|
benarkah solat kubur menjadi amalan Nabi & sahabat? tak pernah dengar ada mana2 negara islam yg ...
tobby Post at 11-5-2010 00:46
Al-Sayyid Sabiq, dlm Fiqh Sunnah jld 4/120-122 menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit di mana Nabi saw dan sekumpulan sahabat menziarahi perkuburan Baqi’, baginda terpandang sebuah kubur yg baru. Lalu beliau bertanyakan kubur siapakah itu. Bila diberitahu, Nabi dgn nada marah mempersoalkan kenapa beginda tidak diberitahu. para sahabat menjelaskan ketika pemakaman itu mereka mendapati beliau sedang tidur. Tapi Nabi kemudian melarang perbuatan itu dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu kerana solat baginda ke atas mayyit adalah rahmat. Lantas baginda membuat saf dan solat di kuburan itu. [HR Ahmad, Nasa'iy, alBaihaqi, al-Hakim dan disahkan oleh Ibn Hibban] al-Albani menilai sanad hadith ini sahih dalam ahkam alJanaiz (ms 114)
Adakah hang familiar dengan Albani? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply salikin
ok, sama2 lah....
apa lagi yg buleh kita wat kalo berselisih, selain dari pakat2 check...
ussopp Post at 11-5-2010 01:11
nmpknya sy kena check jgk takot sy silap Tuan yg benar....salam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Sayyid Sabiq, dlm Fiqh Sunnah jld 4/120-122 menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit ...
baghal Post at 11-5-2010 01:11
solat jenazah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 262# salikin
MasyaAllah2....
wsalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 11-5-2010 01:32
Reply 261# baghal
takpa, sy ada buku pembetulan yg dibuat albani terhadap fiqh sunnah,
InsyaAllah nanti cek. |
|
|
|
|
|
|
|
ni saya type dari kitab ibni katsir sendiri slps huraian tentang ayat dari surah an najm itself...sambungannya
sesungguhnya makanan terbaik seseorang adalah yang berasal dari hasil kerjanya sendiri, dan sesungguhnya anaknya adalah dari hasil kerjanya'
part yg akhir ni pensyarah kelas al sunnah saya maksudkan..anak kita itu boleh sampai pahalanya..kalau dia mengaji ke..buat benda baik ke boleh sampai..sbb anak itu hasil usaha kita didik dia..so kalau anak kita buat tahlil doa utk kita tak sampai ke pahala? |
|
|
|
|
|
|
|
hasil bacaan,
Ada pula sebahagian mereka yang kontra berhujjah dengan mengatakan
“Pendapat Ibnu Qayyim dan Gurunya Ibnu Taimiyyah tidak boleh dipakai sebagai kenyataan sebenar pendapat mereka bahawa sampai amalan kepada siarwah lantaran itu boleh dibuat kenduri arwah?”.
Jawab: Ini semua cakap-cakap kosong dah tak ada benda nak cakap. Kalau dah nak pakai sangat Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim seolah-olah semua perkataan mereka keramat, kenapa pulak tak pakai pendapat mereka yang sebenar dalam masalah ini?.
Oh, mereka mengharamkan kenduri arwah dibuku mereka yang lain , misalnya dalam Iq’tida u Sirotil Mustaqim. Ibnu Taimiyah menolak keras amalan membaca al-Qur’an di kubur selepas keseluruhan upacara perkebumian selesai. Lebih lanjut lihat Iqtidha Sirat al-Mustaqim (tahqiq Nasir bin Abdul Karim, Dar Isybilya, Riyadh), jld 2, ms 263-265 .
Walaupun mereka setuju sampainya pahala kepada arwah , tapi tidak pula bermakna mereka memaksudkan boleh buat kenduri arwah?.
Jawab: Kalau kita sudah memahami dari awal-awal Ilmu Akidah lagi , bahawa yang maksum hanya para Nabi, nescaya tidak ada masalah lah. Tidak semua pendapat Ibu Tayymiyah diterima atau ditolak.
Kita menerima pendapat Ibnu Qayyim dan Ibnu Taimiyyah :
1.“Sampai pahala orang hidup kepada orang Mati”. Sebab betul dalil dan Istinbathnya.
