|
Balas #50 shidahameera\ catat
tu la, kelemahan dia, tp dlm ramai2 geng ambo, amir ni kira level bawah, ambo lg otai cuma malas masuk jah raja lawok ni![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu....amir
amir tootttt..........![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Motif korang tengok Raja Lawak? Tak membina minda langsung. Dah lah lawak ntah aper2. ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak Jihan paling menyerlah
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
![](http://www.bharian.com.my/Wednesday/Hip/20090128071054/mainpix1.jpg)
JIHAN menampilkan lawak ringkas yang meyakinkan.
Dapat pujian juri, tapi gagal pikat penonton
BIARPUN jelas persembahan peserta wanita dalam Gelanggang Raja Lawak Astro minggu keempat dilihat meyakinkan, peminat nampaknya terus memberikan sokongan kepada peserta lelaki. Pada penghujung rancangan, kedua-dua peserta wanita, Jihan dan Yann diumumkan berada pada kedudukan tiga paling bawah bersama-sama Talam.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi peserta lelaki dari Petaling Jaya itu apabila dia diumumkan sebagai peserta keempat tersingkir daripada program realiti siaran Astro Prima.
Persoalannya kini, apakah peminat lebih menyayangi peserta lelaki walaupun sebahagiannya mempersembahkan lawak yang menerima kritikan pedas juri?
Pada minggu keempat yang bertemakan makhluk asing, Jihan secara jelas mempamerkan lawak yang cukup ringkas, tetapi memikat. Hanya berdiri di sebelah lukisan makhluk asing, wanita berusia 25 tahun ini berlawak dengan menerangkan perihal anatomi badan makhluk berkenaan.
Zaibo menganggap persembahannya malam itu amat kemas dan lawak paling menyerlah sepanjang empat minggu dia bersaing dalam rancangan berkenaan. Fauziah Nawi turut menyukai lawak Jihan, manakala Shamsul Ghau Ghau memberikan pujian dengan mengatakan wanita itu tidak perlu membuat muka hodoh untuk membuatkan penonton ketawa.
![](http://www.bharian.com.my/Wednesday/Hip/20090128071054/mainpix2.jpg)
TALAM disingkirkan daripada program Raja Lawak pada minggu keempat.
"Inilah pelawak stand up Melayu yang saya maksudkan," kata Shamsul ketika memberikan komennya terhadap persembahan peserta Selangor yang pernah menerima pendedahan dalam bidang teater itu.
Manakala juri undangan, Adlin Aman Ramlie pula memuji Jihan yang mempersembahkan lawak dengan jelas serta penuh keyakinan. Lebih daripada itu, banyak sekali ayat kelakar yang memecah perut penonton sempat dimuatkan dalam persembahannya. Begitupun, Adlin sempat memberikan ingatan supaya peserta itu menamatkan persembahan dengan lawak lebih besar.
Yann juga mempersembahkan lawak yang tidak mengecewakan apabila tampil sebagai seorang nenek yang bercerita mengenai makhluk asing dibelanya. Tampak cukup yakin, dia memperoleh komen agak positif daripada juri biarpun Zaibo menegur dengan mendakwa, persembahannya sedikit mendatar.
Seandainya Jihan dan Yann mampu mengekalkan rentak baik dalam gelanggang program terbabit, dan jika peminat pula bijak membuat penilaian, seharusnya langkah dua peserta wanita ini lebih panjang menuju ke garisan penamat. Begitupun, apabila 100 peratus undian berada di hujung jari orang ramai, sabut dua wanita ini belum tentu timbul ke permukaan.
Jika diikutkan penilaian sebenar, mungkin dua peserta yang berada pada kedudukan terbawah itu bukannya Jihan dan Yann. Kemungkinan besar, dua tempat itu diisi Am dan Manbelon. Selain Talam, dua peserta inilah yang menerima kritikan kurang memberangsangkan daripada juri.
Namun begitu, selagi namanya program realiti dan selagi kuasanya berada di tangan peminat, apa saja keputusan harus ditelan.
Talam tidak kecewa
NYATA sekali, percubaannya untuk mengadakan persembahan dalam bentuk sketsa gagal memikat hati penonton dan juri. Naik ke pentas sebagai makhluk asing, Talam atau nama sebenarnya Ahmad Faiz Ahmad Yusoff tenggelam dalam lawaknya yang kurang memberangsangkan.
Adlin dengan lantang menegur persembahan Talam malam itu sebagai membazir dan jahanam. Zaibo juga berasakan hanya pakaian peserta ini yang menonjol, bukan lawaknya.
Meskipun begitu, Talam tidak kecewa apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada program yang disaksikan kira-kira 800,000 penonton seminggu, di rumah.
"Saya tidak sedih meninggalkan program Raja Lawak. Cuma, saya hiba apabila terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang sudah pun dianggap seperti saudara dan keluarga," katanya ketika ditemui selepas tamat siaran langsung rancangan berkenaan.
Menurut jejaka ini, terpilih ke peringkat Top 12 program itu sendiri sudah di luar jangkaannya. Justeru, dia tidak memasang angan-angan yang tinggi untuk bergelar juara, menyedari kekuatannya tidak sehebat pesaing yang sebahagiannya mempunyai pengalaman dalam bidang teater mahupun persembahan.
"Saya hanya seorang budak sukan," katanya diikuti ketawa kecil.
Kata Talam, kekuatannya adalah pada percakapan atau bercerita. Begitupun, dia ingin mencuba sesuatu yang lain pada malam itu, sungguhpun menyedari risikonya agak besar. Ujarnya, jika dia tidak mencuba, selama-lama dia tidak akan mengetahui kemampuan sebenar.
Ditanya siapakah peserta yang dilihatnya berpotensi melangkah ke final, Talam dengan jujur mahukan kumpulan Sepah berjaya melakukan sesuatu dalam program popular ini. |
|
|
|
|
|
|
|
finalis rl3: amer, man belon, adam (wildcard)..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka jihan! u go girl :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk 3-3 grup masuk final![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
RLA ni mmg tak payah diadakan lagi... buang karen aja la.....
aku meluat ngan pengkritik.... apa yg dikritik, aku pun tak tau... nasibla kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #289 SANKURIANG\ catat
tau xpe... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak menjangkekan amir im sori akan membuat lawak berkaitan watak dwarf snow white esok... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kureng best la season nie..sowieeee
tp aku tengok jugak ler![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
apsal fauziah nawi, cam mereng jek,
kejap garuk kepala, kejap garuk tudung, kejap meleset kat meja, kejap teleng kepala, kejap sengeh, kejap, campak pensel, kejap jeling org...
cam hape jek org tua nih, lagak cam bagus...
Pelawak Malaysia tak layak jadi Juri ler, sendiri pun buat lawak org nyampah...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
patut aku terkonfius baca benang ni.. rupanyer dah kena merge.. hohoho... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka SEPAH, CHOT & LNJ......rasanya kali ni kumpulan lagi best dr solo......nak2 lagi dari Man Belon dan Amir.....i'm sorrryyyyyy!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 ilya's post
tu la pasal
xabis2 si juri wat lawak
si samsul ngan FN tu
bkn nk tgk diowg ni yg wat lawak |
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan Sepah tuh ok lah malam nihh |
|
|
|
|
|
|
| |
|