CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik_nazgul

ZOOM IN BERSAMA MAWI - KOMEN -

[Copy link]
Post time 10-10-2006 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by MIAN_ANAIDRON at 10-10-2006 06:26 AM
itula yang kata botak kentut pon mereka kata sedap


Ko pernah ada pengalaman dgn peminat Mawi yg suka bau kentut Mawi ke? Kelakar pulak! Tak pernah lagi aku jumpa sepanjang aku kenal antara peminat2 dia neh. :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 9-10-2006 07:39 PM


daripada komen2 fanatik Mawi, mereka bukan suka dgr Mawi nyanyi! mereka lebih suka tgk karekter Mawi yg ala2 pak lawak tuh!

bz: nampak sgt pekak nada mereka nih. hihihi



apa sgt yg bleh diharapkan dr labai ni..nak nyanyi lebih2 takut suara tak sampai...nak cover kena la buat lawak ala2 azlee senario atau ala2 mr bean..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by MIAN_ANAIDRON at 10-10-2006 06:24 AM
biasa la fanatik, botak kentut pon kata sedap



dorang kata sedap,saya pun kata sedap laahhh.... ~ peminat mawi,SlimRiver,Perak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:46 PM | Show all posts

Reply #277 MIAN_ANAIDRON's post

Blh tanya tak... kalau tak suka mawi... kenapa kutuk dia teruk-teruk sgt... apa salah dia. kalau saya tak suka seseorang tu saya buat tak tau jer... lantakla dia buat apa pun.. as long as tak ganggu hidup saya dan org sekeliling cukup la.

Dah mawi ramai peminat fanatik... tak kisah la.. itu hak masing-masing. kalau u ada minat kat seseorg artis ... pergi la sokong dia... tak payah la nak kutuk org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:28 PM | Show all posts

RTM, Mawi cetus 'fenomena tak bertarawih?

Saluran Dua Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Sabtu lalu, menyiarkan siaran secara
langsung 'Zoom In Bersama Mawi' kira-kira jam 8.30 malam, didakwa
sebagai pencetus 'fenomena tidak bertarawih' di kalangan umat Islam
pada Ramadan ini.

Ramai berpendapat, RTM dan Mawi, tidak sensitif dalam suasana
Ramadan ini, kerana sanggup mengalihkan perhatian peminat dan orang
ramai khususnya umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut
oleh Islam.


Apakah suatu yang boleh 'dibanggakan' kerana Asmawai Ani atau lebih
dikenali sebagai Mawi telah berjaya menghimpun ratusan hadirin di
studio Angkasapuri malah ribuan umat Islam seluruh Malaysia
untuk 'khusyuk' dan 'tawaduk' melihat persembahannya?

Sedangkan ramai berpendapat waktu sebegitu, sebaik-baiknya umat Islam
menumpukan kepada ibadah solat tarawih secara berjemaah yang dituntut
oleh agama.

Sewajarnya dengan kematangan serta pengetahuan agama yang ada, Mawi
menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan menolak tawaran atau
undangan untuk menyanyi di RTM, malah lebih menarik dan murni
sekiranya Mawi turut melibatkan diri dengan kegiatan agama seperti
bertadarus al-Quran dan paling baik turut bersolat tarawih bersama
peminat.


Begitu juga RTM di bawah Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin,
sewajarnya lebih menumpukan usaha untuk memperbanyakkan program-
program berbentuk agama dan 'membeku' program hiburan yang melalaikan
seperti rancangan 'Zoom In' tersebut.

RTM seoalah-olah tidak peka dengan suasana Ramadan ini, demi kegilaan
terhadap persaingan mendapat 'rating' yang tinggi, sanggup mengadakan
program hiburan pada bulan mulia ini, dan ramai kecewa dengan sikap
Mawi juga dilihat sebagai seorang yang berkepentingan, demi
keuntungan dan tuntutan komersial, Mawi sanggup mengenepi hal
sedemikian.


Fenomena tak bertarawikh ini tidak dimonopoli oleh RTM, malah
beberapa hotel terkemuka juga turut menjemput Mawi untuk
mempersembahkan nyanyiannya di kala sebahagian besar umat Islam
berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk berbuka secara berjemaah
seterusnya bersolat tarawih.


