|
sape pemain tanah malaya yg paling power? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #281 akughi's post
entah?
skrg ni diorg main sistem pasukan...
so tak jelas saper yg paling berbakti
lagi pun hayat tak panjang.. wakil malaysia dlm 2-3 taon pastu dah kena ganti dah
taktik nak sekat Thailand kutt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReuK at 28-2-2008 01:21 PM
ooooo ko main beach takraw yer? pasir x masuk dlm mulut ke? haha
LMFAO... ada gak!! tee hee... tegolek anjeng tu besa gak.. pasir mulut tak apa lagi.... jgn pasir kotoq ada dog poop dah ler
ko main tak beach takraw, reuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Istaf lulus 3 ahli baru
KUALA LUMPUR - Persekutuan Sepak Antarabangsa (Istaf) terus membuka lembaran apabila meluluskan kemasukan tiga lagi negara sebagai ahli keluarganya.
Nepal, Mongolia dan Taiwan disahkan menyertai Istaf dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk berkenaan yang dipengerusikan oleh Presidennya, Jen. (B) Charouck Arirachakaran di Hotel Prince Palace, Bangkok, kelmarin.
Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader berkata, sementara permohonan dua lagi negara Teluk, Oman dan Bahrain sedang dipertimbangkan.
"Oman bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia Pantai Kedua pada 2010 dan Thailand akan mengadakan perlawanan pertunjukan di Bahrain pada bulan ini.
"Rombongan Thailand ke Bahrain itu diketuai jurulatihnya, Veeras Na Nongkhai (pelibas handalan era 80-an) dengan disertai beberapa pemain kebangsaannya," kata Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) ini ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.
Sehingga kini, Istaf dianggotai 23 negara iaitu Bangladesh, Brazil, Brunei, Kanada, China, Colombia, Finland, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Puerto Rico, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Kemboja.
Negara lain yang turut bermain sepak takraw tetapi cuma diberi status pemerhati pula terdiri daripada Jerman, Switzerland dan Denmark (ketiga-tiganya turut menubuhkan Persekutuan Sepak Takraw Eropah - FESTA), Sudan dan Hong Kong.
Sementara itu, Halim turut yakin bahawa Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou, China 2010 (GAGOC) bakal mengekalkan penawaran enam pingat emas sepak takraw lelaki dan wanita menerusi acara berpasukan, antara regu dan beregu sebagaimana Sukan Asia Doha, dua tahun lalu.
Sebagai rekod, China menerusi kotanya, Beijing yang mula-mula menerima kemasukan sepak takraw sebagai sukan pertandingan dalam Sukan Asia Beijing 1990 dengan menawarkan dua pingat emas lelaki (berpasukan dan antara regu) yang dibolot oleh Malaysia.
"Malah Istaf masih cuba melobi untuk menjadikan sepak takraw sebagai sukan demonstrasi pada Sukan Komanwel 2010 di Delhi sebelum mengintai peluang untuk dipertandingkan pada temasya itu dalam tempoh empat tahun kemudian," ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #283 amazed's post
tak duhh
berpasir bagai
masuk mata letih tu asyik mintak time outt jerr
kat mana ko main bendalah nih? |
|
|
|
|
|
|
|
tgk lelaki main takraw, teringin plak nk main. tp x pandai..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #285 ReuK's post
aku selalu pergi dgn kawan2 satu kerja kat beach - mana2 la kat pahang selalunya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru dgr news malaysia akan bid utk jadi host WORLD takraw competition!!
bagus sangat la nih!! |
|
|
|
|
|
|
|
Skuad elit hilang rentak
KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw negara memerlukan lebih banyak pendedahan antarabangsa bagi mencapai semula tahap dan rentak permainan sebenar setelah tidak menyertai Sukan SEA Korat, Disember lalu, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Tanpa pertandingan besar, kecuali Piala Datuk Bandar Hatyai, Februari lalu yang cuma bertaraf sederhana, memaksa anak didik Haris Abdul Rahman berhempas-pulas sedikit apabila menentang Sumatera Barat dalam siri perlawanan persahabatan, semalam.
Malaysia menang dua perlawanan regu dan seri dua dengan pelawat yang memiliki empat pemain kebangsaan Indonesia.
Sumatera Barat menjadikannya sebahagian persediaan mereka menghadapi Pekan Olahraga Nasional (PON) di Samarinda, Kalimantan Timur, Julai ini.
Sekalipun sekadar satu persahabatan, segelintir pemain utama negara antaranya Tekong Terbaik Piala Emas Khir Johari 2007, Syazwan Hussin didapati tidak semantap biasa sehingga melepaskan banyak mata kepada lawan yang dianggap antara skuad terhandal di republik jiran itu.
