|
Edited by boca120879 at 10-3-2020 09:38 AM
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Kalau saya jumpa matan
dalam bahasa Arab,
saya letakkan di sini,
Insha Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 10-3-2020 09:25 AM
عَاصِيَةُ
Derhaka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berkaitan hadith ini:
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Al Hasan bin Musa,
diceritakan oleh Hammad bin Salamah, daripada 'Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu 'Umar,
"Dahulu anak perempuan 'Umar
bernama 'Ashiyah (Derhaka).
Maka kemudian digantikan
oleh Rasulullah s.a.w.
dengan nama 'Jamilah' (Cantik)."
(Hadith Muslim no. 3988)
Saya jumpa rujukan yang berikut:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ ابْنَةً لِعُمَرَ، كَانَتْ يُقَالُ لَهَا عَاصِيَةُ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم جَمِيلَةَ
(Sahih Muslim, Kitab Al-Adab, Bab galakan tukar nama buruk kepada nama baik)
Juga saya dapat rujukan yang berikut:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ ابْنَةً لِعُمَرَ، كَانَ يُقَالُ لَهَا عَاصِيَةُ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ جَمِيلَةَ
(Sunan Ibnu Majah, Kitab Al-Adab, Bab tukar nama)
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Abdurrazaq, diceritakan oleh Ibnu Juraij, diceritakan oleh Musa bin Uqbah, daripada Abu An Nadlr,
bahawa Abu An Nadlr pernah menerima sepucuk surat daripada suku Aslam yang bernama Abdullah bin Abu Aufa (sahabat Nabi s.a.w.),
Abdullah bin Abu Aufa menulis surat kepada Umar bin Ubaidullah ketika Umar bin Ubaidullah berangkat untuk memerangi orang-orang Haruriyah, dan memberitahu kepadanya
“Suatu ketika Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan para musuh, lalu Rasulullah s.a.w. menunggu hingga matahari condong ke arah barat.
Setelah itu, Rasulullah s.a.w. berdiri di antara para sahabat seraya bersabda,
"Wahai kaum Muslimin, janganlah kalian berharap bertemu dengan musuh,
dan mohonlah kesihatan kepada Allah,
namun apabila kalian bertemu dengan mereka maka bersabarlah.
Ketahuilah oleh kalian semua, bahawa syurga berada di bawah naungan pedang."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri sambil bermunajat, "Ya Allah, dzat yang menurunkan Al-Qur'an, dzat yang menggerakkan awan,
dzat yang dapat mengalahkan pasukan Ahzab, hancurkanlah mereka semua dan berikanlah kemenangan ke atas kami."
(Hadith Muslim no. 3276)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Jazakallahu khairan
saudaraku
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam, daripada Syu'aib, daripada Al Laits bin Sa'd, daripada 'Ubaidullah bin Abi Ja'far, diceritakan oleh Hamzah bin Abdullah, diceritakan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda,
"Jika seseorang tidak berhenti meminta-minta (daripada manusia lain),
dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan wajahnya tiada daging sedikit pun."
(Hadith Nasa'i no. 2538)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 12-3-2020 10:35 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ishaq bin Manshur, diceritakan oleh Abu Ghasan Bahlul, diceritakan oleh Musa bin 'Ubaidah, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abdullah bin Umar,
"Orang-orang fakir Muhajirin mengadu kepada Rasulullah s.a.w. atas kurnia Allah yang diberikan kepada orang-orang kaya,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai orang-orang miskin, mahukah aku beri khabar gembira kepada kalian?
Sesungguhnya orang-orang fakir miskin daripada kaum Mukminin akan masuk syurga sebelum orang-orang kaya dengan jarak setengah (1/2) hari yang setara dengan lima ratus (500) tahun."
Kemudian Musa bin 'Ubaidah membaca ayat ini,
وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
(Sesungguhnya sehari (1) di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu (1000) tahun menurut perhitunganmu) (Surah Al-Hajj 22:47)
(Hadith Ibnu Majah no. 4114)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sudahkah baca tafsir ayat ini?
30. Hal yang dikatakan oleh orang-orang musyrik itu -yaitu memberi nama malaikat dengan nama-nama perempuan- adalah batas pengetahuan mereka karena mereka adalah orang-orang bodoh, tidak sampai kepada ilmu yang pasti. Sesungguhnya Rabbmu -wahai Rasul- paling mengetahui orang-orang yang melenceng dari jalan kebenaran dan Dia paling mengetahui siapa yang mendapat hidayah ke jalan kebenaran, tidak ada sesuatupun yang luput dari-Nya. Tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh, di bawah pengawasan Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid (Imam Masjidil Haram)
Referensi: https://tafsirweb.com/10144-quran-surat-an-najm-ayat-30.html
Kami ambil dari https://tafsirweb.com/10144-quran-surat-an-najm-ayat-30.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang ingin disampaikan dari ayat tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh 'Abdul Wahhab, diceritakan oleh Ayyub, daripada Abu Qilabah, diceritakan oleh Malik bin Al Huwairits,
"Kami menemui Rasulullah s.a.w. dan ketika itu kami masih muda sebaya umurnya,
kemudian kami bermukim di sisi Rasulullah s.a.w. (rumah Rasulullah s.a.w.) selama dua puluh (20) malam.
Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berperibadi lembut.
