CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tie_Nan_Aima

Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran

[Copy link]
Post time 11-5-2009 06:54 PM | Show all posts
ttg Ulil Amri dan Ahlul Bait pada ayat 33:33 insya Allah akan saya bawakan nanti.
wassalaam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 09:50 PM | Show all posts
Oh ye sebelum terlupa:

Anda berulangkali membantah saya tentangUlil Amri tanpa mendatangkan jawapan anda. Sebelum saya menjawab danmenjelaskan mengenai Ulil Amri dgn lebih lanjut saya minta anda jawabdulu soalan saya pada post  267
Soalan saya kepada anda:

Pada anda, Siapakah Ulil Amri * yang ketaatan kepada mereka sama seperti ketaatan kepada Rasulullah saaw dan kepada Allah itu. Sila buktikan berdasarkan Al-Quran.

* Anda mengatakan Ulil Amri bermaksud 'Pemerintah' post 234. So siapakah pemerintah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:21 AM | Show all posts

Reply #279 billionaire's post

Nampaknya seperti sungguh gah, tapi....

Sebelum aku mulakan, ada beberapa point penting:

1. Tsiqah bukan bermakna hujah.
2. Tsiqah dan dhaif boleh ada bersama pada satu orang dalam satu masa.
3. Mengikut kaedah, riwayat ahli bid'ah yang menyokong bid'ah mereka adalah tertolak secara auto.
4. Jarh terhadap para perawi tersebut adalah jarh mufassar.
5. Mengikut kaedah, jarh (mufassar) lebih diutamakan daripada ta'dil.
6. Syiah mempunyai sistem taqiyyah (undercover) yang boleh mengelirukan orang terhadap statusnya yang sebenar.
7. Status ta'dil yang diberikan terhadap mereka tidak boleh dipercayai kerana sistem undercover yang diamalkan mereka.


*Point 1, 2 dan 5 telah meranapkan segala usaha billy membuktikan ketsiqahan perawi-perawi kesayangannya, harapnya dia tak mudah patah semangat.

Abu Hatim hanya menyatakan bahawa hdisnya mungkar, namun hadis Tsaqalain pada riwayat Zaid ini tiada kemungkaran apapun  kepadanya.

Sungguh kebayi-bayian sekali alasan anda wahai billionaire! Awak tak tahu lagi ke apakah maknanya 'fulan itu hadisnya mungkar'? Tak ada sebarang kemungkaran? Bercanggah dengan al-Quran dan riwayat yang lebih sahih lagi daripadanya tu tak mungkar lagi ke? Yalah tu. Bagi Syiah tak mungkar, sebab menyokong mereka, yang tak menyokong mereka tu baru mungkar.  Apa-apa pun, sudah dibuktikan perawinya dhaif, maka hadis itu bertaraf dhaif jelah. Jangan bersedih, cuba lagi. Gagal pada kali  pertama adalah perkara biasa, janganlah mudah lemah semangat.

Muhammad bin Fudhail seorang Syiah, dikenal Thiqat dan jujur dalam periwayatan hadis

Shaduq yang diterjemahkan sebagai 'jujur' oleh billy yang sebenarnya tak berapa tepat itu adalah bentuk ta'dil yang paling
lemah. Disokong oleh bukti bahawa perawi adalah seorang Syiah dan riwayatnya itu menyokong fahaman Syiahnya, tidak ada apa lagi dalam dunia ini yang boleh menjadikan hadis itu sahih mahupun hasan. Jangan kecewa, bunga bukan sekuntum, tapi Bung Kubor hanya sorang saja.

3.    At-Tirmidzi
Tirmidzi tidak mendhaifkan Athiyyah, beliau menghasankannya.
    * Imam Tirmidzi menyatakan hadis Athiyyah Hasan pada hadis no 551, no 552, no 2431, no 2535, no 3243, no 3658 dan no 3904.
    * Imam Tirmidzi menyatakan hadis Athiyyah Hasan gharib pada hadis no 477, no 1329, no 2174, no 2351, no 2524, no 2590, no 2926, no 2936, no 3071, no 3192, no 3397, no 3680, no 3727 dan no 3788.
    * Imam Tirmidzi menyatakan hadis Athiyyah Hasan sahih pada hadis no 1955, no 2381, no 2522 dan no 2558.

Jelas sekali awak tak tahu apa-apa pun tentang 'hasan' Tarmizi seperti mana awak tidak tahu apa-apa pun tentang mursalat
Malik. Sebelum aku telanjangkan kejahilan awak, aku nak beritahu awak, hasan Tarmizi tidak bermakna suatu riwayat itu sahih.

Lagi satu, nombor-nombor toto awak tu satu pun tak mengena. Awak beli daripada siapa? Cuba sebut kat sini kat mana lafaznya Imam Tarmizi kata riwayat Athiyyah itu hasan sahih? Nombor toto tak main. Kang tak kena sapa susah? Akuuu jugak.

