CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mierrr

ujian/dugaan/bala

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2012 07:55 PM | Show all posts
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

    Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
    Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
    Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
    Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
    Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
        Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
        Baca ketika hendak tidur tiga kali,
        Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.


wallahualam

semua adalah keizinan dariNYA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2012 07:57 PM | Show all posts
apa pun
i tak pasti
ayat seribu dinar
merupakan ayat yang tepat
dalam permasalahan
hutang
cuma kemungkinan
dapat keluar dari kesulitan hidup
insyaAllah dengan keizinanNYA

ada juga beberapa zikir dan doa
berkenaan hutang yang boleh diamalkan
lepas solat

harap sesiapa juga
yang boleh berkongsi ayat
dan lebihj arif dalam bab ni
tampil untuk berkongsi
untuk panduan bersama Last edited by mierrr on 26-8-2012 08:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 08:14 PM | Show all posts
20 AMALAN SUPAYA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:-


1) Menyempatkan diri beribadah.Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2) Memperbanyak istighfar.Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3) Tinggalkan perbuatan dosa.Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih juga membuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4) Sentiasa ingat Allah.Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa.Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu” (Riwayat Bukhari)


7) Tunaikan hajat orang lain.Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8) Banyak berselawat.Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9) Buat kebajikan banyak-banyak.Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya”


10) Berpagi-pagi.Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11) Menjalin silaturrahim.Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya” (Riwayat Bukhari)


12) Melazimi kekal berwuduk.Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13) Bersedekah.Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14) Melazimi solat malam (tahajud).Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15) Melazimi solat Dhuha.Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16) Bersyukur kepada Allah.Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya, Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Ali Imran: 145)


17) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fatah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fatah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fatah ya Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18) Berdoa.Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19) Berikhtiar sehabisnya.Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20) Bertawakal.Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah, FirmanNya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 08:27 PM | Show all posts
marufie posted on 26-8-2012 08:14 PM
20 AMALAN SUPAYA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan kelu ...

Panduan dari Hadith
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
“Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih)
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW  dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan  rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
“Firman Allah dalam hadis qudsi:  “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat  rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku  cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
“Seandainya kamu bertawakal  kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki  seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah  kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
“Firman Allah dalam hadis qudsi:  “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat  hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku  akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup  kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa  kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza  wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang  membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan  baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan  baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
“Tidak bertambah umur seseorang  kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah  (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya  seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa  dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
“Nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu.” (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)
“Adakah kamu suka hatimu menjadi  lembut, dan kamu memperolehi hajat keperluanmu? Kasihanilah anak yatim,  usaplah kepalanya, dan berikanlah dia daripada makananmu, nescaya  lembutlah hatimu dan kamu akan memperolehi hajatmu.” (Riwayat Tabrani)
“Wahai manusia, bertaubatlah kepada  Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih  sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu  dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah  dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki,  ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

“Barang siapa memperbanyak  istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,  menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang  tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)
“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)
“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.
“Ikutlah antara haji dan umrah kerana di dalam mengikuti antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)
Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)
   
        Anda mungkin juga meminati:   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 08:32 PM | Show all posts
Herlina posted on 24-8-2012 10:29 AM
Salam mierr,

saya bukan lah sekuat mana cuma bersyukur saya x jadi mcm mula2 saya diberi ujian. ...

khas buat Herlina,

ada satu ayat
mungkin berguna
walau i tak pasti
masalah sebenar
hasil gugel
kita semua boleh amalkan bersama


Fadhilat Asma’ul Husna – Al Jaami’


87. Al Jaami’ The Gatherer/ The Unifier
Yang Maha Menghimpun / Maha Mengumpulkan / Maha PengumpulIa mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.


