|
Reply #278 nizam_syah82's post
bagi aku silap ns gaks satu mase dulu terlampau guner fiji byk sgt.
aku ingat agi few years back nyer jonah jones. ns turunkan 5 fiji 2 melayu jer.
melampau sgt for the sake of winning guner byk fiji.
pastuh last year nyer royal ns pun byk guner fiji gaks. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm sebut pasal fijian nih..
memang arrr terasa tak best kalo local team tak ramai melayu yg main..
rase cam bebudak melayu nih takde yg bagus...
rase cam diketepikan jer...
penat training last last fiji jer main
tapi kalo dr satu side laks..
sesatu team tu. kene carik profit.. untuk mase depan team diorang.. dan jugak maruah diorang
so nak menang n dpt duit diorang guna lah fiji
team dr obersea pon banyak yg pakai fiji, sebab ape?
sizing, skill, kebolehan diorang..
diorang pon memang carik makan ngan rugby..
mase cobra 10 aritu sandakan eagle ade gak melayu main
golek kot nama dia.. lade gak yg lain.. tapi aku tak tau nama
yg aku tau golek jer... huhuhuhhu
aku rase banyak bende yg belum cukup lagi kat org melesia..
kene improvekan lagi.. harap mru developement team dpt menaikkan rugby malaysia..
harap nanti malaysia tak yah pakai fiji |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #283 muor76's post
Orang Malaysia kenet menet, cam mana nak lawan dengan Fijian semua... semua bersize sesuai untuk jadi Hooker je.. |
|
|
|
|
|
|
|
saiz x de kisah sgt kot.tgk jepun dah maju skang ragbi.org malaysia pon bukannye kecik2 sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia mampu capai lebih baik
Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD
SEPANG |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minaq_jinggo at 18-9-2006 12:49 PM
Orang Malaysia kenet menet, cam mana nak lawan dengan Fijian semua... semua bersize sesuai untuk jadi Hooker je..
attee, wehh!!!
teman pronah main dgn dema fijian ni. besor2 belaka. ada forward sorang tu kami 5 org duk pegang dia, selamba aje dia jalan pegi buat try. tak nak jatuj langsung. masa nak tackle, dia hulur tapak tangan dia kat muka teman sampai tak sampai tangan teman nak pegang dia... mangkor wehh!! |
|
|
|
|
|
|
|
heheheh dok tahan tangan jer...
rase aku.. kalo game 15 melesia nih agak susah gak nak celen fiji ker.. tonga ker... sebab sizing..
tapi kan kalo dlm 10 atau 7... aku rase sizing tak mainkan peranan utama... yg penting skill..
cube tengok serevi, dia tu tinggi sangat ker? aku rase tak sampai 6 kaki.. william ryder (dikatakan pengganti serevi) pon aku rase cam serevi jer badan dia..
tapi skill serevi memang tinggi.. kicking, dummy, side step, sprint, tackling... memang complete set dia ade...
tak mustahil dia di gelar king of 7...
cume skang nih faktor umo menyebabkan dia ade slow sket.. maybe dah tak larat kot... hehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #285 pokya's post
tuh ko salah ler.
in 2003 aku sempat ngk under 19 asia qualification kt pulapol.
budak jepun, korea and taiwan sgt2 besar beb for their age ler. diearang semua tuh kalo vs kite nye 1st national team pun...national team kalah dari segi sizing. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carrim7 at 19-9-2006 08:32 PM
tuh ko salah ler.
in 2003 aku sempat ngk under 19 asia qualification kt pulapol.
budak jepun, korea and taiwan sgt2 besar beb for their age ler. diearang semua tuh kalo vs kite nye 1st n ...
attee, wehh!!!
teman rasa saiz ni ada kaitan dgn pemakanan. tengok laa apa yg player kita makan? nasi lemak, teh tarik, mee goreng bla bla bla...
