CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Saussurea

NEAR DEATH EXPERIENCE (NDE)

[Copy link]
Post time 25-11-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Saussurea replied at 27-10-2018 08:16 AM
Yeah.

I ada satu soalan untuk u, ramai tak yang tertarik pada u. Or kata org, ke mana saja u pe ...

Apa maknanya klu slalu jd situasi cth:

Kita masuk kedai yg kosong ... bila kita masuk jerr..tetiba kedai tu jd penuh ...
Mudah disyangi oleh sesaper jer ...

Kategori tertarik. Menarik. Ditarik. Penarik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
donashikun replied at 25-11-2018 09:35 PM
Dpt ilmu yg baru dpt mencari2 ketenangan hidup. Slalu stress asik pkir masa lalu n akan dtg. Slalu c ...

Kepentingan menggunakan imaginasi untuk menarik perkara-perkara yang baik.

Control imaginasi, sentiasa melihat keindahan dalam setiap pandangan, perbuatan, dan niat. Control energy, bahkan kualiti, pemakanan yang masuk ke dalam tubuh juga ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
msrosse replied at 25-11-2018 11:35 PM
Apa maknanya klu slalu jd situasi cth:

Kita masuk kedai yg kosong ... bila kita masuk jerr..tet ...

Pelaris semualajadi..

Semoga berhati - hati supaya tiada yang mengambil kesempatan ke atas diri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum TT..lama x dgr khabar..TT sihat? sy nk tanya..mcm mana nak dduk di state 5D..TT penah smpai ke, ke consciousness level 5th Dimension..betul ke cth kalau kita ni panas baran..kita mudah menarik org yg perangai sama mcm kita?

Bila kita rasa annoyed dgn hidup kita skrg..moment tu akan dtg lg berulang2 dlm moment kita yg akan dtg? so mcm mana nak hentikan? adakah dgn visualise jer dgn perkara yg kita nak..ignore the reality..just focus on your dreams?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
....
Maklumat dan ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saussurea replied at 25-11-2018 02:56 PM
Orang yang baik akan sentiasa melihat kebaikan pada diri orang lain.

Orang yang baik tidak akan p ...

Sangat setuju..setelah beberapa ketika tak masuk dlm thread ni..banyak yang saya pelajari..dan yang terpenting kita perlu berfikir positif..jangan sabotaj diri dgn berfikiran negatif..melihat negatif di luar akan terpantul pada diri kita..mulala energi jadi negatif..aura bocor dan kita akan senang menghadapi penyakit serta mengalami kesialan dlm hidup..benarlah Rasulullah menganjurkan kita bersangka baik..husnu zhon..kerana Allah menurut sangkaan kamu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
juliyanarayhan replied at 12-12-2018 11:18 PM
Assalamualaikum TT..lama x dgr khabar..TT sihat? sy nk tanya..mcm mana nak dduk di state 5D..TT pena ...

Wassalam.


Soalan jue ttg 5d, adakah jue maksudkan dengan dimensi kesedaran? Dimensi kelima yang telah sampai ke puncaknya iaitu kembali ke tempat asal kerana semuanya adalah 0. Atau neutral.

Ini telah i bincangkan beberapa kali di dalam thread ini, iaitu bagaumana membawa pemikiran dan nafsu kita ke titik neutral.

I akui telahpun duduk di makam ini. Namun boleh sahaja kembali ke dimensi lebih rendah, bila diperlukan untuk merungkai dan memahami situasi suatu perkara sebelum memberikan jalan keluar kepada situasi tersebut.

Misalnya, apabila masyarakat seringkali menaikkan isu-isu semasa mengenai
hal agama dan sosial. Contoh, isu jantina, yang diberi bermacam gelaran kepada individu yang mengamalkan hubungan sesama jenis, hubungan terbuka bebas, yang mana berpaling dari adab dan agama dan sebagainya.

Bagi i, tidak apa-apa. Ini berlaku sebagai satu dari proses keseimbangan alam, yang misterinya sangat indah jika diketahui.

Majoriti, masyarakat dengan mudahnya memandang rendah kepada sesiapa sahaja yang tidak sedarjat dengan nilai adab dan agama yang mereka ikrar, pegang dan amalkan. Golongan yang memilih untuk menjadi lebih liberal, dan bebas, sudah pasti akan dicemuh, dipulau, dihina.

Kepercayaan atau juga keterbukaan kepada sebuah perspektif yang baharu adalah diperlukan oleh manusia untuk kekal hidup secara sihat. Tidak kira apa sahaja ideologi yang dipegang.

Apabila pemikiran kita terikat pada suatu ilmu yang dipelajari setelah sekian lamanya, biasanya kita taat pada ilmu dan guru tersebut. Lalu tidak bersetuju dengan amalan murid/orang lain.