Fadhilat Al Jaami’
.
  • Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ‘Ya Jaami’ sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
  • Sesiapa yang membacanya ‘Ya Jaami’  tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, InsyaAllah akan dikumpulkan segala maksudnya.
  • Jika inginkan ahli keluarga kita dapat bersama berkumpul di rumah, terutama pada masa perayaan zikirkanlah ‘Ya Jaami’ sebanyak 111 kali, setiap lepas solat fardhu selama 7 hari atau sebulan dengan niat, Allah menghimpun mereka bersama. InsyaAllah akan dikabulkan hasrat tersebut.
  • Bagi menghimpunkan semula ahli keluarga yang berpecah atau terpisah akibat sesuatu mala petaka seperti peperangan dan gempa bumi; Seseorang itu hendaklah mandi pada waktu Dhuha dan merenung ke arah langit, bacakan asma ‘Ya Jaami’ sebanyak 10 X. Kiralah dengan jari, dimana bagi setiap satu kiraan, satu hari menutup jari sehingga kesepuluh jari tutup menggenggam. Kemudian sapu tangan ke muka setelah selesai berdoa. InsyaAllah akan ditemukan dengan orang tersebut.

  • Sesiapa menyebut ‘Ya Jaami’ berulang-ulang, InsyaAllah akan menemui benda-benda yang hilang.









Last edited by mierrr on 26-8-2012 08:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 08:33 PM | Show all posts
marufie posted on 26-8-2012 08:27 PM
Panduan dari Hadith “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan ...

terima kasih marufie,
kerana sudi berkongsi ilmu
moga kita sama2
mengamalkannya
semoga dirahmati Allah



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2012 10:28 PM | Show all posts
TT  Majalah solusi isu no . 47 dalam pasaran sekrang ada tajuk tentang
'Kejayaan di Sebalik Dugaan'  dalam ruangan i-pods  ( intisari pedoman dan sirah )
page 105.

sapa yg dah ada boleh kita kupaskan isi sebab i ada soalan  juga tang ruangan tips berhadapan dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 11:31 PM | Show all posts
marufie posted on 26-8-2012 04:31 PM
Pernahkah anda terfikir ada musibah/ujian merupakan kifarah ats perbuatan kita yg lalu.

Kalau dg ...

salam

Pernahkah anda terfikir ada musibah/ujian merupakan kifarah ats perbuatan kita yg lalu.
yap ..
Dia Maha Kaya ..
Dia tiada mengambil satu faedah d'atas ta'at nya makhlok ..

Untong baik balas baik ..
Untong jahat balas jahat ..

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 11:46 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-8-2012 01:07 AM
i have to say you are good with selection of music  in a sense....

salam

yoyo ..
Time now 15 minutes before 12 am
Gooooooooooooood Evenniiiiiiiiiiiinggggg to everybody ..
Welcome to Forum Cari ..

first solo single song album .. by
The Brand New Heavies - You've Got A Friend
May this song brighten your day ..

Yoyo .. coooool ..
letz enjoy it .. 3 2 1 .. Deejay .. hit it

http://www.youtube.com/watch?v=r-UAT0N4lo0

wassalam


p/s ..
for someOne out there..

You've Got A Friend..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 11:56 PM | Show all posts
NorAddin posted on 26-8-2012 11:46 PM
salam

yoyo ..

hehe thanks ...6 mins to monday morning though in islamic  time we already enjoying monday after maghrib ...

nasib baik not angel Robbie williams
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:46 AM | Show all posts
Setiap perbuatan kita jgn sekali2 cuba mengambil kuasa Allah dgn menzalimi org lain...sbb kifarahnya hingga ke anak2..

I juz gv uols example of true story..a fren if mine guna cable utk madukkan anak dia ke Sbp- asrama penuh sedangkan anak dia bukan straight As pun..kesudahannya lps spn anak dia dpt nombor ke 2 tercorot..dpt 2As je mujur juga dpt juga matrix..
Baru ni dia jumpa saya, sy juz sembang tanya kenal sape2 x kat BPG..sy cuma nk cek status anak sy berjaya ke x permohonan maktabnya sbb keputusannya keluar lambat lg sedangkan dia dh dpt panggilan matrix dan uia. Dia terus bg tau, eh ko x kenal ke si.......anak2 dia yg ....dpt masuk maktab ko soh je dia rekemen...

Then i told her..sy bukan nak soh rekemen cuma nk cek status je..sy xmau guna cable..mungkin itu hak org lain sy sdh menggangu kuasa Allah. Nanti balasannya dpt kat anak2 juga...dia terus terdiam sekejap..then dia sendiri jwb..dgn suara perlahan..ye lah toksah la guna cable..kita xtau entah hak anak yatim ke kita terambil nanti...

