|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
Good afternoon
 |
|
|
|
|
|
|
|
China bina eskalator sebagai alternatif daki gunung

ESKALATOR sepanjang ratusan meter dibina bagi membolehkan pengunjung melawat lokasi pergunungan tanpa perlu mendakinya. - AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
29 Oktober 2023, 12:00 pm
BEIJING: Pengendali pelancongan di wilayah Zhejiang, China membina eskalator gergasi di beberapa gunung bagi membolehkan para pengunjung melawat lokasi pergunungan yang indah tanpa perlu mendakinya.
Lapor Oddity Central, pelancong kini boleh menaiki eskalator sepanjang ratusan meter itu untuk sampai ke lokasi pemandangan terbaik.
Kawasan pergunungan yang sebelum ini hanya boleh diakses dengan mendaki di laluan berbahaya kini tersedia kepada mana-mana individu yang menaiki eskalator tersebut selama beberapa minit.
Misalnya, Gunung Tanyu di daerah Chun’an, Zhejiang hanya mempunyai ketinggian 350 meter, namun disebabkan laluan sukar pengunjung perlu berjalan melepasi tiga gunung mengelilingi kawasan itu untuk sampai ke puncak.
Situasi itu turut menyebabkan ia tidak dapat diakses oleh warga emas dan kanak-kanak.
Namun, kini mana-mana individu boleh sampai ke puncak Gunung Tanya tanpa perlu mendakinya selepas eskalator baharu dibina.
“Tujuan asal pembinaan eskalator itu adalah untuk menangani masalah kesesakan ketika orang ramai mendaki gunung tersebut.
“Pada mulanya, kami merancang membina kereta kabel tetapi setelah meneliti keupayaan pengangkutannya yang terhad dan risiko keselamatan tinggi, kami dapati eskalator lebih selamat.
“Malah, ia juga mempunyai keupayaan pengangkutan yang tinggi selain dapat memenuhi keperluan pengunjung untuk ke kawasan pergunungan indah itu,” kata pekerja yang membina eskalator gergasi itu.
Beberapa rakaman video menunjukkan sistem eskalator sepanjang 350 meter yang digunakan di Gunung Tanyu menjadi tular dalam media sosial.
Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya kemudahan sedemikian digunakan di wilayah Zhejiang.
Zon Lawatan Shenxianju di Taizhou turut menampilkan eskalator sepanjang 104 meter dikenali sebagai South Sky Ladder yang dibina kira-kira tiga tahun lalu.
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas beras, India hadkan eksport bawang

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
29 Oktober 2023, 2:04 pm
NEW DELHI: India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 (RM3,822) bagi satu tan.
Harga jualan minima itu berkuat kuasa pada Ahad dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
“Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan,” katanya.
Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.
India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.
Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan.
Kredit: Utusan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Internet dipulihkan di Gaza

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
29 Oktober 2023, 12:12 pm
GAZA: Kumpulan pemantau data rangkaian masa nyata menunjukkan bahawa sambungan internet sedang dipulihkan di Semenanjung Gaza.
Perkara itu dimaklumkan kumpulan pemantau internet NetBlocks menerusia laman sosial X.
Beberapa wartawan di Gaza juga memaklumkan mereka sudah boleh membuat panggilan telefon dan mengakses media sosial.
Rangkaian komunikasi di Gaza terputus sejak petang Jumaat lalu.
Masalah itu menyebabkan Gaza hampir terputus sepenuhnya daripada dunia luar ketika Israel mengumumkan sudah memulakan peringkat kedua perang yang panjang dan sukar dengan Hamas.
Semalam, Penasihat Kanan Benjamin Netanyahu, Mark Regev memberitahu program BBC’s Today bahawa ia adalah tingkah laku standard untuk mengganggu komunikasi musuh.
Ditanya secara langsung sama ada Israel sengaja memutuskan komunikasi ke Gaza, Regev bagaimanapun tidak mengakui perkara itu.
“Saya tidak berkata begitu. Saya hanya berkata bahawa ia adalah amalan biasa yang dilakukan oleh tentera demokratik Barat,” katanya.
Kredit:Utusa Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
AMERIKA SELATAN
Lelaki jadi jutawan, menang tuntutan wang simpanan bapa RM5.73 juta