Dalam perlawanan di Kompleks Sukan MSN, Keramat semalam, Syazwan, Takim Dolan dan Syafiq Ab. Rahman tewas set pertama 18-21 sebelum menang set berikutnya 21-17 (tanpa tie-breaker) ke atas gandingan Sumatera Barat yang membariskan Zebrian, Nofrizal dan Reflianto.
Ketiadaan seorang lagi tekong negara, Ahmad Sufi Hashim memaksa Haris meletakkan Ahmad Farhan Hilmi Mohd., sekali lagi untuk bergandingan dengan Arif Busu dan Fadlansyah Barahim yang kalah 19-21 dan menang 22-20 ke atas Syafrianto, Dona dan Oktridiantoni (tanpa tie-breaker).
Ketika bergandingan dengan Khairuddin Adnan dan Fadlansyah, Syazwan bagaimanapun pada mulanya memastikan trio Malaysia menewaskan Ermizan, Rudi Kaloes dan Firman Mi 21-16, 21-13.
Perlawanan kedua turut menyebelahi trio tuan rumah yang dibarisi Ahmad Farhan, Hamikhairi Roslan dan Farhan Adam dengan menumpaskan Yopie H. Utama, Oktridiantoni dan Zumroni 21-12, 21-11.
Malaysia juga tidak menurunkan tekong utama, Sulaiman Salleh yang memiliki servis kuda yang tajam dan pelibas kidal handalan, Azlan Mubin yang masih tercedera lutut serta pengumpan berpengalaman, Zulhafizazudin Rosslan.
Tugasan besar antarabangsa yang menanti skuad elit sepanjang tahun ini ialah Piala Iran di Tehran (Mei ini) Jemputan Dunia Ketiga - Piala Malaysia (Jun), Kejohanan Antarabangsa Hanoi (Ogos) dan Piala Raja Thai (1 hingga 7 Disember).
Sementara itu, skuad wanita Sumatera Barat yang menyertai siri kunjungan persahabatan ini pula menang tiga perlawanan berbalas satu ke atas skuad elit Malaysia bimbingan Osman Che Meh
Regu utama Malaysia - Siti Zubaidah Che Ab. Wahab (tekong), Nurrashidah Rashid (pelibas) dan Lawi Sangat (pengumpan) bagaimanapun mengejutkan Rieka Mediasari, Nikmah Andarwati dan Putri Hirwana 21-16, 16-21, 15-8.
Keputusan lain (Malaysia disebut dahulu) Anis Nadia Jefri, Rahilah Harun dan Norhayati Ahmad dikalahkan Fitri Ani, Mazda Astika, Siska Miswati 13-21, 17-21.
Razuliah Mat Razi, Siti Norhalmi Hussein dan Normasturatulain Othman dikalahkan Mazda Umiza, Nikmah dan Putri 13-21, 12-21. Yazahra Junaid, Rahilah, Norhayati Ahmad dikalahkan Fifi Agustia, Mazda dan Siska 5-21, 4-21.
--- aiyoooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemampuan regu negara resahkan penyokong
BERITA HARIAN
RAMALAN skuad sepak takraw Malaysia dapat mudah menewaskan regu Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki, Kejohanan Piala Raja Thailand ke-23, semalam nyata meleset malah mendedahkan betapa kemampuan pemain negara perlu dipertajamkan supaya tidak menanggung aib dengan peningkatan prestasi lawan yang sebelum ini dianggap kerdil.
Walaupun menang 3-0 dan merintis jalan ke saingan akhir, esok, regu negara nyata mengundang rasa gelisah di kalangan segelintir penyokong di Dewan Pameran Kompleks Beli Belah Fashion Island, pinggir Bangkok semalam apabila pasukan Korea berjaya mengajak pemain negara bermain di tie-break dalam saingan ketiga-tiga regu.
Regu pertama Malaysia dibarisi Muhamad Syazwan Husein (tekong), Mohd Hamikhairi Mohd Roslan (perejam) dan Mohd Syafiq Abd Rahman berjaya menundukkan regu pertama Korea 21-18, 22-20, 15-10.
Regu kedua pula yang menampilkan Sulaiman Salleh, Mohd Arif Busu dan Fadlansyah Barahim juga bertarung di tiga set untuk menundukkan regu Korea, 24-22, 21-16, 16-14 dan regu ketiga Mohd Khairudin Adenan (perejam), Ahmad Sufi Mohd Hashim (tekong) dan Zulhafizazudin Roslan menang 21-10, 22-24, 15-9.
Pengurus pasukan Malaysia, Datuk Awang Sham Awang Amat, berkata nyata pasukan negara memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk bersaing di arena antarabangsa kerana perasaan gemuruh nyata mempengaruhi permainan mereka.
“Seharusnya pasukan negara mampu menundukkan lawan kerana sudah mendahului tetapi gagal menggunakan kesempatan bagi menyudahkan perlawanan. Kelemahan ini akan segera kita atasi bagi memastikan pasukan negara dapat memberikan persembahan lebih mantap,” katanya.