[quote]
TUDUHAN TADLIS TERHADAP ATHIYYAH JELAS SATU PEMBOHONGAN

Athiyyah Al-Aufi mengatakan bahawa beliau mendengar dari Abu Sa抜d Al khudri. Namun ulamak seperti Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Hibban menyatakannya sebagai pelaku tadlis atas nama Abu S抋id.Dari mana Ahmad dan Ibnu Hibban mengetahui perbuatan tadlis ini padahal mereka hidup jauh setelah Athiyyah? Ahmad berkata: 揟elah disampaikan kepadaku bahwa Athiyyah厖 (melakukan tadlis atas nama Abu sa抜d)
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:27 AM | Show all posts
Al-Quran menyebut sampai yang ke 12

FU-YOH! Sampai 12 orang disebut tuuu ~ Quran mana laa mamat nih baca!

Apakah anda ada bukti bahawa kebenaran itu mesti bersama selain Syiah?

Apa buktinya kebenaran itu mesti bersama Syiah? Ooo Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali...

[quote]
Insya Allah saya jawab. Murtad itu sendiri punya perbahasannya tersendiri. Murtad yakni 態erpaling
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by Triple_8 at 12-5-2009 11:21
Nampaknya seperti sungguh gah, tapi....

Sebelum aku mulakan, ada beberapa point penting:

1. Tsiqah bukan bermakna hujah.
2. Tsiqah dan dhaif boleh ada bersama pada satu orang dalam satu m ...

kebodohan Triple semakin terserlah. Beliau menyibukkandirinya utk menjawab bagi pihak lain, namun menyerlahkan lagi pekungnya. Diamenyibukkan dirinya dengan apa cara sekalipun utk merendahkan hadis sahih,namun kita akan katakan kepadanya" Apakah anda mahu mengamalkannya apakahia tidak jadi hujjah, itu pilihan anda". Yang penting kita telah membuktikanbahawa hadis tersebut sahih!
setelah beberapa kali kantoi hujjahnya, dia datang lagi. Namun, yang lain2 saya takkan jawab kerana itu hanya gelembung kemarahannya sahaja. Sayaakan sentuh ttg dua hadis yg dia cuba menunjukkan lagak pandainya itu dankata2nya yg ini:

Billy telah mendakwa bahawa 'hasan' Tarmizi bermakna ta'dil beliauterhadap perawi-perawi hadis tersebut. Satu kejahilan melampau daripadabilly berkenaan status 'hasan' Tarmizi. Dia langsung tak tahu 'hasan'Tarmizi tak macam 'hasan' orang lain.

Dia juga lupa tentang status 'gharib' yang Tarmizi sebutkan selepasnyadan dia tak tahu pun apakah maknanya. Itulah sebabnya tuan-tuan danbuan-buan tak nampak apa-apa komennya tentang itu. Agaknya billysendiri pun tengah dok pening-pening lalat hijau lagi pasai pa hasandan gharib boleh ada bersama kat situ dalam satu masa?

Memang sah billy tak tahu apa-apa tentang sunan Tarmizi. Apa yang dia tahu, IA ADA DI SANA! DAPATKAN IA! JANGAN KASI LEPAS!

Dia sikitpun tak tahu tentang maksud 'iktibar' ulama daripada hadisriwayat mereka-mereka yang bermasalah. Apa yang dia tahu, ITU DIA! IAADA! AKU DAH NAMPAK DAN AKU TAK MABUK!

Dalam banyak-banyak ta'dil itu, satu pun aku tak nampak ta'dil untukal-Kalbi dan aku tak mabuk. Nampaknya yang sekor nih dah kronik sangatdan sudah tak dapat diselamatkan lagi, walaupun oleh seorang yang bajetpro macam billy. Kalau dia sekor ada pun dah lebih daripada cukup untukkita sebenarnya...


going once...


going twice...


MAUDHU'!!!

Al-Kalbi tidak termasuk perawi hadis di atas! Athiyyah dituduh melakukan tadlis atas nama Abu Sa'id. NAMUN TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN KEPALSUANNYA KERANA YANG MENGATAKAN ATHIYYAH MELAKUKAN TADLIS ADALAH AL-KALBI SENDIRI!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 01:13 AM | Show all posts
Hadis Al Hakim

Muttaqi Hindi mentakhrijkan hadis ini dari Muhmmad bin Jarir Al-Tabari, Ibnu Abi 慉sim, Al-Mahamali. Al Mahamali mensahihkannya.

Al-Hakim meriwayataknnya melalui 3 jalan dariAbu Awanah dariSulaiman Al A抦asy yang berkata telah mendengar dariHabib bin AbiTsabit dari Abu Thufail dari Zaid bin Arqam r.a. Dan mensahihkannyadengan syarat Bukhari Muslim tetapi  tidak mengeluarkan versi panjangnya. Ia juga disahihkan oleh Adz-Dzahabi dalam Talkhisnya.

