CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2008 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 28-11-2008 01:22 PM
http://www.informasihaji.com/images/kaligrafi2.gif

Jum'at, 28 Nopember 2008 8:14:58 AM

Hari Ini Belum Ada Kejelasan Hari Wukuf

Jakarta (MCH). Hingga hari Jumat, 28 November ini, belum ad ...



Salam Semua

Arab Saudi belum tetapkan lagi hari Wukuf tapi di M'sia sudah tepatkan Eidul Adha pada hari Isnin (advance). Teringat Haji end 2006 walaupun Wukuf jatuh pada hari Jumaat tapi Eldul Adha di M'sia tetap hari Ahad (sebab telah di tetapkan) kalau nak ikutkan kita menyambutnya selepas 1 hari Wukuf di Arafah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 04:28 PM | Show all posts
Hari Raya Haji Pada 8 Dis

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 28-11-2008 01:24 PM
Azi...ayat dalam berita tu: 'Jeddah memang tulang punggung....'
...lucu pula bila membacanya.


Macam tulah bunyinya..
Bahasa dia...maknanya macam yang utamalah tu..
Tanya Husain...dia duduk kat Jakarta seminggu..mesti faham sikit sikit kot..
Bisa ye pak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 10:50 AM | Show all posts
Penutupan Lapangan Terbang Mengganggu Penerbangan Haji

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 28 Nov (Bernama) -- Chamlong Srimuang, penyokong kuat Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD), berkata seorang individu penting telah meminta kumpulan antikerajaan menghentikan bantahan dan penutupan dua lapangan terbang di Bangkok yang menyebabkan beribu penumpang terkandas serta menggangu perjalanan jemaah haji dari negara-negara Indochina ke Mekah.

Datuk Bandar Bangkok itu memberitahu penyokong PAD di lapangan terbang Don Muang pada pagi Jumaat bahawa beliau telah menjelaskan kepada individu berkenaan, bantahan dan penutupan lapangan terbang sejak Isnin itu akan berterusan selagi perdana menteri Somchai Wongsawat tidak meletak jawatan.

Tanpa menamakan individu itu, Chamlong, yang mengetuai gerakan antitentera pada Mei 1992, berkata masalah sekarang bukan disebabkan oleh gerakan itu tetapi kerajaan. Pada tahun 80-an, beliau berkhidmat sebagai setiausaha kepada perdana menteri General Prem Tinsulanonda yang kini pengerusi Privy Council, badan penasihat kepada King Bhumibol Adulyadej.

Di lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Muang, beribu-ribu penyokong PAD terus menghalang jalan dan menduduki terminal penumpang, dengan ucapan berterusan serta makanan dan minuman diberikan percuma.

Ketika kumpulan antikerajaan itu tidak menunjukkan tanda untuk berundur, kira-kira 3,000 hingga 5,000 penduduk Islam Thai, serta dari Vietnam, Laos dan Kemboja menunggu untuk menaiki pesawat ke Arab Saudi sebelum tarikh akhir 2 Dis (Selasa).

Anggota Parlimen Narathiwat Areepen Uttasin berkata seramai 416 jemaah terkandas di lapangan terbang Suvarnabhumi sejak Isnin apabila pesawat Iranian Air yang dijadual membawa mereka ke Jeddah dilencongkan ke Kuala Lumpur.

"Selepas dua hari menunggu di Kuala Lumpur, pesawat itu kembali ke Iran. Saya telah berbincang dengan pengurus Iranian Air di sini dan beliau berkata hanya satu cara untuk penerbangan itu kembali iaitu Kementerian Luar Thai perlu memberi jaminan dan Kementerian Luar Iran perlu meminta penerbangan itu untuk mengambil mereka," katanya.

Pada masa ini, Areepen berkata beliau sedang berbincang dengan pegawai kementerian bagi mendapatkan jaminan memandangkan lapangan terbang Utapao, berhampiran Pattaya iaitu kira-kira 140km dari sini, telah mendapat kebenaran pihak berkuasa Thai untuk diguna oleh pesawat komersiol.

Beliau berkata selain penduduk Islam Thai, jemaah dari Laos, Kemboja dan Vietnam juga menggunakan Bangkok untuk ke Arab Saudi.

Areepen berkata beratus-ratus jemaah yang ingin ke Mekah juga terkandas di Narathiwat dan Hatyai, sambil menjelaskan bahawa pesawat khas Thai Airway akan menerbangkan kira-kira 200 jemaah dari Hatyai hari ini.

"Ibadat Haji adalah perkara yang sangat penting kepada umat Islam. Kami melakukan yang terbaik untuk membantu mereka kerana mereka tidak dapat lagi ke Arab Saudi selepas 2 Dis," katanya.


Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka sebelum 2 Disember.
Kerana 2 Disember..airport Arab Saudi sudah ditutup...
Boleh rasa bagaimana perasaan Jemaah ini yang tak sabar sabar utk menjejaki Tanah Suci Mekah
Tiba tiba diduga oleh Allah akan dugaan ini...
Allah Maha Mendengar...Mah Pengasih...

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 10:57 AM | Show all posts


Sabtu, 29 Nopember 2008 9:40:11 AM

Salat Jumat Terakhir di Madinah

Jakarta (MCH). Kemarin, Jumat, 28 November menjadi salat Jumat terakhr bagi jemaah haji seluruh dunia gelombang pertama yang kemudian segera menuju Mekah. Bertindak selaku khatib dan imam di Masjid Nabawi kemarin adalah Syaikh Salah Al-Budair.

Dalam khutbahnya, Syaikh Al-Budair menyataan selamat jalan kepada jemaah haji yang hendak menihggakan kota Rasululah ini menuju Mekah. Budair megharap semoga mendapat kemudahan, lindungan Allah, serta mendapat haji mabrur. "Tiada pahala haji mabrur selain sorga," katanya mengutip hadis Rasulullah SAW.

Menurut harian Al-Riyadh edisi Sabtu, 29 November hari ini, ribuan orang memadati Masjid Nabawi dan
kemudian dilanjutkan berziarah ke makam Rasululah.
Hampir semua jemaah menumpahkan air mata rindu untuk bisa kembali
ke tanah Rasululah ini
.
(Musthafa Helmy)

Diri ini pun terasa rindu...

[ Last edited by  aziefa at 29-11-2008 10:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 11:24 AM | Show all posts
Alhamdulillah...
Allah Maha Mendengar...

Thai Airways atur penerbangan bawa jemaah haji

BANGKOK 28 Nov. - Syarikat penerbangan Thai Airways berkata, ia akan mengatur penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji yang terkandas berikutan penutupan dua buah lapangan terbang akibat tunjuk perasaan antikerajaan.

Naib Presiden Thai Airways, Narongsak Sangapong berkata, sebuah penerbangan khas yang akan membawa kira-kira 250 orang jemaah haji akan berlepas petang ini dari Lapangan Terbang Hatyai di selatan negara ini.

Katanya, beberapa lagi penerbangan sedang diatur untuk mengangkut jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ke tanah suci selepas ia diduduki oleh beribu-ribu penunjuk perasaan sejak Selasa lalu.

Pemimpin agama Islam di Thailand sebelum ini memberi amaran, kegagalan kerajaan membantu jemaah haji berlepas ke Mekah boleh merosakkan hubungan antara negara ini dengan Arab Saudi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2008 07:52 PM | Show all posts



Kemanalah yang lain lain hari ni...
Aku keseorangan saja di rumah ni...
Sedihnya...
Semua dah pi bercuti ke..???

  Kak Ros kat mana ye...balik Muar ke ??

  Husain pi outstation lagi ke ???

  lemon.. Banyak kerja sangat ke  or dah bercuti dgn family..??

Hanni sibuk dgn student exam ke ???

sweetmama tak boleh log in lagi ke ????

Ayahjoe balik Peghak ke ???

haziq..Tak ada idea ke..silent reader aje ???

Ustaz dah lama tak nampak..???

Kak Aily...sibuk kerja ke ??

Marilah meriahkan thread ni...
Penerbangan Haji dah nak berakhir...
Insyallah 2hb Dis...airport Jedah dah ditutup utk ketibaan Jemaah...
Tapi....
Thread ni tak pernah tutup utk menerima kunjungan forumer...


[ Last edited by  aziefa at 29-11-2008 07:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #2798 aziefa's post

kecian Azi sorang-sorang...hari minggu ...banyak perkara yang nak dibereskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2008 09:38 PM | Show all posts

Balas #2799 IDB\ catat

Tulah...
Nasib baik ada IDB...
Ada juga kawan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-11-2008 07:52 PM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

Kemanalah yang lain lain hari ni...
Aku keseorangan saja di rumah  ...


Kakak dah seminggu kat muar ni azie.  
Tak pernah miss buka forum setiap hari, pagi, petang, tengahari dan malam
sambil lalu lalang, singgah kat pc sekejap
macam kat azie, ronda dan makan angin kat rumah lain pulak, yang dah lama ditinggalkan
tapi hati nak balik juga rumah ni..

tulah...manalah yang lain
segan pulak asyik kita je nak masuk rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-11-2008 07:52 PM
Kak Ros, Husain, lemon, Hanni, sweetmama, Ayahjoe, haziq, Ustaz, Kak Aily......


tumpang lalu... nak gi mancing
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by kitul at 30-11-2008 11:18 AM


tumpang lalu... nak gi mancing




Lalulah..
Balik memancing nanti kalau dah dapat Ikan...singgahlah lagi kat Rumah ini..
Bawalah sajian kat Rumah  ni...cerita cerita Tanah Suci.
.