Tidak salah kiranya, pada bulan yang mulia ini, Mawi bercuti sepenuh
masa, atau melibatkan diri dengan program agama di samping dapat
mengajak masyarakat menumpukan kepada suruhan dan larangan Tuhan
seperti yang dianjurkan oleh al-Quran yang dibacanya untuk rakaman TV
setiap kali masuk waktu berbuka.

Sepanjang tahun Mawi telah menunaikan kewajipan dan memenuhi tuntutan
peminta termasuk tuntuntan keuntangan, dan sepatutnya limpahan rezeki
yang diperolehi yang menururtnya sebagai anugerah Allah,dibalas
dengan melaksanakan ibadah dengan berlipat kali ganda dan bukannya
bersikap tamak seterusnya mengheret ramai kalangan umat Islam
meninggalkan tuntutan agama.

Dengan bakat dan 'aura' yang ada, sebaik-baiknya Mawi mengambil
kesempatan mendidik, mengajak para peminatnya melakukan ibadah yang
mulia di samping menghayati bulan Ramadan ini dengan pelbagai amal
ibadat seperti mengaji al-Quran , bertazkirah, dan menunaikan solat
sunat Tarawih.

Namun sewaktu rancangan tersebut, lain pula jadinya apabila Mawi
melafazkan kata, "Di bulan yang baik dan di bulan yang mulia ini,
marilah bersama-sama kita menghayati lagu ini..." di hadapan ratusan
hadirin termasuk sejumlah ramai penonton TV pada malam tersebut dan
antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mantan qari al-Quran ini
ialah 'Al-Jannah', 'Kau Kekasih Awal dan Akhir', 'Intifada', 'Yang
Tercinta' dan 'Beautiful Maria'.


Sesetengah pemerhati mendakwa, nilai-nilai agama yang dimiliki Mawi
disifatkan sebagai lakonan semata-mata untuk mengaburi masyarakat
untuk terus meminati dan menyokong beliau
sedangkan apa yang berlaku
adalah sebaliknya.

Seperti contoh, Mawi mengajak dan menarik perhatian umum apabila
membaca ayat suci al-Quran yang membariskan kalimah-kalimah Allah,
perintah serta larangan-Nya sedangkan apa yang berlaku adalah
sebaliknya apabila dalam masa yang sama beliau mengadakan persembahan
yang secara tidak langsung mengalihkan perhatian ramai para penonton
dan peminatnya daripada melaksanakan perintah dan sunnah Rasulullah
s.a.w.


Begitu juga dan sikap 'lakonan' Mawi dalam prinsipnya, beliau
dilaporkan menolak sekeras-kerasnya jika diminta berlakon untuk watak
romantik, adegan panas ataupun berpegangan tangan dengan wanita dan
kali terakhir Mawi memegang tangan dan ditonton oleh orang ramai
semasa dia dipertemukan oleh RTM dan Astro dengan bekas tunangnya
Ina. Ketika itu Ina bersalaman dan mencium tangan Mawi.

Selain tidak beliau dilaporkan juga bimbang perbuatannya itu akan
mengguris hati peminat setianya.

Namun yang mengecewakan, menari dan menyanyi bersama penari latar
yang berpakaian seksi dan dengan gaya yang menghairahkan, tidak pula
menjadi halangan bagi Mawi dan tidak termasuk perilakunya yang sering
mengundang fitnah dan gosip oleh media massa yang jelas merendahkan
imej seorang yang disifatkan ada nilai agama.

Ada kalangan yang menyimpulkan Mawi ikon yang dilihat punya nilai-
nilai atau 'simbol' agama melakukan sikap dan tindakan yang
mengelirukan ramai pihak apabila persoalan haram dan halal serta
membabitkan hukum-hakam 'diadun' secara bersama baik dari sudut
tindakan mahupun perkataan yang dilafazkan.