Maka ketika Rasulullah s.a.w. menganggak bahawa kami sudah rindu dengan isteri-isteri kami,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kembalilah kalian menemui isteri-isteri kalian, tinggallah bersama mereka, ajari dan suruhlah mereka,”
dan Rasulullah s.a.w. menyebut beberapa perkara yang sebahagian kami ingat dan sebahagiannya tidak,
“dan solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.
Jika solat telah tiba, hendaklah salah seorang di antara kalian melakukan azan
dan yang paling tua menjadi imam."
(Hadith Bukhari no. 6705)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, diceritakan oleh Dawud bin Abu Hind, daripada Abu Harb bin Abul Aswad, daripada Abu Dzar, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika salah seorang daripada kalian marah
dan dia dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk.
Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki),
jika tidak, hendaklah dia berbaring."
(Hadith Abu Daud no. 4151)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Sufyan, daripada 'Amr bin Dinar, daripada 'Amru bin Aus, diceritakan oleh 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'As, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Puasa yang paling dicintai Allah a.w.j. adalah puasa Nabi Daud a.s., Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka sehari (tidak puasa berterusan).
Solat yang paling dicintai Allah a.w.j. adalah solat Nabi Daud, Nabi Daud tidur separuh (1/2) malam lalu bangun (untuk solat) pada sepertiganya (1/3 terakhir), lalu tidur lagi pada seperenamnya (1/6 terakhir)."
(Hadith Nasa'i no. 1612)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ibnu Basyar, diceritakan oleh Yahya, diceritakan oleh Ibnu 'Ajlan, daripada Al Qa'qa', daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah akan merahmati seseorang yang bangun malam kemudian solat lalu membangunkan isterinya, apabila isterinya menolak, dia akan memercikkan air ke muka isterinya,
dan Allah akan merahmati seorang isteri yang bangun malam lalu solat, kemudian dia membangunkan suaminya, apabila suaminya enggan, maka isterinya akan memercikkan air ke muka suaminya."
(Hadith Abu Daud no. 1113)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879-2 at 2-4-2020 09:27 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Sa'd, diceritakan oleh bapa saudaranya, diceritakan oleh bapanya (Sa'd), daripada Ibnu Ishaq, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya ('Urwah), daripada Aisyah,
“Nabi s.a.w. mengutuskan seseorang untuk menemui Uthman bin Mazh'un,
lalu Uthman datang kepada Nabi s.a.w.,
maka Nabi s.a.w. bersabda, "Apakah kamu membenci sunnahku?"
Uthman menjawab, "Tidak, demi Allah wahai Rasulullah… bahkan sunnahmu lah yang amat kami cari."
Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya aku tidur, aku juga solat, aku berpuasa dan juga berbuka, aku juga menikahi wanita.
Bertakwalah kepada Allah, wahai Uthman,
sesungguhnya keluargamu mempunyai hak atas dirimu,
tetamu-mu mempunyai hak atas dirimu,
dan kamu pun memiliki hak atas dirimu sendiri,
oleh kerana itu berpuasa dan berbukalah,
kerjakanlah solat dan tidurlah."
(Hadith Abu Daud no. 1162)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Hatim, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id, daripada Yazid bin Kaisan, diceritakan oleh Abu Hazim, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang mensolatkan jenazah, maka baginya pahala satu (1) qirath,
dan siapa yang menghantarnya hingga jenazah itu diletakkan di liang kubur, maka baginya pahala dua (2) qirath."
Ada yang bertanya, "Wahai Abu Hurairah, seperti apakah dua (2) qirath itu?"
Abu Hurairah menjawab, "Iaitu seperti Gunung Uhud."
(Hadith Muslim no. 1572)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ahmad bin Mani', daripada Abbad bin Abbad, daripada Washil, daripada Yahya bin Uqail, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda,
"Setiap hari setiap persendian anak Adam harus disedekahi,
salam yang diberikan kepada orang yang dijumpainya adalah sedekah,
setiap perintahnya kepada kebaikan adalah sedekah,
setiap larangannya daripada yang mungkar adalah sedekah,
membuang benda yang mengganggu jalan adalah sedekah,
dan persetubuhannya dengan isteri adalah sedekah."
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, mendatangi isteri dengan syahwat juga dihitung sebagai sedekah?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Apa pendapatmu jika itu dia lakukan kepada yang bukan haknya, apakah dia berdosa?"
Nabi s.a.w. lalu bersabda lagi, "Dan itu semua boleh diganti dengan dua (2) rakaat (solat) Dhuha."
(Hadith Abu Daud no. 4564)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Washil bin Abdul A'la, diceritakan oleh Asbath, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa meringankan satu kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat.
Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang yang sedang dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.
Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya."
(Hadith Abu Daud no. 4295)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Yahya bin Sulaim, daripada Ismail bin Katsir, diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Waki', daripada Sufyan, daripada Abu Hasyim, daripada Ashim bin Laqith bin Shabirah, daripada bapanya (Laqith bin Shabirah)
"Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.,
“Wahai Rasulullah s.a.w., khabarkan kepadaku tentang wuduk.
Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Sempurnakanlah wuduk
dan bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung, kecuali saat puasa. (elakkan berlebih-lebihan)."
(Hadith Nasa’i no. 86)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Hammad, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Samurah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian memakai pakaian yang berwarna putih,
hendaklah orang yang hidup daripada kalian memakainya
dan hendaklah kalian kafani orang yang meninggal dunia daripada kalian dengannya.
Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian."
(Hadith Nasa’i no. 5228)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|