aishah perform kat putrajaya..
aishah perform 2 lagu..dan sebenarnya n molek.
romi smpt rec molek je..coz smpi lewat n tak prepare nak tgkp vc untuk dan sebenarnya..
kualiti audio utk utube agak kurang clear coz tmpt perform besar n open ..n sistem bunyi jauh dari tmpt aishah perform..itu yg bile tgk vc rase mcm kurang clear skit sound tu..
aishah perform kat putrajaya..
aishah perform 2 lagu..dan sebenarnya n molek.
romi smpt rec molek je..coz smpi lewat n tak prepare nak tgkp vc untuk ...
romiflizz Post at 23-6-2009 14:55
tq romi...best dpt tgk echah...n thnx for d vid...sbg menebus smpai lmbt..2 lagu echah perform akak x sempat dik nun...nan hado jek..niwey tqvm yer romi...len kali echah ader wat performance kt mana2 inpom akak yek..insyallah lau x der pape akak join...
orite sally..cantek arr lepas ni tmbh sorang lagi geng layan show ecah..
insya allah kalau area lembah kelang ni setakat ni tak pernah miss lagi..
bleh la kite tgk same2 k..
orite sally..cantek arr lepas ni tmbh sorang lagi geng layan show ecah..
insya allah kalau area lembah kelang ni setakat ni tak pernah miss lagi..
bleh la kite tgk same2 k..
romiflizz Post at 24-6-2009 08:29
ok deyh....
nk tepek pic echah photoshut ngn maj mangga...amek dr PEPARI ok....
cute echah lam ni kan...wpon echah nmpak len skit...cam sajak jek ngn aweera tu kan....lau aishkim x jd...aishweera la plaks...hmmmmmmmmm
Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Siti Aishah Bujang, 18, memang seorang pelajar yang cemerlang. Menerusi program Trek Selebriti bersama Jimmy Shanley dulu, penonton dapat melihat Aishah mendapat keputusan SPM Aishah yang memuaskan dengan banyak A.
Jadi tidak hairanlah jika dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS, cuma ada tawaran itu yang bertembung dengan penyertaannya dalam AF7 lalu.
Kini, selepas berakhirnya AF7, Aishah, 18, sedang memikirkan satu lagi tawaran untuk menyambung pengajiannya. Tawaran itu adalah pengajian peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan dari UiTM Arau, Perlis.
"Pengajian itu bermula pada intake Julai ini. Aishah sedang berbincang dengan keluarga tentang tawaran itu kerana memang Aishah nak sambung belajar. Tapi pada masa yang sama Aishah juga terikat dengan kerja seni yang baru hendak bermula.
"Aishah harap kalau dapat ditukarkan ke kampus induk di Shah Alam tentu lebih memudahkan Aishah menguruskan jadual kerja dan belajar," katanya kepada murai.com.my.
Buat masa ini, Aishah tinggal bersama rakan karibnya, Zizi AF7, dan mereka selalu keluar bersama-sama.
"Setakat ini, setiap hujung minggu, Aishah ada banyak undangan nyanyian di merata tempat. Insya-Allah, Aishah juga akan mengikuti program Marhaban Di Astro selain sibuk dengan konsert Gempak Selebriti Astro dan persiapan konsert Reunion AF7.
"Dalam pada itu, Aishah juga ada terima tawaran dari pihak Dream Music untuk merakamkan sebuah single," katanya.
Sementara itu, Aishah masih lagi tidak boleh lari dengan gosipnya bersama pemenang tempat ketiga AF7, Akim yang baru saja merakamkan klip video lagu Bengang. Adakah Aishah mulai rimas dengan gosip itu?
"Aishah tak pernah rasa rimas pun. Itu sekadar gosip kawan-kawan. Tak ada apa-apa yang Aishah dan Akim nak sembunyikan. Tapi kalau satu hari kami betul-betul suka, tak tahulah," katanya tergelak.
Apabila ditanya benarkah dia baru putus cinta dengan seseorang, Aishah terus terkejut.
