Post Last Edit by oddxx at 19-3-2012 14:02
Wah, nampak gayanya ramai yang tak sabar dgn cite romantik ni. Aku pun.. Cepat lah selasa( walaupun ...
edlina Post at 19-3-2012 13:57
beb kat sini pun ada hashtag eh ?
btw nak paste sinop from Edtv ..mcm ada tambahan sikit dari sinop kat blog blog lain
Request: Sinopsis drama 3 Janji di TV3
Hai, ada pembaca yang bertanyakan ED tentang sinopsis drama 3 Janji yang akan tayang pada hari Selasa nanti di TV3. Terima kasih kerana mempercayai blog EDtv. Walaupun banyak blog yang telah memberikan sinopsis tentang drama ini, namun ada pembaca yang mahu membaca sinopsis dari blog EDtv. Okelah, ini dia sinopsis drama 3 Janji.
Liyana Jasmay dan Shahrizal, pelakon utama 3 Janji
Drama 3 Janji mengisahkan tentang hidup Dahlia (Liyana Jasmay) yang berkawan baik dengan Khursyi (Shahrizal) sejak kanak2. Mereka akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, jalinan cinta mereka terhenti kerana Khursyi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Dahlia redha dengan pemergian Khursyi. Dahlia sentiasa ingat kepada 3 pesanan Khursyi iaitu jika dia mahu mencari teman hidup, biarlah lelaki itu boleh menjadi sahabat, kekasih dan suami terbaik. 3 pesanan tersebut menjadi 3 janji Dahlia kepada Khursyi.
Liyana Jasmay sebagai Dahlia yang memegang 3 janji.
Selepas kematian Khursyi, Dahlia dipertemukan dan diuji dengan kehadiran Kamil dan Yassin yang cuba mencuri hatinya di universiti. Siapakah yang akan dipilih oleh Dahlia mengikut 3 janjinya kepada Khursyi? Saksikan sendiri drama 3 Janji sampai ke episod terakhir.
Shahrizal bawa 2 watak dalam drama ini. Dia akan kembali sebagai watak Kamil apabila Dahlia masuk ke Universiti. Selain itu, Shah Iskandar memegang watak sebagai Yassin.
** katanya bawak 2 watak dan kembali sebagai Kamil.
|