|
promo lagikkkk...
Estranged latest info..
1-day Music Festival, 26 live performances, 4 stages, 1 venue, 1 ticket price: RM 200, nuff said!
Confirmed Artist line-up (as at 30.1.08):
INCUBUS
JOHN LEGEND
THE ROOTS
GEORGE CLINTON + PARLIAMENT FUNKADELIC
INCOGNITO
RAUL MIDON
SEARCH
GIGI
TOMPI
POP SHUVIT
JOE FLIZZOW
ATILIA
GERHANA SKA CINTA
ESTRANGED
TEMPERED MENTAL
HUJAN
MEET UNCLE HUSSAIN
Y2K
REZA SALLEH
NAJWA
ONE BUCK SHORT
LOVE ME BUTCH
BITTER SWEET
TUBBY
for more info log on to www.sunburstkl.com.my
-credit details Sunburst Music Festival Info..
tickets are available at...
KUALA LUMPUR:
1) Music Valley, Ampang Point
2) Fantasy Music, Sunway Pyramid
3) Rock Corner - One Utama & The Curve, Subang Parade and The Gardens
4) Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
5) Planet Hollywood Kuala Lumpur
6) Connection, Pavilion Kuala Lumpur
PENANG:
1) Artist Gallery, One-Stop Midlands Park
2) Artist Gallery, Queensbay Mall
3) Artist Gallery, Gurney Plaza
KOTA KINABALU:
1) Ram Production Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by britney_sapiah at 29-1-2008 10:58 PM
ada thread khas andy plak dah....tk nk include adik beradik dia yg lain ke???
abg dia Rudy pemain drum pop shuvit dgn adik dia grup apa ntah...
depa 3 beradik main drum...& muka semua meman ...
pop shuvit... best best |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: Go go Andy :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
hidup Estranged! |
|
|
|
|
|
|
|
morning uols...
get Kosmo ari ni.. kisah 3 drummers - the Maliks.
Dino, Rudy dan Andy |
|
|
|
|
|
|
|
masa jenguk2 media hiburan kaver erra
dalam tu ade psl estranged gak |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN
kosmo online 19/2/08
Rudy, Dino dan Andy - Tiga jiwa satu cinta
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
TIGA beradik ini bercita-cita muncul di pentas yang sama untuk mempersembahkan kepakaran mereka bermain drum.
--------------------------------------------------------------------------------
SEHATI sejiwa. Biasanya dua perkataan ini sangat sinonim bagi pasangan kekasih yang mempunyai banyak persamaan dan berkongsi minat dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.
Tetapi lain bagi tiga adik beradik anak kepada pasangan Abdul Malik Abdul Rahmah dan Anne Malik ini.
Azlan Rudy atau Rudy, 30, Azril Dino (Dino), 28 dan Azwin Andy (Andy), 24 bukan saja senang dengan rock, tetapi juga berkongsi cinta yang sama.
Kepada alat muzik drum atau genderang, kecintaan mereka tertumpah.
Sebenarnya mereka sudah lama membina nama di persada seni tanah air malah ada diantara mereka sudah menunjukkan 'belang' tersendiri dalam dunia muzik berkenaan.
Walaupun mempunyai minat yang sama terhadap muzik drum, tidak terlintas pula di fikiran mereka untuk bergabung menjadi satu kumpulan.
Sebaliknya, masing-masing mempunyai band sendiri. Abang sulung daripada tiga beradik ini, Rudy, merupakan pemain drum bagi kumpulan popular, Pop Shuvit.
Dan Dino pula, jika anda mengingati pemenang pertama Blast Off musim pertama, Frequency Cannon, dia merupakan pemain drum bagi kumpulan tersebut.
Adik bongsu mereka pula, Andy baru sahaja muncul sebagai pemenang Juara Lagu ke-22 Januari lalu bersama kumpulan Estrange, dan dia juga memegang posisi pemain drum. Andy juga digelar antara 10 lelaki kacak oleh sebuah majalah fesyen tempatan.