Pada saingan sebelah pagi acara berpasukan, regu negara tewas kepada pasukan tuan rumah 3-0 dan gagal memberi persembahan mantap dihantui perasaan terlalu hormat terhadap lawan.
Dalam saingan wanita pula, pasukan negara menempah tiket ke separuh akhir apabila mendapat kemenangan percuma selepas Jerman menarik diri. Regu wanita yang bersaing dalam Kumpulan B Divisyen Dua akan berdepan dengan Jepun pagi ini bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Ahmad Ismail, berkata pemain negara perlu lebih banyak bersaing dalam kejohanan antarabangsa kerana majoriti pemain muda negara kelihatan goyah terutama apabila berdepan dengan keadaan terdesak.
“Pasukan yang ada ketika ini adalah barisan muda yang disediakan untuk program Sukan Asia 2010 dan masih banyak pendedahan perlu diberi supaya mereka dapat dibentuk menjadi regu mantap,” katanya
-----
ngan korea selatan pun hampir tercekik gak?
makin lama, makin nyampes ngan prestasi atlit2 malaysia ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand kekal raja takraw dunia
Daripada Meor Hisham Zulkifli
Benam anak didik Haris 2-0 pada final Piala Raja Thai di Bangkok, semalam
TEKAD meleburkan badi 16 tahun tewas di tangan Thailand dalam Kejohanan Piala Raja Thailand, nyata masih jauh digapai regu negara apabila mereka tunduk 2-0 dalam saingan yang menemukan dua gergasi sepak takraw itu.
Meskipun mutu permainan pemain negara kelihatan meningkat berbanding edisi tahun lalu, hakikat yang perlu ditelan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bahawa anak buah mereka masih gagal menepis libasan pemain Thailand yang gah menjulang satu-satunya piala kejohanan yang masih dianggap berprestij buat kali ke-17 berturut-turut.
Regu Malaysia A yang menampilkan Sulaiman Salleh selaku tekong, Mohd Taufik Md Saad dan Fadlansyah Barahim tunduk kepada regu Thai, Panomporn Aimsaard, Singha Somsakul dan Somporn Taisonghol 12-21, 19-21.
Regu B dianggotai Mohd Syazwan Husein (tekong), Mohd Hamikhairi Roslan dan Mohd Syafiq Abd Rahman juga tunduk dalam straight set 16-21, 20-22 di tangan regu Thailand. Gandingan Hamikhairi selaku perejam dan Syafiq sebagai feeder mampu menyentap gema sorakan penyokong tempatan diketuai keluarga Diraja Thailand apabila mencuri mata daripada pihak lawan menerusi libasan mantap dan kuisan menarik.
aku dah bajet dah musti thailand menang yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
emmm bangga game nih dah dapat tempat di peringkat antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kek mano ado tompek main potang2 takraw ni yo? dokek2 ngan um kl xdo ko? dah lamo den x main takraw nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 sonadid's post
tempat haku yang ramai org ni pung aku x penah nampak duh
ujung taon lepas masa cuti sekolah tu nmpk kejap bebudak main kat sekolah
pas sekolah naik dah x de dah
agaknye pengaruh game tv x ni?
liga takraw kat Malaysia skrg ni apa ye?
Perilly's tu ada lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sonadid at 6-9-2008 11:37 PM
kek mano ado tompek main potang2 takraw ni yo? dokek2 ngan um kl xdo ko? dah lamo den x main takraw nih
dekat dgn rumah saya ada tempat orang main takraw -
yang sebelah MRR2 dekat pasar tani bawah jejambat MRR2 -
ramai budak2 lelaki main petang2 -- tempat dia pun bersebelahan
dengan playground
kalau sonadid duk KL ha boleh datang kat kawasan ni - |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni mano ado dah liga or game takraw ditayangkan kek tv. dah bape lamo xdo. camno bebudak mudo nak minat main takraw nih. ampeh betul la gomen nih :@
den duk kek um kl. tu kek kampung pasir ke tompek tuh? dokek pantai dalam tu yo? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #296 sonadid's post
mrr2 tu belah kepong sanaaa
pantai dalam tu NPE ngn Persekutuan daaa
ooo dekat je ko ngn opis aku ni ek?
hehehehehe
aku kat Phileo ni jer
wiken aku terperasan ada bdk2 main kat subang permai
terasa cam nak join lak |
|
|
|
|
|
|
|
huhu. dokek yo. phileo tu apo? kek mano? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #298 sonadid's post
eh um kl ni yang kampus kota tu ke?
kalao ang duk kat PJ ni x kan x tau seksyen 16 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
den kek UM kl lembah pantai. dokek ngan kerinchi tuh. ss16 den kenal tp x tau jalan semuo la. huhu. nape? ekau duk ss16 ko? |
|
|
|
|
|
|
| |
|