CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sekngucing

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

  [Copy link]
Post time 21-3-2012 08:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 21-3-2012 20:45

Ada 3 benda nak tanya.

1. Masa di pantai, Adil jumpa Ilham. Ilham kata itu tanah mak dia. Tiba2, Adil lari ke rumah pok eng dan dia bertanya dia anak sapa? Apa yg membuatkan Adil berfikir mcm tu?

2. Tengkorak tu dipindah ke paya pd waktu malam oleh Gasi dan sorang lagi pesuruh Bakar. Adakah di pindah ke tanah kubur yang di tanam bersimpang siur tu? (masa Ilham dan Jing pegi pada waktu siang tu). Atau paya tu dan tanah kubur baru adalah tempat berbeza? konpius sikit.
3. Apa sebab pertandingan terakhir di kapal2 tu dibuat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 10:44 PM | Show all posts
1. Masa di pantai, Adil jumpa Ilham. Ilham kata itu tanah mak dia. Tiba2, Adil lari ke rumah pok eng dan dia bertanya dia anak sapa? Apa yg membuatkan Adil berfikir mcm tu?

2. Tengkorak tu dipindah ke paya pd waktu malam oleh Gasi dan sorang lagi pesuruh Bakar. Adakah di pindah ke tanah kubur yang di tanam bersimpang siur tu? (masa Ilham dan Jing pegi pada waktu siang tu). Atau paya tu dan tanah kubur baru adalah tempat berbeza? konpius sikit.
3. Apa sebab pertandingan terakhir di kapal2 tu dibuat?
takeshi_anwar Post at 21-3-2012 20:22


1. sebabnya pok eng bagitau kt adil yg dia nk bg tanah kt pantai tu pada adil..jadi wujudlah persoalan jika tanah itu milik mek yah kenapa pok eng nk serah kan tanah itu pada adil.
2.mungkin.yang nyata kubur yg lagi satu itu adalah tapak pemindahan kubur dari tanah pantai.
3.mgkin sebahagian setup jolok untuk membunuh adil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 11:12 PM | Show all posts
1. sebabnya pok eng bagitau kt adil yg dia nk bg tanah kt pantai tu pada adil..jadi wujudlah per ...
saudagar_mimpi Post at 21-3-2012 22:44


Thanks jawapannya.


bagi no 2 tu mungkin xnak lalu jalan darat supaya xnak org tahu, atau lalu paya lagi dekat kot ;)
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syik_Gojet at 22-3-2012 03:06
Ada 3 benda nak tanya.

1. Masa di pantai, Adil jumpa Ilham. Ilham kata itu tanah mak dia. Tiba2,  ...
takeshi_anwar Post at 21-3-2012 20:22



   kalau ikut fahaman aku la so no 2 tu kubur baru y Ilham n Jing pergi tu sebenarnya hanya boneka semata2.. takde mayat pun kt situ.. itu y batu nisan bercampur2..seolah bakar menipu org kpg y kekonan  kubur lama dah dipindah ke tapak baru..hakikatnya lain jadinya.. ada babak Ilham korek tanah kt situ sampai byk lubang dia buat..tapi satu mayat pun takde...

bila Ilham skodeng baru nampak y saki baki mayat di kubur lama di pindahkan ke dlm paya... pencacai 2 ketul tu main campak2 jer dlm paya y ada hutan lalang tu..dorg tak tanam kan mayat tu dgn cara y elok...  


kalau perasan, ada babak Adil time dilarikan oleh kwn baik dia masa nak balik kpg Bonuhan... dorg lalu paya hutan lalang tu..tetiba ada Mek Yah panggil dia.. sampai dia terpisah dgn kwn dia kejab kan.. sbb mayat Mek Yah ada dlm hutan tu sebenarnya..roh dia tak aman..merayau2 di situ.. (pd pandangan aku la..org lain aku tak tau la..haha)
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 09:01 AM | Show all posts
kalau ikut fahaman aku la so no 2 tu kubur baru y Ilham n Jing pergi tu sebenarnya hanya bo ...
Syik_Gojet Post at 22-3-2012 03:04


