|
ayo boycott so what gitu loh.....emang indonesia bangkrut kalo diboikot |
|
|
|
|
|
|
|
yo boycott so what gitu loh.....emang indonesia bangkrut kalo diboikot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# mallcop
BOOOOOOOOOOOOOOOOOOO INDON!!!! Ayam Malaysia menang agregat 4-2 ke atas Indonesia seketika tadi. Tahniah buat Malaysia! MALAYSIA BOLEH! |
|
|
|
|
|
|
|
wat pe nak boykot,,,,takyah aa tiru mentaliti media diorg tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Amar dakwa disepak penyokong Indonesia selepas juarai Piala Suzuki
2011/01/03
AMAR (lima dari kiri) memotong kek sempena majlis kesyukuran di pekarangan rumahnya di Taman Emas, Bukti Keteri, Kangar, kelmarin.
KANGAR: Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Amar Rozidan, 23, mendakwa terkejut dengan tindakan seorang penyokong Indonesia yang menyepaknya sejurus pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.
Amar berkata, selain menyepak, penyokong itu turut melontar beberapa objek keras, termasuk pemetik api ke arah pemain negara ketika menuju pekarangan hotel selepas perlawanan itu walaupun dikawal ketat anggota keselamatan Indonesia.
Katanya, puluhan penyokong Indonesia bertindak demikian kerana gagal menerima kekalahan kepada Malaysia dan berkumpul di pekarangan hotel itu untuk menunggu kepulangan pemain Malaysia dari Stadium Gelora Bung Karno.
“Secara tiba-tiba seorang penyokong Indonesia menyepak paha saya dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana keadaan ketika itu agak tegang, manakala pasukan keselamatan mengarahkan kami segera memasuki hotel bagi mengelak perkara lebih buruk.
“Walaupun terkejut dan takut, insiden itu menjadi pengalaman menarik menutup kalendar 2010 serta sepanjang empat tahun saya bersama bersama Skuad Harimau Malaya,” kata Amar, satu-satunya anak jati Perlis yang menyarung jersi kebangsaan ketika ditemui di rumahnya di Taman Emas, Bukit Keteri, petang kelmarin.
Terdahulu, keluarganya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Emas mengadakan kenduri kesyukuran bagi menyambut kepulangan Amar yang dianggap wira serta mengharumkan nama Perlis.
Lebih 200 tetamu hadir pada majlis itu. Bapanya, Rozidan Rashid, 51, dan ibunya, Che Ah Mad Isa, 51, sibuk melayan tetamu pada majlis berkenaan.
Amar yang 15 kali beraksi pada peringkat antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya, kini bersiap sedia untuk menyarung jersi Kedah bagi menghadapi kejohanan Piala Malaysia 2011 selepas beberapa tahun bersama skuad Perlis.
Anak ketiga daripada empat beradik yang semuanya lelaki, baru mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Farhana Ahmad, 23, seorang jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Mereka dijangka melangsungkan perkahwinan, Mac depan.
Sementara itu, Rozidan yang bertugas sebagai Penyelia Teknik di TM Malaysia di sini pula membotakkan kepala sebagai menunaikan nazar selepas skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|