CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {2}Kembali ke pangkuan: Bini juruteknik diculik cuba dipulih- pic 314#

[Copy link]
Post time 30-6-2013 10:36 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 30-6-2013 04:14 AM
tapi skang ramai je yang mana2 wife kerja government cuti tanpa gaji expired bila cukup 3 tahun... ...

Kakak ipar saya ok sahaja sambung cuti tanpa gaji, next month mereka pulang ke tanah air for good dan beliau boleh sa,bung kerja tempat lama semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 10:40 AM | Show all posts
Vokuro posted on 30-6-2013 05:36 AM
Kakak ipar saya ok sahaja sambung cuti tanpa gaji, next month mereka pulang ke tanah air for good  ...

nak sambung cuti tanpa gaji tu bukan ke kena balik n kerja dulu setahun untuk reset balik? beng pun tak paham juga sektor gomen ni camne. Tapi bila balik nanti for sure hilang seniority dah...nak pulak kalau yang cikgu tu kena pulak diantar ke tempat2 lain yg lebih memerlukan guru.

Beng dah pikir dah...suh je wife benti kerja gomen...ikut beng berniaga je bila balik mesia nanti. lagi untung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 10:49 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 30-6-2013 10:40 AM
nak sambung cuti tanpa gaji tu bukan ke kena balik n kerja dulu setahun untuk reset balik? beng pu ...

Sepatutnya memang macam tu namun entah apa yg beliau adjust kan, kakak ipar saya kerja bsn.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 01:27 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 30-6-2013 04:14 AM
tapi skang ramai je yang mana2 wife kerja government cuti tanpa gaji expired bila cukup 3 tahun... ...

Pakej 28/28 tu cam best.. Company ape yg offer pakej camtu selain dari carigali turkmen? Husband tea dulu dpt offer turkmen tp xleh bawak wife.. Tea plak dpt mid east pakej family tp takkan husband dok umah plak dan dia xsanggup letgo job dia ngn kompeni yg dia baru join 5 tahun ni... Dah 6 years berjauhan, da tak sanggup dah long distance... Bg tea, duduk bjauhan banyak buruk dari baik.... Now, almost 2 years dpt dok skali, mmg lg best, jimat pun jimat kos rumah dan ulang alik....
tea rasa anak2 perlu perhatian both parents... Sbb tu better dok skali...

Pernah time gi umrah dpt peluang jumpa kawan2 yg keje mid east, diorang wat umrah drive aje.... Angkut satu family... Dalam setahun brape kerap wat umrah xde hal.... Tea ngn husband xmigrate mid east sbb my dad n mom in law masih ada dan dah uzur... Takut time diorang susah or sakit tak sempat balik jenguk, tolong or jaga.... Tp in sha Allah kalu ada rezeki, nak jugak merasa dok sana 2-3 tahun... Dulu husband keje sana tea tak ikut sbb keje kat sini xleh tinggal.. Unpaid leave entitlement 1 year aje... Gomen dpt 3 lg best
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 01:40 PM | Show all posts
green~tea posted on 30-6-2013 08:27 AM
Pakej 28/28 tu cam best.. Company ape yg offer pakej camtu selain dari carigali turkmen? Husband t ...

kat qatar ni banyak je yang wat pakej camtu..macam ras gas offshore 28/28. kalau yang di plant di onshore ni pakej family. Dolphin energy pun 28/28. Qatar Gas pun 28/28. Qatar Petroleum ada sesetengah post tertentu depa kasi 28/28...dan ramai yang 7/7 with family pakej. Ni skang kami tgh wat petisyen untuk wat 14/14.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dh jupe ke belum?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 02:39 PM | Show all posts
pyropura posted on 27-6-2013 02:18 PM
...korang lupa ke sumbangan besar  Indon supplai oksigen, jangan lupa tuw....

btw, indo ...

ada apa nie pyro panggil2 terus...dah la pyro ciri khas pompuan mesia kemaruk balak jantan..dah bukan rahsia la, pompuan mesia nie mudah kena tipu gan pelbagai jantan dari mana2 negara,... simplenya DILARIKAN KE MELARIKAN?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:11 PM | Show all posts
mayat yang jumpa haritu mayat sapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 12:51 PM | Show all posts
dalam kosmo arini katenye dah jumpe kat surabaya..
dah kene pukau,lupe somi dan ank2..