Fenomena yang dicetus oleh Mawi seharusnya diperhalusi supaya
natijahnya tidak merosakkan fikrah dan akhlak para remaja khususnya
yang beragama Islam malah pengiktirafan terhadap beliau sebagai ikon
dan (lebih tersasar lagi) memiliki salasilah para wali,harus
dipertimbangkan semula dan difikirkan dengan hati yang tenang dan
waras.
- lanh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:33 PM | Show all posts
majlis buka pose ina nanti aku harap polar tak pergi...mesti dah insap lepas baca artikel ni
zoom in bersama hijjaz pulak takfer...tak kisah la kan...sampai nangeh2 dalam tandas rtm
syukurnya dapat tengok zoom in hijjaz hari tu...tersentuh hati sampai sebak,nangeh-nangeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2006 03:40 PM | Show all posts

Reply #286 crayzee's post

sebab ada nangeh nangeh ---
tak apa tak teraweh...
wa ima tu kumpulan nasyid yang dah bertahun
di malaysia ----

mawi punya  - tak ada yang nangeh
tu yang  kena lagi tu...

like - whoever not watching the zoom in is
going to terawih - what a crap issue...

besides -- sesiapa pun boleh buat terawih  
berimam di rumah depa  - or sendiri --

sendiri tahu la niat tu ---
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:51 PM | Show all posts
naper masa hijjaz n ina dorang tak komen... so biazzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by me_shhiza at 10-10-2006 03:51 PM
naper masa hijjaz n ina dorang tak komen... so biazzzzzz


kdg2 aku rase wartawan ni cam nak tunjuk kebodohan seniri..akibat terlalu nak serang mawi
ekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:01 PM | Show all posts

Reply #285 polaris_girlz's post

nak tanya sikit
sembahyang tarawih tu kena buat dimasjid je ke? x leh ke dibuat dirumah.:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:04 PM | Show all posts

Reply #290 cheduk's post

bape ramai ye yg buat kat umah....
huhuhuhu..tepuk dada tanya lah diri sndrik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:05 PM | Show all posts

Reply #286 crayzee's post

xpegi pun.......:nyorok: sy bukan nye Fanatik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:14 PM | Show all posts

nape ni nampak macam nak nangeh je..berair dah mata tu
lepas dengo lagu ina yek :lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:15 PM | Show all posts

Reply #293 crayzee's post

lagu dia sadis tul....sayu sungguh mdgr nyer....
nasib baik ada tisu sekotak atas meje ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:22 PM | Show all posts

Reply #294 polaris_girlz's post

...ye lah nangeh2...mesti ko simpati kat anak yatim piatu kan
bukan simpati kat penyanyinya
tak sedar tertelan air mata dan hingus
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by MIAN_ANAIDRON at 10-10-2006 06:26 AM
kalau ramai juri dan artis kata botak ni tak sedap, maknanya memang tak sedap
vokal ok? itula yang kata botak kentut pon mereka kata sedap


pembetulan. suara Mawi sedap. unik. tapi nyanyian Mawi ada kalanya sumbang. itu pasal, konsert prelude Mawi kalah. dan itu pasal, RTM potong tiga lagu dlm Zoom In.



bz: fanatik Mawi pekak nada. mereka taksedar pun nyanyian Mawi off key atau flat. kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 06:38 PM | Show all posts
sebenarnya lanh tu bukan kategori wartawan tetapi penulis bebas
tapi apa yang ditulis memang betul, cuma salahnya kenapa Mawi sahaja sedangkan sebelum ni ramai penyanyi nasyid buat benda yg sama

kalau nak ikutkan tahun lepas pon masa Ramdhan kumpulan nasyid pon buat konsert jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 06:53 PM | Show all posts

Reply #291 polaris_girlz's post

kenapa tanya? tak pernah jumpa ke org yg buat terawikh kat rumah; ramailah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 10-10-2006 04:50 PM


pembetulan. suara Mawi sedap. unik. tapi nyanyian Mawi ada kalanya sumbang. itu pasal, konsert prelude Mawi kalah. dan itu pasal, RTM potong tiga lagu dlm Zoom In.



bz: fanatik Mawi pekak ...

bermimpi kah aku nih hihihi....at last akui juga sore mawi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 07:05 PM | Show all posts

Reply #299 dino's post

jangan diuji guru vokal tuh.....hehehehe....


hujan: sabar dalam mendidik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062947 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list