CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: evilcooler

Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam

[Copy link]
Post time 27-9-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arep83 at 27-9-2020 01:51 AM

Aku share cte psl penyelam laut dalam yg evilcooler translate kat fb. bila dah lepas part 3 baru aku perasan yang dia x translate abes. kesian kat yg follow cte ni(kat fb), so aku sambung translate. alang aku dah post kat fb so aku post kat sini skali la


Part ni evilcooler tak translate. Dia skip pegi ending. Aku tak nak lompat so aku translate sendiri.

Disclaimer

Penulis: PizzND
Sumber: reddit.com
BOD: nosleep

Part 4

Dalam satu tugasan menyelam berhampiran Bahamas, aku dapat satu pengalaman yang menyeramkan.

Itu adalah tugas "salvage" aku yang pertama semenjak bekerja dalam syarikat ni. Aku menyelam bersama seorang penyelam yang amat berpengalaman.

Pada kedalaman 200 kaki, kami memeriksa sambil mengenal pasti tempat untuk meletakkan kabel (rigging points) untuk menarik kapal karam tersebut ke atas.

Semasa menghampiri bahagian hadapan kapal, aku nampak partner aku sedang memeriksa lubang yang agak besar pada dinding kapal. Tiba-tiba dia berenang masuk ke dalam kapal melalui lubang tu. Terkejut aku dengan tindakan mamat tu sebab tindakan masuk ke dalam kapal adalah dilarang dan amat merbahaya.

Aku approach dia dan offer untuk tolong pegang hos udara dia dari luar kapal. Risau hos tersangkut dan bocor. Tapi dia kata tak perlu, kerana dia nak masuk sikit je and tak masuk dalam sangat pun.

Beranggapan dia tengah bercelaru mungkin sebab tekanan air yang kuat. Aku masuk sikit ke dalam untuk capai badan dia, berniat nak tarik dia keluar. Sebelum tangan aku menyentuh bahu dia, aku perasan sesuatu yang pelik...

Tak ada buih pernafasan keluar dari helmet mamat tu!!

Aku tak tahu apa benda yang ada depan aku ni. Tapi yang aku pasti, dia tak BERNAFAS!

Aku berundur keluar dan melaporkan kepada Diving Supervisor ada benda lain bersama dengan ktorang kat bawah ni. Aku dah tak kesah kena bahan ke apa...mampos la.

Beberapa saat lepas tu kedengaran suara Diving Supervisor mengarahkan kami bersedia untuk ditarik ke atas.

Sebaik sampai di atas, aku tanya kenapa tarik ktorang naik? Dia cuma jawap tak nak letak penyelam-penyelam dia dalam keadaan yang merbahaya. Dia seolah mengelak untuk memberitahu sebab sebenar. Kami menolak untuk meneruskan operasi "salvage" tersebut.

Penulis PizzND
Sumber: reddit.com
BOD: nosleep

Part 4

During another dive near the Bahamas I had a frightening experience.

It was my first salvage job with them, so I got in with a highly experienced diver.

At just over 200 feet deep, we were examining the sunken vessel for rigging points.

As I approached the bow of the ship I noticed he was investigating a damaged portion of the hull. He swam a few feet into the ship looking around. I asked him a few times if he wanted me to tend his umbilical (air supply hose) from just outside the ship (it's highly advisable since it's dangerous to enter a sunken ship) to which he stated no.

He didn't want to enter the ship. He insisted he was on the port side of the ship.

Assuming he was disoriented I reached in to grab him. Just before touching him,

I realized there were no bubbles coming from the helmet.

Whatever this was, it wasn't breathing.

I backed up and reported that something else was down here. I expected mockery, but there was none.