KUANTAN – Seorang suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang sebelum ini didakwa dilarikan oleh empat buruh warga Indonesia pada 22 Jun lalu ditemui dalam keadaan selamat di Surabaya, Indonesia awal pagi semalam.

Suami wanita berkenaan, Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, penemuan tersebut dimaklumkan oleh rakan bapa mertuanya yang tinggal di Jawa Timur.

“Rakan bapa mertua saya, Pak Rahman di Jawa Timur menghubungi saya pada pukul 7.30 malam (kelmarin) dan memberitahu sudah menjumpai rumah lelaki yang melarikan Nur Idayu di Dusun Besuk.

“Pak Rahman meminta beberapa kawannya menunggu di rumah tersebut sehingga lelaki itu pulang dan menangkapnya pada pukul 9 malam,” katanya.

Ujar Mohd. Riduan, lelaki tersebut bagaimanapun meninggalkan Nur Idayu di rumah saudaranya di Pasuruan, Surabaya yang terletak kira-kira empat jam perjalanan darat dari rumah Pak Rahman.

Tambahnya, Pak Rahman kemudian bergegas ke Pasuruan dan menjumpai Nur Idayu dalam keadaan selamat selain dipercayai tidak dapat mengingati dengan baik berhubung kejadian dia dilarikan.

credit : kosmo online

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:56 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 6-7-2013 12:51 PM
dalam kosmo arini katenye dah jumpe kat surabaya..
dah kene pukau,lupe somi dan ank2..

Alasan, padahal sibuk nak merenyam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:00 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 6-7-2013 12:51 PM
dalam kosmo arini katenye dah jumpe kat surabaya..
dah kene pukau,lupe somi dan ank2..

alamak kesiannya..kalau betul kena pukau incik suami dia akan terima dia semula ke?
mcm terbayang kat dlm fikiran ni. kesiannya dia..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:07 PM | Show all posts
Dari Harian Metro

Kenalan jejak isteri di Surabaya

Kuantan: “Tiada perkataan lain yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa bersyukur yang teramat sangat,” kata Mohd Riduan Abd Razak selepas isterinya yang dilarikan empat warga Indonesia ditemui selamat di Pasuruan, Surabaya, Indonesia, semalam.

Mohd Riduan, 34, berkata, berita penemuan isterinya Nur Idayu Abd Aziz, 34, dimaklumkan kenalan rapat bapa mentuanya Md Nasir Mahmud, 53, yang tinggal di daerah Jawa Timur, jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, jam 7.30 malam kelmarin, kawan rapat bapa mentuanya itu dikenali sebagai Pak Rahman menghubungi memaklumkan dia berjaya menemui rumah lelaki yang melarikan Nur Idayu di Dusun Besuk daerah Jawa Timur.

“Pak Rahman meminta bantuan beberapa kenalannya menunggu di rumah berkenaan dan pada jam 9 malam lelaki itu yang dikenali sebagai Saiful Qorif, 36, pulang ke rumahnya sebelum berjaya ditahan.

“Bagaimanapun, dia dipercayai meninggalkan isteri saya di rumah mak saudara atau sepupunya di Pasuruan yang mengambil masa hampir empat jam untuk ke sana dari Jawa Timur,” katanya di rumah keluarga mentuanya di FELDA Bukit Sagu 2 di sini, semalam.

Harian Metro 25 Jun lalu melaporkan Nur Idayu dipercayai dilarikan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang sebelum itu diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2.

Mohd Riduan berkata, Pak Rahman turut memaklumkan ketika ditemui, Nur Idayu kelihatan lemah, separuh sedar dan tidak dapat mengingati nama suami serta anaknya melainkan menyebut nama Saiful.

“Pak Rahman juga beritahu, fikiran Nur Idayu lebih tertumpu kepada lelaki yang melarikannya. Bila ditanya mahu pulang atau tidak, Pak Rahman memberitahu isteri saya marah dan enggan pulang kerana mahu tinggal bersama lelaki itu.

“Saya membenarkan Pak Rahman membawa pulang isteri saya di rumahnya di Jawa Timur untuk dirawat terlebih dulu kerana dia dipercayai dipukau suspek. Kami perlukan masa untuk memulihkannya,” katanya.

Menurutnya, dia bercadang ke Jawa Timur dalam tempoh terdekat untuk membawa pulang isterinya.