Santiago: Tuah lelaki Chile ini apabila memenangi kes tuntutan wang simpanan bapanya bernilai AS$1.2 juta (RM5.73 juta) sekali gus menjadikannya jutawan dalam sekelip mata.
Exequiel Hinojosa sedang memeriksa barang peninggalan bapanya yang meninggal dunia 10 tahun lalu sebelum menemui buku simpanan bank berusia enam dekad dan tiada sesiapa dalam keluarga mengetahuinya.
Bapanya, dikatakan menyimpan wang itu antara tahun 1960 hingga 1970 an untuk membeli rumah.
Buku simpanan itu menunjukkan, dengan kadar faedah dan inflasi jumlah itu mencecah hampir AS$1.2 juta hasil simpanan berdekad itu.
Malangnya, lelaki itu mengetahui bank tempat bapanya menyimpan wang itu sudah ditutup lama dahulu.
Buku bank serupa didapati tidak bernilai, tetapi buku simpanan yang ditemuinya mempunyai butiran penting yang menunjukkan, sekiranya bank tidak dapat membuat pembayaran, kerajaan akan mengambil alih kawalan.
Bagaimanapun, kerajaan semasa tidak dapat menyelesaikan kes itu membuatkan Hinojosa terpaksa membawa kes itu ke mahkamah menuntut hak keluarganya.
Mahkamah memutuskan tuntutan itu memihak keluarga Hinojosa, namun kerajaan membuat rayuan.
"Wang itu milik bapa kami. Dia menyimpannya dengan hasil kerja kerasnya yang dijamin dengan komitmen kerajaan.
"Jika sistem keadilan, mahkamah agung, mahkamah rayuan memutuskan memihak kepada saya, yang tinggal untuk menyelesaikan masalah ialah membayar apa yang perlu dibayar, tidak lebih dan tidak kurang," kata Hinojosa.
Akhirnya, Mahkamah Agung memutuskan kerajaan membayar pampasan kepadanya AS$1,100,000 (RM5.26 juta) bersama-sama dengan faedah dan elaun.
Disiarkan pada: Oktober 29, 2023 @ 12:05pm
Kredit: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami akan beritahu seluruh dunia, Israel adalah penjenayah perang! - Erdogan

Presiden Turkiye Tayyip Erdogan, memakai selendang dengan bendera Palestin dan Turki, berdiri di atas pentas semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh parti AKP sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza, di Istanbul pada 28 Oktober 2023. FOTO PEJABAT AKHBAR PRESIDEN TURKIYE /AFP
Istanbul: "Kami akan memberitahu seluruh dunia bahawa Israel adalah penjenayah perang. Kami sedang membuat persiapan untuk ini. Kami akan mengisytiharkan Israel sebagai penjenayah perang," kata Presiden Turkiye Tayyip Erdogan.
Dalam ucapan selama sejam di hadapan ratusan ribu penyokong di perhimpunan pro-Palestim terbesar beliau berkata, Israel secara terbuka melakukan jenayah perang selama 22 hari.
"Tetapi pemimpin Barat tidak boleh meminta Israel untuk gencatan senjata, apatah lagi bertindak balas terhadapnya," katanya ketika berucap di hadapan ratusan ribu rakyat Turkiye yang berhimpun dalam solidariti "Great Palestine Rally' di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.
Erdogan turut mengulangi penegasannya bahawa Hamas bukanlah sebuah pertubuhan pengganas, sebaliknya adalah pejuang kemerdekaan dan menyifatkan Israel sebagai penjajah.
Tidak seperti kebanyakan sekutu NATO, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Teluk, Turkiye tidak menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas.

