Post time 29-7-2017 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
HoneyManjer replied at 18-7-2017 08:36 AM
Dgr citer insider mmg taste kokesen
nak pulak kokosen dgn dia ye, maksud i kokosen kan taste org2 mcm puteri selangor tu, putih2 melati ni melayu yg suka sangat klu dpt buat isteri/menantu
Post time 29-7-2017 02:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by langit_biru18 at 29-7-2017 02:57 PM
PERKAHWINAN PUTERI SULTAN JOHOR KEKAL ADAT TRADISI
Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Johor, Tunku Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, dengan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, pada 14 Ogos ini akan berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.
Tunku Aminah berkata, Sultan Johor mahu perkahwinan diadakan dengan menampilkan segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi Johor.
"Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche' Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
"Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Royal Press Office (RPO) iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, di sini hari ini.
Tunku Aminah, yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi, 14 Ogos ini di Istana Bukit Serene diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding akan diadakan pada jam 8 malam hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Tunku Aminah berkata, walaupun beliau menerima sebahagian pendidikan barat di sekolah antarabangsa di Singapura (turut belajar di sekolah kebangsaan untuk beberapa tahun dan mempelajari agama Islam di rumah), beliau berbangga untuk mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Teluk Belanga pada hari perkahwinannya.
"Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti, manakala Dennis Muhammad pula akan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.
"Ayahanda (Sultan Ibrahim) mahu dia (Dennis Muhammad) mengenakan dua kerongsang di songkok seperti mana pernah digunakan nenda (Almarhum Sultan Iskandar) pada perkahwinannya. Kerongsang ini diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah," katanya.
Tunku Aminah berkata, selain alat kebesaran dan tradisi Diraja, perkahwinan itu sendiri akan berlangsung secara sederhana tetapi meriah bersama keluarga dan sahabat handai.
"Saya mahu ia menjadi satu majlis yang tenang dan meriah. Itu yang paling penting. Ia tidak perlu diadakan secara besar-besaran dan penuh kemewahan," katanya.
similar to western royalty weddings, the theme, outfits etc is given to the press but the actual ceremony is behind closed doors or selected press. Nothing out of the ordinary :-)
hehehhe...yg terbaru tu kekonon fairytale di tasik biru..
rimas aku tgk baju pengantin gaya gitu.
gigih kat malaysia yang tengah panas terik ni pakai baju serupa dibalut kain kelambu..huhu
akhirnya,,
nikah jugak anak dara jdt ni..
mek salute lah apak eyh.. chill je pilih org biasa utk the only dotter ni kan...
semoga semuanya selama n bahagia hingga ke jannah
fair? kerabat fav? semuanya fave i wpon begitu kalo ada je peel x semegah mereka buat, i akan sound gak masa mengomen sbb i do care on how kerabat should behave ... plus ni bukan zaman dulu kala ye sayang nak sembah ratu bagai kat kerabat... kami menghormati semua Kesultanan dalam Negara Malaysia ni dan nak merapatkan jurang antara rakyat dan keluarga DiRaja...
Berapa mereka bayar utk sorok dan katup thread? banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk mereka bayar i juta2 dgn habuan dikongsi sesama, plus dapat merasa pakai kasut dan henbeg mahal kan kawan2, plus dapat ngedate ngan YDPA, Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor, Yam Tuan N9, Raja Perlis, Sultan terengganu dan x dilupa jangan Sultan Brunei dlm mimpi i, u mampoooo???
U atau kerabat lain nak arahkan thread dikatup? Buatlaaaa perangai sebab nak busukkan nama kerabat ni korang2 jua kan? nak gak tunjuk kat semua rakyat jelata mcm mana kerabat ni berlagak ... nak jatuhkan reputasi nama keluarga Diraja sekejap je, nak pulihkan imej amik masa yg sangat lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... dan kalo terbukti u bukan kerabat dan sengaja nak busukkan nama kerabat, i rasa ramai Kerabat akan cari u pulak sebab buat nama mereka busuk...
Kalo i jadi u, i enjoy je join mengomen... mende baik highlight laaaa... mende buruk tu x payah nak canang sana sini dlm medsos... Hidup biar bermaruah especially perempuan...
semoga u selalu tenang je bila masuk bod Gossip kenamaan ni
k laaaa i nak prepare dinner utk Sultan yg bertakhta di hati i ......