The next thing I heard was the diving supervisor. "Both divers, square yourselves away and get ready to leave bottom"

When back on surface I asked the supervisor about it, he said he refused to put his divers in exceptionally dangerous situations. He then refused to clarify. We declined to complete the salvage.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Best baca thread ni.. Aku dah lah suka snorkeling, tioman, Redang, kapas, perhentian, mabul, n pulau2 kt kk. Tapi mmg kadang2 tgh snorkeling, rasa air tiba2 sejuk, tiba2 panas.. Kadang2 tiba2, rasa sunyi jer... Tapi itulah misteri alam, x kan pernah terungkai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 27-9-2020 02:59 AM
Best baca thread ni.. Aku dah lah suka snorkeling, tioman, Redang, kapas, perhentian, mabul, n pulau ...

kalau air tiba panas tu, org sbelah kencing la tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Best btol baca. Mohon cite lagii yachhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seth.lin14 replied at 27-9-2020 03:58 PM
Best btol baca. Mohon cite lagii yachhhh

allright. insyaAllah jap lg tepek next part
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Disclaimer

Penulis: PizzNd
Sumber: reddit.com
BOD: nosleep

Part 5

Aku tak tau macam mana nak explain tentang apa yang terjadi kat aku dalam ekspedisi menyelam kali ni...

Aku terbaring kat dasar laut merenung ke atas. Aku cuma nampak bayangan kegelapan je. Setelah aku betul-betul sedar, aku tak ingat pun macam mana aku boleh sampai sini. Aku cuba ingat balik bila dan kenapa aku boleh berada kat sini...tapi kosong....macam lagu najwa latif.

Aku cuba gagahkan diri untuk berdiri tapi jangan kata berdiri...nak gerakkan jari pun tak dapat. Aku tak boleh kawal badan aku.

Dari "comm" (alat komunikasi) aku dengar "Topside" (orang kat atas kapal le kot) mengarahkan penyelam lain untuk mencari aku. Aku terus terfikir, "Berapa lama dah aku kat bawah ni? Berapa lama dah aku hilang?".

Tiba-tiba dengar salah seorang penyelam kata

"Mereka tarik dia!"

Aku dah panik dan cuba menjerit tapi hampeh...satu bunyi pun tarak.

Selepas beberapa minit mendengar perbualan cemas antara Diver dengan Topside. Aku perasan satu bayang hitam bergerak ke arah aku...makin lama makin jelas. Kemudian kedengaran dalam comm..."Topside, aku dah jumpa dia!"

Penyelam tu hulur tangan dan capai "harness" aku dan tarik aku naik atas. Semasa dia tarik harness tu, badan aku berpusing dan aku dapat lihat seketika keadaan sekeliling tempat aku terbaring tadi. Rupanya aku baring atas longgokan tulang-tulang manusia.

Eng Version

Part 5

I'm not entirely sure how to explain this next dive.

I was on bottom, laying on my back staring up toward the surface. All I could see were varying shades of darkness. Suddenly I came to my senses. I had no memory of how I got here. I realized I couldn't remember getting into the water, or even why I was here.

I tried to will my body to stand up, but realized I couldn't move. I couldn't control my body.

Over the comms I could hear topside instructing the other diver to find me. How long had I been down here? How long had I been missing?

He told topside that

"They grabbed him"

I tried to shout out, but I couldn't even do that.

After a few frantic minutes of communication between the diver and topside, I noticed a shadow growing clear. It was moving toward me. "Topside, I've found him"

He reached down and grabbed my harness to drag me back to our dive stage. As he pulled me, I rolled over and got a brief glance at my surroundings. I had been laying in a pile of human bones.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 27-9-2020 04:22 PM
Disclaimer

Penulis: PizzNd

Thankss chuolss. Tapi lawak lak part najwa kosong tuuu hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 27-9-2020 04:22 PM
Disclaimer

Penulis: PizzNd

scaryyy... x reput pulak tulang2 trendam air masin dlm laut.. mcm crita POTC plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 27-9-2020 09:04 AM
kalau air tiba panas tu, org sbelah kencing la tu