Hadis ini diriwayatkan juga oleh An- Nasai dalam Sunan Al-Kubra dari Zaid bin Arqam. Hadis no.8148:

عنمحمد بن المثنى عن يحيى بن حماد عن أبيمعاوية عن الأعمش عن حبيب بن أبيثابت عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال : لمّارجع رسول من حجة الوداع ونزلغدير خم ، أمر بدوحاتٍ فقممن ثم قال : كأني قد دعيتفأجبت ، إني قد تركتفيكم الثقلين كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيفتخلفوني فيهما ،فإنهما لن يفترقا حتى يردا عليَّ الحوض ، ثم قال : الله مولايوانا ولي كلّمؤمن ، ثم أخذ بيد علي فقال : من كنت مولاه فهذا وليّه ، اللهم والمن والاه وعاد من عاداه . فقلت لزيد : سمعته من رسول الله ؟ فقال : ما كان فيالدوحات أحد الاّ رآه بعينيه وسمعه بأذنيه .


Ibnu Katsir menyatakan: "Diriwayatkan Al-Nasai dalam Sunannya, Syeikhuna Abu Abdillah Adz-Dzahabi berkata Hadis ini sahih." (Tarikh5/206)

Periwayat hadis dengan versi riwayat Ahmad dan Tirmidzi (dgn variasi pada matannya)

Apatahlagi, matan ketiga2 hadis (Riwayat Abu sa'id, Zaid bin Arqam,Jabir bin Abdullah) itu tidak diriwayatkan secara bersendirian.Keranaitulah ulamak mensahihkannya seperti mana kata Al-Albani -dengan syawahidnya!!!! Namun si Triple Fault ini cuba mempermasalahkan pula masalah Hasan Tirmidzi sehingga akhirnya mengatakannya maudhu'!! Astaghfirullah!

Ya kita akan buktikan sekali lagi kesalahan Triple utk kesekian kalinya! Sekalipun kita tahu dia akan terus menyibuk sekalipun sudah banyak kali kantoi! Kita tengok je la gelagatnya.

Para sahabat yang meriwayatkan matan seperti ini:

1.Imam Ali a.s-Al-Sakhawi Al-Syafie, al
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2009 03:24 AM | Show all posts
Al-Quran menyebut sampai yang ke 12


Anda mendakwa tanpa sebarang bukti. Apa yg perlu anda lakukan sekarang ialah mengumukakan buktinya.

Apa yg difahami umat Islam berbeza dengan apa yang mereka imani. Apa yang mereka imani berbeda pula dari apa yang mereka perlakukan. Sekadar memahami Nabi itu benar, berbeda dengan mengimani Nabi itu benar. Sekadar mengimani Nabi itu benar, namun bertindak berbeda dengan apa yang dikehendakinya itu juga menunjukkan perbedaan. Misalnya sahabat meyakini Nabi itu benar namun mereka beramai2 meninggalkan Nabi saaw saat paling getir di medan perang, sedangkan meninggalkan Nabi itu tidak terlalu susah berbanding meninggalkan seorang Ali (a.s).


Anda tidak perlu susah-susah bermetafora dan berhiperbola dengan saya. Apa yg saya tanya tiada pun jawapannya. Susahkah?

[quote]Insya Allah saya jawab. Murtad itu sendiri punya perbahasannya tersendiri. Murtad yakni 態erpaling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:25 AM | Show all posts
Mengapa pula saya yg perlu ...


Oh, masih segan-silu utk menerima kenyataan?

Apa yang kini dibuat Tien adalah desakan utk meyakini bahawa semua mursal Malik adalah sahih. Tien, kalau anda mahu menerimanya begitu, maka silakanlah


Saya suka mendengar anda mengucapkan begini.
Ingat, anda jangan menyangka bahawa bukan anda seorang yg boleh 'memperalatkan' Albaani.
Kalau anda berani berbuat begitu saya seribu kali lebih berani lagi daripada anda!


Perhatikan, pendapat yg mengatakan mursal Malik sahih ternyata bukan pendapat semua ulamak!


Cuba anda nyatakan di sini, siapakah di kalangan ulama' mu'tabar yg menganggap Mursal Malik dha'if jiddan setelah Imam Bukhari, Imam Syafi'i, Yahya dan lain-lain ulama rijal agung menganggap ianya SAHIH?!!

Apa kena mengenanya kata2 saya itu dengan tuduhan anda? Apakah anda ingin mengatakan saya menambah kata2 anda? Sila fahamkan semula apa yg saya tulis.


Benar, anda telah menambah kata-kata saya.
Semuanya sudah tersebut dengan jelas bahawa sekian ramai ulama MEMANG TELAH MENERIMANYA SAHIH.
Ada masalah?
Hanya org2 yang ingin segera mencari bahan menghukum akan memikirkan bahawa jika saya menyetujuinya pada satu pendapat maka saya harus juga sentiasa menyetujui beliau pada semua pendapatnya yang lain


Jelas sekali di sini bahawa memang anda seorang yg bias! Anda hanya menerima pakai pendapat ulama Sunni sekiranya ia bersesuaian dengan ajaran Syi'ah anda! Tiada langsung niat baik di hati mereka melainkan ingin menutup bangkai ajaran mereka yg berada di dalam kegelapan demi kegelapan!

Beliau cuba menjabarkan sanadnya namun pernyataan Hasan Al-Saqqaf dalam hal ini membuktikan kesalahannya.


billionaire, jangan anda sangka saya tidak tahu dan tidak kenal siapa Hasan Saqqaaf.
Jangan sesekali anda sebut lagi nama Hasan Saqqaaf semasa berhujjah dengan saya. Saya (dan kami ASWJ) tidak perlukan pendapat seorang Syi'ah yg jelas membenci kami. Ingat baik-baik pesanan saya billionaire.