Ada betulnya jugak jawapan no 2 kau ni. kubur baru tu hanya boneka semata2... yes.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:05 PM | Show all posts
Kalau filem yang biasa biasa.. kita dah disuapkan sebab dan musabab apa yang berlaku dan akan berlak ...
ceasefire Post at 21-3-2012 14:37


betul ke Deng bunuh Ilham disbbkan Jolok..? tak perasan plak part ni atau saya tak dpt recall...saya ingatkan tuntutan keje semata2...sbb tu Deng pun turut Ilham dr seberang & skodeng Ilham dr jauh nak tgk Ilham buat keje ke tak...'ko tak buat keje maka ko la jd galang gantinya..' gitu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 05:11 PM | Show all posts
Reply 287# forselab
Memang Deng datang nak tgk ilham.. tapi rasanya tak de niat nak bunuh ilham cuma nak tgk progress kerja ilham.. tapi kan ada satu scene kat kedai kopi jolok cakap, susah deng nak buat 2 kerja, jolok cakap dia dengar2 boss deng hantar orang lain nak settlekan kerja deng, pada hal tak da pun. Tu yang bakar cakap deng ni pandai politik. Deng terpaksa settlekan ilham, jolok settlekan adil. sebelum kena bunuh pun deng tanya lagi ilham, macammana dengan adil, ilham cakap biarkan. so tu yg deng terpaksa habiskan ilham. kalau ikut logik. kalau deng bunuh adil, mesti ilham cari deng.
Yang alih kubur tu.. betul la, 2 con tu nak buat kerja senang, kalau ikut dia kena gali balik kubur baru utk setiap mayat. Tapi dia pgi campak je kat paya, pas tu nisan tue main pacak je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 05:21 PM | Show all posts
ooh...ada scene kedai kopi Jolok berdialog dgn Deng yek..? my bad sbb tak dpt recall...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 11:18 PM | Show all posts
kalau ikut fahaman aku la so no 2 tu kubur baru y Ilham n Jing pergi tu sebenarnya hanya bo ...
Syik_Gojet Post at 22-3-2012 03:04



aku rasa jawapan ini lebih tepat dari yg aku punya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:56 AM | Show all posts
aku rasa pun sama jawapan ngan Syik Gojet jugak..siorang buang dalam paya. Yang pasal Deng bunuh Ilham tu aku rasa mmg Deng kena bunuh Ilham sebab tuntutan keje. Kalau tak salah aku la.. sebab Ilham tak settlekan Adil. And Ilham pun tau Deng akan kena bunuh dia ..sebab dia pun pembunuh upahan so dia tau la sistem mcm mana.. sebab tu masa diorang jalan2 tu Ilham ada bagi senjata dia kat Deng.. As if mcm dia tau Deng akan bunuh dia..Deng ada kata kan senjata tu kecik,,tapi Ilham kata tapi tajam.. so bagi aku mmg Ilham dah tau..kalau tak takkan dia biar je Deng tikam dia..mesti fight dulu...ni pendapat aku laa..kira mmg dia berkorban utk adik dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:06 PM | Show all posts
waah...semakin hebat diskusi ilmiah kat thread ni...aku harap dapat balik cepat utk nonton Bunohan skali lagi....btw, mmg kubur satu lagi dummy je n rerangka dari pantai dibuang ke paya.....tapi aku tak terfikir pulak sbb tu berkait dgn mekyah yg slalu muncul di paya...interesting juga padangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 08:13 PM | Show all posts
kalau perasan, ada babak Adil time dilarikan oleh kwn baik dia masa nak balik kpg Bonuhan... dorg lalu paya hutan lalang tu..tetiba ada Mek Yah panggil dia.. sampai dia terpisah dgn kwn dia kejab kan.. sbb mayat Mek Yah ada dlm hutan tu sebenarnya..roh dia tak aman..merayau2 di situ.. (pd pandangan aku la..org lain aku tak tau la..haha)
Syik_Gojet Post at 22-3-2012 03:04