2.“Menolak pendapat yang mengharamkan buat majlis kenduri arwah” sebab tak betul dalil dan Istinbathnya. Selesai masalah.
Menurut mereka yang kontara lagi : kedua-dua perkara tersebut semestinya dibezakan disudut dalil dan Illatnya. Kerana jelas kedua mereka mendatangkan dalil-dalil yang berlainan ketika membahaskan kedua-dua masalah tersebut. Maka apabila berlain-lainan dalil pada setiap masalah menunjjukkan berlainan fokus masalahnya.
Kita menjawab: Bersetuju disudut kelainan dua perkara tersebut disisi pendalillannya. Lantaran itu kita bersikap sepertimana yang telah kita tegaskan:
Menerima pendapat Ibnu Qayyim dan Ibnu Taimiyyah :
“Sampai pahala orang hidup kepada orang Mati”. Sebab betul dalil dan Istinbathnya.
“Menolak pendapat yang mengharamkan buat majlis kenduri arwah” sebab tak betul dalil dan Istinbathnya.
Kemudian kita mengkaji pula , adakah benar sebagaimana kenyataan mereka “Sampai pahala kepada arwah satu perkara yang lain dan dalil-dalilnya menunjjukan sampai dan harus dibuat begitu. Kenduri arwah perkara yang lain pula menurut kedua mereka dan dalil-dalilnya mengharamkan nya pula?”.
Cuba kita fikirkan dimana pula dalil mereka untuk kaedah ciptaan mereka bahawa “ Sampai Pahala kepada arwah , tetapi haram dibuat sebarang perbuatan yang berpahala untuk dihadiahkan kepada arwah?”. Maka kaedah mereka ini akan memahamkan kepada kita [ Boleh membaca quran dan Tahlil untuk para arwah, tetapi haram dilakukan upacaranya semisal membacanya ketika kenduri arwah?, ataupun boleh dibaca qul hu , yasin dan tahlil untuk arwah tetapi haram membacanya ???]. Macamana pulak ni !, kitab tok guru sendiri pun tak betul fahamnya?. Sebenarnya memang tak ada dalil . Cuma putar alam dan dalihan yang menjemukan sahaja ditimbulkan oleh mereka –mereka ini. Nanti kita akan melihat
bagaimana telatah dan taktik kotor mereka ini yang cuba mengharamkan kenduri arwah berdalilkan kitab-kitab yang muktabar dalam Mazhab Syafie. Kita akan menjawab semua kekeliruan yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini insyallah. Seperkara lagi sebaiknya kita lihat dan baca hujjah-hujjah yang bagus yg telah dikemukakan oleh Ibnu Qayyim dalam kitab Ar Ruh beliau berkenaan sampainya pahala-pahala bacaan kepada mayyit . Nampak kemas dan kuat hujjah beliau sehingga ada dikalangan pembantah yang cuba membatalkan penisbahan kitab tersebut kepada Ibnu Qayyim. Cuba digembar-gemburkan pra sangka bahawa kitab Ar Ruh bukan karangan Ibnu Qayyim. Macamana ini?. Bila nak kena ke batang hidung sendiri mula mencari-cari helah. Kasihannya Yaa Miskiin!!. Cubalah fikirkan pula , mengapa Ibnu Tayymiyah berfatwa dengan fatwa yang sama didalam kitab Majmuk Fatawa beliau ?.
Ibnu Tayymiyah pada muka surat 324 juzuk yang sama ,menjawab soalan ;
[ Ditanya beliau: Berkenaan bacaan (al Quran) yang mengirim Ahli mayyit (keluarga mayyit) kepada mayyit TASBIH, TAHMID , TAHLIL dan TAKBIR ,apabila mereka menghadiahkannya kepada mayyit , adakah sampai pahalanya kepada mayyit atau tidak?.
Beliau menjawab: Sampai kepada mayyit bacaan Ahlinya , samaada TASBIH , TAKBIR dan SELURUH ZIKIR mereka yang dibuat kerana Allah , APABILA MEREKA MENGHADIAHKAN KEPADA MAYYIT, NESCAYA SAMPAI IA].