Tak perlu, anda punya tanggungjawab lebih berat utk menunjukkan pembuktian utk menyelamatkan hujjah mazhab anda. Tinggakan dahulu hal ini dan sekarang silalah buktikan:


Kalaulah ini permintaan anda, akan saya penuhi jua sekejap nanti.

Biar saya tambahkan buat anda: Al-Manawi dalam faidhul Qadir juga mensahihkannya, begitu juga Al Baghdadi.
Namun yang jelas ialah bagaimana mungkin hadis tersebut sahih jika dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk, mungkar al hadis dan tidak bisa dijadikan hujjah? Bandingkan dengan 1 hadis Tirmidzi sahaja yg semua perawinya thiqat sehingga dapat diangkat dengan syawahid.


Kamu sangka saya tidak tahukah?

Ha! Ha! Ha!
Kamu silap billionaire, sebenarnya saya hanya tertarik kepada "tashih Albaani" terhadap hadith tersebut kerana itu saya mengemukakannya dan anda pula telah menampakkan lagi ketidakadilan dan kebusukan hati anda di dalam menukilkan kata-kata ulama kami.

Riwayat Tarmizi yg mana Imam Tarmizi sendiri mengatakan hadith tersebut HASAN, GHARIB itu pula dikatakan sahih oleh billionaire??! Aneh sekali!! Oh, dia berpandukan pentashihan Albaani rupanya. Jadi menurut billionaire, meskipun Imam Tarmizi mengatakan ianya hasan gharib, tashih Albaani masih menandingi segala-galanya.

Tetapi, yg saya hairan, mengapa dia (billionaire) tidak mahu menerima pakai pendapat Albaani yg sama juga utk hadith riwayat Hakim?

Aneh bukan?

[quote]Matan yg benar ialah matan yg berakhir dengan 揔itabullah Wa Ahlul baiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2009 03:26 AM | Show all posts
Penilaian ulamak sunni seperti Malik ternyata belum lulus 100% dari gugatan emosi ygTernyata turut mempengaruhi Malik dalam menilai perawii, dan ianya jelas subjektif.


Satu soalan berangkai saya untuk billionaire:

- Apakah orang yg berkata 'itu ini' tentang Imam Malik adalah maksum? Apakah dia terlepas dari gugatan emosi? Apakah tidak boleh kita katakan bahawa dia juga menghukum Imam Malik berdasarkan emosinya? (Mereka bukan Imam maksum bukan billionaire?)

" Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah terkadang benar. Oleh karena itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah maka ambillah, dan bila tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah."


Ini yg paling menarik, dan kita telah berjaya membuktikan bahawa Sunnah Nabi s.a.w. yg dibawa oleh Imam Malik adalah benar-benar bertepatan dengan Nas al-Quran. Semoga Allah s.w.t. melipatgandakan usaha murni beliau.

" Siapapun boleh diambil dan ditolak perkataannya, kecuali Nabi shallalhu'alaihi wasallam sendiri."


Termasuk juga pengkritik Imam Malik itu sendiri.

Dan, utk beberapa kritikan yg anda kemukakan itu saya jawab ringkas sahaja iaitu:

"Adalah menjadi suatu kaedah yg sedia maklum di sisi ulama-ulama Hadith ASWJ bahawa tajrih (kritikan) seseorang terhadap mana-mana ulama agung yg disepakati oleh sekian ramai ulama serta diyakini keadilan, keterpercayaan, kejujuran dan ketinggian martabatnya seperti Imam Bukhari, Imam Muslim Imam-Imam Berempat dan lain-lain maka tajrih tersebut adalah tertolak dan perlu diketepikan."

Andai hendak diambil kira setiap kritikan yg dilontarkan terhadap setiap ulama', pastikan akan anda dapati bahawa semua mereka masing-masing dikritik oleh sesiapa sahaja dan pasti tidak akan ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yg boleh dipertanggungjawabkan! Bukan imam-imam hadith sahaja, tetapi Nabi s.a.w. sendiri turut dikritik, tetapi oleh mereka yg bermusuhan dengannya dan membencinya! Kalau begitu, siapakah yg maksum lagi?

Dan, jangan anda lupa bahawa Imam 12 Syi'ah juga turut menerima kritikan orang. Apakah anda mampu menerimanya bulat-bulat? Sekiranya anda mampu berbuat demikian saya juga akan turut sama. Bagaimana?

Dan, jangan anda lupa bahawa setiap orang yg mengkritik itu, adakah dia bebas dari kritikan orang lain terhadapnya dan bebas dari segala kesalahan dan kesilapan?

- Buat pengetahuan anda, nama-nama orang yg tersenarai dikritik oleh Imam Malik itu sebenarnya bukan hanya beliau seorang yg mengkritiknya. Ibnu Ishaq sebagai contoh, telah dikritik dengan teruk sekali oleh imam-imam hadith termasuk Imam Bukhari sendiri.