Kerana tebalnya ilmu tersebut, kita takut untuk keluar dari kepompong yang telah lama kita diami. Lebih-lebih lagi mendapat bukti, hujah, ilmu yang disokong kuat daripada pihak yang lebih berkuasa dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang juga bertauliah. Mahupun tidak.

Ada dua golongan. Iaitu pertama pembuat undang-undang, kedua pengikut dan penguatkuasa undang-undang. Ruler dan enforcer. Anda memilih untuk membeli atau tidak sahaja. Dan setiap antara dua ini ada risikonya. EGO. (3RD DIMENSION)
Kerana undang-undang memakai tubuh. Maka inilah bermulanya hukuman, Hitam dan putih. Jahat dan baik.

Jika dilihat pada 4peringkat, tahap ilmu makrifat memegang konsep 5d. Amat jarang sekali menemui golongan ini kerana mereka bukan lagi ruler mahupun enforcer.


Jawapan kedua dari soalan jue:
Isu yang berulang-ulang dalam kehidupan adalah dipanggil hukum karma.

Bagaimana boleh terikat dengan hukum karma, dan bagaimana pula ingin bebas dari pattern ini,

Adakah berbaloi memenangi suatu yang mungkin akan menyebabkan kita mengeluarkan kos /risiko yang sangat besar? Adakah memegang suatu ideologi itu menjadi hal yang sangat penting dalam gambaran yang lebih besar dalam hidup kita?

Adakah konsep hendak menang untuk menyedapkan hati sendiri, yang mana memungkinkan kita melukai pihak lain di dalam proses tersebut, yang juga demi membuktikan kita benar itu berbaloi?

Konsep hendak menang (ego) ke atas suatu perkara misalnya hubungan, harta, kuasa, memakai kos.  Adakah ia berbaloi atau tidak sahaja.  Kos yang dimaksudkan adalah penderitaan hati/emosi yang berpanjangan.

Ini telah menjadi pattern yang kita sendiri pilih untuk amalkan, yang tidak kita sedari banyak kelemahannya.

Perkara yang perlu dikenalpasti untuk menamatkan penderitaan ini adalah dengan mencari kekuatan kita, iaitu dengan menyedari akan kesilapan kita sendiri, untuk bebas daripada hukum karma yang berulangan.

Tingkatkan kesedaran.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 15-12-2018 04:05 PM
Sangat setuju..setelah beberapa ketika tak masuk dlm thread ni..banyak yang saya pelajari..dan yan ...

Hakikat sejati orang yang kuat adalah orang yang sudah "pekak, bisu, dan buta serta kudung" . Kerana tidak perlu lagi memandang hina yang lain, bercakap buruk tentang apa-apa, atau mendengar perkara sia-sia, bahkan merosakkan apa-apa dengan perbuatan.

Ia tidak sakit dan juga tidak menyakiti apa-apa.

Ia hanya mengenal rasa tenang dan hening melalui jiwanya

Sentiasa mudah menjadi lebib positif jika mengamalkan cara hidup di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
intanku replied at 14-12-2018 10:13 PM
....
Maklumat dan ilmu

Terima kasih. Semoga membantu .
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Saussurea replied at 15-12-2018 06:09 PM
Hakikat sejati orang yang kuat adalah orang yang sudah "pekak, bisu, dan buta serta kudung" . Kera ...

Ye begitulah bagi siapa yang telah mencapai ketenangan radhiatan mardhiyyah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:15 PM | Show all posts
Edited by Elanarose at 17-12-2018 09:28 PM

Salam tt. Terima kerana berkongsi pengalaman dan awak. Thread ini pada saya sangat bagus dan ada beberapa perkara yang saya minat untuk tahu. Harap soalan saya tak keterlaluan.

Saya tertarik dengan situasi forumer yang yang tt kata dia ada pelaris semulajadi. Pada pandangan tt apa yang orang seperti ini boleh buat untuk menggunakan kelebihan tersebut untuk faedah dirinya? Asyik kena ambil kesempatan saja. Letih la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Elanarose replied at 17-12-2018 09:15 PM
Salam tt. Terima kerana berkongsi pengalaman dan awak. Thread ini pada saya sangat bagus dan ada beb ...

Wassalam.

Sebenarnya jika kita pandang positif, seseorang mempergunakan kita untuk sesuatu tujuan/kepentingan, menunjukkan diri kita sangat penting berguna pada yang memerlukan. Dan sangat dipercayai.
Tanamkan dalam diri bahawa ia adalah bentuk-bentuk kebajikan yang kita hadiahkan untuk mereka yang memerlukan. Dan hasilnya untuk kita pula adalah pembebasan dari dosa-dosa kecil. Kerana niat sudah ingin membersihkan jiwa. Win-win situation.