Orang ramai mengibarkan bendera Turkiye dan Palestin ketika Presiden Turki berucap semasa perhimpunan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza, di Istanbul pada 28 Oktober 2023. Foto PEJABAT AKHBAR PRESIDEN TURKIYE /AFP
Sementara itu Anadolu Agency (AA) melaporkan Erdogan dengan tegas berkata bahawa dunia Barat menggerakkan ahli politiknya, dan media untuk menghalalkan pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak bersalah di Gaza, sambil menambah: "Israel melakukan jenayah perang."
Dia berkata Israel adalah "penjajah", sambil menambah: "Barat berhutang kepadamu, tetapi Turkiye tidak berhutang kepadamu."
"Mereka yang mengalirkan air mata buaya untuk orang awam yang terkorban dalam perang Ukraine-Rusia namun senyap menyaksikan kematian beribu-ribu kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza, katanya.
"Saya bertanya kepada Barat, adakah anda mahu mencipta suasana Perang Salib yang lain?" dia bertanya, sambil menambah: "Penyebab utama di sebalik pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza adalah Barat."
"Sudah tentu setiap negara mempunyai hak untuk mempertahankan diri, tetapi di manakah keadilan? Tiada pertahanan melainkan pembunuhan beramai-ramai yang terbuka dan kejam berlaku di Gaza."
Erdogan berkata beliau menyanjung "keazaman rakyat Gaza" untuk tidak meninggalkan rumah mereka.
https://www.hmetro.com.my/global ... h-penjenayah-perang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 29-10-2023 04:59 PM
Konflik Palestin Israel: Elon Musk sedia akses internet Starlink di Gaza

Musk bimbang tentang ketiadaan semua rangkaian komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza. - AFP
WASHINGTON – Bos Tesla, Elon Musk mengumumkan semalam bahawa sistem telekomunikasi berasaskan satelit miliknya, Starlink akan memperluaskan perkhidmatan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Langkah itu diambil selepas Israel memutuskan rangkaian komunikasi yang menyebabkan wilayah Palestin terputus hubungan dengan dunia luar, lapor agensi berita Anadolu.
Musk berkata di laman X: “Starlink akan menyokong sambungan komunikasi kepada organisasi bantuan diiktiraf antarabangsa di Gaza.”
Beberapa jam kemudian, Musk sekali lagi memaklumkan di laman X: “Kami akan menyokong kumpulan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi lain yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.”
Terdahulu, Musk mengadakan perbualan bersama beberapa aktivis dan pegawai dalam platform X dengan mereka menyuarakan kebimbangan tentang ketiadaan semua rangkaian komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza dan kesannya terutama pada operasi PBB serta perkhidmatan kesihatan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... t-starlink-di-gaza/ |
|
|
|
|
|
|
|
Jessi insaf, tunai umrah sebagai lelaki

