Beijing. Selepas itu, saya akan kembali menjalani latihan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi Kejuaraan Dunia," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing semalam.
Sepanjang pertembungan kedua-dua pemain sejak empat tahun lalu, Lin Dan berjaya memperoleh kemenangan sebanyak 10 daripada daripada 15 pertemuan.
Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, sasaran menjuarai Kejuaraan Dunia adalah matlamat utamanya dan dia berhasrat menjadi atlet badminton pertama negara ini yang memenangi kejuaraan tersebut.
Sehubungan itu katanya, dia masih mengharapkan sokongan padu rakyat Malaysia untuk dirinya dan dia juga memohon maaf di atas kegagalannya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Beijing.
"Saya tidak mahu memberi banyak alasan di atas kegagalan di China. Apa yang boleh saya katakan, Lin Dan bermain dengan baik sekali pada malam perlawanan akhir itu dan saya amat kecewa kerana tidak dapat memperoleh pingat emas untuk negara.
"Saya kini lebih bersemangat untuk berlatih bagi menghadapi Kejuaraan Dunia tahun depan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai persembahan Dan, Chong Wei berkata, dia tidak menyangka Dan mempunyai kekuatan luar biasa dan beraksi dengan cemerlang.
Malah katanya, Dan turut menyatakan bahawa dia sendiri terkejut dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan olehnya itu.
Diusik mengenai jumlah ganjaran sebanyak RM300,000.00 daripada kerajaan akan digunakan olehnya untuk berkahwin, Chong Wei hanya tergelak dan menegaskan bahawa dia ingin memberi tumpuan kepada kerjaya sukan terlebih dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mampukah badminton menyerlah di London 2012?
UTUSAN MALAYSIA - 19/08/2008
Oleh Meor Harman Meor Shakri
BEIJING - Selepas gagal mencari pingat emas di temasya Beijing, mampukah kita menyusun semula rentak dan memperbaiki kepincangan untuk persiapan ke arah Sukan Olimpik London pada 2012 selepas ini.
Kegagalan sebilangan besar pemain badminton kita di Beijing sebenarnya ada hikmahnya apabila ketahanan dan persiapan mental pemain negara diuji di pentas temasya paling berprestij di dunia.
Hakikatnya, rata-rata pemain kita bukanlah lemah, malah keupayaan fizikal mereka juga sama seperti lawan yang lain yang pada anggapan penulis hebat dan bertenaga walaupun diasak bertali-arus, mereka masih mampu bertahan di gelanggang tanpa rasa penat dan lesu.
Cumanya, ada yang tidak kena dalam pakej persiapan atlet negara ke temasya kali ini, iaitu ketahanan mental yang rata-rata peminat sukan sama ada di sini atau di tanah air bersependapat bahawa pemain badminton kita tampak gemuruh tiap kali mereka turun ke gelanggang.
Di sinilah kelemahan kita yang tanpa disedari dari segi moralnya sudahpun memberikan kemenangan kepada lawan. Sepanjang temu bual penulis dengan atlet badminton mahupun dalam acara lain, mereka mengakui merasai beban tekanan menjelang hari pertandingan.
Bezanya, mereka hanya mendapat semula keyakinan diri apabila mendahului lawan pada perlawanan tersebut tetapi kembali goyah apabila menanti untuk saingan seterusnya.
Selepas berakhirnya Sukan Olimpik Beijing, skuad badminton masih mempunyai tugas besar untuk menghadapi Kejohanan Dunia, tahun depan sebelum bermulanya Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guongzou, China pada 2010.
Tiga kejohanan besar ini amat penting dalam menilai pemain pelapis yang mungkin akan diberikan tanggungjawab dalam pasukan senior memandangkan ramai pemain utama dewasa ini sudah pun melebihi usia 30 tahun yang dianggap telah mencapai kemuncaknya.
Ini termasuklah pemain perseorangan negara yang semakin melangkau usia seperti Wong Choong Hann dan pasangan beregu negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang juga sudah semakin hilang taring.
Malahan, pemenang pingat perak di temasya Beijing, Lee Chong Wei juga akan memasuki usia 30 tahun menjelang Sukan Olimpik London 2012.
Persoalannya, siapakah pengganti Chong Wei selepas ini yang pada anggapan penulis perlu memiliki pakej seperti pemain China, Lin Dan.
Sandaran beregu bakal dipikul gandingan yang masih mencari rentak, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang perlu dikaji semula kedudukan mereka di samping memberikan penekanan khusus kepada pasangan Fairuzizuan M. Tazari-Zakry Latiff yang mula menunjukkan peningkatan selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia sebelum ini.
Mungkin ada benarnya kata jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky tentang gandingan Kien Keat-Boon Heong yang perlu dikaji semula kedudukan mereka selaku pasangan beregu. Jika perlu dipisahkan.
Adakalanya keputusan drastik perlu dalam mencari gandingan yang benar-benar mantap untuk persediaan temasya 2012. Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lagi.
Jika benar andaian bahawa bekas jaguh kebangsaan, Rashid Sidek akan mengemudi program temasya 2012, maka perancangan yang benar-benar jitu diperlukan termasuklah yang berkaitan ketahanan mental.
Adakalanya kita perlu belajar cara Korea Selatan menguruskan program mental untuk atletnya yang bertanding di Sukan Olimpik.
Penulis tidak tahu bagaimana ia dilakukan tetapi ramai warga sukan di temasya di sini mengagumi kejayaan Korea menyediakan atletnya yang sentiasa tenang apabila berdepan situasi getir.