Ahahah.. Tgh laut luas, dh lh yg lain2 jauh Dr kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
seth.lin14 replied at 27-9-2020 07:35 PM
Thankss chuolss. Tapi lawak lak part najwa kosong tuuu hahahaha

haha saja melawak sket
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 28-9-2020 12:32 AM
scaryyy... x reput pulak tulang2 trendam air masin dlm laut.. mcm crita POTC plak..

yep...mmg byk psamaan ngn potc. tu mitos kat sana kot. mcm kat sni kalau ckp psl antu, auto fikir pontianak n pocong. so kat sana kalau antu kat laut dorang fikir psl mitos mcm ni. so setan pun kacau ikut konsep tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 28-9-2020 01:19 AM
Ahahah.. Tgh laut luas, dh lh yg lain2 jauh Dr kita

haha gurau je hehe. x silap ada baca psl knape suhu air bleh berubah tp dah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 28-9-2020 02:52 AM
haha gurau je hehe. x silap ada baca psl knape suhu air bleh berubah tp dah lupa.

Hahaha x per.. Pernah baca satu artikel dulu, klu kita kt tgh laut, tiba2 ada perubahan suhu air, kt situ lah Kawasan2 penempatan makhluk2 ghaib ni.. Tapi, masa tu baca je pon, umpama percaya x per aya jer lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
arep83 replied at 28-9-2020 02:50 AM
yep...mmg byk psamaan ngn potc. tu mitos kat sana kot. mcm kat sni kalau ckp psl antu, auto fikir  ...

Kan...kan... klu tgk movies pun sma.. klu sebut nama evil tu.. dan2 evil tu jadik lemah... hmmmm klu kt sini jgn harap la.. hahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kira nya kan dlm laut ni makluk dia lgi pelik2 n durjana la ehhh. Sbb mcm lagi kuat je bnding makluk atas darat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh...slambe je aku hijack benang orang. @evilcooler sry ek. sbb ko dh mulakan thread ni. mcm x sesuai lak aku nk bukak thread lain. so aku post kat sini je la ek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seth.lin14 replied at 28-9-2020 11:10 AM
Kira nya kan dlm laut ni makluk dia lgi pelik2 n durjana la ehhh. Sbb mcm lagi kuat je bnding makluk ...

jin n setan kat laut dalam ni lg ganas kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:43 PM | Show all posts
Kawan aku dulu, kerja kapal. Dalam satu pelayaran tuu.. kat tengah laut yg tak bertepi, tetiba dia (and his gang) ternampak gelembung (bubble). Ada 3 bijik, besar besar laa katanya. Setinggi bangunan 3 tingkat. Semua menggelabah, takut wei. . kata nya. Gelembung tuu bergerak menuju ke kapal mereka. Dalam kekalutan itu, ada yang laungkan azan, ada yg baca apa2 saja ayat yg terlintas, ada yg meraung2 .. dan macam-macam laa.. Entah jembalang, puaka laut apa lah yg nak menyakat mereka. NAsib baik kawan aku ni.. tahu sket sket ilmu. so, habis semua doa di bacanya.. gelembung besar itu pon, berlalu dan pergi. Aku dengar pon seriyau.. kejap kelakar.. kejap takut. .hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 28-9-2020 02:43 PM
Kawan aku dulu, kerja kapal. Dalam satu pelayaran tuu.. kat tengah laut yg tak bertepi, tetiba dia ( ...

wow....xleh nk imagine gelembung 3 tingkat...laut ni mcm2 cte pelik yg x penah kta dgr
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arep83 at 28-9-2020 02:54 PM

Aku ingat nak stop share cite ni lepas settle translate part 6 ni. Tapi nasib baik la ada org nak tlg translate. Mula aku mtk tlg translate part 6 ni je. Pastu aku gurau suh translate yg lain...Sekali dia suh anta link daaa....sepantas kilat aku send n td dia ckp dah abes translate wei...laju gler. tp aku akn post sikit jgak . saja bg korang tertunggu. Anyway, pas baca...jangan lupa cakap tengkiu kat dia. Without further ado...