Maka kita menjawab: Kalau sudah serupa fatwa Ibnu Tayymiyah dengan Ibnu Qayyim dalam kitab Ar Ruh beliau , apa faedahnya penolakan penisbahan buku Ar Ruh tersebut sebagai karangan Ibnu Qayyim?. Memang tidak munasabahlah jawabnya. Tetapi pembantah ini cuba pula berhelah dengan menceduk penyelidikan Al Al Bani yang berpendapat tidak dijumpai naskhah tulisan tangan ( Makhtuthot) kitab Ar Ruh tersebut. Oleh yang demikian Ar Ruh bukan karangan Ibnu Qayyim?.
Kita menjawab: Al Albani hidup dikurun mutaakhir . Jauh jarak masanya dengan Ibnu Qayyyim . Memang patut beliau tidak menjumpainya. Cuba-cubalah kita meneliti mereka yang tarikh hidupnya hampir dengan Ibnu Qayyim diwafatkan. Yang agak dahuluan dari al Albani misalnya Al Hafiz Syarif Al Murtadho Az Zabiidi pensyarah kitab Ihya Imam Ghazali . Beliau wafat pada ……… menceduk perkataan Ibnu Qayyim dari kitab Ar Ruh karangan Ibnu Qayyim , dalam kitab beliau Ittihaf Saadatil muttaqiin. Telah maklum dizaman Syarif Az Zabidi masih belum terdapat mesin pencetak untuk mencetak buku-buku. Semua manuskrip hanya berbentuk tulisan tangan. Sebelum tiba zaman Syarif al Murtadho ini , telah dijumpai manuskrip (makhtutat) tulisan tangan .
Diantara mereka yang terkini yang menisbahkan Ar Ruh adalah kepunyaan Ibnu Qayyim :
1. Mukaddimah Madarijus Saalikin- m.s 6 juzuk 1 cetakan darul kutub Al Ilmiyah - Bairut.
2. Biodata pengarang ( Kitab Zaadul Maa’ad) juzuk 1 – cetakan maktabah Anas ben Malik – Mekah.
3. Kitab Jilaaul Aini- Sayyed Nu’man Al Aalusi al Baghdaadi-
Wallahu a’lam.
p/s; kena cari kitab ar ruh ni, dlm tv 9 tanya lah ust pun qoute dari kitab ni sampai pahala bacaan utk simati |
|
|
|
|
|
|
|
yg menguatkan akal saya sendiri dalam bab transfer pahala ni, pahala haji boleh ditransfer utk si mati....kita boleh upah orang or buat sendiri utk ahli keluarga yang telah mati/tua keuzuran...
my sister works in jeddah, setiap bulan tu beberapa kali buat umrah utk saudara mara yg telah meninggal..sampai satu hari dia bermimpi ditahan oleh satu wanita yg hodoh ( hantu/iblis) yg menahan beliau dari mengerjakan umrah utk arwah nenek..
haji pun begitu juga, tiap tahun kena jaga khemah utk pesakit2 yg mengerjakan hati..dia akan buat haji utk saudara2 yg dah arwah...
kan beruntung jika dilahirkan jutawan yang bersyukur...blh upah orang setiap tahun kerjakan haji utk ibu bapa kita?
saya belajar dari 4 orang pensyarah yg background agama ni memang tinggi, ada yg phd sampai 2 bidang
-pengajian al sunnah- graduate pengajian hadith dan sunnah dari al azhar..
-pengajian ijtihad-phd graduate dari morroco dan mesir
-pengajian syariat islam- yg ni tinggal di arab berpuluh tahun smpi ckp melayu pun slang arab..ada 2 phd
-pengajian al quran- datok nenek, parents dia tok guru sekolah pondok di utara, proff madya Um
semua mereka mengatakan sampai pahala...
sblm terlupa julai ni ada seminar bab ni di Um saya lupa tarikh mayb 16/17 dua hari di UM..blh lah dalami ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
Sila lihat pula kepada kenyataan Imam Nawawi didalam Riadhus Solihin muka surat , 415 bab dua lil mayyit ba’da daf nihi wal qu’ud inda qabrihi saatan wal istighfar wal qira ah.
