|
KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7
[Copy link]
|
|
banyak cekadak malas nak update .. tolak kredit -20 kalau x update sehari
|
|
|
|
|
|
|
|
ALAMAK!
Tak update kena tolak kredit ke Nay... ayoyoyo
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe... kita tengok nanti tu bila yerr...
c nicki ni pun mau di cari jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
nicky tengah nyoroks!
|
|
|
|
|
|
|
|
ipo.dah2 la tu.karoot.es nk thu pe terjdi.cptla pos..benang.naik.tpi hapdet xde. x best. |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni update...sabo ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
penuh sabo tunggu ipo update
|
|
|
|
|
|
|
|
janji dicapati betui mung neh
nah amik.. abihkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Joe menghela nafas sejenak. Pertanyaan Darwis tadi sebenarnya tidak mudah untuknya menjawab. Banyak perkara yang telah berlaku pada gadis itu. Dia capai sebatang rokok dari kotak rokok dan diketuk-ketuk di meja. Pemetik api pula dikeluarkan dari poket baju dan dicucuh pad hujung rokok. Nikmat menyedut asap rokok membuatnya khayal seketika. Asap dihembus berkepul-kepul.
"Joe..aku tanya ni. Apa yang dah berlaku pada budak tu? Cara kau cakap tadi...macam budak tu.." Darwis terhenti bicara. Dia juga tidak tahu hendak meneruskan kata-kata yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal. Apa yang pasti perempuan itu tentu mengalami kisah silam yang pahit, amat pahit.
"Betul kau nak tahu?" Joe tenyeh puntung rokok dalam bekas.
Darwis mengangguk. Mata tidak lepas dari memandang Joe yang seperti cuba mencari kata-kata. Mata dan wajah lelaki itu dilepaskan ke arah luar restoran. Kereta yang lalu lalang di situ semakin sesak.
"Sebelum tu, aku dengar kau dah ada buah hati?" Joe ubah tajuk.
"Kau belum jawab soalan aku. Apa kena mengena pulak buah hati dalam kes ni?" Darwis menggeleng.
"Ada..memang ada.." Joe melepaskan satu keluhan berat.
Darwis mengerutkan dahi. Semakin tajam dia memandang Joe yang sudah bersandar di kerusi. Sebatang lagi rokok dinyalakan dan disedut asap dengan rakus. Ah, nikotin laknat itu juga yang disedut. Halal untuk yang merokok.
"Aku tak faham Joe. Cuba kau cakap dengan jelas dan terang." Balas Darwis yang sudah tidak sabar. Nampaknya Joe bermain dengan kata-kata dan emosi. Emosi yang turut mencabar dirinya.
"Buah hati kau tu..adalah kakak kepada budak perempuan tu." Akhirnya Joe berterus terang.
Terdiam Darwis mendengar ungkapan dari Joe. Kakak? "Maksud kau..Aisya tu kakak budak perempuan yang.." Sekali lagi Darwis tidak menghabiskan bicaranya.
Joe mengangguk perlahan. Rona wajah Darwis sudah berubah. Mungkin ketika ini Darwis sedang berfikir kebenaran kata-katanya. Mungkin juga ketika ini Darwis tidak percaya dan tidak mahu percaya.
"Siapa nama adik Aisya?" Nada Darwis sudah lain. Dia kenal Joe dan dia tahu Joe tidak akan berbohong.
"Kau tanya Aisya sendiri. Oklah Wis. Aku minta diri dulu. Aku ada hal penting. Satu saja aku ingatkan kau, Danny harus hati-hati.." Joe bingkas bangun dan dia beredar dari situ setelah membayar minuman.
Darwis masih termangu di meja. Bunyi deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan. Nama Aisya terpapar di skrin. Panggilan itu dijawab. Dia harus tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sepuluh minit berbual, talian diputuskan. Aisya akan datang sekejap lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk fikir, tajuk Bongkar ni macam pernah nampak di mana-mana.
Rupanya, tajuk novel FIXI yang baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dh bli buku tu?
dh bca setengh buku yg free download tu. setting msa depan.2094..
giler.rasanya..dunia dh kiamat dh msa tu..tk beh setting msa depn ni.hmm |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg rogol girl ni..deserve die.panah hati wey bca ctrr awok.hmmm...sikit je.update..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
AISYA keluar dari perut kereta. Setelah mengunci kereta, dia mula mengatur langkah ke arah restoran. Dari dalam kereta tadi lagi dia sudah dapat melihat Darwis duduk di satu sudut di restoran itu, leka menatap skrin telefon bimbit. Dari perbualannya di talian tadi, nampaknya Darwis mempunyai hal penting dan kebetulan pula dia juga mempunyai hal penting juga.
"Assalamualaikum.."
Darwis mengukir senyum seraya mendongak ke arah Aisya. Salam dijawab perlahan. Gadis itu dipersilakan duduk. Setiap kali menatap wajah ayu milik Aisya, dia merasa tenang.
"Ada apa awak nak jumpa?"
Serentak keduanya bersuara diiringi ketawa kecil kemudiannya. Darwis memberi isyarat supaya Aisya yang mulakan bicara.
"Saya nak bincang soal pertunangan dengan adik awak.." Aisya berkata perlahan.
Darwis yang dari tadi sudah menyusun kata, terasa sudah terbang segala kata-katanya. Dia seboleh mungkin tidak mahu berbicara soal pertunangan Danny dan Aisya. Ianya hanya menambahkan sesak di jiwa.
"Apa dia?" Terpaksa juga dia membalas.