Melihatkan gurau senda adik beradik kacukan Melayu dan Cina ini, timbul di benak fikiran apakah yang membuatkan mereka berkongsi minat yang sama? Atau mungkinkah juga bermain drum merupakan bakat yang diturunkan daripada generasi terdahulu mereka?
RM2,000 dan cinta pertama
Bermula dengan Rudy, dia mula jatuh cinta pada peralatan drum tatkala mengikuti rakan-rakannya ke studio jamming pada usia baru mencecah 16 tahun.
"Seronok rasanya bila pertama kali memegang kayu drum dan masa itu saya main sehingga puas walaupun tidak tahu cara bermain dengan betul.
"Bermula dari situ, hampir setiap hari saya mengunjungi studio itu untuk melatih diri bermain drum," ujar Rudy yang mula mengimbas kembali detik-detik pengenalannya bersama drum.
Hasratnya untuk memiliki sebuah drum sendiri pernah diajukan kepada kedua orang tuanya. Memandangkan ayahnya juga mempunyai kumpulan muzik sendiri, Rudy menganggap pasti ayahnya dapat menunaikan keinginan itu.
"Dua tahun keluar masuk studio akhirnya ayah saya belikan juga set drum itu. Selepas itu barulah adik-adik saya, Dino dan Andy menunjukkan minat mereka kepada alat muzik ini.
"Setiap hari kami main drum. Oleh sebab drum itu cuma ada satu dan kami pula bertiga. Jadi, kena bahagikan masa dengan bermain setiap dua jam seorang," katanya yang bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dicintainya pada akhir tahun ini.
Bagai menatang minyak yang penuh, set drum yang berharga RM2,000 itu dijaga dengan baik sekali kerana mereka tahu bukan mudah untuk mendapatkannya.
Tambahan pula orang tua mereka sanggup berhabis wang demi memenuhi hajat mereka bertiga.
"Sekarang, masing-masing mempunyai drum sendiri dan kos untuk sebuah set drum bernilai RM20,000 setiap satu. Jangan ingat drum itu ayah kami yang beli juga ya. Wang itu hasil titik peluh kami sendiri," jelas Rudy.
Ibarat cinta pertama yang tidak boleh kalis di ingatan, drum 'pertama' itu juga masih wujud dan boleh digunakan sehingga ke hari ini.
Meminati lagu-lagu rock daripada kumpulan Nirvana dan Greenday, adik-beradik ini mempunyai impian yang sama iaitu bermain drum atas satu pentas yang sama.
"Bagi kami memang ia suatu yang luar biasa untuk dilaksanakan. Tetapi siapa tahu, satu hari nanti ia menjadi kenyataan," jelas Rudy.
Rudy bersama ahli kumpulannya, Pop Shuvit baru saja pulang dari konsert jelajah di Manila dan Hong Kong bersama kumpulan terkenal antarabangsa, My Chemical Romance.
Dino, drum dan cerita lucu
Tidak seperti abangnya yang boleh belajar sendiri peralatan muzik drum, Dino pula terpaksa mengambil kelas muzik drum supaya dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi pemuzik drum profesional.
"Saya perlu mengikuti kelas drum kerana tidak tahu belajar sendiri tetapi cuma setahun saja kerana kelas muzik sangat mahal.
"Selepas itu, barulah saya belajar sendiri untuk memahirkan diri," katanya sambil tersenyum menunjukkan album baru Frequency Cannon yang baru saja dipasarkan.
Ketika asyik berbual, ditanya pula mengenai memori yang tidak dapat dilupakan mengenai diri mereka. Jelas dilihat, Dino bertambah seronok apabila diminta bercerita mengenai pengalaman mereka bertiga sehingga tidak tahu cerita mana satu yang ingin didahulukan.
"Banyak sangat cerita lucu kami. Pernah sekali, ayah kami menambah beberapa drum kecil di rumah dan Andy merupakan antara yang suka mengetuk drum dengan kuat.
"Asyik melayan muzik yang dimainkan, tiba-tiba snare skin (drum getar) terkoyak dan Andy dipersalahkan. Padahal, benda itu memang hampir hancur dikerjakan kami," ujarnya berseloroh. Gara-gara itu, Andy merajuk kerana dia dipersalahkan.