قَالَ الشَّافِعِى رَحِمَهُ الله تعالى: وَيستحب أن يقرأ عنده شىء من القرأن وان ختموا القرأن كله كان حسنا.
“ Berkata Imam Syafie, rahimahu Allah taala : Disunnatkan bahawa dibacakan disisinya (mayyit) sesuatu (sedikit ) daripada Quran, dan jika mengkhatam mereka seluruh quran , adalah lebih bagus”. |
|
|
|
|
|
|
|
Lihatlah pula kenyataannya daripada Imam Al Baihaqi didalam kitab Ma’rifatus Sunan hadis yg ke 2183 juzuk 4 m.s 191 cetakan Daarul Kutub.
قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت.
Berkata Imam Syafie: “Dan saya suka jikalau dibacakan disisi kubur al Quran dan didoakan terhadap mayyit”. |
|
|
|
|
|
|
|
Majmuk Syarah Muhazzab juzuk 5 muka surat 311 , cetakan Daarul Fikar berbunyi : “Disunnatkan bagi orang yang menziarahi kubur bahawa membaca apa-apa yang mudah dari Al Quran dan mendoakan untuk mereka (yang mati) selepas bacaan (Quran). Telah me Nash kan (ya’ni menyebut dengan terang/ jelas) oleh Imam Syafie padanya. Ashhab (juga) telah sependapat (pada masaalah ini). ”.
Cubalah perhatikan Syarah Muhazzab (Majmuk ) Imam Nawawi manakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh pembantah ?. Adakah kitab majmuk karangan Imam Nawawi mempunyai banyak jenis naskhahnya?. Atau kah mereka ini hanya pandai membaca Majmuk Fatawa Ibnu Taimiyyah sahaja, maka apabila cuba membaca majmuk Imam Nawawi mula kelabu mata. Tidak dijumpai mana hulu mana pangkal?. Yaa.. miskiin. Boleh dikatakan banyak kenyataan dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie telah cuba diselewengkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mereka mengharamkan kenduri arwah, tahlil, baca yasin dan doa selamat dikatakan berdasarkan perkataan Imam Shafie sendiri?. Pada halnya tidak begitu. Menisbah kan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Imam Syafie yang mulia adalah satu kecurangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seterusnya lihat pula apa catitan Ibnu Qayyim , salah seorang Tuan Guru pembantah: Ibnu Qayyim berkata dalam Kitab Ruh, Darul Kutub Ilmiah, MS 17:
قَالَ ا لحَسَن بِنْ الصَّبَاحِ الزَّعْفَرَنِى : سَأََلْتُ الَّشَافِعِى عَنِ الْقِرَأَةِ عِنْدَ الْقَبْرِى؟ . فَقَالَ : لاَ بَأْسَ بِهَا.
“Al-Za’farani berkata : Aku bertanya pada Imam Shafie tentang membaca Quran di kubur dan beliau
berkata [ La Ba, sa bihi] ertinya : Tidak mengapa dengannya ( bacaan Quran di beri pahalanya kepada simayyit )”.
Siapakah Az Za’faran?. Telah maklum siapa beliau. Ringkasnya beliau adalah murid kepada Imam Syafie r.a sendiri. Wallahu a’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Qiyas dan fungsinya dalam mencerna hukum-hukum Syara’.
