|
Chong Wei terhutang budi pada Misbun
20/08/2008
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
chong wei dapat datuk -
misbun tak dapat pun -
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 20-8-2008 11:56 PM
chong wei dapat datuk -
misbun tak dapat pun -
ya ya
mana achi ..
no doubt la LCW yang main ...
tapi mastermind nya siapa ... mentor nya siapa ...
akan dapat kot .... soon ... |
|
|
|
|
|
|
|
entahnye..mcm chong wei jer yg berusaha keras..
sib baik la chong tu xlupe jase tok guru dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
skang baru nk antar zakry ke Terbuka Jepun ...
4 tahun lagi 2012 di London .... ntah masih ada ka gandingan Zakry ni ... boleh bertahan ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully chong wei akan terus konsisten
sila la jgn jadi mcm yo-yo |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mcbadminton at 21-8-2008 08:48
skang baru nk antar zakry ke Terbuka Jepun ...
4 tahun lagi 2012 di London .... ntah masih ada ka gandingan Zakry ni ... boleh bertahan ke ?
skrg ni umur diorang baru 25 thn
2012 nnt dah 29 thn
harap2 masih bertahan la ye |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #288 hazlyn\ catat
29 thn tuh dh kira tua gak tuh untuk badminton player....
nak2 main double.. kene tangkas |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by irish_ieka at 21-8-2008 04:48 PM
29 thn tuh dh kira tua gak tuh untuk badminton player....
nak2 main double.. kene tangkas
you have a very good point there .... thank you kerana tahu ....
tgk mcm kido ... pegi2 mesti ambik title tu .. if not nak kena tunggu lagi ... kinda dah 'tua' ... 4 tahun akan dtg movement pun tak sepantas sekarang
well utk Olympics it's now or never .. otherwise kita jadi pesaing (contender) sepjg hayat ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazlyn at 21-8-2008 08:52 AM
skrg ni umur diorang baru 25 thn
2012 nnt dah 29 thn
harap2 masih bertahan la ye
kalau boleh keep up stamina
and jaga kesihatan - practice -
masuk matches sokmo - 29 is nothing -
rudy hartono 30+ masih boleh menang
all england pun -
[ Last edited by dexa at 22-8-2008 10:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Misbun tabah hadapi dugaan
Oleh MN NORZASRUDIN
MISBUN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada
Latifah di Hospital Tawakal semalam.
JURULATIH badminton perseorangan negara, Misbun Sidek (gambar) masih memerlukan sedikit masa sebelum memikirkan tarikh sebenar bagi menghantar isterinya, Latifah Sidek menjalani pemindahan buah pinggang di China.
Meskipun agak berat hati, Misbun tetap akan membuat keputusannya dengan kadar segera kerana tidak lagi sanggup melihat penderitaan yang ditanggung isterinya itu.
Lebih-lebih lagi ketika ini situasi isterinya dilaporkan berada pada tahap kritikal selepas doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggang Latifah gagal berfungsi dengan baik.
Penyakit Latifah, 45, mula dikesan sejak dua tahun lalu tetapi dia mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur sejak Mac lalu.
"Pada awalnya, saya mengalami kecelaruan pemikiran untuk membuat keputusan menghantar isteri saya menjalani pemindahan buah pinggang di China.
"Tetapi selepas membuat banyak perbincangan dan menerima pendapat daripada keluarga terdekat serta rakan-rakan, saya bersetuju untuk melakukan rawatan itu.
"Namun saya perlu sedikit masa untuk membuat penilaian akhir dan melakukan perbincangan.
"Saya perlukan masa yang lapang untuk membuat keputusan dan memilih tarikh sebenar pembedahan itu dilakukan," kata Misbun ketika ditemui di Hospital Tawakal semalam.
Begitupun pengorbanan dan penderitaan Misbun mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.
Selain bakal menerima wang berjumlah RM50,000 daripada tabung Yayasan Kebajikan Atlet, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei juga akan mengadakan perlawanan amal bagi memungut derma untuk membantu jurulatihnya itu.
