|
oh ya kaa.....tua lagi dr aku kaaa.....aku ingat aku yg tua sekali kat sini hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NaturalSound at 23-1-2006 08:07 PM
wak sate sakit....tu pasal bisnes sate mamak tu melonjak naik hehehe....kalau tidak sate wak tu la yg conquer pekan bailng tu.....sampai sekolah buat tempahan kat dia.....
pasai pekan ahad lama ...
umoq 26?? wei kita sebaya? ang sekolah mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah rendah baling---->menengah baling sampai form 3 ja pastu kluaq baling hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hampa tak dak ka gambaq pekan Baling ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NaturalSound at 24-1-2006 09:11 PM
sekolah rendah baling---->menengah baling sampai form 3 ja pastu kluaq baling hehehe
sekolah rendah baling? ang dok kelas apa? aku kelas K.. ang mesti dok kelas M nih.... aku sekolah menengah masuk tunku Putra.. dekat ngan rumah.... tak kenai la gu tuh ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 25-1-2006 01:09 AM
hampa tak dak ka gambaq pekan Baling ni?
kak lahai.... kena request kat jj.. dia dok sana... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 25-1-2006 01:09 AM
hampa tak dak ka gambaq pekan Baling ni?
Ada tunggu sat na....dah ambik dah kalau ada masa pos laa,tp yg latest laaaa...yg lama lama ish tak tau nak kata..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sofea_khadeeja at 25-1-2006 08:37 AM
sekolah rendah baling? ang dok kelas apa? aku kelas K.. ang mesti dok kelas M nih.... aku sekolah menengah masuk tunku Putra.. dekat ngan rumah.... tak kenai la gu tuh ka???
Aku kelas M dr dr dajah 1 smpai dajah 6...aku besa jd pengawas..takan tak kenai kot hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NaturalSound at 25-1-2006 09:42 AM
Aku kelas M dr dr dajah 1 smpai dajah 6...aku besa jd pengawas..takan tak kenai kot hehehe.....
kelas M...??? :cak: :cak:
aku teringat citer p ramlee... M Ayam..... wakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Haa...ni gambaq pekan lama.....kpd sapa yg merundui tu tgk la puas puas....
AKu shot ni ada dalam sebulan lepas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harga getah melonjak -- Ekoran permintaan tinggi di pasaran antarabangsa
Oleh: AZMAN MD NOOR
BALING 25 Jan. - Jika pada 1974 penoreh getah di daerah ini berdemonstrasi kerana kejatuhan harga komoditi itu, hari ini mereka sanggup bekerja sehingga dua syif, pagi dan petang, gara-gara kenaikan luar biasa harga getah.
Lima hari bekerja, mereka mampu memperoleh RM1,600 - sesuatu yang tidak pernah dialami dalam tempoh 40 tahun.
Bagi satu syif, purata pendapatan ialah RM120 hingga RM200 sehari untuk kebun getah seluas 7 relung (kira-kira 2 ekar), berbanding sebelum ini antara RM50 hingga RM80 sehari.
Beberapa tahun lalu harga getah sekerap hanyalah 30 sen sekilogram, kini harganya melonjak ke paras RM3 sekilogram. Bagi getah keping pula harganya melonjak ke paras sekitar RM7.50 sekilogram dan diramalkan akan terus meningkat mencecah RM10 sekilogram.
Perkembangan ini adalah satu sejarah bagi industri getah negara, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Baling, Wan Hassan Wan Ahmad.
Fenomena ini berlaku ekoran permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa, khususnya China yang amat pesat membangun, manakala pengeluaran yang rendah di negara-negara pengeluar terbesar, terutamanya Thailand. Thailand, Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar 90 peratus getah asli dunia.
Satu lagi faktor kenaikan ialah ekoran harga getah sintatik yang tinggi berikutan kenaikan bahan asasnya, petroleum.
Harga getah asli melonjak 40 peratus di Pasaran Komoditi Tokyo tahun lalu. Pasaran hadapan terbesar dunia itu mencatatkan rekod apabila harga getah naik 200 yen (kira-kira RM8.60) sepaun akhir Julai lalu.
Industri pembuatan tayar di China merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan itu.
Bagi penoreh, Md. Desa Ismail, 64, dari Kampung Ketemba, Kuala Pegang di sini mengakui sanggup bekerja lebih masa untuk memperoleh pendapatan lumayan itu.
``Kami tidak boleh lepaskan peluang yang tidak pernah dialami sejak menjadi penoreh 40 tahun lalu,'' katanya bersyukur dengan perkembangan itu.
Katanya, hanya dalam tempoh empat jam menoreh dia mampu mendapat hasil getah sehingga 50 kilogram pada harga RM3 sekilogram.