Kalaulah Malik berumur lebih panjang!


Saya bertanya ringkas sahaja kepada billionaire: "Adakah anda dapat memastikan bahawa riwayat yg digugurkan oleh Imam Malik daripada kitabnya itu adalah Dha'if Jiddan?"

Ini hanyalah suatu logik yg sama sekali tidak boleh diterima pakai utk mentajrih Imam Malik yg telah terbukti kebenarannya.
Bukankah Imam Bukhari juga pada awalnya telah mengumpulkan ratusan ribu hadith di dalam kitabnya kemudian beliau telah menggugurkan sedikit demi sedikit daripadanya sehingga tinggallah yg ada kini? Kalau hendak diterima logik ini maka bolehkah kita mengatakan bahawa: "Kalaulah Bukhari berumur lebih panjang!"? Andai pula kita melihat kepada Rasul s.a.w., bukankah semasa hayat baginda s.a.w. telah berberapa kali berlaku nasakh mansukh terhadap hukum-hukum tertentu. Adakah anda juga mahu mengatakan:" Kalaulah Nabi s.a.w. berumur lebih panjang!"??! MasyaAllahhh!! Tentu sekali tidak melainkan orang yg mempunyai masalah seperti billionaire sahaja yg akan menerima apa sahaja yg bersesuaian dengan serakahnya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:27 AM | Show all posts
Meranapkan Angan-Angan billionaire Untuk Men"Dha'if Jiddan"kan Hadith 'Kitabullah wa Sunnati'

Hadith Utama yg dijadikan hujjah oleh saya di dalam perbincangan ini adalah hadith riwayat Malik yg disepakati jumhur ulama tentang kesahihannya (pendapat seorang Syi'ah bernama Hasan Saqqaaf tidak diterima pakai oleh ASWJ).

Hadith tersebut berbunyi:

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ


[Muwatta' Malik, Juz' 5, Bab Larangan Perbincangan Tentang Taqdir, Hadith No.1395]

Hadith ini adalah sahih lagi sarih di sisi ASWJ dan bertepatan dengan sekian banyak ayat-ayat al-Quran yg telah saya kemukakan di awal perbincangan di mana ditekankan di dalamnya supaya berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah begitu juga hadith ini.

Walau pun hadith ini secara zahirnya kelihatan tidak bersambung sanadnya tetapi adalah perlu diingatkan semua bahawa Mursal Malik bukanlah seperti lain-lain mursal yg terdapat di dalam kitab selainnya. Mursal/Balaghaat Malik adalah diyakini dan telah dipastikan SAHIH oleh sekelian ramai tokoh-tokoh rijal. Mereka telah menelitinya dan menemui sanad serta riwayat lain yg sama dengannya. Kerana itu Imam as-Syafi'ie telah mengatakan bahawa: "Tiada satupun kitab yg paling sahih di atas bumi Allah ini selepas kitabNya melainkan Muwatta' Imam Malik"

Sekarang saya akan mengemukakan syawahid bagi hadith di atas:

(Sebelum itu saya mesti bertanya billionaire satu soalan dahulu: "Tahukah anda apa itu 'syawahid' yg dimaksudkan ASWJ?")

PERTAMA:

Oleh kerana riwayatnya terlalu panjang, saya akan mengemukakan bahagian berkenaan sahaja:

وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تُسْأَلُونَ عَنِّي فَمَا أَنْتُمْ قَائِلُونَ قَالُوا نَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ وَأَدَّيْتَ وَنَصَحْتَ فَقَالَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ يَرْفَعُهَا إِلَى السَّمَاءِ وَيَنْكُتُهَا إِلَى النَّاسِ اللَّهُمَّ اشْهَدْ اللَّهُمَّ اشْهَدْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ


Maksudnya: 揝esungguhnya aku tinggalkan kepadamu sesuatu yg tidak akan sekali-kali kamu sesat jika kamu berpegang teguh dengannya iaitu Kitab Allah dan kamu bertanggungjawab terhadapku. Apa nanti akan kamu katakan? Para sahabat menjawab: 揔ami bersaksi bahawa sesungguhnya engkau memang telah menyampaikan, menunaikan dan melaksanakan tugasmu dengan penuh keikhlasan. Mendengar jawapan mereka itu Nabi s.a.w pun mengangkat telunjuknya ke langit lalu mengisyaratkan dengannya kpd org ramai sambil bersabda: 揧a Allah saksikanlah!, Ya Allah saksikanlah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:28 AM | Show all posts
KEDUA:

Yg ini juga akan saya bawakan bahagian berkenaan sahaja:

حدثنا أبو بكر أحمد بن إسحاق الفقيه أنبأ العباس بن الفضل الأسفاطي ثنا إسماعيل بن أبي أويس
و أخبرني إسماعيل محمد بن الفضل الشعراني ثنا جدي عن ثور زيد الديلي عن عكرمة عن ابن عباس : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم خطب الناس في حجة الوداع فقال : قد يئس الشيطان بأن يعبد بأرضكم و لكنه رضي أن يطاع فيما سوى ذلك مما تحاقرون من أعمالكم فاحذروا يا أيها الناس إني قد تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا : كتاب الله و سنة نبيه صلى الله عليه و سلم الحديث