Mereka bertiga juga sanggup tidak keluar rumah semata-mata ingin bermain peralatan muzik. Tanpa hiraukan makan minum sehinggakan pernah ayah mereka nekad mengunci pintu bilik muzik itu ketika mereka tiada di rumah.
"Selepas sekolah, biasanya kami akan berlari menuju ke bilik, tempat drum diletak. Oleh kerana masing-masing mempunyai kunci bilik itu, kami masuk tanpa pengetahuan ibu bapa kami dan mula main drum berganti-ganti.
"Kemudian bila mereka pulang, kami cepat-cepat keluar serta mengunci pintu semula dan berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Tetapi helah kami 'terkantoi' apabila terlupa untuk menutup kipas," kata Dino sambil menyatakan dirinya dan adik beradik yang lain tidak pernah mengabaikan pelajaran sungguhpun mereka minat dalam bidang muzik.
Ketiga-tiganya mempunyai ijazah sarjana muda, sekaligus membuktikan bahawa minat kepada muzik tidak pernah menjadikan mereka lalai terhadap perkara yang lebih utama - pelajaran.
Salah ke kacak? - Andy
Berbeza pula dengan Andy, jejaka ini pada awalnya ingin mencuba bermain gitar tetapi minatnya itu terhenti di pertengahan jalan dan beralih arah. Juga kepada muzik drum.
"Sama seperti Dino, minat kami semuanya bermula dari Rudy. Kami sentiasa jamming bersama untuk memperbaiki lagi skil dan belajar daripada kesilapan masing-masing.
"Tambahan pula, persamaan ke arah muzik drum membuatkan hubungan kami bertambah rapat dan saling memahami sesama sendiri," ujar Andy.
Bekas pengacara Hitz.Tv ini menambah, perjalanan hidupnya untuk menjadi orang seni bukannya mudah. Tetapi dengan mendapat sokongan daripada keluarganya membuatkan dia cekal menghadapi cabaran.
"Selalunya, Rudy dan Dino yang banyak memberi nasihat. Oleh kerana kami mempunyai banyak persamaan dalam bidang muzik drum, pelbagai idea dikeluarkan bersama untuk memperbaiki mutu muzik masing-masing," jelasnya sambil menambah, Dave Grohl (pemain drum Nirvana) sebagai salah satu inspirasinya dalam menghasilkan muzik baru.
Sibuk dengan persiapan album penuh kumpulannya, Extrange, timbul pula kata-kata kurang senang mengenai dirinya yang dikatakan popular tiba-tiba bukan kerana bakat.
Andy yang hari ini menjadi gilaan banyak gadis-gadis manis di luar sana dikatakan mencipta nama kerana rupa paras yang menarik sahaja.
Andy menjawab pertanyaan itu dengan persepsi tersendiri.
"Saya tidak kisah dengan apa orang kata. Saya lebih suka jika diri ini dikenali kerana bakat saya dalam muzik tetapi kalau orang suka dengan rupa saya, takkan saya nak menghalang?"
Graduan Sarjana Muda Perngurusan Perniagaan daripada HELP Institut kini mempunyai satu misi iaitu dia mahu berjaya seperti abangnya, Rudy yang semakin hampir ke peringkat antarabangsa.
"Kini saya dan ahli kumpulan Estrange sedang bekerja keras lebih 110 peratus untuk menyiapkan album dan memperkenalkan Estrange sehingga ke peringkat antarabangsa sama seperti abang saya, Rudy.
"Bukan setakat itu saja, saya inginkan kami bertiga dikenali sebagai adik beradik muzik drum berjaya satu hari nanti," luah jejaka ini dan mengakhiri katanya dengan meminta masyarakat tempatan supaya berbangga dengan hasil kerja muzik tempatan.
[ Last edited by mzr at 20-2-2008 12:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #288 iloveyou's post
|
|
|
|
|
|
|
andy & dino @ celebrity cookout
[ Last edited by mzr at 20-2-2008 01:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
patutla muka abg andy tu(dino kot) macam penah nampak...
erk..hensem2 |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh dua2 hensem.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|