Cumanya perlulah meletakkan sempadan tertentu supaya kita tidak menzalimi diri sendiri, semisalnya mengabaikan keperluan diri/nilai-nilai murni.

Perlulah mengetahui setiap kita sudah pasti mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan dan kejayaan. Antara guru dan murid, antara ibu bapa dan anak-anak, suami dan isteri, bos dan pekerja, manusia dan alat teknologi, dan sebagainya.

Keistimewaan yang dianugerahkan seperti pelaris semulajadi perlu dikongsi, bersama yang memerlukan. Namun tidaklah sampai menzalimi diri sendiri dengan cara berlaku tegas, dan meletakkan sempadan yang bersesuaian.

Thank you..
Semoga menemui perspektif baru.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:23 PM | Show all posts
Edited by Elanarose at 20-12-2018 10:37 AM
Saussurea replied at 18-12-2018 10:38 AM
Wassalam.

Sebenarnya jika kita pandang positif, seseorang mempergunakan kita untuk sesuatu tuju ...


Terima kasih tt. Dari sudut positif betul juga. Pendapat yang membina. Sejuuuuuk je baca.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Saussurea replied at 15-12-2018 05:55 PM
Wassalam.



MasyaAllah Tabarakallah tqtq TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt accident ke masa tu? Ada sorang kawan akak koma lepas accident dirempuh lori tanker. Lepas koma hampir 3 minggu, dia sedar dan perkara mula2 dia cari ialah sejadah. Minta ambilkan wudhu. Jenuh nurses kat icu nak faham mula2 tu. Pernah dia ckp, dia dah berada dlm dunia lain. Tp kalau cerita takut org kata dia mereng. So, he kept to himself. Tp mmg terus berubah. Kalau time tgh meeting then azan, dia akan minta excuse dan pergi solat dulu. Pukul 10 time org gi minum pagi, dia pergi surau buat dhuha kadang2 6 rakaat. Pergi masuk kelas mengaji asas. Dia kata menyesal x mengaji lama sangat. So, akak pun dpt agak apa yg dia dah alami.. Tp itu la.. we learnt the hard way..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Saussurea replied at 19-5-2018 10:59 AM
Perkataan sesuai nak menggambarkannya. Sakitnya dari hujung kaki ke naik hujung kepala macam ditikam ...

Menakutkan! Huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello TT..

Nice sharing..

Im not sure am I being delusional or what..

Tapi dari dulu I pun jenis bermimpi benda yg quite related to future and somehow I get the message earlier, cuma I keep on denying it out of logical mind..

Tapi bila I tengok balik.. Actually it is something.

Contoh mimpi yg bermakna.. mcm dulu masa I sekolah rendah, I akan mimpi gigi tertanggal.. and tak berapa lama mesti ada sedara I meninggal. It happens quite a few times..

Bukan mimpi je, I juga akan dapat strong instinct about things or someone.. especially org yg close dengan I.

Contoh pernah satu hari I rasa resah gelisah and fikiran I banyak terfikirkan my dad. Sampai I cry for no reason.. kadang2 I rasa I ni gila ke, Tapi bila I called dia cakap dia okay.. Tak lama lepas tu I baru tahu mmg something bad  happened tapi he didnt tell me..

And same goes to my mum.. ada satu moment I jd gelisah and my mind tak boleh shut down from thinking about my mum. Tapi she denied it.. tapi lama2 I korek korek it’s true! Mmg ada something I should be worried about..(eventho I tak jumpa dia I can sense it dari jauh)

And same goes to many other things..
i kerap terjumpa org2 yg high spiritual, tea cup readers.. I tak cari semua tu even I have quite an interest in such things sebab I dari kecik dah selalu deal with benda yg out of reasoning mind.. tapi I akan selalu terjumpa org2 mcm tu and make me questions more and more about life

Same goes dlm relationship.. I can sense if my partner cheating ke apa without bukti.. and sometimes this kind of things are driving me crazy. I fikir I yg overthink or mmg something is wrong.. But in the end, it turned out to be my gut is always right.

Yes.. I encountered a few mistic moments tapi I tak rasa takut sangat. It just more to I pelik when it happens..

And I selalu perasan the LOA always takes place between me and somebody. Contoh I terfikirkan orang tu, then org tu akan out of nowhere cari I even dah lama tak contact.. Sometimes I dreamed about somebody, then the next morning the person text me cakap rindu I! Even random friends if I terfikir then mesti muncul! I nak fikir it as coincidence but banyak sangat coincidencesnya

Recently.. since 2017
I keep get the message from twinning numbers.. the numbers popped out everywhere. Number mcm 11:11, 222, 333, 444, 555 and the rest akan muncul.. selalunya bila the numbers appeared, something will happen. Something big as changes.. mula2 I tak layan.. tapi bila selalu sangat nampak I start to notice. Bayangkan kalau I bangun tengah malam the jam showed 5.55.. then in the same day nampak the same number a few times.. I started to get the message.. Even I tak tahu the real interpretation of these are.. but Im keen to find out more

Please share more info cause some of the words you share feel very relatable to what I experienced and dealt with... keep going!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi TT.