Sy cuma nk mengingatkan..ramai terlepas pandang bab ni. Memanglah sape xnak tlg darah daging sendiri kan..tanpa kita sedari kita dh amb hak irg lain..dh berlaku zalim pd org yg kita x kenal, mcm mana nk minta ampun kat org tu! Di akhirat nanti..slp slmt dari titian..sblm masuk syurga ada perbucaraan terakhir di pintu syurga..sbb itu ada rowayat mengisahkan ada org yg tersungkur di pintu syurga ...di sini lah segala kezaliman yg pernah dilakukan pd manusia di timbang tara...details dlm kitab qiamat tulisan imam al qurtubi.

Teringat kisah seorg bapa yg pd saya dia sgt alim..dahi berlekuk hitam..sepnjg ramadhan jarang tdr di rumah..tp amalan kronism sgt tinggi. Blh kata semua anak2nya dpt masuk kerja guna cable dia..nak masuk uitm pun guna cable. Anaknya spm gred 2, apply uitm x dpt, rayuan pun x dpt..last2 sbb sedara kerja s/u sultan, guna surat kuasa sultan...sy tgk surat tu..dgn ni ats titah perintah dulu yg........adalah diarahkan pihak uitm menerima.......

Sy termenung memikirkan kerja2 seorg bapa yg alim ni...brp byk kita menzalimi org? Small event mcm potong Q....zalim x? Q itraffic light, Q nak jumpa doctor..lagilah bila berurusan dgn pejabat2 kerajaan..kenal,org dlm xyah amb nombor masuk je..

Fikir2kan dan renung2kan....utk hidup lbh berkat...dan di akhirat lbh mudah perhitungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:19 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-8-2012 02:30 AM
are u ok?

what happened ?

Not 100% ok but I have to be strong.
Saya selalu pujuk diri.." La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

Apa2 nanti saya PM ok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:27 AM | Show all posts
mierrr posted on 25-8-2012 12:27 PM
salam Herlina,

kadang2 kita pelik

Ameen..
Terima kasih mierr kerana mendoakan saya.
Betul kita kena sentiasa positif, kalau terpesong sikit pemikiran kita terlalu ramai batalion iblis yg akan berbisik dan menyeru kita untuk melakukan kejahatan dan seterusnya tanpa disedari kita jatuh kufur. Nauzubillah.

Ya..mmg payah bila menghadapi sesuatu keadaan yg kita tak sangka2kan, datang dari segenap penjuru, cuba merosakkan mental dan fizikal. Saya sangat2 bersyukur Allah beri saya kekuatan untuk beribadat, meneruskan qiam serta berdoa di samping berikhtiar untuk menyelesaikan masalah saya.

Syukur juga walaupun saya tak ramai kawan, namun Allah kurniakan saya para sahabat yang ketawa dan menangis bersama serta byk membantu saya ketika menghadapi saat getir.

Syukur juga saya mengenali anda dan sahabat di sini yang berkongsi memberi pandangan dan semangat pada saya dan insan lain yg bermasalah. Semoga anda semua dirahmati Allah dan usaha murni anda semua diberkati olehNya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:38 AM | Show all posts
marufie posted on 26-8-2012 04:31 PM
Pernahkah anda terfikir ada musibah/ujian merupakan kifarah ats perbuatan kita yg lalu.

Kalau dg ...

Kadangkala manusia selalu berdoa yg tak baik untuk org yg menzaliminya,kan. Padahal kita patut serahkan urusan itu semua pada Allah. Dia lagi Bijaksana dan Adil serta PerancanganNya lagi Benar dan Tepat. Ye la.. manusia biasanya dalam dizalimi pun dia x sedar dia juga cuba menzalimi org lain kerana termakan hasutan syaita dgn sifat marah dan berdendam. Nauzubillah.