"Awak..memandangkan awak pun sudah beri kata putus, saya juga sudah buat keputusan. Saya akan terima Danny.." Tutur Aisya dengan suara tersekat-sekat.
Terdiam Darwis saat mendengar bicara yang dilontarkan dari bibir Aisya. Sebelum ini dia mengharapkan gadis itu menolak kehendak mama dan hari ini, ternyata Aisya sedia menerima Danny. Wajahnya ditundukkan, tapak tangan meraup muka. Ah, Darwis. Apa kena dengan kau ni? Kan dulu kau juga inginkan Danny hidup bahagia? Kau juga yang inginkan Danny berubah ke arah yang lebih baik? Kenapa sekarang kau merasa kecewa??
"Awak..awak.."
Darwis mengangkat muka. Tidak sedar, reaksinya tadi diperhatikan Aisya. "Err..ya?"
Aisya menatap mata bening milik Darwis. Kecewakah dia? Cemburukah dia? "Awak ok?"
"Oh..ya, I'm ok. " Darwis melakar senyuman hambar, terasa tawar dan kelat.
Aisya mengangguk perlahan. Wajahnya menunduk. Nyata, Darwis tidak pernah pertahankan kasih mereka. Perlahan Aisya mendongak semula. "Awak..saya sayangkan awak.."
Darwis yang membuang pandang ke arah kereta lalu lalang tadi terus saja menoleh dan mata bertembung seketika. Mata berkaca Aisya jelas kelihatan di kolam mata yang bening. Terpaksakah dia terima Danny?
"Hmm..saya ada hal penting nak tanya awak. Sya...awak memang kenal Danny dah lama kan?" Darwis mula serius berbicara. Dia perlu tahu tentang itu. Soal hati akan dilempar jauh-jauh. Sekarang ini, bukan soal hati dan perasaan lagi yang perlu diutamakan.
Aisya menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Saat soalan terpacul dari mulut Darwis, saat itulah segala yang berlaku dulu bermain dan berputar semula di benak. Ya, dia mendapat senarai nama sekali dengan nombor telefon lima lelaki dari seseorang yang tidak pernah dikenali. Sehingga kini, lelaki itu masih menjadi misteri. Apa yang pasti, lelaki misteri itu tahu segalanya dan setiap apa yang berlaku pada Dr. Razif, Jeff, Zamrul dan Kyle, lelaki itu akan terlebih dahulu maklumkan padanya. Seolah dia tahu ajal setiap mereka akan tiba.
"Sya.." Darwis sentuh lengan baju kurung Aisya yang kelihatan jauh mengelamun.
"Err..ya?"
"Jauh mengelamun." Darwis melemparkan senyuman manis.
Aisya hanya mengukir senyum. Memang dia jauh berkhayal sebentar tadi.
"Awak memang kenal Danny kan? Kalau benar awak kenal, apa tujuan sebenar awak nak nikah dengan Danny? Nak balas dendam?" Darwis terpaksa bertanya begitu. Dia perlu tahu isi hati dan niat gadis itu menerima Danny.
"Kenapa awak fikir macam tu? Balas dendam? Saya tak faham?" Berkerut kening Aisya mendengar kata-kata tuduhan Darwis.
Darwis menarik nafas dan dihembus perlahan. "Saya tahu..awak adalah kakak kepada budak perempuan yang menjadi mangsa Danny dan kawan-kawan Danny." Akhirnya Darwis menjelaskan apa yang diberitahu oleh Joe.
Aisya diam. "Jahat sangat ke saya ni sampai awak tuduh saya macam tu? Apa awak fikir selama ni saya yang bunuh kawan Danny?" Aisya mengetap bibir. Rasa menusuk jantungnya bila dituduh sebegitu, apatahlagi tuduhan itu datangnya dari Darwis, lelaki yang disayangi dan sudah mula menambat hatinya.
"Saya tak tuduh awak jahat tapi siapa yang tidak marah dan dendam jika darah daging sendiri diperlakukan begitu?" Darwis sekali lagi meraup muka. Dia juga sudah bingung. Aisya, gadis yang dicintainya dan Danny adalah adik kembar. Tersepit.
"Jadi awak ingat saya yang bunuh mereka? Begitu???" Aisya semakin geram. Kini dia sudah tahu kenapa lelaki itu langsung tidak peduli perasaannya. "Tak sangka, hati awak begitu busuk. Saya ada iman, saya masih tahu batas agama dan kehidupan. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang Danny dan kawan-kawannya lakukan pada adik saya, jauh lebih jahat dan kejam mereka tu!" Aisya bingkas bangun.
"Sya!" Sempat Darwis menarik tangan Aisya dan menghalang Aisya dari pergi.
"Lepaskan tangan saya!" Aisya cuba merentap tangannya tetapi genggaman tangan Darwis ternyata kuat. Sukar untuknya meleraikan.
"Maafkan saya Sya. Saya.." Darwis terpaksa lepaskan tangan Aisya. Gadis itu berusaha merentap tangannya tadi. Aisya berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.
Darwis duduk semula di kerusi. Dia perlu jumpa Rina sendiri. Mereka berempat perlu bersemuka. Sebelum itu, dia harus siasat siapa sebenarnya Rina. Sejak petama kali berjumpa dulu di rumahnya ketika mereka datang bersama Puan Lee, dia sudah dapat merasakan gadis itu seperti Irene. Ya, Irene gadis gila semasa di kampus dulu. Dari lenggok bicara dan cara berjalan, tidak ubah seperti Irene.
"Nampaknya Joe sembunyikan sesuatu dari aku. Dia tahu apa yang aku tak tahu selama ini." Darwis mengetap bibir.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|