Inilah yang diperlukan difikirkan oleh kontinjen negara tiap kali mempersiapkan diri untuk temasya yang besar dan sentiasa dimeriahkan dengan penonton yang mahu menyaksikan jaguh mereka beraksi.
Dalam hubungan ini, kita perlu bersikap realistik untuk menerima hakikat apa jua keputusan dan tidak menyalahkan senario persekitaran sebagai faktor kegagalan.
Bagi penulis, jika mental atlet kita kuat tidak mustahil mereka dapat memberikan persembahan cemerlang walau sekuat mana lawan sekalipun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 18-8-2008 09:27 PM
ko mmg ...pantang nama ko kena sebut ..laju je sampai
aku rasa lee dong soo ni tak berapa hensem dulu ...skrg ni hensem lak ....
tu lah ko ...lain kali snap je ngan sape2 yg ko rasa ca ...
tu la aku pon menyesal..mase tu aku sampai xde la awal mane kt stadium putra tu
nk masuk stadium tu aku bertembung ngn team korea ni ha..kan aku cter mase nk amik
gambo ngn yong dae oppa tu dia tgh ckp ngn someone..aku rs coach dia ni la.
alahai..rugi |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain badminton negara perlu lebih gigih
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta pemain badminton negara termasuk pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008, Lee Chong Wei bekerja lebih keras lagi untuk mencapai kejayaan.
Perdana Menteri berkata, walaupun Chong Wei gagal mendapat pingat emas apabila tewas kepada pemain China, Lin Dan, pencapaian pemain itu merangkul pingat perak amat menggembirakan beliau dan negara.
Sehubungan itu, katanya, pencapaian tersebut perlu dipertingkatkan terutama bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Kuala Lumpur pada tahun depan dan juga Olimpik 2012.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berjumpa dengan Chong Wei dan skuad badminton Olimpik Beijing 2008 di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui selepas pertemuan tersebut berkata, Perdana Menteri gembira dengan pencapaian Chong Wei kerana negara akhirnya memperoleh pingat perak selepas 12 tahun terlepas pingat tersebut.
Beliau turut menjelaskan bahawa kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyusun langkah seterusnya terutama bagi memberi fokus kepada projek Olimpik 2012.
Menurutnya, selain Chong Wei yang terus kekal dalam skuad badminton kebangsaan, pihaknya juga akan mencungkil bakat-bakat baru untuk kejohanan akan datang.
''Kita sebenarnya bukan fokus pada badminton sahaja, tetapi semua sukan," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, badminton telah membuktikan pencapaian mereka dan usaha akan dilakukan bagi mempertingkatkan lagi kemampuan pemain negara.
-----
tak cukup gigih lagi ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Zakry朏airuzizuan terpilih ke Terbuka Jepun
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
senyum kumbang :
Terbuka Jepun tiap2 tahun ada
Olympik 4 tahun sekali .... nko kalau terlepas satu Olympik nko kena tunggu 4 tahun ...
another 4 yrs umue dah meningkat ... mampu kah ?
nak tunggu bila .... asyik menimba pengalaman aja ....!!! tak boleh jadi .. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf lah ya ... semua orang kejar Olympik ni ... title dia lebih hebat ...
terbuka Jepun pun bukan tak hebat .... TAK SEHEBAT OLYMPIC ... fikir2kan ..
baru sekarang nko nak antar Zakry .... budak2 tu kena la ikut ... sian |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah LCW dpt title datuk...
nti WMC jd datin laks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shareena88 at 20-8-2008 15:52
tahniah LCW dpt title datuk...
nti WMC jd datin laks
huh? dpt datuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
yang mana buat bakti dapat datuk ...
yang mana buat slah buang lah title ... baru achi ... |
|
|
|
|
|
|
|
20 Ogos, 2008 16:44 PM
Chong Wei Anggap Gelaran Datuk Beri Motivasi Untuk Terus Berjaya
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama)-- Terkejut dengan gelaran Datuk yang akan diberi kepadanya, jaguh badminton negara Lee Chong Wei berkata anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang itu akan merangsang beliau untuk terus mencipta kejayaan di peringkat dunia.
Katanya beliau telah dimaklumkan mengenai anugerah itu pagi ini dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kelahirannya kerana anugerah itu.
"Saya tidak sangka dapat gelaran Datuk. Saya sangat gembira," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahad lepas, Chong Wei, pemain nombor dua dunia, meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik setelah ditewaskan oleh Lin Dan dari China.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan pemain badminton dari Bukit Mertajam itu akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) pada 30 Ogos ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob pula berkata dengan pelbagai pengikirafan kepada ahli sukan, atlet-atlet muda akan mendapat semngat untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat paling tinggi.
Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) P. Ganga Rao berkata persatuan itu berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh Chong Wei.
"Chong Wei merupakan satu-satunya pemain badminton yang mendapat gelaran Datuk ketika masih aktif. Dia layak mendapatnya," katanya.
Katanya BAM juga akan memberi ganjaran kepada pemain itu.
Badminton merupakan sukan tunggal yang menyumbang pingat kepada negara di Sukan Olimpik bermula dengan kejayaan Razif-Jalani Sidek memenangi pingat gangsa pada 1992 di Barcelona, Rashid Sidek juga meraih gangsa pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 manakala gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit mendapat perak pada temasya yang sama.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
mendappppppppppppp!!!!!!!!!!:kant: :kant: :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
SERIUS: Chong Wei amat patuh dan
akur dengan setiap arahan Misbun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|