Misbun mengakui, dia terharu dan berterima kasih kepada Ismail Sabri dan Zolkples yang sudi meluangkan masa melawat isterinya serta menyumbang sejumlah wang untuk meringankan beban itu.
Sementara itu, Latifah memuji ketabahan Misbun dalam menempuh semua dugaan meskipun dia terpaksa menanggung kesakitan ketika suaminya itu berada di Beijing.
"Ketika Chong Wei beraksi pada separuh akhir Sukan Olimpik, tekanan darah tinggi saya semakin naik di samping rawatan dialisis yang menjadi rutin.
"Tetapi ketika itu suami saya berada di Beijing dan saya terpaksa menanggungnya seorang diri kerana dari awal lagi, saya juga mahu berkorban untuk negara seperti mana suami saya.
"Ini kali kedua dia (Misbun) tiada di sisi saya ketika saya berada dalam keadaan yang agak tenat. Kali pertama ketika saingan Piala Thomas Mei lalu dan kali ini di Beijing.
"Namun saya reda kerana sebagaimana Misbun, saya juga mahu berkorban untuk negara. Lagipun dia telah menyediakan segala kelengkapan dan pelan kecemasan bila dia perlu bersama anak buahnya ke luar negara," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
harap misbun tabah dan semua peminat badminton doakan
agar isteri pun tabah dan kesihatan baik - |
|
|
|
|
|
|
|
KBS jaga kebajikan atlet, jurulatih
ISMAIL (tengah) meluangkan masa melawat Latifah yang menjalani rawatan heomodialisis di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur semalam.
KEBAJIKAN atlet dan jurulatih negara menjadi agenda utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada masa hadapan.
Malah menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berjanji kebajikan yang akan disalurkan itu bukan hanya melibatkan atlet serta jurulatih negara, malah ia turut membabitkan anggota keluarga mereka.
Buktinya, KBS menghulurkan RM50,000 kepada jurulatih perseorangan badminton negara, Misbun Sidek bagi membiaya kos rawatan isterinya, Latifah Sidek menjalani pemindahan buah pinggang di China.
"engorbanan Misbun kepada negara cukup besar. Meskipun isterinya sedang mengalami masalah buah pinggang, dia tetap bersama kontinjen negara pada Sukan Olimpik XXIX.
"Malah ketika Lee Chong Wei beraksi pada separuh akhir, tekanan darah tinggi isterinya semakin naik di samping terpaksa rawatan dialisis bersendirian.
"Oleh sebab itu, KBS tidak teragak-agak untuk menyumbang RM50,000 untuk meringankan beban Misbun.
"Dengan sumbangan ini, saya harap ia dapat meringankan beban Misbun kerana saya difahamkan, kos untuk melakukan pemindahan itu mencecah RM150,000," kata Ismail Sabri ketika menziarahi Latifah di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan jaguh perseorangan negara, Chong Wei turut meluangkan masa melawat isteri Misbun menjalani rawatan dialisis itu.
Mengenai ganjaran kepada Misbun yang berjaya membantu Chong Wei memenangi pingat perak di Beijing, Ismail Sabri berkata, bekas jaguh negara itu akan mendapat 20 peratus atau RM60,000 daripada jumlah RM300,000 yang diperoleh Chong Wei sebagai ganjaran daripada MSN.
"Tanpa jurulatih, atlet tidak akan berjaya begitu juga dengan kejayaan Chong Wei merangkul perak kerana ia adalah hasil tunjuk ajar jurulatihnya, Misbun," kata Ismail Sabri.
Sementara itu, Chong Wei yang turut mendapat pencen bulanan RM3,000 hasil kejayaannya di Beijing berkata, dia bercadang mengadakan satu perlawanan amal bagi membantu Misbun menampung kos rawatan isterinya.
"Saya bercadang mengadakan perlawanan amal itu sebelum hari kemerdekaan 31 Ogos ini dan berharap kutipan tersebut dapat membantu Misbun merawat isterinya," jelas Chong Wei.
-sedih tgk misbun y menerima dugaan y ckup kuat....
