CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 16-7-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh gak kalau dari pekan tg malim.. 30mins
Kenapa p situ? Makan steak rusa ke sebelum bunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 08:49 PM | Show all posts
katalah situasinya .. polis memang ada hubungan dgn mangsa (keep in mind that ada report kata kawan-kawan kata polis tu tak ada hubungan)

Now, jika ada hubungan, kenapa polis tu jumpa mangsa semasa bekerja?

Kenapa bukan selepas kerja... kenapa polis bawa mangsa lari semasa bekerja sedangkan secara normal mereka sepatutnya boleh bincang, selepas kerja. Ini melarikan seseorang yang dia dakwa kekasih lari dari kerja.... adalah sesuatu yang sangat-sangat weird.

Tindakannya diluar dari manusia normal, kerana akan menyebabkan mangsa yang sedang bekerja akan dicari oleh bos dan rakan sekerja yang lain. Inilah yang berlaku bila bos dia sendir yang report...

Samada kena ugut, atau kena reject... melarikan seseorang semasa bekerja adalah bukan dengan niat yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Duriand24 replied at 16-7-2024 06:42 PM
Chuolssss berita terbaru arwah ni cunning jugak orangnya. Bertebaran di fb tadi yg dia sebenarnya ta ...

Polis jahanam pembunuh tu yg bgtau ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape ade ss fb "kakak" mana tah komen kata mangsa lemas...dr haritu lg komen kakak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 16-7-2024 08:40 PM
Apa pun kisah hubungan polis itu dengan mangsa, lelaki itu bersalah kerana telah membunuh. Ini jika  ...

suspek boleh menipu tp siasatan polis insyaa Allah telus for this case i think. Silap2 semua whatsapp cintan cintun akan tersebar in no time.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 08:52 PM | Show all posts
“Jangan tambah kesedihan kami” - Abang dedah sikap, kebaikan Farah Kartini... Selalu bantu famili, tak suka kongsi masalah

Selasa, 16 Julai 2024 8:00 PM

Oleh: MSTAR



Abang Nur Farah Kartini, Mohd Farriza (kanan) amat terkesan dengan pemergian adiknya.


"HORMATI perasaan kami sekeluarga."

Demikian kata abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farriza Azmi, 28.

Mohd Farriza berkata, pemergian adiknya yang mesra dengan panggilan Farah cukup memberi kesan mendalam buat seluruh keluarganya.

Sehubungan itu, dia berharap agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang perkara yang belum sahih susulan kematian adiknya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

"Kami mohon semua termasuk masyarakat supaya menghormati perasaan kami. Sekarang ni kami sedang bersedih dengan pemergian adik, jangan ditambah lagi kesedihan kami dengan perkara yang belum sahih.

"Saya sebagai abang juga meminta netizen-netizen untuk turut menghentikan sebarang spekulasi atau berkata yang tidak baik mengenai adik saya," katanya ketika dihubungi mStar.



Nur Farah Kartini merupakan bekas pelajar UPSI.

Mengakui tidak mengetahui hubungan adiknya bersama suspek, Mohd Farriza turut menafikan dakwaan dia ke lokasi penemuan mayat adiknya.

"Saya tak kenal suspek. Saya juga tidak ke lokasi kejadian, itu (dakwaan) menipu. Saya seorang saja abang dia yang berada di Kuala Lumpur, yang lain di Sarawak," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Farriza dengan sebak menyifatkan adik perempuannya itu sebagai seorang ceria dan baik dengan keluarga serta abang-abangnya.

"Farah seorang yang baik, ceria dan happy-go-lucky. Kali terakhir kami berhubung beberapa hari sebelum dia hilang.

"Dia ada hantar WhatsApp tanya khabar. Dia seorang adik yang baik, suka tolong abang-abang, seperti saya dia akan tolong kalau ada masalah seperti kewangan.

"Dia akan cepat tolong dan tak pernah berkira. Tapi dia tak selalu cerita atau masalah dia, adik lebih suka berahsia dan pendam," katanya.


ARTIKEL BERKAITAN: Posting terakhir Nur Farah Kartini ‘road to convo’ bikin sebak, keputusan cemerlang 4 flat - “Bakal guru hebat tak sempat nak berbakti”

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Lans Koperal suspek kes bunuh Nur Farah Kartini, bertugas di Perak


Mengulas lanjut, kata Mohd Farriza, mereka sepatutnya pulang ke kampung di Miri, Sarawak pada minggu depan.

"Dia nak ikut saya balik kampung pada 25 Julai ni, kami dah beli tiket penerbangan lebih awal. Saya dah pun belikan tiket penerbangan untuk dia," katanya.

Setakat ini katanya, keluarga belum menetapkan keputusan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke Miri untuk dikebumikan.



Polis mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini adalah seorang anggota PDRM.

Terdahulu, misteri kehilangan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terjawab apabila mayat ditemukan dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin.

Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu disyaki dibunuh individu yang dikenalinya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, teman lelaki mangsa yang juga anggota polis berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.mstar.com.my/lokal/s ... suka-kongsi-masalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2024 08:54 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Keputusan bedah siasat 'Pending Laboratory Investigation'

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



ANGGOTA forensik Polis Diraja Malaysia ketika hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan itu diperoleh selepas proses bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Forensik HSB selama lebih dua jam, bermula pada 3 petang sehingga 5.30 petang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan memohon mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Media semalam melaporkan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Disiarkan pada: July 16, 2024 @ 8:43pm


https://www.hmetro.com.my/amp/mu ... -pending-laboratory
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 08:57 PM | Show all posts
UTAMA

Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai, keluarga dilihat hiba

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



SUASANA sebak ahli keluarga di hadapan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh ketika menunggu hasil bedah siasat mayat Nur Farah Kartini hari ini. FOTO Bernama


Sungai Buloh: Proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, selesai pada 6.10 petang tadi.

