peah311 posted on 28-10-2013 11:57 AM
kat uitm die ngajo apa? uthm bukan bnyk sgt choice course die..huhu.
iols tak pasti sgt lah. tapi merbok dorang panggil sir habib
tak silap iols dlm porem ni ada poremer bagitau sir habib ngajor subjek BEL
BEL tu subjek bahasa inggeris. tapi tak tau lah
Dadadi posted on 28-10-2013 11:55 AM
kalau dia xkeje cmne dia sara keluarga?
ke mmg kaya laki dia
dia kan tolong bisnes diana amir,bini dia. sambil2 sambung phd, lepas habis phd, boleh apply keja balik. ntah2 phd ada scholarship ke.
lagipun load kerja lecturer uitm agak banyak, tak cukup masa nak tlg diana sambil kerja full time.
berhenti pun takpe, tak salah pun.
just my 2 cents.
memang semua pensyarah UiTM kena sambung PhD.
Makanya,takde isu la berenti jd pensyarah sebab nak sambung PhD.
mungkin sebab dia nak bebas kot. tak terikat dgn mana2 IPT..nanti boleh jd motivator ke,cikgu english kat Astro ke..lagi masyuk..
Letih jd pensyarah dan terikat dgn U, kalau kita jenis boleh berdikari, kembangkan la potensi sendiri..mungkin dia dah nampak jln yg mudah utk dia terus kehadapan.
mcm ustaz Don, dia sekarang pun sedang buat PhD jugak, tapi tak quit kerja dari kolej tmpt dia mengajar tu.
smeetasmitten posted on 28-10-2013 12:38 PM
diana ni ke yg pakai tudung sbb dia sayang sgt ayahnya. lupa2 ingat.
ke yg dpt mimpi kena siksa kat ...
setahu aku die mimpi pasal hari akhirat, x thu lak pasal ayah die tu..pastu die jumpe irma n irma bawak die p jmpe wardina..
edit : aku search td..
from ohbulan,
Salam, Diana kongsi sedikit macam mana Diana terbuka hati untuk berhijab. Berhijab bukan hanya di kepala, tapi juga di hati. Insyallah.
Sebelum itu, kalau Diana ada tersalah kata, Diana minta maaf. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk atas kekurangan Diana sendiri. Minta maaf awal-awal.
Beberapa bulan sebelum ini, Diana pernah didatangi perasaan takut akan hari kiamat, apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia. Diana tahu banyak buat dosa, dan Diana belum bersedia untuk menghadapi hari perhitungan, belum bersedia untuk menghadap Pencipta.
Tapi, Diana masih nak kebahagiaan duniawi. Masih sibuk mencari watak-watak dalam lakonan yang Diana suka. Sedangkan semua itu dunia, akhirat lebih kekal. Sehingga satu hari di bulan Ramadhan, Diana berjumpa seorang hamba Allah yang sudah berhijrah. Alhamdullilah, beliau kongsi ilmu agama.
Dosa Diana yang belum berkahwin pun ditanggung sama dengan ayah Diana. Sampai hati Diana biar abah pikul dosa yang Diana buat. Sedangkan, abah sentiasa berdoa untuk Diana menjadi muslim yang taat kepada tuhan. Abah insan yang sangat baik. Kenapa Diana tak dengar nasihat abah?
Disebabkan banyak faktor, Diana nekad untuk terus berhijab dan insyallah jalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih kepada yang ramai membantu Diana dan berikan semangat untuk terus belajar, dan belajar.
Ingin diingatkan Diana masih belajar. Kalau ada salah tegur Diana. Insyallah Diana istiqamah dan akan terus perbetulkan peribadi.