Disclaimer

Penulis: PizzND
Penterjemah: Aku & Ayien Azarina
Sumber: reddit.com
BOD: nosleep

Part 6

             Antara kejadian paling pelik yang aku pernah alami terjadi masa misi mencari mayat (body recovery mission) . Kalau orang lain yang cerita kat aku, memang aku takkan percaya. Tapi ni mata kepala aku sendiri yang tengok. Takkan tak caya ngan diri sendiri lak kan?
            
             Pihak tentera (US) jumpa satu site yang dipercayai terdapat mayat-mayat tentera laut yang hilang semasa perang dunia ke 2. Aku dan sorang lagi diver mula menyelam. Ktorang bawak "body bag" sekali untuk bawak tulang-tulang yang ktorang jumpa nanti. Kat bawah tu ktorang jumpa 3 rangka manusia. Ktorang masukkan dalam beg dan bawak naik.
            
              Peristiwa pelik tu start kat sini. Dalam perjalanan naik tu...beg-beg tu BERGERAK! Mula-mula bergerak sikit je. Makin lama makin kuat. beg-beg tu bergoncang dengan kuat seolah-olah benda dalam tu bergolek-golek. Lepas tu, 2 dari beg tu mengeluarkan buih dan beg-beg tu berhenti bergerak. Tapi beg yang ketiga masih lagi bergerak.
              
              Sampai kat atas deck, ktorang terus bukak diving gear dan berundur jauh dari beg yang bergerak tu. Sorang pun tak berani nak pergi dekat beg tu.
              
              Setelah sesi tolak menolak berlaku ("Pegi la bukak"."Eh, ko la pegi bukak")...Akhirnya salah seorang dari crew beranikan diri pergi bukak beg tu. Sebaik sahaja beg dibukak, orang tua yang kelihatan sangat lemah bergolek keluar dan terbatuk-batuk memuntahkan air macam orang hampir-hampir lemas.
              
              Ktorang semua terkaku....Takleh brain apa yang ktorang nampak. Still dalam keadaan terpinga-pinga tu, aku berlari pergi ke arah beg yang lain dan bukak beg-beg tu. Dalam beg-beg tu sama jugak. Ada 2 orang tua. Cuma 2 orang tu terbaring kaku dan nampak macam baru lemas. Ktorang try bagi CPR tapi tak boleh nak selamatkan dorang.
              
             Orang tua yang hidup tadi berundur dari ktorang dan menjerit ketakutan tengok apa yang terjadi. Dia dah macam orang histeria, menjerit tak berhenti. Tak tau nak buat apa, ktorang kurung dia dalam bilik dan menghubungi pihak tentera dan bagitau pasal "mangsa yang terselamat" tu.
            
             Lebih kurang sejam lepas tu, helikopter tentera berlegar atas kapal ktorang untuk mengambil 2 mayat dan orang tua yang terselamat tu. Ktorang dah masukkan 2 mayat tu tadi dalam beg balik dan serahkan kat dorang. Sorang dari askar tu membongkok untuk memeriksa mayat-mayat tu.
            
             Sebaik saja zip dibukak, bau busuk yang menyengat hidung keluar dari beg. Mayat-mayat tu dah mereput macam dah seminggu berendam dalam air. Askar tu zip balik beg dan mengarahkan yang lain naikkan mayat tu ke helikopter.
            
             Ktorang escort askar tu pergi kat bilik orang tua yang ktorang kurung tadi. Dari jauh lagi ktorang dah boleh dengar jeritan dia. Sebaik pintu dibukak, ktorang nampak dinding bilik tu berlumuran dengan darah. Orang tua tu masih hidup dan menjerit-jerit. Dia pun nampak macam dah mula mereput. Askar tu selamba ja escort orang tua tu pergi ke helikopter dan mengarahkan anak buahnya untuk naikkan mereka ke helikopter. Ktorang tak pernah dengar pasal dorang lagi.
            
             Lepas tu aku masuk balik bilik yang ktorang kurung orang tua tu tadi. Kali ni baru aku perasan kat dinding bilik tu ada lukisan hieroglyphic yang orang tua tu lukis dengan darah dia sendiri.
            