SEORANG lelaki yang berperawatakan wanita mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ii. - Foto TikTok
JAKARTA – Seorang lelaki transgender yang memiliki wajah dan suara mirip wanita mengerjakan ibadah umrah di kota suci Mekah, lapor portal berita Tribun News Bogor hari ini.
Ketika mengerjakan ibadah itu, dia bertaubat dan memanjatkan doa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menjadi lelaki sejati.
Walaupun mempunyai penampilan seperti wanita, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Jessi Rinrada tetap mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang lelaki.
Bagaimanapun, dia menempuh pelbagai ujian seperti ditahan beberapa kali oleh askar-askar Arab Saudi ketika melawat Masjid Nabawi di Madinah.
“Ditahan berkali-kali kerana saya selalu dicurigai,” katanya.
Namun, lelaki tersebut berkata, dia ikhlas mengerjakan umrah dan berharap ibadatnya itu diterima oleh Allah.
Dia pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama ibu bapanya pada 14 Oktober lalu dan telah kembali ke tanah air pada 22 Oktober lepas. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... rah-sebagai-lelaki/ |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ramai mengangkut roti sambil menaiki pedati ditarik keldai di Bandar Gaza. - Foto AFP
Ketiadaan komunikasi menyebabkan tiada jaminan bantuan roti bagi Gaza - Agensi PBB
GENEVA: Ketiadaan akses kepada telefon dan internet di Gaza bermakna bantuan roti juga tidak lagi dijamin di wilayah itu, menurut amaran yang dikeluarkan Program Makanan Sedunia (WFP) semalam.
"Tanpa komunikasi dengan dunia luar di Gaza, kami tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai. Ini bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga-keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
"Kami perlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga daripada kelaparan. Kami memerlukannya SEKARANG," tulis pengarah wilayah untuk Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah Timur agensi itu Corinne Fleischer di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti yang masih beroperasi di Gaza.
"Untuk membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat makan apa yang mereka perlukan untuk setiap hari, 100 trak perlu melalui sempadan pada setiap hari hanya untuk membawa makanan," katanya.
Tentera Israel pada Jumaat memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.
Sekurang-kurangnya 7,703 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober.
Kira-kira 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak, menurut angka rasmi. - BERNAMA-ANADOLU
|
|
|
|
|
|
|
|
HANG (dua dari kiri) berkahwin dengan Minh (tiga dari kiri) di sebuah hotel mewah di Ho Chi Minh, Isnin lalu. - Foto Facebook/Thanh Hang
Pengantin tayang barang kemas RM2.06 juta
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Supermodel terkenal Vietnam, Thanh Hang memakai dua set barangan kemas jenama Itali, Bulgari berharga AS$433,000 (RM2.06 juta) pada majlis perkahwinannya dengan konduktor orkestra, Tran Nhat Minh, lapor portal berita VNExpress.
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Supermodel terkenal Vietnam, Thanh Hang memakai dua set barangan kemas jenama Itali, Bulgari berharga AS$433,000 (RM2.06 juta) pada majlis perkahwinannya dengan konduktor orkestra, Tran Nhat Minh, lapor portal berita VNExpress.
Nilai keseluruhan set itu ialah AS$237,000 (RM1.13 juta) berdasarkan harga yang disenaraikan di laman web rasmi jenama itu.
Hang, 40, pernah menjadi Ratu Cantik Foto Vietnam pada 2002 sebelum memulakan kerjaya sebagai model profesional.
Suaminya, Minh, 42, berkelulusan ijazah sarjana dari Russia dan kini bekerja dengan Orkestra Simfoni Balet di Bandar Raya Ho Chi Minh.
Pasangan itu bertunang pada Ogos lalu.
Mereka mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel mewah di Bandar Raya Ho Chi Minh pada Isnin lalu. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalahkan All Blacks dengan satu mata, Springboks raih Piala DuniaPARIS: Juara bertahan, Afrika Selatan memahat rekod merangkul kejuaraan Ragbi Piala Dunia buat kali keempat selepas menumpaskan New Zealand dalam aksi sengit 12-11 awal pagi tadi.
New Zealand terpaksa menamatkan permainan dengan 14 orang selepas kapten mereka, Sam Cane menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir.