-n tharu tgk kasih sayang sorang jurulatih n anak murid
[ Last edited by shareena88 at 22-8-2008 11:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #294 shareena88's post
kat mane ni perlawanan amal ni?? huhu..nk join gak
any further info? |
|
|
|
|
|
|
|
August 22, 2008
Chong Wei To Under Rigorous Physical Training For Japan Open
By Zulhilmi Supaat
KUALA LUMPUR, Aug 22 (Bernama) -- Although Lee Chong Wei will be conferred a 'Datukship' next Saturday, the national badminton champion will not be accorded VIP treatment when on court.
He is now preparing to defend his title at the Japan Open Super Series next month with rigorous physical training.
Coach Misbun Sidek said Chong Wei would undergo rigorous training to build up his physical strength following his defeat to Lin Dan of China in the men's singles in the Beijing Olympics.
"From my initial analysis, Lin Dan's physical strength in the final match was obvious," he told Bernama on Friday.
He said Chong Wei would have to train vigorously to be on par with Lin Dan.
The Japan Open Super Series will be held from Sept 16 to 21.
Last year, Chong Wei beat Indonesia's Taufik Hidayat 22-20, 19-21, 21-19 to lift the title after defeating Lin Dan 21-19, 21-15 in the semi-finals.
Misbun said Lin Dan began building up his physical strength after the Indonesian Open in June.
"Chong Wei also said his opponent's smashes were very strong," he added.
Chong Wei was beaten 12-21, 8-21 by Lin Dan in the men's singles in Beijing on Sunday.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #295 lionsleepin's post
huhu 2 la..cam nak join
tp x taw la ape2 info |
|
|
|
|
|
|
|
Jawatan ketua jurulatih dimansuhkan?
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Ketika ini, bukan saja kedudukan Yap Kim Hock sebagai ketua jurulatih badminton kebangsaan menjadi tanda tanya, malah jawatan yang disandangnya juga mungkin tidak akan diwujudkan lagi.
Memansuhkan jawatan ketua jurulatih antara cadangan yang bakal dipertimbangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan mereka, awal bulan depan.
Rashid Sidek, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai bakal pengganti Kim Hock sebaliknya mungkin dinaikkan kepada ketua jurulatih perseorangan, manakala Rexy Mainaky dijangka kekal sebagai ketua jurulatih beregu.
Bukan mahu mengecilkan peranan Kim Hock sejak menggalas jawatan ketua jurulatih pada 2005, namun ada di kalangan pegawai BAM berpendapat bahawa kewujudan jawatan ketua jurulatih ketika ini bukan satu keperluan.
Malah pada Olimpik Beijing, nama Kim Hock tercicir sebagai penerima akreditasi dan terpaksa membeli tiket untuk menonton perlawanan. Pas sebaliknya diberi kepada Rexy, Misbun Sidek, Wong Tat Meng dan pengurus pasukan, Datuk Lim Teong Kiat.
Setiausaha BAM, P. Ganga Rao mengakui, BAM menerima pelbagai cadangan daripada jurulatih dan pegawainya mengenai pembentukan struktur baru kejurulatihan, namun keputusan hanya akan dibuat secara kolektif pada mesyuarat bulan depan.
"Apa yang boleh saya sahkan, mesyuarat itu nanti terbuka kepada banyak kemungkinan kerana kami akan mengambil kira cadangan dan pandangan semua jurulatih serta pegawai.
"Satu penstrukturan semula dalam sistem kejurulatihan BAM akan dilakukan, dan kewujudan jawatan jurulatih bergantung kepada keperluan. Mungkin ada jawatan yang ditambah mungkin ada yang tidak diperlukan,'' kata Ganga.
Seandainya kontrak Kim Hock, yang tamat pada 31 Disember ini tidak sambung, pengalaman luas yang dimiliki naib juara beregu Olimpik 1996 itu mungkin digunakan untuk menerajui Projek 2016 - menyiapkan pemain remaja menghadapi Olimpik 2016.
Sementara itu, Kim Hock ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan masa depannya kepada BAM.