thanks.... baru aku nampak rasional roh mekyeh ade kt paya tuh..... hehehhe


tak terpikir pon sebelum ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 11:52 PM | Show all posts
thanks.... baru aku nampak rasional roh mekyeh ade kt paya tuh..... hehehhe


tak terpiki ...
True-X Post at 23-3-2012 20:13



   hehe..sbb aku perasan ada 1 babak tu dlm hutan lalang tu.. Mek Yah paling belakang..muka dia menggerutu kt pipi..
bila baca sini, korg kata dia buaya jadian..baru aku faham nape muka dia jadi camtu..

tapi aku sampai skrg tak faham, part Ilham dok bawah rumah..ada bunyi org dok mengesek...sapa y dok buat projek tu? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:30 AM | Show all posts
hehe..sbb aku perasan ada 1 babak tu dlm hutan lalang tu.. Mek Yah paling belakang..muka di ...
Syik_Gojet Post at 23-3-2012 23:52


menurut kata penonton yg berdiskusi, itu rumah Jing. Jing yg projek. Katanya ada keter dia kat rumah tu. Aku pun x perasan keter tu. kena tengok balik....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 03:19 AM | Show all posts
menurut kata penonton yg berdiskusi, itu rumah Jing. Jing yg projek. Katanya ada keter dia kat r ...
takeshi_anwar Post at 24-3-2012 00:30

Jing ngesek tak sedo ada orang bawah umah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 11:47 AM | Show all posts
eh bukan ke itu umah pok eng??kete jing tuh mungkin ilham yg bawak  nak amik barang-barang atau tengok  barang2. lupa lak sbb sekali jer tengok.ceh ...diskusi berilmiah lah sgt kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by ronin at 24-3-2012 17:21

Dah tgk...pukul 11 pm malam tadi.....keseluruhan below my expectation sebab bila baca post2 kat sini sebelumnya I expected more from the film.....

1. Faizal Hussein walaupun lakonan dia cemerlang tapi dlm ruang atau skop yg kecil dan wataknya tidak meninggalkan kesan mendalam di dalam hati....so untuk menang pelakon terbaik tu mungkin payah lah. Ini mungkin disebabkan wataknya tidak dibantu oleh jalan cerita yg boleh memberi depth kpd lakonan nya.

2. Pengarah seolah-olah mengambil jalan shot-cut spt kebanyakkan pengarah2 Melayu dgn mematikan watak Ilham walaupun sebenarnya Ilham masih ada unfinished mission yg perlu dilaksanakan iaitu soal tanah yg menjadi pertikaian dgn Bakar dan adalah tidak menasabah dia merelakan dirinya dikorbankan untuk menyelamatkan adiknya Adil. Sebenarnya dia boleh memilih untuk hidup disamping menyelamatkan Adil sebab sebagai seorang hired killer dia boleh mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan memusnahkan musuh2nya. Dia tidak pernah ada pressure untuk menamatkan riwayatnya dgn begitu mudah.

3 Aku letakkan filem ini sebagai filem Melayu yg ada kualiti berbanding dgn filem2 Melayu yg lain tapi bukan pada tahap excellent. Selepas 17 jam aku menonton nya tidak byk perkara dlm filem tu yg menjadi kenangan kpd aku berbanding dgn filem Cinta arahan Khabir Bhatia dulu. Overall ialah 3.5/5 bintang.

4 Percubaan Dain sebagai penulis dan pengarah  boleh dipuji untuk menghasilkan satu filem yg  ada unsur seni....kelemahan ialah jalan cerita yg sedikit kurang mantap.
5. Bila aku baca post2 ada orang yg nak tgk sampai 2 kali tu aku sedikit heran begitu tinggi korang angkat filem ini tentang nilai2 abstraknya dan perlu ditonton sekali lagi untuk memahaminya. Anyway itu bergantung kpd penilaian masing2....bagi aku filem ini adalah mudah untuk difahami...Dari segi nilai komersial, filem ini tidak akan ada tarikkan kpd golongan muda yg dah terbiasa disogokkan dgn filem2 aksi, seram, cinta atau mistik.

