SHAH ALAM - Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lapan daripadanya merupakan kes import.
Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,848,314 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal
CovidNow, sebanyak dua kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,387 kes.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 23,038 kes, dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Seramai 979 pesakit ditempatkan di hospital dengan 48 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).