dema tu makan makanan yg bina physique and minda. kalau badan besor tapi yg kat atas tu tak bleh fungsi, mangkor wehh!! |
|
|
|
|
|
|
|
weii rugby is all about brute, power and size... yang kenet menet terror ni ada la sorang dua, kena belasah half way dah kena usung...lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #289 carrim7's post
ya ka?dorg dah maju kot dlm rugby development.kecik2 dah ajar main.kat malaysia stended masuk skolah menengah baru nk start main.pulak tu bukannye takde org malaysia yg besor2 tp hati kecik kot x join ragbi.yg tinggal main adelah sorg dua sesat yg ade saiz sket.yg lain2 average je le |
|
|
|
|
|
|
|
main rugby hati kene kering jugak... heheheheh hati tak cukup kering tok sahh arrr baik main guli jer..
kekkekek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spitfire007 at 20-9-2006 12:08 AM
attee, wehh!!!
teman rasa saiz ni ada kaitan dgn pemakanan. tengok laa apa yg player kita makan? nasi lemak, teh tarik, mee goreng bla bla bla...
dema tu makan makanan yg bina physique a ...
aku rasa pun camtu la..pasal pemakanan..tengok orang jepun..dulu katik2 jek..sekarang ni..besor2 gak saiz depa ni..nak kena mkn mentah2 la pulak..hehehe..harap budak SSBP ni dijaga dari segi sainstifik gak..jgn la pepagi disuap ngan nasi lemak..tengahari bantai pulak nasi lauk masak asam pedas..petang kuih ngan teh tarik..mlm makan nasi lagi..supper pulak..hmmm..mmg xleh blaaaa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA MENINGKAT KE TARAF 64 DUNIA RANKING IRB
Oleh: Lt. Ahmad Sufiani bin Johari TUDM
MALAYSIA telah dinaikkan ke ranking 64 Dunia daripada kedudukan 70 Dunia pada minggu lalu oleh Persekutuan Ragbi Dunia (IRB). Peningkatan ini merupakan peningkatan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan yang mana telah diputuskan pada 18 September 2006 dan diistiharkan pada malam semalam di IRB Dublin Ireland.
Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi berdasarkan analisis IRB yang mana Malaysia telah melonjak naik 6 anaktangga sekaligus menyingkirkan Thailand daripada ranking 63 IRB ke ranking 70 IRB. Peningkatan ini berlaku adalah hasil daripada kemenangan Pasukan Malaysia menewaskan Thailand (36-27) di Army Stadium Bangkok pada 22 Julai 2006 sekaligus menjuarai IRB ARFU Triangular 2006 atau juga dikenali dengan Asian Nation Series. Dengan ranking terbaru ini bermakna kini Malaysia telah mendahului negara-negara seperti Bermuda, Zambia, Lituania, Niue Island, Slovenia, Thailand, Hungary, Monaco, Norway, Guam, India, Nigeria, Bosnia dan Finland.
Peningkatan tertinggi dalam sejarah Kesatuan Ragbi Malaysia di bawah teraju kepimpinan Yang Berhormat Mulia Dato? Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail amat jelas menunjukkan bahawa pengetahuan pengurusan yang luas, keserasian individu dengan jenis sukan yang diceburi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi beliau telah menjadi tunjang kepada kebangkitan sukan ragbi di Malaysia.
Malaysia yang terdahulu berada di ranking 75 IRB pada 01 Jun 2006 telah membuat meningkat sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan iaitu pada 06 Jun ke ranking 74 IRB, 10 Julai ke ranking 70 IRB dan 18 September ke ranking 64 IRB.
Jumlah peningkatan keseluruhan ranking IRB Malaysia dalam tempoh 3 bulan adalah 11 anaktangga dan ini merupakan antara pencapaian luarbiasa yang jarang dicapai oleh mana-mana negara di dunia. Pencapaian peningkatan 6 anaktangga pada 18 September 2006 merupakan satua pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Mulia Dato? Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang dahulunya pernah bermain mewakili negeri Selangor, beberapa kelab luar negara dan juga merupakan bekas ketua jurulatih pasukan ragbi Universiti Pertanian Malaysia ?erdang Angels? (Kini dikenali Universiti Putra Malaysia) telah berjaya membawa ragbi Malaysia ke dalam satu dimensi baru fenomena ragbi antarabangsa dengan sokongan padu semua ahli gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia .
Perancangan beliau mewujudkan program MRU Development Team di Sekolah Sukan Bandar Penawar Pengerang Johor di bawah kelolaan Cikgu Naharudeen Othman dan Saudara Wan Ibrahim Wan Chik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Rata-rata pasukan Malaysia yang memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa telah diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain projek pembangunan ragbi Malaysia. Antaranya termasuklah Mohd Nazeer Nesyarah, Mohd Azli Ludin, Mohd Shahir Asyraf Rosli dan Mohd Nizard Mohd Nor dari Sekolah Sukan Bandar Penawar.
Antara kejayaan Pasukan Malaysia tahun 2006: Pasukan Malaysia telah mendapat tempat ke 2 selepas menewaskan Khazakhstan (10-5) dan Singapura (31-7) di Pusingan Kelayakan Sukan Asia DOHA di Hong Kong pada 4 Februari 2006.
Seterusnya Malaysia menewaskan India (61-20) pada 5 Jun 2006 dan menewaskan Thailand (36-27) pada 22 Julai 2006 di Bangkok Thailand. Malaysia muncul Juara IRB ARFU Triangular Malaysia, India dan Thailand dan turut menjuarai Piala Maharaja Thai ?ajiralongkorn?.
Kejuaraan IRB ARFU Satellite Sevens di Sri Lanka pada minggu lalu turut menyaksikan kejayaan pasukan Malaysia menjuarai Kategori Bowl dan seterusnya menaikkan satu lagi kedudukan ragbi Malaysia dari ranking ke 10 ARFU ke ranking ke 9 ARFU daripada senarai 20 negara Asia. Malaysia telah menewaskan Filipina dengan mata (46-0) dan menewaskan India di Final Bowl dengan mata (14-10).
Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Senior Malaysia, Saudara Wan Ibrahim Wan Chik. Peningkatan dalam ranking Lembaga Ragbi Antarabangsa IRB yang diumumkan semalam pasti membakar semangat pemain-pemain ragbi Malaysia yang bakal memulakan latihan pusat menjelang Kejuaraan IRB ARFU Senior 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Colombo Sri Lanka pada 15 hingga 25 November 2006 dan Kejuaraan IRB ARFU Junior U19, 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Taiwan pada 03 hingga 09 Disember 2006.
Namun sebenarnya bukan mudah untuk menumpaskan lawan lebih-lebih lagio apabila bermain di tanahair mereka sendiri seperti apa yang berlaku ketika kita menumpaskan Thailand di Kota Bangkok.
Sokongan yang kuat daripada Olympic Council Malaysia, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Media Prima, Astro, Media Cetak dan Penaja Pakaian Rasmi KRM Carisbrook of New Zealand dilihat sebagai faktor penting menyumbang kejayaan pasukan ragbi Malaysia membawa pulang pingat atau piala yang diburu di sesuatu kejohanan.
Kesatuan Ragbi Malaysia yakin bahawa momentum kejayaan ini akan diteruskan ke tahap yang terbaik. Ragbi Malaysia sememang amat mengalu-alukan sokongan badan korporat untuk menaja kos persiapan pasukan negara dan tabungan program pembangunan seperti kerjasama murni telah yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang kepada kemajuan Persekutuan Hoki Malaysia dan Yonex yang menyokong Persekutuan Badminton Malaysia.
Peluang untuk penjenamaan produk atau nama persyarikatan korporat sesuai dipadankan dengan sinonim ragbi Malaysia memandangkan kini Kesatuan Ragbi Malaysia banyak menyertai kejohanan di luar negara anjuran IRB dan ARFU serta semua aktiviti tempatan dan luar negara disokong penuh oleh pihak penyiaran berita dan akhbar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aik..bulan pose nih....thread nih terus tk mendpt sambutan yer....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bulan2 pose ade lagi ke tournament?.layan nz nye domestic best gak |
|
|
|
|
|
|
|
bulan pose ni off la dulu..sape nak layan ragbi masa pose ni weii..kalo yang international ade la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
bulan pose nih rest...
hehehhehhe
ermm bangga siot ranking melesia naik... huhuhuuhhu
skang nih dok tgk guiness cup ajer..
ade game lain ker kat astro skang nih..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #299 muor76's post
tk tau ler.
kt astro ader ker tayang npc nyer tourney tuh?
setakat guiness cup..sgt bosan ler. |
|
|
|
|
|
|
| |
|