6. Aku mmg rekemen cerita ini kpd sesiapa yg belum menonton nya. Sebabnya dari banyak2 filem Melayu yg ditayangkan tahun ini, so far Bunohan yg terbaik. Aku mmg susah nak bagi rating tinggi sebab expectation aku tinggi. But still, it is a film worth watching.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by ella. at 25-3-2012 09:56

salam.. akhirnye berjaya jugak el tengok citer nih semalam, buat marathon ngan hunger game. tengok hunger game pastuh terus tengok bunohan lepas tunaikan panggilan alam.. el bagi markah lagi tinggi untuk bunohan.. tahniah..

neway citer nih telah meninggalkan kesan yg mendalam dalam jiwa el sebab ia adalah realiti sebenar kehidupan. bagaimana duit menguasai dunia nih sampai sanggup bunuh adik beradik dan appa. tp realiti juga bile orang yg kejam masih lagi boleh ditundukkan oleh rase kasih pada keluarga.

neway tertanya2 aidil diselamatkan kat siam tuh adalah rancangan bakar kan? dia upah muski kuda hitam tu. so ape tujuan dia? kan bagos biar dia mati jek senang sket nak dapat tanah. kat sini pun el dah rase sedih2 sangat camana orang yg kite percaya seolah2 idup semati ngan kite sebenarnye hanya bermotifkan duit jek.. tp mak muski tu sakit kan..

pasal ilham pilih untuk mati walaupun tanpa pressure rasenye sebab dia dah penat ngan keje dia. teringat dialog dia kat adil tepi pantai tu kate 'aku (kije) bunuh orang..' ngan nada yg sangat berat seolah2 dia dah penat buat keje tu. dapat pulang ke kampung halaman setelah 20+ tahun dan lepas rindu kat arwah mama mungkin buatkan dia rase dia dah pulang ke tempat where he belongs to.. mungkin dia boleh lari tanpa laksanakan tugas tu, tp peristiwa pulang ke kampung time tu seolah2 buatkan dia dah jumpe ape yg dia cari selama nih, so in the end he decides to stay.. uhuh walaupun asalnye dia takde hal nak bunuh darah daging dia mengenangkan kesengsaraan yg penah beliau lalui, tp sebaik saje tahu yg adil lebih sengsara dari dia hidup sebagai anak haram dsb yg mula lembutkan hati dia.. wallahualam..

neway el rase citer nih kalo panjang lagi kan besh.. teringin nak tengok kesah2 mase diorang kecik dulu. mesti lebih feel kalo dapat tau nape 3 beradik tu jadik gitu..

uhhuh ade citer tak nape appa dia bercerai berai? dan nape masih romen walaupun dah cerai? pastuh sape pokwah sebenarnye bagi ketiga2 beradik tu? el terlambat masuk panggung la.. takut termiss something..

neway first class la lakonan faizal hussein..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 10:01 AM | Show all posts
neway el nak langgan citer nih kat astro first la.. tak penah2 langgan pun. saje nak hargai keindahan cinematography dia tuh.. besh la.. adegan tepi pantai tu mengimbau kenangan el dok kat batu rakit mase kecik2 dulu.. yg view bot2 nelayan tu pulak mengimbau kenangan el mase dok tanjung lumpur dolu2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:26 PM | Show all posts
neway tertanya2 aidil diselamatkan kat siam tuh adalah rancangan bakar kan? dia upah muski kuda hitam tu. so ape tujuan dia? kan bagos biar dia mati jek senang sket nak dapat tanah.
ella. Post at 25-3-2012 09:53 AM



   yep, aku pun rasa itu memang antara rancangan Bakar...masa Pok Eng mintak Bakar cari Adil tu, Bakar sbenrnya dah tau kat mana si Adil...tapi tak sure pulak apa rancangan sbnar dia menyelamatkan si Adil tu? Kena tengok balik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.092689 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list