"Eh, macam mana nak putus cinta, boyfriend pun belum ada! Aishah ni kan masih single. Aishah ramai kawan, setakat ini belum pernah bercinta," katanya.
macamane ngan aisyah skrg????dah pegi UITM arau ke???
nurynsuraya Post at 30-6-2009 13:56
wat mse skang neh..aishah masih lg bz ngn show2..utk bln julai ni byk undangan show yg aishah dpt...insyallah...kalau jika tidak lg terikat dengan jadual da kebizian dier yg tahap maksimum itu, aishah akan melanjutkan pelajaran dier...tu priority aishah..doakan aishah moga dia dpt juga mencapai matlamat die utk melanjutkan pelajaran dier. Ni antara latest sebahagian xtvt echah stakat bulan Julai ini :
30/6-3/7/09 : AISHAH BALIK SARAWAK
6/7/09 : PROGRAM TV DGN RTM,SENAM BERSAMA SELEBRITI(G.HIGHLANDS)
8/7/09 : DINNER SHOW KAT HOTEL TIMES SQUARE
10/7/09 : SHOW KAT PAHANG,DPN TUANKU PAHANG(MLM)
11/7/09 : SHOW KAT SARAWAK
utk mengetahui xtvt lanjut aishah sila layar di sini : http://aishahaf7.smfforfree.com/index.php?action=forum
CERITA artis demand untuk bayaran persembahan bukan perkara baru, malah sejak dulu, isu artis letak harga sering diperkatakan. Terbaru, bintang kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia 7 (AF7), Aishah turut menjadi rebutan untuk mengadakan persembahan. Dah sampai ke telinga Kak Pora, si Aishah juga terkena tempias apabila dikatakan demand.
Soal bayaran yang diterima ada kalanya sensitif untuk diperbahaskan. Maklumlah, ia membabitkan periuk nasi seseorang. Ada kalangan artis yang tidak meletakkan harga tetap kepada penganjur namun ada pula menetapkan bayaran tinggi memandangkan populariti dan kebolehan sedang memuncak.
Secara kebetulan, Kak Pora bersembang dengan teman rapat Kak Pora yang berada nun jauh di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Lama tidak bersembang, macam-macam perkara terpacul daripada mulut teman Kak Pora itu. Teman Kak Pora meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap tindak tanduk seorang bintang kelahiran AF7, dia sebut nama Aishah. Aishah dikatakan semakin demand dan letak harga untuk persembahannya yang bukannya sehebat mana pun.
Khabarnya, Aishah meletakkan bayaran tidak sepatutnya, maklumlah dia belum lagi ada album, jauh sekali bergelar artis rakaman, cuma pelajar AF7 saja. Itupun terkeluar pada minggu kelapan. Patut-patutlah kalau nak letak harga sekali pun, janganlah perasan diri sudah popular. Kalau setakat masuk AF7 belum tentu dapat ke mana, ikut nasiblah, ramai artis AF yang bungkus gara-gara tidak boleh cari makan. Jangan terlalu ghairah nak letak harga tinggi nanti orang naik meluat.
Kalau betul seperti didakwa, Kak Pora nasihatkan Aishah menggunakan peluang itu untuk mempromosi diri, selain menghargai peminat yang selama ini menghabiskan duit untuk mengundinya ketika dalam AF dulu. Ini tidak, album pun belum ada tapi sudah mula buat hal, khabarnya Aishah diundang untuk membuat persembahan di hadapan kenamaan di Sarawak. Bukan senang nak dapat peluang keemasan sebegitu, secara kebetulan teman Kak Pora adalah penganjurnya. Jadi, dia tahulah harga untuk persembahan Aishah mahal sangat. Tak perlulah Kak Pra nak sebut berapa jumlahnya, tapi memang tak masuk akal berbanding bakat dan status Aishah ketika ini.
Tteman Kak Pora ni akui dah serik nak bekerjasama dengan Aishah lagi. Kak Pora tahu Aishah masih hijau dan belum faham selok belok dalam dunia hiburan. Jadi belajarlah dari kesilapan dik!
KAK PORA: Dah lama tak dengar berita mengenai si juara AF4, Faizal. Apa dah jadi kerjaya seninya?