Lebih 10 ahli keluarga berkumpul di ruang menunggu Jabatan Forensik HSB sejak awal pagi tadi sehingga proses bedah siasat itu selesai.

Difahamkan, proses bedah siasat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dimulakan sekitar 2 petang tadi sebaik pegawai penyiasat kes tiba di HSB.

Pada 5.45 petang, kelihatan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, serta seorang ahli keluarga dipanggil masuk ke bilik mayat.


Tidak lama kemudian, mereka berdua dilihat keluar dari situ dan suasana di tempat menunggu hospital itu bertukar hiba apabila mereka dilihat sebak dan menitiskan air mata sehingga anggota keluarga lain turut berasa hiba.

Kira-kira 6.30 petang tadi, semua ahli keluarga dilihat mula beredar dari Jabatan Forensik dan beberapa ahli keluarga yang dihampiri media enggan ditemu bual.

Harian Metro semalam melaporkan graduan UPSI yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Disiarkan pada: July 16, 2024 @ 7:37pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... luarga-dilihat-hiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 16-7-2024 08:49 PM
katalah situasinya .. polis memang ada hubungan dgn mangsa (keep in mind that ada report kata kawan- ...

Kau igt polis ni kerjaaa ikut office pejabatt keee kaakkk oii...9 sampai 6 dan kerja weekdayyyy...No!!
Polis ni dia kerja ikut gilirran llaaa..kita cuti sabtu ahad...diorng cuti mungkin dlm seminggu tu cuti hari isnin ke...selasa ke...rabu ke...so.jadinyaa si suspek dalm cuti laaa rsee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 09:03 PM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 16-7-2024 08:59 PM
Kau igt polis ni kerjaaa ikut office pejabatt keee kaakkk oii...9 sampai 6 dan kerja weekdayyyy... ...

Yg iolss paham plywood tulis tu maksudnya si mangsa dilarikan pada hari dia bekerja.. Wicis very very the stupid for polis tu sbb buat jenayah pada hari mangsa sedang bekerja.. Banyak saksi dan timeline pun senang nak trace
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:20 PM | Show all posts
Wow anak bongsu perempuan tunggal dari tujuh beradik
Kalau ikut ni, di pandangan mata aiol arwah ni kira gedik light2 la
Selalunya jauuhh lebih menggelitis kalau dah abang bersusun kat atas
Tak pun jauh lagi ganas sebab dok berwrestling sama deme

Ai bongsu perempuan dua beradik
Dengan orang rapat ai manjahhh macam kucing gelenyar
Dengan orang tak kenal ai muka samseng nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 16-7-2024 05:31 PM
Patutlah kat group movie tu asal ada pilem si minah sydney org lelaki komen wajib tgk
Dia ni muka  ...

Uols layan ke movie tu gila aih mmg exploit si sydney tu habis2an kot. Mcm soft porn pun ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Duriand24 replied at 16-7-2024 08:37 PM
Td iols baca forensik dah dedahkan perbualan ehatsapp cintan cintun mereka. Dedahkan kat mana tida ...

Mannna uols baca??? Share sket kat mana bce watsup tu..
Iols pon nyammpahhh dgn kengkawann mangsa
Siap cakap lagi sheols prmpuan yg baikkk dan tidak pernah ada teman lelaki..puihhh
Nak menipu agak2 ler yer
Iols tgok video pon dah leh nilai karektor mangsa tu camnaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah siasat selesai jam 6.10 petang tadi baca berita
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kira-kira jam 5.45 petang tadi, kelihatan dua lelaki membabitkan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, dan seorang lagi ahli keluarga dipanggil masuk ke bilik mayat.

Tidak lama kemudian, mereka dilihat keluar dari bilik mayat dan suasana di tempat menunggu bertukar hiba apabila kedua-duanya dilihat sebak serta menitiskan air mata sehingga ahli keluarga lain turut hiba."

Ni dari berita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
"Proses bedah siasat ke atas mayat graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu bermula sekitar jam 2 petang sebaik saja pegawai penyiasat kes tiba di HSB, dan selesai kira-kira jam 6.10 petang tadi."
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah untuk keluarga arwah. Cantik budak ni, lepas universiti pulak. Penat lelah belajar ibubapa korban wang ringgit, pengakhiran dibunuh. Kita yg tak kenal pun rasa sedih. Moga ada keadilan untuk arwah dan pembunuh dihukum maksimum. Makin menjadi2 kes macam ni. Apa nak jadi la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 16-7-2024 08:10 PM
Yg ni sumbernya dr mana..takut takleh dipercayai jah


Betul....Macam2 spekulasi. Kesianlah kat arwah dan familynya. Tak ada siapa boleh stand utk mereka waktu2 macam ni. Spekulasi bertebaran hingga menutup kejahatan si pembunuh. Budak sekarang berkawan biasa pun boleh naik kereta sama2. Sebab kenal atau trust...bukan macam budak2 zaman 80an. Tunggu lah sampai perbicaraan baru boleh nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:22 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 16-7-2024 08:59 PM
Kau igt polis ni kerjaaa ikut office pejabatt keee kaakkk oii...9 sampai 6 dan kerja weekdayyyy... ...

Salah faham ni... masa bekerja polis tidak penting tetapi masa bekerja mangsa. Kan lepas mangsa dilarikan, bos dia yang mulai cari. Pointnya hal peribadi tu settel lah diluar masa bekerja...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.111673 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list