|
Perang: Georgia vs Russia - Update - Russia Isytihar Undur Tentera
[Copy link]
|
|
Originally posted by Dunhill. at 14-8-2008 13:34
Thanks bj -- appreciated
welkommen bang Dun |
|
|
|
|
|
|
|
Warsaw Pact dibubarkan pada 1991 setelah pembubaran USSR
sekumpulan negara negara yg bersatu di bawah USSR (Russia) menentang pakatan US
|
|
|
|
|
|
|
|
campur tangan US dan Russia menggunakan PROKSI mereka ketika kini
seolah olah menghidupkan kembali perang dingin antara mereka
China dengan Ban Kim Moon senyap ajork ... oo tengah sibuk bersukan
|
|
|
|
|
|
|
|
bijak jugak Russia bermain api yek
Georgia pun sama amik kesempatan
Georgia pulak yang banyak menyalak pasal dah kena hambat sembur kasik licin oleh Russia
rata rata kebanyakan pemimpin dunia Barat ketika kini
tak ambil pusing sangat isu perang ini.
SEBAB
. bulan 8 adalah bulan percutian musim panas mereka bersantai di bawah bulan purnama
. kebetulan 8.8.2008 adalah pembukaan sukan olimpik
mana depa kisah sangat golongan marhain terbongkang di sana
apatah lagi di Palestin, Iraq, Darfur, dan Kabul |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk dalam ketakutan
ASKAR-askar Rusia menahan seorang lelaki yang membawa
senjata dalam keretanya di Gori, Georgia semalam.
TSKHINVALI - Penduduk- penduduk di bandar Tskhinvali di wilayah Ossetia Selatan yang terjejas terus akibat peperangan kini berada dalam keadaan ketakutan dan tertunggu-tunggu bantuan kemanusiaan yang dijanjikan oleh kerajaan Rusia.
"Penduduk kini bimbang dengan kehadiran pencuri. Penduduk juga membeli kunci daripada saya," kata seorang pemilik kedai, Valerly Lavoyev, 52.
Lavoyev memberitahu bahawa dia memberikan semua barangan di kedainya termasuk pita pelekat untuk memperbaiki tingkap, bekas untuk mengambil air dan minyak tanah untuk lampu kepada penduduk yang memerlukannya.
Bekalan elektrik di Tskhinvali juga terputus dan bandar yang menempatkan sejumlah 20,000 penduduk itu juga kini sunyi sepi selepas peperangan tercetus pada minggu lalu.
Ramai penduduk kini sudah meninggalkan bandar berkenaan tetapi sejumlah penduduk yang terdiri daripada warga tua masih tinggal untuk menjaga kediaman mereka yang musnah.
"Kami masih belum menerima bantuan kemanusiaan. Keadaan juga teruk dan kami terpaksa tinggal di bilik bawah tanah kerana rumah kami telah musnah," kata seorang wanita, Lidiya Dzhuyeva, 80.
Dalam perkembangan terbaru di Georgia, para pengawai memberitahu bahawa askar Rusia mula berundur dari bandar Gori semalam.
"Askar Rusia mula berundur dari Gori dan anggota polis dan pasukan khas Georgia mula mengambil alih kawalan," kata seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili.
Sementara itu, Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili mendakwa tentera Rusia mengamuk dengan membunuh orang awam dan memasukkan mereka ke dalam kem tahanan seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi.
"Kereta-kereta kebal tentera Rusia pergi dari satu kampung ke satu kampung dan memaksa penduduk keluar daripada kediaman mereka sebelum memasukkan mereka ke dalam kem tahanan," katanya.
"Mereka juga merampas barangan daripada kediaman penduduk seperti perabot, mangkuk tandas dan membunuh orang awam yang tidak berdosa," ujarnya.
- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 Dunhill.'s post
Hehe. Jgn kata Kemboja-Thailand... Selatan Filipina dgn Selatan Thai pun masih berperang antara kerajaan dan separatist. Tak habis2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #271 budakjawa's post
biar la negara2 ex-soviet tu masuk NATO...rusia dah setkan target2 dlm komputer ICBM mereka untuk dihalakan ke arah negara2 penjilat amorika tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bj, avatar tuh muke sendri ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|