Khir Rahman
Pelakon dan pengarah, Khir Rahman berkata, arwah bapanya, Datuk A Rahman Hassan selalu mengingatkan dia dan adiknya supaya menjaga adab serta nilai kesopanan dalam menjalani kehidupan harian. Khir berkata, itu antara amanat yang sering diluahkan arwah, bukan hanya kepada darah dagingnya, malah pesanan serupa turut disampaikan kepada mereka yang rapat dengannya.
"Ayah seorang yang tenang dan tidak pernah meninggikan suara. Arwah juga mementingkan kekemasan dan sangat disenangi orang lain kerana sikapnya itu. Peribadinya itu menjadi contoh kepada kami,” kata bintang filem Rock itu.
|