Berikut adalah sedikit perbahasan tambahan berkenaan “ Sampai Pahala Bacaan kepada Arwah” berdasarkan Qiyas. Adakah Qiyas hanya berlaku pada selain rubu’ ibadat sahaja?. Persoalan ini tak perlulah nak di perpanjangkan , hanyalah sekadar ringkas sahaja kita nyatakan disini. Jumhur mengatakan ‘berqiyas dalam syariat’. Dan terdapat segolongan ulamak yang hanya sedikit jumlahnya , menafikan Qiyas pada ibadat tapi tak perlulah kita nak bahaskan panjang-panjang sebab setelah kita teliti sekalipun mereka mengatakan tidak berqiyas dalam ibadat, yang nyata mereka menerima pula berhukum dengan sesuatu hukum yang illatnya memang dinaskan oleh nas-nas Syara’. Yang dipanggil illat manshussah . Khilaf disini adalah bersifat lafzi sahaja.Tak kiralah samaada illat nasnya Qati’e atau tidak Qati’e , kedua-duanya diterima oleh semua gulungan. Mereka berkhilaf pada Qiyas yang illatnya tidak nass sahaja. Ini boleh kita
dapati bahasannya dalam kitab Irsyadul Fuhul ,karangan As Syaukany. Muka surat 211.Dan tersebut juga dalam Kitab Jam‘ul Jawami’ usul fiqh , mereka yang menolak qiyas dalam ibadat , menerimanya pula dalam bentuk awlaayi. Tak kisahlah sebab Qiyas awlaayi sebenarnya adalah berbentuk yang diistilahkan sebagai Fahwal khitob. Termasuk dalam khitob juga walaupun tak disebut pada sesuatu nas. Salah satu contoh Qiyas dalam ibadat berdasarkan Qiyasul Awlayi ialah masaalah qadho sembahyang fardhu . Oleh kerana Qodho sembahyang sememangnya termasuk didalam khitob , lantaran itulah dinamakan fahwal khitob dalam bab mafhum muwafaqoh. Memang tak ternafikan lagi keadaannya memang begitu. Sehingga-hingga tahqiqnya, Ibnu Rushd mengkritik mereka yang menafikan adanya fahwal khitob dengan istilah ‘la yanbaghy’ Yaitu tak sepatutnya bagi golongan ahli zohir menyalahi mafhum muwafaqah kerana ianya adalah (termasuk) sebahagian daripada bab sama’ (khabar yang didengari dari sohib syara’). Dan (orang) yang menolak demikian itu adalah (sebenarnya) menolak satu bagai daripada khitob. Berkata Al Qodhy Abu Bakar Al Baqillany “ Pendapat yang (mensabitkan) mafhum muwafaqah ( pada) perkiraan jumlynya adalah IJMAK. Tapi maksud saya adalah ijmak pada mafhum muwafaqoh ya, samada qot’ie atau tidak , itu soal lainlah. Dan tidak pula saya bermaksud ijmak pada masaalah sampai bacaan pada mayyit. Sebab telah terdahulu bahas ijmak hanya pada sudut didoakan untuk mayyit selepas bacaan . Lagi pula pada bab bacaan ini sebagaimana kenyataan Qorofy dulu yang telah kita sebut, “Tidak khilaf pada keharusannya , hanya khilaf pada SAMPAI ATAU TIDAK” itu saja. Wallaahu a’lam.
Ini sebagai contoh saja adanya qiyas dalam ibadat. Maksud kita disini , adalah dalam hubungan bermanfaatnya mayyit daripada bacaan Quran yang hidup. Satu contoh ayat yang menunjjukkan bermanfaat mayyit daripada bacaan yang hidup , ayat 55 surah AzZariyat : “Wazakkir finnaz zikra tanfa u’l mu’minin”. Yang bermaksud “ Berilah peringatan , kerana sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat pada sekelian orang yang beriman”. Quran adalah sebaik – baik ‘Tazkirah’ peringatan dan petunjuk yang diberikan buat mu’min untuk menambahkan keyakinan , menarikan rahmat , dan sebagai-bagainya daripada segala jenis manfaat Quran. Quran bermanfaat buat mu,min. Kita disuruh bertazkirah yang tentunya juga termasuk dalam maknanya itu membacanya. Illatnya tertera pada “ Kerana sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat”. Orang mu,min yang dimaksud ayat adalah umum . Samada masih hidup atau sudah mati. Lelaki atau perempuan atau khunsa , kanak-kanak atau dewasa dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
saya belajar dari 4 orang pensyarah yg background agama ni memang tinggi, ada yg phd sampai 2 bidang
-pengajian al sunnah- graduate pengajian hadith dan sunnah dari al azhar..