Maksudnya: 揑bnu `Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berucap di dalam haji wada`. Di dalam ucapan itu beliau bersabda: 揝esungguhnya syaitan telah kecewa kerana tidak akan disembah lagi di bumi kamu ini. Bagaimanapun dia berpaus hati juga kerana akan dituruti dalam perkara-perkara selain itu berupa amalan yg kamu anggap remeh. Maka berwaspadalah wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu sesuatu yg jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:30 AM | Show all posts

KETIGA:


و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ


Saya terjemahkan bahagian berkenaan sahaja

Maksudnya: 揝esungguhnya sebaik-baik ajaran itu ialah (ajaran daripada) Kitab Allah dan sebaik-sebaik pimpinan adalah pimpinan Muhammad. Sejahat-jahat perkara adalah yg diada-adakan dan setiap bid`ah adalah sesat.

[Muslim Jld. 4 m/s 359, Nasa抜, Ahmad-Musnad Jld. 30 m/s 4, Sunan Ibnu Majah Jld. 1 m/s 52, Al-Baihaqi-As-Sunan Al-Kubra Jld. 3 m/s 206, Musnad Abi Ya`la Jld. 4 m/s 85, Ibnu Abi `Asim- As-Sunnah Jld. 1 m/s 31, Ibnu Al-Jarud-AlMuntaqa Jld. 1 m/s 344]

Hadith ini adalah sahih dan ia juga diriwayatkan oleh Ja'far as-Sadiq Imam ke-6 Syi'ah.

Di dalam hadith ini Nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa sebaik-baik pimpinan adalah pimpinan Muhammad. Bagaimana pula "pimpinan Muhammad"?

Sudah tentu ianya adalah Sunnah baginda s.a.w. di mana Sunnah dan KitabNya menjadi sebaik-baik petunjuk bagi ummat supaya tidak tergelincir dari landasan yg benar.

Mengapa tiada langsung disebutkan pedoman Ahlul Bait atau pun Itrati?

Jika diteliti di dalam hadith-hadith yg sahih sebegini tiada pula disebutkan Ahlul Bait. Kalau pun ada, tiada dijelaskan siapa yg dimaksudkan dengan Ahlul Bait tersebut. Hanyalah Syi'ah yg menafsirkannya mengikut hawa nafsu mereka.

Oleh kerana hadith ini mengandungi saranan supaya ummat mengikut garis panduan Kitabullah (al-Quran) dan petunjuk Muhammad (sunnahnya) maka ini bererti ia sejajar dengan erti hadith thaqalain riwayat Malik dan sekaligus menjadi syahidnya!

KEEMPAT:


حدثنا محمد بن عبد الملك الواسطي قال ثنا يزيد بن هارون قال أنبأ ورقاء بن عمر عن عبد الله بن دينار عن ابن عمر رضي الله عنهما قال كنا إذا بايعنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بايعناه على كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم فيقول لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم  السمع والطاعة فيما استطعتم


Maksudnya: Ibnu Umar berkata: 揂pabila kami berbai`ah dengan Rasulullah s.a.w, kami berbai`ah atas Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Setelah berbai`ah Rasulullah s.a.w bersabda: 揇engar dan dalam batas kemampuan kamu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:30 AM | Show all posts
KELIMA:

وقال عليه الصلاة والسلام  ألا وإني أوتيت القرآن ومثله معه, ألا يوشك رجل شبعان على أريكته يقول:
عليكم بهذا القرآن فما وجدتم فيه من حلال فأحلوه
وما وجدتم فيه من حرام فحرموه, وإن ما حرم رسول الله كما حرم الله  "رواه أبو داوود والترمذي وابن ماجه وسنده صحيح


Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya telah diberikan kepadaku Al-Qur抋n dan yg seumpamanya bersamanya. Ketahuilah hampir tiba suatu masa di mana ada orang kenyang di atas sofanya. Dia akan berkata: 揔amu hendaklah berpegang dengan Al-Qur抋n. Halalkanlah apa-apa yg kamu dapati sebagai halal di dalamnya dan haramkanlah apa-apa yg kamu dapati sebagai haram di dalamnya. Padahal apa-apa yg Rasulullah s.a.w haramkan itu sama dengan apa yg diharamkan oleh Allah.

[Sunan Abi Daud Jld. 12 m/s 208, Sunan Tarmizi Jld. 9 m/s 268, Sunan Ibni Majah Jld. 1 m/s 15, Al-Baihaqi-As-Sunan Al-Kubra Jld. 9 m/s 331, Hakim-Al-Mustadrak Jld. 1 m/s 191, Sunan Daraqutni Jld. 4 m/s 286, Sunan Darimi Jld. 1 m/s 153]

Apakah yg dimaksudkan "yg seumpanya bersamanya" yg mana dikatakan apa yg Rasulullah haramkan itu sama dengan apa yg diharamkan Allah? Sudah tentu jawabnya ia adalah Sunnah baginda s.a.w.