“Bagaimanapun, saya perlukan pertolongan pihak berkuasa menguruskan kepulangannya berdasarkan dia dibawa lari tanpa sebarang dokumen sah dan berharap semuanya dapat diselesaikan segera bagi membolehkan kami sekeluarga bersatu kembali,” katanya.

Dia berkata, hasil maklumat diterimanya sebelum ini, lelaki terbabit bersama tiga rakannya membawa isterinya ke Temerloh sebelum meninggalkan kereta di sana dan berkemungkinan menaiki teksi ke Klang.

“Kemungkinan mereka berpecah dan isteri saya dibawa ke Medan seterusnya ke Surabaya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Riduan yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat petroleum di Doha, Qatar berkemungkinan berhenti kerja dan mencari pekerjaan baru di negara ini kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan tiga anaknya.

“Ketika ini, saya sedang bercuti dan terus menyambung sehingga Aidilfitri serta kembali ke Doha untuk menguruskan peletakan jawatan di sana.

“Dengan apa yang berlaku, saya tidak lagi mahu tinggal berjauhan dengan isteri. Biarlah saya bekerja di sini saja, pasti ada rezeki saya,” katanya.

Mohd Riduan berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit.HM https://www.facebook.com/pages/Bersama-berjuang/558715350824914



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:17 PM | Show all posts
memang kurang ajar indon ni, pukau lepas tu bawak lari pompuan tu

kes2 lombok yg sebelum ni mungkin disebabkan oleh ilmu pukau merekalah kot


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:47 PM | Show all posts
Vokuro posted on 6-7-2013 12:56 PM
Alasan, padahal sibuk nak merenyam.

Ala..Ala...
hmm.. uols ade kat tempat kejadian ke???hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:47 PM | Show all posts
arasham posted on 6-7-2013 01:00 PM
alamak kesiannya..kalau betul kena pukau incik suami dia akan terima dia semula ke?
mcm terbayang ...

mungkin somi yang solehah mungkin.. hehe
"Dalam pada itu, Mohd Riduan yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat petroleum di Doha, Qatar berkemungkinan berhenti kerja dan mencari pekerjaan baru di negara ini kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan tiga anaknya.

“Ketika ini, saya sedang bercuti dan terus menyambung sehingga Aidilfitri serta kembali ke Doha untuk menguruskan peletakan jawatan di sana.

“Dengan apa yang berlaku, saya tidak lagi mahu tinggal berjauhan dengan isteri. Biarlah saya bekerja di sini saja, pasti ada rezeki saya,” katanya."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 01:51 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 6-7-2013 12:51 PM
dalam kosmo arini katenye dah jumpe kat surabaya..
dah kene pukau,lupe somi dan ank2..

terima kasih @cikSepiT tepek hapdate...

Last edited by tongkatwaran75 on 6-7-2013 01:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2013 01:53 PM | Show all posts
ygarif posted on 6-7-2013 01:07 PM
Dari Harian Metro

Kenalan jejak isteri di Surabaya

terima kasih @ygarif tepek hapdate...
Last edited by tongkatwaran75 on 6-7-2013 01:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 02:30 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 6-7-2013 01:47 PM
mungkin somi yang solehah mungkin.. hehe
"Dalam pada itu, Mohd Riduan yang bekerja sebagai jurute ...

kalau sungguh dia boleh terima mmg baik sgtlah. yelah org sekeliling akan speculate mcm-mcm.
mulut  org mana boleh tutup. tapi bila difikir secara mendalam partly menda ni happened sbb dia gak.
kalau dia ada sentiasa di sisi isteri susah jugaklah perkara gini nak terjadi..bertabah ajelah nampaknya..


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 05:06 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 6-7-2013 01:51 PM
terima kasih @cikSepiT tepek hapdate...

ok..sesame street.. hee
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 05:11 PM | Show all posts
arasham posted on 6-7-2013 02:30 PM
kalau sungguh dia boleh terima mmg baik sgtlah. yelah org sekeliling akan speculate mcm-mcm.
mulu ...

ushh.. tak tahu la nk kate ..kalo iols kat tempat somi dea pon iols tak tahu nak wat ape.. buntu..
macam2 dlam pale..papepon,asalkan bini dea selamat kekdahnye kan..
mgken dua2 bersalah.. laki kerja jauh,mungken bini ade melayan..
tak salah kan sebagai pompuan ade sifat sombong terhadap jantanzz..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053095 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list