Isterinya, Siti Sarah Che Nas, 47, yang sebelum ini bekerja kilang di Kulim berhenti kerja kerana sedar peluang mendapat pendapatan lumayan melalui menoreh getah terbentang luas buat mereka.
Menurut Siti Sarah dia dan suaminya hanyalah menoreh getah di kebun yang dipawah tetapi oleh kerana harga getah naik begitu tinggi membolehkan pendapatan harian berlipat ganda berbanding sebelum ini.
``Saya dan suami akan keluar pukul 7 pagi dan akan balik pukul 11 pagi, itu pun sudah mampu memperoleh getah sehingga 50 kilogram dalam tempoh itu,'' katanya puas.
Katanya, dia akan pergi semula ke kebun pada sebelah petangnya untuk meneruskan semula kerja-kerja torehan pada peringkat kedua.
Seorang lagi penoreh, Md. Desa Ariffin, 60, turut memperoleh pendapatan antara RM120 dan RM200 sehari untuk kebun getah seluas tujuh relung berbanding sebelum ini antara RM50 hingga RM80 sehari.
``Minggu lalu saya memperoleh hasil jualan mencecah sebanyak RM1,600 untuk tempoh lima hari torehan,'' katanya.
Seorang penoreh dari Kampung Iboi, Kupang dekat sini, Md. Piah Salleh, 60, berkata sejak peningkatan harga getah sekerap dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bekerja kuat.
Wan Hassan mengakui perubahan ketara dalam sistem bekerja penoreh getah berikutan kenaikan luar biasa harga komoditi itu.
``Kita akui memang ada penoreh getah lakukan kerja torehan dua syif untuk tingkatkan pendapatan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang pernah terlibat dalam demonstrasi penduduk Baling membantah kejatuhan harga getah pada tahun 1974 itu berkata, lebih 1,000 penoreh getah di daerah ini kembali lega dengan kenaikan itu.
Pengerusi Risda, Senator Datuk Abd. Rahman Suliman berkata baru-baru ini, kenaikan harga itu dijangka dapat membantu merealisasikan hasrat agensi itu agar setiap pekebun kecil memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan menjelang tahun 2010.
``Kadar kemiskinan (pekebun kecil Risda) telah menurun, sebelum ini 3,000 orang tapi kini cuma melebihi 900 orang,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...seronok haa penoreh getah.
patutla anak menakan ayah aku nak beli kebun getah..mcm tau2 pulak harga getah nak naik |
|
|
|
|
|
|
|
sama la..kalau kat gerik nih...bebudak duk noreh getah ja..rajin leh dapat smp 3ribu sebulan..noreh 5 jam jer...heh... |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambaq baling..amik dalam bus..sp-baling...
|
|
|
|
|
|
|
|
huh...hampa minat sungguh no dengan gunung baling tu,,.....hehehe...member aku orang johor aku bawk bejalan baling..brapa lama die dok menengung depan gunung tu hehehehe.....
Lurah tu bekas kuari dulu.... la ni dah pindah dah pi kot belah kg bawh gunung.....kalau dulu tepat pukui jam 2 ptg meletup laa kat kawasan tu......berdebu habis banyak orang komplen tu pasai depa pindah.....
Kawasan kuari baru pun...bukan main rancak depa tarah gunung tu ish..sayang laa anugerah alam ni....aku p snap...kawasan kuari tu...guard datang dia warning tak leh snap...huh....
Kang pangggil karam sigh kang,kuari baru ni pun ada masalah...hmm camna boleh operasi haaa?....hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
tu kira sign terbaik kat baling nak cam baling dari dunia internet..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Baling tak pernah sampai lagi...
la ni penoreh kalut dok tukaq kereta la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
tuu laa....member aku yang sepatutnya buat OT esok, dia tak mau mai...dia suruh org lain ganti....bukan apa....dia habaq....pada mai buat OT yang dapat 1-2 ratus sehari, baik dia pii motong tanah pak dia.....leh dapat 3-4 ratus sehari....janji kena rajin.....kalau pikiaq2 balik....betui gak.....aku nie sebab tak dak tanah nak menoreh saja....kalau ada....mau ambik cuti pii menoregh....hee..hee.. |
|
|
|
|
|
|
|
hang pandai ka motong ijai?
agak2 berapa lama boleh bertahan rega getah ni...??
rasanya la ni hutan getah cerah apa? punya ramai orang rajin pi motong..:lol
sari kita boleh motong berapa kali? |
|
|
|
|
|
|
|
gheti laa juga......hee..hee....susah sangat kaa nak bagi calaq pokok tuu.......hee..hee...hee...
pasai harga getah nie.....rasanya...lama laa jugak nak bertahan ngan harga tinggi cam nie.......coz laa nie negara luaq pakat nak pakai getah asli....... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|