Dalam kes awak ni, mungkin ini basalan Allah di dunia untuk org yg menzalimi awak serta rakan2 awak yg lain. Boleh diambil iktibar, samada cepat atau lambat org yg berbuat jahat pada kita akan merasa pembalasannya dan kita tak perlu tergesa2 mendoakan kejatuhan org tsbt. Wallahualam..


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:40 AM | Show all posts
NorAddin posted on 26-8-2012 12:59 AM
salam

frankly .. do you realize that your thread is very good ..

Bagusnya kata2 mengenai Time Management tu.
Saya pinjam ye.. print besar2 utk anak2 baca di rumah.
Nak kena tampal kat dinding  bilik derang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:50 AM | Show all posts
djflux2000 posted on 26-8-2012 06:54 PM
Assalamualaikum....maap saya mau bertanya apakah amalan2 yg baik jika kita di landa masalah beban hu ...

Selain ayat 1000 dinar yg mierr bagi tu, cuba amalkan doa ini

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Allahumak fini bi halalika an haramika wa aghnini bifazlika amman siwak

Terjemahan:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang
telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 09:52 AM | Show all posts
mierrr posted on 26-8-2012 08:32 PM
khas buat Herlina,

ada satu ayat

Terimakasih atas panduan ini mierr. InsyaAllah akan saya tambahkan disamping amalan lain. Semoga Allah membalas kebaikan awak dengan RahmatNya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 11:12 AM | Show all posts
Herlina posted on 27-8-2012 09:38 AM
Kadangkala manusia selalu berdoa yg tak baik untuk org yg menzaliminya,kan. Padahal kita patut ser ...

Sy x pernah doakan keburukan utk org islam lain, bila dizalimi su dh ajar doa sblm ni kan, kurniakannikmat atas musibah ini

Kes pertama dizalimi kaw2, sy doa jika sy di pohak yg benar jauhi sy dari ketua ni, soon aft that sy dpt surat tukar ke dua negeri berbeza, semua ken hairan sbb imposible blh dpt suray tukar ke dianegeri berlainan. Ada juga yg kata, doa org teraniaya tiada hijab antara doanyadgn Allah

Kes ke 2, surat tukar sy dibakul sampahkan, ada pegawai daerah bg tau dia dh hntr suray tukar 2 bln yg lalu.

Sisa2 hidup ni sy just buat apa yg disuruh, jauhi larangan, x kacau org..sape buat x baik pd sy biar Allah yg balas

Ada satu kisah, seorg ken ni back stab saya, dia cite yg bukan2 pada boss..kerani bg tau berbakul2 kak dia mengutuk alak, sy x nak percaya sbb dia asistant sy, dgn appearance berjubah n tdg labuh, rasa nk face her tanya apa salah saya..tp x terucap, then satu2 jpa sy lenapa adu hal dia pada boss? Kan blh direct ckp kenapa perlu direct bg tau boss. Sy terkejut, sy berspah x pernah mengadu hal sape2 pd boss. Sy sendiri sht jarang masuk bilik boss, masuk bila nk minta approval apa2 je. Rupanya minah yg sama mrngadu pd boss tentang staff lain ni.

Memang masa tu rasa nk confront dia, tambahan sy nk pegi umrah xmau fikir hal ni. Tp x terucap. Nature sy memang x amb pot apa org mk buat as long as sy buat kerja sy siap. Sy baru pindah them dgr kabar dia sakit kena major operation juga la.
Sy x pernah doa yg x baik utknya kerana allah lbh adil dan sksama
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 03:04 PM | Show all posts
Herlina posted on 27-8-2012 09:40 AM
Bagusnya kata2 mengenai Time Management tu.
Saya pinjam ye.. print besar2 utk anak2 baca di rumah ...

salam

tafadhal .. tafadhal ..
silakan .. silakan ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 03:13 PM | Show all posts
salam

Mengaku satu kesilapan
bukanlah satu kesalahan
tetapi menyembunyikan satu kesilapan
adalah satu kesalahan

wassalam


p/s ..
Dari Abu Hurairah r.a. dari, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya;
‘‘Orang yang menutub aib orang lain di dunia ..
nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari Kiamat .’’  

Riwayat Muslim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.400706 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list