             Aku tak pasti apa yang orang tua tu lukis. Ingatkan kalau lukis lagi senang faham. Cuma 3 simbol yang memang menonjol dan aku dapat agak maksudnya.  "Ombak , Api dan Mayat". Simbol-simbol tu paling banyak dilukis memenuhi dinding. Tak sempat aku nak tengok simbol-simbol lain, supervisor aku masuk dan padam simbol-simbol tu. Dia tak bagi ktorang tengok lama-lama. "Nanti syikin" katanya.
            
             Aku pernah dengar pasal "Keepers Of The Deep" (Penjaga Laut Dalam). Selalu jugak aku terfikir pasal benda ni. Aku rasa benda ni berkaitan dengan semua benda-benda pelik yang ktorang alami. Team ktorang jarang bercakap pasal lagenda "Penjaga Laut Dalam" ni. Mungkin bimbang kalau diseru nanti benda tu datang.
            
              Setelah bertahun bekerja sebagai penyelam laut dalam. Aku rasa, manusia tak ditakdirkan untuk menyelam ke dasar lautan. Dan bila seorang penyelam mati didasar laut, dia tidak akan kekal mati. Mereka disumpah untuk selamanya hidup didasar laut. Dan kalau mereka jumpa manusia, mereka rasa dengki dan marah dan akan tarik manusia tu ke laut dalam supaya manusia tu pun jadi macam mereka juga.

English Version

One of the strangest things I've ever witnessed happened on a body recovery mission. Even I wouldn't have believed it if I hadn't been the one in the water. The military had found a site in which they believed the bodies of several missing World War Two sailors would be found. I entered the water with another diver with body bags to carry the remains. On bottom, we eventually found three skeletons. We placed them in the bags and returned to the stage. On our return trip to the surface, we saw the bags begin to move. At first very slightly, then violently shaking and rolling. Bubbles escaped from two of the bags, and then they went still. The third bag continued struggling. We reached surface and sat down on the deck, stripping our gear immediately. We were afraid to touch the bags, but one of the tenders eventually unzipped the moving bag. An old, frail, very alive man rolled out coughing water. We stood shocked, unable to comprehend what we were witnessing. Still not sure what I was doing, I ran to the other two bags and unzipped them. There were two more old men laying motionless in the bags. They appeared to have just drowned. We attempted CPR but were unable to revive the men. The man, who was somehow now alive, was backing away from us. Screaming of the horrors he'd witnessed. He screamed about an eternity spent burning. We locked him in a room and contacted the military that we had found a "survivor" Within the hour a military chopper was hovering over us to pick up the two bodies and the survivor. We had placed the bodies back in their bags, and handed them over. The man bent over to inspect them, unzipping the bags. As he opened the bags, an unbearable stench overtook us. The bodies appeared to be in decay, as if they'd been dead and soaking in the water for a week. He zipped it back up and had them lifted into the chopper. Then we escorted him to the survivor. We could hear the screaming from down the hall. We opened the door and saw blood splattered on the walls. He was alive, and screaming, but he too appeared to have started decaying. The man calmly walked him to the chopper and the two of them were lifted onboard. We never heard about them again. However, I went back and examined the room. With his blood he had drawn hieroglyphics on the walls. I'm still not certain of what I viewed, but there were a few things that seemed to stand out. Waves, flames, and bodies. There was a tremendous amount of them on the walls, but shortly after I walked in our supervisor began scrubbing the walls. He refused to let us examine it any further.

I've heard rumors about the "Keepers of the Deep". I've wondered about them for quite some time. I believe they are the link between many of our stories. Their myth within our team is seldom spoken of. But here is what I gathered over the years. We are not meant to roam the depths of the ocean. And when a diver loses his life in the deep, it doesn't say that way. They are cursed to forever roam the oceans. And when they find the living, in an envious rage, they will bring you back to the depths from which they came.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.094073 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list