Post Last Edit by khyree at 8-12-2010 12:29
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan karier seninya, pada Disember ini, Siti akan membuat rakaman single untuk album terbaru. Antara komposer yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Aizat dan Yuna juga Siti ada buat permintaan untuk mencipta lagu.
“Saya sudah tidak sabar untuk masuk studio dan memulakan rakaman,” kata Siti sudah memiliki 14 album solo.
DARI FB SITI NURHALIZA - Persediaan untuk sesuatu yang baru? Sepanjang minggu ini Siti mendengar beberapa lagu, kebanyakannya diberikan oleh komposer baru. Siti akan mencari melodi yang sesuai untuk single terbaru, doakan agar segalanya lancar.....pening juga sebenarnya kerana selama 15 tahun, macam2 lagu, konsep yang Siti bawakan, kita buat lain sikit ye kali ni.
|