Nak kongsi jugak. By the way nice sharing. Kebanyakan pengalaman yg u share tu mostly I pun pernah alami. Except for NDE. Havent experience it yet.

Ini I conclude utk semua yg I baca kat thread ni. Berkaitan mimpi. I memang tak tenang kalau tidur. Jarang tak bermimpi. Tapi the pattern sentiasa berubah. Ada certain times I susah nak ingat mimpi. Maksudnya time jaga mmg tak ingat. Susah nak describe in word tapi dalam mind ada. Dan certain times ingat sebijik sebijik. Mimpi boleh datang dengan satu jalan cerita yg panjang sehingga cerita pendek yg umpama puzzle. Yg bersambung esok dan lusa. Kadang kadang direct message. But most of the time tersirat. Why ada different pattern? Sbb I sedar mmg dari segi pemakanan I tak jaga sgt. On off jaga physical emotional sendiri huhuhu.

Dejavu. Yg I faham tentang dejavu sejak dulu ialah sesuatu peristiwa yg berlaku pada masa kejadian, kita mengingat beberapa moment kejadian apa yg bakal berlaku kerana kita fikir eh aku pernah bermimpi ini atau hmm rasa seperti situasi ini pernah terjadi. Itu dejavu pada pemahaman I la selama ni. So dejavu mmg I selalu lalui sejak kecik sampai sekarang. Sometimes, dejavu berlaku bertindih. Dalam dejavu ada dejavu. Atau dejavu situasi yg sama berlaku berulang kali pada hari yg berlainan.

Astral pulak, setakat ni xbuat lagi secara serius. Pernah try buat tp kekangan masa dan selalu letih dan cepat tertidur so jadi malas huhuhu. Tapi experience ruh seperti keluar dari badan sendiri atau rasa terangkat tu mmg pernah terjadi tapi setakat itu sahaja. Sebab faham utk pergi lebih jauh kena belajar dulu. Mcm u cakap takut nanti jadi sleeping beauty huhuhu. Lucid dream, kerap juga. Hampir setiap malam jugak. Tapi most of the time bab mimpi i jarang amik pusing sebab lebih kepada rasa penat nak rest huhuhu. Dulu ingatkan takde on off button. Tp turns out rupanya boleh. Bila i rasa penat nak bermimpi, i akan off. So dalam seminggu dua tak mimpi sebab nak rehat. Then on semula sebab bila tak mimpi rasa tak lengkap pula.

Tentang energy menarik atau tertarik. I concludekan i Menarik. I jenis org tgk first impression org akan ckp i sombong sbb muka garang. Tapi org cepat tertarik kat i. Mana mana i pergi akan ada beberapa yg akan tertarik. I anggap i ada LOA yg tinggi. I masuk kedai yg lenggang akan ramai yg masuk jugak then i pergi org pun Pergi. And yes betul i rasa berat perasaan sebegitu sebab too much emotion utk digalas dalam satu satu masa. If u know what i mean.

I jugak pernah menghidapi depression dan anxiety. Mild OCD.

Hantu pula. Mmg dari kecik sensitiviti agak tinggi. Senang nampak tapi tidak terbuka hijab sepenuhnya. Mudah menarik energi negative datang dan jugak energi positive mengikut perkiraan emosi semasa.

Senang membaca personaliti org sekeliling. Menyerap emosi baik atau buruk. Intuition yg tinggi juga.

Apalagi ye.

Yg ini i tak pasti u ada share ke tidak atau alami. Tp i sentiasa alami yg satu ini sejak umur 9tahun sehingga sekarang. Dapat vision/gambaran sesuatu perkara yg pernah terjadi atau bakal terjadi samada kepada seseorang atau di sesuatu tempat. Dalam keadaan jaga. Vision yg terpampang di depan mata ibarat screen tv. Tp mostly vision melibatkan kecelakaan kemalangan kematian lah.

Itu je setakat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 12:31 PM | Show all posts
Saussurea replied at 15-12-2018 06:09 PM
Hakikat sejati orang yang kuat adalah orang yang sudah "pekak, bisu, dan buta serta kudung" . Kera ...

Macam mna la nak smpai ke tahap mcm ni TT?
Hati ni cepat terusik. Pujuk2, sekejapan je. Nnt timbul balik rasa2 yang xbaik.

Bestnya kalau dh smpai tahap ni. Dh xfikir psl org lain (Which mean in a negative way).
Hidup untuk Allah sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:13 PM | Show all posts
menarik..keep this thread alive..and thanx for the input ye TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.128938 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list