|
Tiz Zaqyah cabar Fasha semuka
Ekoran kontroversi yang melibatkan pelakon Tiz Zaqyah,21 yang dikatakan mahu merampas kekasih kepada pelakon jelita Fasha Sandha, Tiz meluahkan mahu berdepan dengan pelakon itu.
Pengakuan itu dibuat baru-baru ini dalam satu majlis doa selamat filem Nur Kasih setelah dituduh sebagai penggoda kekasih orang. Tiz Zaqyah atau lebih mesra dengan panggilan Tiz terpanggil untuk berdepan dengan Fasha kerana mahu menyelesaikan segala kemelut yang melanda mereka.
Ia berpunca daripada luahan hati serta amaran Fasha melalui laman Twitter yang mahu wanita yang cuba mendekati kekasihnya agar menjauhkan dirinya. Walaupun tidak disertakan nama, namun ada suara-suara mengatakan wanita tersebut adalah Tiz kerana Fasha turut mengaitkan cerita Fizz Fairuz dan kekasihnya Almy Nadia.
Tiz memberitahu, kesediaannya bertemu Fasha Sandha bagi mendapatkan penjelasan daripada rakan baiknya itu sekali gus menjernihkan semula keadaan yang dikatakan semakin rumit.
Pada pertemuan dengan media, Tiz ternyata tenang dan hanya tersenyum menjawab segala kontroversi yang melanda dirinya.
“Macam mana boleh timbul cerita mengarut ni? Tiz tak fahamlah. Lebih memeranjatkan apabila ada wartawan yang menghubungi Tiz tanya fasal ni sedangkan Tiz memang tak tahu apa-apa.
“Pada mulanya, memang Tiz sedih sangat dengan cerita yang tak benar ni. Tapi sehari sahaja rasa begitu. Bila Tiz fikir semula, Tiz rasa lucu pula. Tambahan bila Tiz dah terangkan kepada kawan-kawan rapat,” katanya.
Tiz yang popular dengan watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih ini, berkata dia berharap cerita tidak berasas ini dapat dihentikan kerana ia tidak kena mengena dengan dirinya.
Mengaku mengenali Jejai
Ditanya mengenai perkenalan dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Tiz mengakui sememangnya mengenali jejaka itu.
“Ya, saya memang kenal Jejai. Tapi tidaklah mengenalinya secara mendalam. Kami hanya kawan biasa sahaja. Kami mula berkawan pada tahun ini. kami pernah keluar bersama-sama tapi bukan berdua sahaja, tapi beramai-ramai termasuk kekasihnya sekali.
“Disebabkan itu, saya tidak sangka hal ini boleh berlaku. saya juga menyangkal dakwaan yang mengatakan saya pernah menghubunginya seperti yang dihebahkan sebelum ini. macam mana nak telefon kalau nombor telefon pun dia pun tak ada.
“Entahlah, bila jadi perkara macam ni, ada teman-teman rapat saya mengatakan ada orang cuba memanipulasi hingga orang salah sangka terhadap saya. Biarlah apa orang nak cakap mengenai saya, kerana saya berada di tempat yang benar dan inilah masanya saya ingin membersihkan nama saya,” katanya lagi.
Malah, akui Tiz lagi, dia tidak perlu memikirkan perkara ini kerana ia masih sekiranya sesuatu perkara itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik keluarga atau sampai ke tahap menutup periuk nasinya barulah dia tampil mempertahankan diri.“Banyak lagi perkara yang mustahak dan patut diberi keutamaan terutama kerjaya seni yang baru dibina,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 262# supbunjut
hahaha..belum apa2 dah meroyan dah sowang nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 264# nazihamrun
hahaha...
tuh namanya warning kat filmscape..spy x kecewakan kita...kot2 dia leh ubah skrip last minute ....
kejap lgik ramaila yg royan cam i...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
herm... tak sbr la nak tgk NKTM ni... camne la jln critanya ek. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply supbunjut
hahaha..belum apa2 dah meroyan dah sowang nie..
nazihamrun Post at 22-6-2010 15:40
harus la kan meroyan awal2
tadi belek2 majalah mangga kat guardian
ada sikit cite psl remy ishak
psl gossip dia dgn maya karin
and ada section 5 perkara menarik psl dia
kaki game..
suka pegi holiday & lawat tempat2 menarik..
suka pokok bunga.. berkebun
suka bersendirian..
semangat & kuat bekerja..
kekdahnya demam2 pun keje gak |
|
|
|
|
|
|
|
herm... tak sbr la nak tgk NKTM ni... camne la jln critanya ek.
hijau88 Post at 22-6-2010 16:37
aku pulak yg berdebar2...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ulangan nih dah abis yaaa??? |
|
|
|
|
|
|
|
ulangan nih dah abis yaaa???
eddlisa_uyuk Post at 23-6-2010 08:05
sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat fb fizz ada satu gambo NKTM
gambo fizz, mia sara & lg sorang bdk laki x tau nama
sgt comel gambo mereka bertiga
so mia sara jd anak aidil..
nur & adam agak2nya ada anak tak ek
huhuhu.. tak sabo nak tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 274# supbunjut
credit to zahra fashion... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 276# intan_sara
moningggg...
eceh kate nazi...ntah2 die lagi terok..
b'koyan2 bwk kotak tisu..... |
|
|
|
|
|
|
|
OMG saya suka giler tgk cerita nih
ratip sendu sangat and hope filemnya tidak mengecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
nice pics |
|
|
|
|
|
|
| |
|