Pemain fly-half Afrika Selatan, Handre Pollard menyempurnakan empat tendangan penalti untuk menyumbang kesemua mata skuad Springboks dalam aksi yang ditonton lebih 80,000 orang di Stade de France.
Kemenangan itu membolehkan Afrika Selatan mengulangi final 1995, iaitu kali terakhir mereka mengalahkan All Blacks dalam Piala Dunia, sekali gus menafikan hajat lawan untuk menjulang trofi keempat.
Kapten Springboks, Siya Kolisi menjulang Piala Webb Ellis tinggi-tingginya, sebelum mencium dan menjerit kepuasaan ketika penyampaian hadiah.
“Orang yang bukan dari Afrika Selatan tidak faham apa maknanya kemenangan ini bagi negara kami. Ia bukan sekadar mengenai permainan. Negara kami melalui banyak perkara.
“Saya ingin beritahu penduduk Afrika Selatan, ‘Terima kasih banyak-banyak’. Pasukan ini menunjukkan apa yang anda boleh lakukan,” kata Kolisi.
Ketika pemain Afrika Selatan sedang meraikan kejuaraan, Kolisi berhenti dan menaiki tangga stadium.
Dia menuju ke bahagian atas untuk bertemu rakan istimewanya iaitu legenda tenis Switzerland, Roger Federer. Ibu Federer adalah warga Afrika Selatan.
Sementara itu, Cane tampak amat kecewa, namun mengakui sukar buat All Blacks mengharungi sebahagian besar permainan dengan kekurangan seorang pemain.
“Sangat..sangat kecewa.
“Pertama sekali, kami perlu bermain dengan 14 orang selama 50 minit terakhir, saya fikir keberanian yang mereka tunjukkan di sini malam ini adalah luar biasa, seluruh pasukan adalah pahlawan mutlak,” katanya.
Cane dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan tinggi ke atas pusat Jesse Kriel. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMUNGUT sampah maut akibat ditembak pistol. - AGENSI
Lelaki maut ditembak pistol dibuang dalam beg sampah
MEXICO CITY: Seorang pemungut sampah di Mexico meninggal dunia selepas ditembak sepucuk pistol yang dibuang ke dalam beg plastik sampah.
Kes jenayah membabitkan senjata api semakin berleluasa di Mexico sehingga ramai penduduk dikatakan membuang pistol berisi peluru ke dalam tong sampah yang dilihat boleh meragut nyawa pemungut sampah.
Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku berhampiran dewan bandar Rioverde di San Luis Potosi, Mexico pada 16 Oktober lalu.
Ketika kejadian, sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah menggunakan lori di kawasan berkenaan.
“Seorang pekerja sedang memungut beg sampah lalu membuangnya ke dalam lori apabila secara tiba-tiba terkena tembakan.
“Pekerja lain terkejut dan menyedari rakan sekerjanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas tanah.
“Mereka segera menghubungi ambulans dan mangsa kemudian dikejarkan ke hospital,” jelas laporan.
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia akibat luka tembakan sejurus selepas dibawa ke Pusat Perubatan Rioverde.
Berdasarkan laporan akhbar El Universal, lelaki itu maut akibat terkena tembakan terlepas daripada pistol yang dibuang ke dalam beg sampah.
Dilaporkan, pihak berkuasa masih sedang menyiasat kes itu dengan harapan dapat mencari pemilik pistol tersebut untuk mengheret pihak berkenaan ke muka pengadilan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah kayu beratapkan zink itu diperiksa pihak berkuasa. - KhaoSod
Lelaki tidur dalam rumah mati disambar petir
BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Tak, Thailand meninggal dunia akibat dipanah petir ketika tidur di dalam rumahnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Jitpol, 47, disambar petir ketika berbaring di atas tilam. Kejadian disaksikan oleh isteri dan dua anak perempuannya.
Rumah mangsa yang dibina daripada kayu dan beratapkan zink itu diperiksa selepas kejadian. Pasukan penyiasat menemui tilam yang diletakkan di atas lantai, baju milik mangsa dan syiling 7 baht.
Menurut anak sulung Jitpol yang bernama Kwan Khao, 16, keempat-empat ahli keluarganya biasa tidur di dalam satu kelambu.
Pada hari kejadian, berlakunya hujan lebat beserta guruh dan kilat, menyebabkan dia beralih tempat tidur berhampiran bapanya.
Jitpol sedang menjawab pertanyaan anaknya apabila kilat menyambarnya sebanyak dua kali. Dia kemudian rebah terlentang di atas lantai.
Isteri Jitpol cuba membantunya dengan melakukan urutan sebelum meminta bantuan jiran mereka. Walaupun sudah dibawa ke hospital, Jitpol gagal diselamatkan.
Kakak Jitpol yang bernama Suporn, 68, berkata, dia telah bermimpi mengenai tragedi itu dua hari sebelum insiden berlaku. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ladang ‘urban’ bumbung stadium Boston hasilkan ratusan tanaman