Walaupun mengakui ada terdengar pelbagai cerita, namun jurulatih itu berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkannya, apatah lagi ketika ini masih di dalam mood bercuti.
"Saya serah kepada pengurusan BAM untuk menentukan mengenai kedudukan saya. Banyak cerita yang saya dengar, tetapi cerita itu tidak penting, yang penting adalah keputusan pada hari mesyuarat nanti,'' akui Kim Hock.
-----
serahkan kepada yg pakar utk mengomen sesuka hati sesedap rasa |
|
|
|
|
|
|
|
'Tiada layan VIP'BAKAL Datuk, Lee Chong Wei tidak akan menerima layanan VIP digelanggang badminton sebaliknya bakal berdepan latihan fizikal kerasmulai Isnin ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun yangakan berlangsung bulan depan.
Jurulatihnya, Misbun Sidek berkata Chong Wei akan menjalani latihanfizikal berganda bagi menyeimbang kekuatan fizikal Lin Dan dari Chinayang menewaskannya pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di SukanOlimpik XXIX di Beijing minggu lalu.
Pada pengamatannya, Chong Wei yang akan bergelar Datuk pada Sabtu depan, tewas kepada Lin Dan kerana kekuatan fizikal Lin Dan.
"Di luar, dia bergelar Datuk tetapi dalam gelanggang, saya jurulatihnya.
Daripada analisis awal, saya mendapati kekuatan Lin Dan padaperlawanan akhir amat ketara daripada segi fizikalnya," kata Misbun.
Berdasarkan faktor tersebut, Misbun berkata Chong Wei perlumenggandakan latihan fizikalnya agar setara dengan Lin Dan keranadaripada segi teknik permainan, keupayaan kedua-dua pemain tersebutadalah seimbang.
Terbuka Jepun akan berlangsung pada 16 hingga 21 September.
Pada kejohanan itu tahun lepas, Chong Wei muncul juara selepasmenewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia pada perlawanan akhir dengankeputusan 22-20, 19-21, 21-19.
Pada kejohanan itu juga, Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan 21-19, 21-15 pada peringkat separuh akhir.
Misbun berkata dalam tempoh dua bulan selepas Terbuka Indonesiahujung Jun lepas yang merupakan kejohanan Super Series terakhir sebelumtemasya Olimpik, fizikal Lin Dan mengalami perubahan drastik sepertiwatak 'wira gagah'.
"Otot di lengan Lin Dan nampak semakin kental. Chong Wei jugamengadu kekuatan smash lawannya itu terasa amat kuat dan padu dan LinDan seperti tidak tahu erti penat," katanya.
Menurutnya, pada mulanya timbul rasa curiga apabila melihat kekuatanfizikal Lin Dan sama ada pemain No. 1 dunia itu mengambil bahan-bahanterlarang untuk menguatkan kekuatan fizikalnya.
"Ketika ujian doping ke atas Lin Dan selepas perlawanan dengan ChongWei, seramai empat doktor dari China berada di sampingnya, mungkinuntuk memastikan pemain mereka bersih daripada bahan terlarang.
"Tetapi kemudian saya mendapati punca kekuatan Lin Dan kerana coraklatihan fizikal keras yang dilaluinya sepanjang tempoh dua bulansebelum Olimpik," katanya.
Latihan keras tersebut, katanya membolehkan Lin Dan melakukan pukulan smash padu serta ketahanan fizikal yang tinggi.
"Jika Chong Wei mahu bersaing dengan lawannya itu, pemain itu perlu menjalani latihan fizikal yang lebih keras," kata Misbun.
Pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Bejing Ahad lepas, Lin Dan merangkul emas selepas menewaskan Chong Wei 21-12, 21-8.
- Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LCW tidak ke Terbuka Pulau Pinang ... kerna tumpukan perhatian Terbuka Jepun (mempertahankan
kejuaraan).
RTM1 tadi tunjuk fizikal traning LCW.
Misbun juga commented on Datukship yang dianugerahkan oleh K'jaan Melaka.
Syabas too all .... semoga kita dapat sustain dlm dunia bton ini .... hip hip horee ..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|