Oleh kerana hadith ini menerangkan kepada kita bahawa 2 perkara ini iaitu al-Quran dan Sunnahnya yg menentukan halal dan haram dan segala hukum yg lain maka ia juga menepati riwayat Muwatta' Malik dan seterusnya menjadi syahid bagi hadith tersebut!

Ah, sebelum saya terlupa. Biasanya billionaire akan bertanya: "Tiada pun sebut Thaqalain?"

Ha! Ha! Ha!

Sekiranya anda berniat utk bertanya soalan itu lagi maka saya berkata: "Fahamkah anda apa itu erti syahid?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 03:31 AM | Show all posts
IMAM-IMAM SYI'AH TURUT MEMBERIKAN KESAKSIAN MEREKA TERHADAP THAQALAIN MALIK!

Sebentar tadi anda disajikan dengan lima (banyak lagi sebenarnya) syawahid berupa hadith-hadith yg terdapat di dalam kitab-kitab ASWJ. Kerana anda akan dihidangkan pula dengan riwayat-riwayat daripada Imam-Imam Maksum Syi'ah sendiri di dalam kitab mereka sendiri yg mana salah satunya adalah Nahjul Balaghah yg Syi'ah mendakwanya ibarat lagit dengan bumi berbanding Sahih Bukhari dan Muslim.

Biar kita teliti satu persatu.

PERTAMA:

(Ali berkata) Untuk memimpin kamu, kami bertanggungjawab mengikut Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Kami juga bertanggungjawab melaksanakan tuntutan Kitab Allah itu di samping menjulang Sunnah RasulNya.
[Nahjul Balaghah m/s 244, Ibnu Abil Hadid-Syarah Nahjul Balaghah Jld. 9 m/s 295]

-Imam agung Syi'ah sendiri telah menyatakan bahawa beliau pun mengikut Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Adakah kamu berani membelakanginya billionaire?

KEDUA:

(Jaafar As-Sadiq berkata) Segala perkara mestilah dikembalikan kepada Al-Kitab dan As-Sunnah dan setiap hadits yang tidak menepati Kitab Allah adalah palsu.
[Al-Kulaini - Al-Kafi, Jld. 1 m/s 69]

-Jaafar As-Sadiq yg sememangnya sadiq berpesan supaya dirujuk al-Quran dan as-Sunnah! Di mana Ahlul Bait?
Adakah kamu yg menambah-nambahkannya billionaire?

KETIGA:

(Ali berkata) Allah telah berfirman: 揓ika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah perkara itu kepada Allah dan RasulNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 04:15 AM | Show all posts
Nampaknya setelah kita mula mempertikaikan hadith riwayat Tarmizi, billionaire kini baru sedar bahawa Thaqalainnya sudah bermasalah. Dia sekarang sedang beralih pula kepada riwayat Nasa'i.

Dia tidak sedar bahawa dia sekarang sudah ibarat "Terlepas dari mulut buaya termasuk ke dalam mulut harimau!"

--------------------------------------

- Saya mungkin tidak akan online dua tiga hari ini kerana ada urusan mustahak ke luar negara.

Sekian,

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:18 PM | Show all posts

Reply #295 billionaire's post

Biar saya tambahkan buat anda: Al-Manawi dalam faidhul Qadir juga mensahihkannya, begitu juga Al Baghdadi.
Namun yang jelas ialah bagaimana mungkin hadis tersebut sahih jika dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk, mungkar al hadis dan tidak bisa dijadikan hujjah? Bandingkan dengan 1 hadis Tirmidzi sahaja yg semua perawinya thiqat sehingga dapat diangkat dengan syawahid.


[quote]Hanya org2 yang ingin segera mencari bahan menghukum akan memikirkan bahawa jika saya menyetujuinya pada satu pendapat maka saya harus juga sentiasa menyetujui beliau pada semua pendapatnya yang lain. Sekaipun Albani benar apabila mensahihkan hadis2 Tsaqalain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 05:20 PM | Show all posts
Al-Kalbi tidak termasuk perawi hadis di atas! Athiyyah dituduh melakukan tadlis atas nama Abu Sa'id. NAMUN TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN KEPALSUANNYA KERANA YANG MENGATAKAN ATHIYYAH MELAKUKAN TADLIS ADALAH AL-KALBI SENDIRI!!!

Ulama-ulama sudah bersuara. Mereka telah menegaskan bahawa Athiyyah menipu orang ramai atas nama Abu Said al-Khudri, padahal itu ialah al-Kalbi dan beliau sendiri telah mengesahkan perkara ini. Habis cerita. Kalau ya pun Athiyyah tak menipu, hadis itu tetap dhaif kerana dia tu sendiri seorang Syiah. Awak terpekik-terlolong kata sahih pun tak guna. Simpan saja suara awak.

Namun Triple mengatakannya MAUDHU dengan melihat hanya dari satu jalan!!!

Tak maudhu' macam mana, al-Kalbi tu sampai tergamak tulis sebuah kitab tafsir dia sendiri lepas tu letakkan atas nama Ibnu Abbas untuk menipu orang, kononnya itu Tafsir Ibnu Abbas. Kalau ada riwayat daripada pembohong kronik macam ni, memang maudhu' lah namanya.