STADIUM Fenway Park bukan sahaja terkenal sebagai tuan rumah kepada pasukan besbol Boston Red Sox. Uniknya bumbung stadium itu turut menempatkan ladang ‘urban’ yang mampu menghasilkan lebih 2,721 kilogram (kg) hasil tanaman pelbagai jenis sayuran setahun.
Ladang tersebut menjadikan Fenway Park sebagai satu-satunya stadium besbol ikonik yang mencipta kehijauan dengan cara berbeza. Setiap beberapa bulan, kumpulan petani dari Green City Growers akan memungut hasil tanaman dan menjaga kawasan ladang atas bumbung kira-kira 1.5 kilometer persegi yang dipanggil Fenway Farms.
Presiden Green City Growers, Chris Grallert berkata, sejak kecil beliau sering hadir menonton permainan pasukan Boston Red Sox dan ladang berkenaan memberi nilai tambah yang menarik dan bermanfaat kepada penduduk setempat.

“Pada 1920, kawasan yang terletak di pusat bandar Boston menduduki tempat kelima di negara ini untuk nilai tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua komuniti di sekitar Boston mempunyai pasar dan taman tempatan.
“Mempunyai ladang atas bumbung di Fenway Park adalah cara menakjubkan untuk memperkasakan semula sistem pengeluaran makanan tempatan,” katanya.Pada 2014, organisasi Red Sox mendapatkan bantuan Recover Green Roofs yang mereka bentuk dan memasang taman atas bumbung menggunakan sistem penanaman modular dengan peti yang dipenuhi tanah.
“Apa yang kami lakukan di sini sudah dilakukan selama 10,000 tahun lalu atau lebih. Apa yang kita perlukan cahaya matahari, air, tanah, sistem saliran yang baik dan kesuburan. Di sini, anda benar-benar boleh menanam apa sahaja yang boleh tumbuh di atas tanah. Kami hanya mengambil sistem itu dan meletakkannya di atas bumbung,” jelas Grallert.
Sebagai taman bermusim, petani mula membuat persediaan di Fenway Park pada Mac dan boleh berpanjangan sehingga Disember, bergantung pada keadaan cuaca.
Pada akhir Ogos, sekitar penghujung musim panas, ladang itu akan dipenuhi terung, tomato ceri, lobak merah, bawang, pelbagai jenis lada, ubi bit serta sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan herba selasih.
Grallert berkata, sebaik sahaja hasil tanaman itu dituai, satu lagi tanaman musim luruh akan ditanam di tempat sama.
“Kami boleh menghasilkan antara 1,000 hingga 2,000 kg hasil segar setahun, bergantung pada apa yang kami tanam.
“Untuk memaksimumkan hasil dengan ruang, pasukan kami mengelak daripada menanam tanaman yang lebih besar seperti jagung manis, labu, atau tembikai,” tambahnya.
Ladang itu adalah 100 peratus organik, tanpa penggunaan bahan kimia dengan kain putih disarungkan pada beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan gangguan haiwan perosak.

Sistem pengairan yang sangat cekap mengalir melalui barisan tanaman ke dalam setiap peti individu, memastikan jumlah air yang tepat untuk jenis tumbuhan yang ditanam.
Di bawah laluan pejalan kaki yang selari dengan ladang berkenaan, pelbagai restoran dan konsesi menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran dan herba di Fenway Park dalam hidangan yang disajikan mereka.
“Kami cuba memasak produk-produk tanaman dari Fenway Park dengan cara paling ringkas kerana mahu pelanggan menikmati kesegaran dan keenakannya,” kata Chef restoran, Ron Abel.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... an-ratusan-tanaman/ |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki maut ditembak pistol dibuang dalam beg sampah

PEMUNGUT sampah maut akibat ditembak pistol. - AGENSI
MEXICO CITY: Seorang pemungut sampah di Mexico meninggal dunia selepas ditembak sepucuk pistol yang dibuang ke dalam beg plastik sampah.
Kes jenayah membabitkan senjata api semakin berleluasa di Mexico sehingga ramai penduduk dikatakan membuang pistol berisi peluru ke dalam tong sampah yang dilihat boleh meragut nyawa pemungut sampah.
Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku berhampiran dewan bandar Rioverde di San Luis Potosi, Mexico pada 16 Oktober lalu.
Ketika kejadian, sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah menggunakan lori di kawasan berkenaan.
“Seorang pekerja sedang memungut beg sampah lalu membuangnya ke dalam lori apabila secara tiba-tiba terkena tembakan.
“Pekerja lain terkejut dan menyedari rakan sekerjanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas tanah.
“Mereka segera menghubungi ambulans dan mangsa kemudian dikejarkan ke hospital,” jelas laporan.
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia akibat luka tembakan sejurus selepas dibawa ke Pusat Perubatan Rioverde.
Berdasarkan laporan akhbar El Universal, lelaki itu maut akibat terkena tembakan terlepas daripada pistol yang dibuang ke dalam beg sampah.
Dilaporkan, pihak berkuasa masih sedang menyiasat kes itu dengan harapan dapat mencari pemilik pistol tersebut untuk mengheret pihak berkenaan ke muka pengadilan.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... g-dalam-beg-sampah/ |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah runtuh: 2 selamat 3 lagi hilang di Aceh, Indonesia
Oktober 29, 2023 @ 6:03pm