-pengajian ijtihad-phd graduate dari morroco dan mesir
-pengajian syariat islam- yg ni tinggal di arab berpuluh tahun smpi ckp melayu pun slang arab..ada 2 phd
-pengajian al quran- datok nenek, parents dia tok guru sekolah pondok di utara, proff madya Um
sunsuria3 Post at 11-5-2010 08:04 AM
setakat ini, pensyarah anda masih lagi mereka yang dikategorikan sebagai 'majhul', orang yang tidak dikenal...
kenapa tidak sahaja saudari beritau nama2 mereka supaya poremer2 di sini dapat menilai ... |
|
|
|
|
|
|
|
1. Dr Hj Maimun Aqsha b abidin lubis( 2phd, dulu di uia now ukm)
2. Proff madya dr fakhruddin b abd mukti- ank Tok guru sek pondok, penentang keras wahabi. sy rasa dia tau byk perkara, sblm ni dia bg tau kerajaan dh halang dr asri menulis di akhbar, tgk minggu dpn tu no more tulisan frm dr asri
3. Dr lukman b Abdul mutalib
4. Ust Ismail sulaiman. tak pasti memgajar dimana cuma Ada mentioned pernah berdebat dgn studen Dari Arab yg x mau terima hadis yg diqoute Dari abubakar.
dia juga salah sorang team yg memerangi ajaran sesat. pernah mrngadap sultan selngor minta jasa baik batalkan tanah kurnia yg diberi kpd U Madinah yg nk buka cawangan di sini.
menurut beliau, pernah berdebat dgn puak2 wahabi dibawa Tok guru2 Dari kelantan, tp puak tu terkedu tanpa kata2.
byk cerita yg off record tentg puak ni. biarlah smpi sini je |
|
|
|
|
|
|
|
yg menguatkan akal saya sendiri dalam bab transfer pahala ni, pahala haji boleh ditransfer utk si m ...
sunsuria3 Post at 11-5-2010 08:04
hmmm mmg tak boleh dinafikan dlm hal ni... Insya Allah sampai kalau niat & doa tu ada kan!~!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sy cuma cite apa yg disampikan oleh pensyarah sy
dr fakhrudin pun pernah cite dia Ada dlm satu majlis perdebatan antara puak2 ni dgn ulama, mrk pun terkedu x dpt jwb.
sbb nya rujukan mrk terhad Dan byk fakta diputar belitkan.
tak lama lps tu dia dgr ceramah salah sorang puak ni, blh dia claimed dia pernah berdebat dgn alim ulama tp pihak alim ulama ni yg terkedu??
ni Lah pembohongan yg amat nyata dr puak2 ni, yg memng suka putar belit
dia x sbt Nama hanya refer words "puak ni" |
|
|
|
|
|
|
|
xde sape nk cont discussion ?
sy br selak kitab ibni katsir Dan terjumpa hadis yg dimaksudkn
memang benar hadis itu dituturkn nabi saw slps satu puak .... lupa nama... dtg dlm keadaan pakaian yg robek. lalu nabi tuturkan hadis tu utk beri galakan membuat baik. seorg sahabat menyerahkn kantungnya yg disangkut dileher yg berjsi Wang pd puak ni lalu yg lain mengikut
soalan sy hadis ni x blh kah diapplykan dlm situasi lain utk menyeru kebaikan? khas utk bersedekah saja ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
xde sape nk cont discussion ?
sy br selak kitab ibni katsir Dan terjumpa hadis yg dimaksudkn
me ...
sunsuria3 Post at 12-5-2010 08:56 AM
Bawa la hadis tu kat sini..agar semua orang boleh tahu 'asbabun hadis' tersebut. Dan poremer lain boleh nampak yang kebaikan yang diikuti itu ialah sedekah. Dan sedekah ini ialah 'kebaikan' yang mempunyai dalil-dalilnya dari syariat bukan kebaikan yang ciptaan sendiri. Bila orang lain ikut melakukan sunnah 'sedekah' ini sebab melihat kita melakukannya, maka kita pun dapat pahala sama. |
|
|
|
|
|
|
|
kan sy dh tls tu. Dan sy tanya adakah kebaikan ni hanya meliputi bab sedekah sahaja? Ada byk kebaikan lain lg kan.
bukn kah hadis Dan alquran itu utk kegunaan kita as guide line utk sepnjg zaman smpi kiamat nanti?
sy sekadar bertanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|