[quote]3. Abu Hurairah -al Haythami, Kashfal-Astar 'an Zawa'id Musnad al-Bazzar, tahqiq Habib Ar Rahman Al-Azhmi, Mu抋ssasah Risalah & Majma
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:21 PM | Show all posts
Yang penting kita telah membuktikanbahawa hadis tersebut sahih!

Aku pun kesian jugak dengan awak sebenarnya. Baiklah, kalau ia sahih sekalipun, mana dia sebut Imam 12? Dia sebut Ahlul Bait saja, tak jelas siapa-siapa. Untuk menjelaskan ianya adalah Imam 12 bukan orang lain seperti Aisyah dan Hafsah, awak terpaksa bawa hadis awak sendiri jugak. Tak selesai dengan yang tu saja. Kata pendek, "Kalau betullah ia sahih sekali pun, tak jelas jugak maksudnya ialah Imam 12. Syiah tak boleh pakai jugak akhirnya."

Tapi yang pelik bin ajaibnya, pasai pa Nabi tak boleh sebut perkataan semudah Imam 12, sampai terpaksa sebut Ahlul Bait secara berselindung-selindung? Nak jadi akidah ni, kena jelas, tak boleh samar-samar macam ni. Benda sepenting ini, apakah sebabnya Nabi tak boleh sebut dengan jelas sampai boleh menyesatkan orang ramai? Ini sebenarnya adalah satu penghinaan yang dahsyat terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kalau hadis ini diterima sahih jugak, maknanya Nabi tidak menyampaikan apa yang dia sepatutnya sampaikan dengan sempurna, sepatutnya dia sebut Imam 12, tapi dia sebut sebagai Ahlul Bait saja sampai boleh mengelirukan orang. Itulah akibatnya kalau ia diterima sahih tuan-tuan dan buan-buannn...

Ia juga disahihkan oleh Adz-Dzahabi dalam Talkhisnya.

Iye ke? Ta'liq Dzahabi dalam Talkhis: Imam Dzahabi hanya berdiam diri saja tentangnya.

(al-Mustadrak ala as-Sahihain oleh Hakim bersama Ta'liq oleh Dzahabi dalam Talkhis, j. 3, m/s 118)

Lu mau kelentong sapa?

Ibnu Katsir menyatakan: "Diriwayatkan Al-Nasai dalam Sunannya, Syeikhuna Abu Abdillah Dzahabi berkata Hadis ini sahih." (Tarikh5/206)

Yang ni mungkin betul, tapi kita tak tengok lagi sanadnya. Jangan lupa, kita ada kaedah, awak sendiri pun guna. Kita tak boleh bergantung dengan tashih orang itu-ini semata-mata, bukankah awak pun macam tu jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:28 PM | Show all posts
Muttaqi Hindi mentakhrijkan hadis ini dari Muhmmad AlTabari, Ibnu Abi 慉sim, Al-Mahamali. Al Mahamali mensahihkannya.
Al-Hakim meriwayataknnya melalui 3 jalan dariAbu Awanah dari Sulaiman Al A抦asy yang berkata telah mendengar dariHabib bin Abi Tsabit dari Abu Thufail dari Zaid bin Arqam r.a. Danmensahihkannya dengan syarat Bukhari Muslim tetapi  tidakmengeluarkannya secara lengkap. Ia juga disahihkan oleh Adz-Dzahabidalam Talkhisnya.
Hadis ini diriwayatkan juga oleh An- Nasai dalam Sunan Al-Kubradari Zaid bin Arqam:

عن محمد بن المثنى عن يحيى بن حماد عن أبي معاوية عن الأعمش عن حبيب بن أبي ثابت عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال : لمّا رجع رسول من حجة الوداع ونزل غدير خم ، أمر بدوحاتٍ فقممن ثم قال : كأني قد دعيتفأجبت ، إني قد تركت فيكم الثقلين كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيفتخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا عليَّ الحوض ، ثم قال : الله مولايوانا ولي كلّ مؤمن ، ثم أخذ بيد علي فقال : من كنت مولاه فهذا وليّه ، اللهم والمن والاه وعاد من عاداه . فقلت لزيد : سمعته من رسول الله ؟ فقال : ما كان فيالدوحات أحد الاّ رآه بعينيه وسمعه بأذنيه .



Ibnu Katsir menyatakan: "Diriwayatkan Al-Nasai dalam Sunannya, Syeikhuna Abu Abdillah Dzahabi berkata Hadis ini sahih." (Tarikh5/206)

Sekarang dia nak lari ke dalam kitab lain pulak dahhh... KITA KEJAR DIAAA ~ !!!

Kenal tak tiga Abdul nih?

1. Abu Muawiyah
2. A'masy
3. Habib bin Abi Tsabit

Takkan tak kenal kut...

Janganlah malu-malu, saya doktor lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:14 PM | Show all posts
salam
maaf kerana banyak hal penting perlu diselesaikan. Barukelmarin dapat check, dan baru semalam menjawab. Tengoklah insya Allah,kalau free malam2 karang saya akan jawab. Dan saya pun berhasrat naktengok tuan Tabib Triple mengejar saya dengan motor buruknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.319754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list