Lokasi tanah runtuh di Bandar Subulussalam. - Foto AGENSI
LIVE
ASEAN
Tanah runtuh: 2 selamat 3 lagi hilang di Aceh, Indonesia
Oktober 29, 2023 @ 6:03pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Lokasi tanah runtuh di Bandar Subulussalam. - Foto AGENSI
Lokasi tanah runtuh di Bandar Subulussalam. - Foto AGENSI
JAKARTA: Seramai dua individu berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Sumatera-Aceh di Bandar Subulussalam, Wilayah Aceh, pada Jumaat malam.
Kejadian di Jalan Lintas Medan berhampiran Kampung Lae Ikan dalam daerah Penanggalan berlaku berikutan hujan lebat pada kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan, menurut agensi mitigasi bencana Indonesia.
Seorang jurucakap agensi bencana daerah (BPBD) tempatan, Cut Anita berkata tiga individu yang hilang itu ialah dua orang awam dan seorang pegawai polis dari Penanggalan.
"Usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang hilang ini diteruskan di bawah penyelarasan BPBD Subulussalam," menurutnya dalam satu kenyataan.
Serpihan tanah runtuh yang menghalang jalan telah dibersihkan manakala pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu ketika cuaca hujan kerana risiko tanah runtuh.
Berdasarkan ramalan cuaca agensi meteorologi (BMKG) hari ini, cuaca di bandar itu dijangka mendung.
Bagaimanapun, hujan lebat diramalkan pada sebelah petang dengan potensi ribut petir pada sebelah malam.
Agensi itu juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana potensi hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.
Kredit: BertaHarian |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang maut dalam letupan di perhimpunan keagamaan di Kerala, India
Oktober 29, 2023 @ 6:17pm

Insiden itu berlaku pada perhimpunan Saksi-Saksi Yehuwa di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zamra di Kalamassery, di mana kira-kira 2,500 orang beriman dari seluruh negeri telah berkumpul untuk sesi doa. - Foto AGENSI check caption
NEW DELHI: Seorang maut manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa siri letupan di sebuah pusat konvensyen di negeri Kerala, India pada pagi ini.
Letupan itu berlaku semasa majlis keagamaan penganut mazhab Jehovah's Witnesses di kawasan Kalamassery di Kochi.
Saksi memberitahu media tempatan, letupan pertama berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi diikuti dua lagi letupan beberapa minit kemudian.
Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata polis sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu. - BERNAMA
Kredit: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anniez08 at 29-10-2023 06:47 PM
Tiada akses komunikasi, bantuan roti tidak dapat disalurkan

Penduduk Palestin mengambil bantuan makanan dari pusat bantuan kendalian PBB. - FOTO AFP
Geneva: Ketiadaan akses kepada telefon dan internet di Gaza bermakna bantuan roti juga tidak lagi dijamin di wilayah itu, menurut amaran yang dikeluarkan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Sabtu.
"Tanpa komunikasi dengan dunia luar di Gaza, kami tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai. Ini bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga-keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
"Kami perlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga daripada kelaparan. Kami memerlukannya sekarang," tulis pengarah wilayah untuk Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah Timur agensi itu Corinne Fleischer di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti masih beroperasi di Gaza.
"Untuk membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat makan apa yang mereka perlukan setiap hari, 100 trak perlu melalui sempadan pada setiap hari hanya untuk membawa makanan," katanya.
Tentera Israel pada Jumaat memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.
Sekurang-kurangnya 7,703 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober.
Kira-kira 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak, menurut angka rasmi.
Disiarkan pada: Oktober 29, 2023 @ 4:48pm
Kredit: MY Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|