[ Last edited by  aziefa at 30-11-2008 12:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 29-11-2008 10:00 PM


Kakak dah seminggu kat muar ni azie.  
Tak pernah miss buka forum setiap hari, pagi, petang, tengahari dan malam
sambil lalu lalang, singgah kat pc sekejap
macam kat azie, ronda dan makan  ...




Nak segan apa Kak Ros...
Biarlah kita berdua menyibuk kat Rumah ni kalau orang lain dah sibuk dgn urusan lain..
Ini ajelah Rumah tempat kita berlepak dan berborak Kak Ros...

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 30-11-2008 12:39 PM



http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
Nak segan apa Kak Ros...
Biarlah kita berdua menyibuk kat Rumah ni kalau orang lain dah sibuk dgn urusan lain..
Ini ajelah R ...


Betul tu zie,
kadang-kadang rasa malu, tapi tolak tepi
nak masuk jugakkkk....
macam irama dan lagu tak dapat dipisahkan

rasa seronok dan tenang jiwa berada di rumah ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 05:14 PM | Show all posts
Madinah 憇epi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 05:17 PM | Show all posts
Arafah ke Muzdalifah

Perjalanan dari Mekah ke Arafah adalah sejauh 22 kilometer (km) sementara dari Arafah ke Muzdalifah pula sejauh 8 km.
Dari Muzdalifah, jemaah akan bertolak ke Mina yang jaraknya sejauh 7 km. lagi bagi melontar jamrah.
Biasanya perjalanan dari Mekah ini mengambil masa berjam-jam kerana jumlah pergerakan jemaah yang besar.

Bagi jemaah Malaysia, penempatan khemah di Arafah tidak berubah iaitu di kawasan yang ditetapkan kerajaan Saudi
bagi jemaah dari Asia Tenggara sementara di Mina pula ditempatkan di Muassim yang jaraknya kira-kira dua kilometer
dari tempat melontar.

Dan menjelang kemuncak haji itu, para jemaah Malaysia dinasihatkan supaya berehat secukupnya.
Ini memandangkan ibadah di Arafah akan lebih mencabar berbanding tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali serta sai
iaitu berulang alik tujuh kali antara Bukit Safa dan Marwah sejauh 420 meter atau berjalan sejauh tiga kilometer.

Bagaimanapun bagi yang mampu, mereka melakukan tawaf dan sai berulang kali sementara yang kurang berkemampuan pula
memenuhi saf-saf di Masjidil Haram untuk menunaikan solat wajib lima waktu sehari semalam serta solat sunat dan membaca al-Quran.
Tidak kurang juga yang hanya menunaikan solat di hotel penginapan kerana tidak mampu berulang alik antara hotel ke Baitullah yang kedudukannya agak jauh.

Dengan jumlah jemaah yang ramai, pastinya ada di antara bakal haji yang sudah berusia atau uzur tidak mampu berasak-asak dalam lautan manusia untuk ke masjid apatah lagi melakukan tawaf dan sai.

Seorang rakan yang sudah pun berada di tanah suci Mekah memberitahu, ruang tawaf di hadapan Kaabah penuh sesak.

``Dari lepas Asar hingga menjelang Maghrib, baru habis tawaf,拻 begitulah mesej yang dihantar oleh sahabat berkenaan.
Jelaslah, tempoh masa yang agak lama untuk menyelesaikan tujuh pusingan tawaf itu menggambarkan kesesakan yang
sedang berlaku sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:14 PM | Show all posts
Jom kita diskas dan kongsi pengalaman berkenaan saf solat serta tempat yg jadi pilihan utk solat kat masjidilharam.

Harap tuan/puan sudi kongsi citer bagaimana tuan/puan meluruskan saf solat semasa di masjidil haram. Yelah dgn pelbagai negara/bangsa serta mazhab, macam2 ragam manusia, pasti kisah ini menarik utk dikongsi.


Teringat dulu ada sorang penceramah tu cakap, kalu boleh ambil peluang solat kat setiap ceruk ruang masjid. he he kalau datang awal bolehler nak pilih2 ceruk ruang masjid. Kalu lambat, nampak gayanya kat ruang pejalan kaki lah jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:33 PM | Show all posts


JEMAAH Malaysia berkumpul di depan sebuah hotel yang dijadikan tempat penginapan
mengikut maktab di Makkah, semalam. Kira-kira 2,000 jemaah di tempatkan di setiap maktab dikhaskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083532 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list