|
Tak Boleh Jalan, Ustaz Kazim Elias Kena Buatan Orang?
[Copy link]
|
|
pernah scompany suami saya hantar setiap tahfis seluruh malaysia yg dhaif masa bulan puasa hari tu dan panggil buat sholat hajat sebab ofis ada lembaga kacau staff .staf takut malam-malam buat tender.lepas buat alhamdulilah dapat tender dan lembaga pun cabut lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by qwen_luna at 4-10-2021 09:39 AM
Baru tgk smlam video dia mengadu domba kata kene sihir, dia tak phm kenapa org nak sihir dia. Helloooooo??!! Dia kata dah beberapa kali kena sebelum ni, kali ni jadi lagi. Sooo?? Ko kan ustazzz? Kenapa nak mengadu domba kat media sosial? Takleh brain.
Tolongggg laaaa berpikirrrrr sikittt kenapa ada org sakit hati dgn kooo tuuu. Probably sbb mulut ko yg takde insurans tu. Dgn kes anak ko tu lagiii. Tak pikirrr keee hidup mangsa tu? Skrg nak play victim plak. Eeeee sakit hatiiii! |
|
|
|
|
|
|
|
BarbiePink replied at 1-10-2021 10:40 AM
Iols bukan nak menghakimi org laen
Atau nak kifarahkn org
Tak pun nak gumbirakn kesakitan org
Sedih luluh hati i. Kasihan budak tu, kesihan ibunya yang cuba sedaya upaya mendapatkan pembelaan tapi diketepikan.
Semoga mereka dan keluarga diberi kekuatan dan mampu bangkit.
Kalau benar apa yang berlaku pada anak ini, semoga mereka yang terlibat dan sepatutnya memberikan pembelaan mendapat azab dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
qwen_luna replied at 4-10-2021 09:38 AM
Baru tgk smlam video dia mengadu domba kata kene sihir, dia tak phm kenapa org nak sihir dia. Helloo ...
Acah suci la . Takde dosa. Pulak ramai yg kata apalah dosa ustaz sampai org sihir. Ustaz baik. Bla . Bla.. bla..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia pun biasa juga kluar masuk hospital...
|
|
|
|
|
|
|
|
at 1st i kesian tgk dia lps tgk video tu..actually i xtau cite smpai la i bc kt sni cuolsss..
moga dia btaubat , masih blm tlambat..utk mangsa, smga kuatkan iman n dpt trskan kehidupan wlau xdpt keadilan di dunia ni. InsyaAllah keadilan uols di alam yg abadi sana menanti.. insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 4-10-2021 08:45 AM
aku agak suspicious skit la, sbb hiway ni kan dah lama dah sakit, apsal baru ni je jumpe orang bakar ...
Tahun bila tu dia sakit jantung.
|
|
|
|
|
|
|
|
qwen_luna replied at 4-10-2021 09:38 AM
Baru tgk smlam video dia mengadu domba kata kene sihir, dia tak phm kenapa org nak sihir dia. Helloo ...
Masa untuk muhasabah diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai2 ustaz yg pemes kt Msia ni, nape dia sorg je yg terkena sihir....nape ustaz don, imam muda asyraf, ustaz kadir jofree xkena sihir? Itu dia kena fikir....tk habis2 duk ckp sihir, sihir, sihir.... dia ptt check kot2 dia ada bersikap zalim kt org yg membuatkan dia ditimpa sakit mcm ni.
Kot2 akan dtg nnt, Yebbit Liew dan PU Syed plak claim terkena sihir.....padehal...... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm ntahla..mungkin kifarah bersubahat menyembunyikan kesalahan anak smpai hantar ke oversea padahal tau anaknya tu bersalah.
semoga diberi kesembuhan dan hidayah dan mintak maaf dekat keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
tipikal melayu.sikit2 kena buatan orang.Padahalll... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang alim2 ni secara logic nya patutnya boleh menepis kalau kena sihir sebab rajin beramal. Boleh tau ayat2 quran yg sesuai dibaca utk kesihatan dan mengelakkan sihir, serta untuk penenang.
Sepatutnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Tahun 1996-2020 : Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Dirinya Disantau
JUNE 26, 2020
Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau akibat dendam dan iri hati.
Tahun 1996:
Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. MasyaAllah.. darah membuak keluar.
Di hospital doktor kata saya terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris.
Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.
“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”
Semakin hari badan semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau. Beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya.
Tahun 1997:
Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.
Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah.
Tahun 1998:
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah. Dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “kenapa?”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat dekat saya macam ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yang tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dengan kata-kata ustaz”
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat orang, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Tahun 2001:
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya.
Ini pesan Dato’ Ismail kamus
Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Temui bangkai anjing dalam rumah
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah.
Tahun 2020
Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.
Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu dan makan juga perlu berpantang.
Walau bagaimanapun, beliau sempat berkongsi sedikit ilmu sebagai pendinding diri:
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
1. Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal…’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129 ‘Laqadjaakum…’
InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbg seorang yg banyak taunya, pastila ustaz DUKE dah cuba dn ikhtiar banyak untuk sembuhkan penyakitnya. Berubat sudah, berdoa juge sudah tapi jbelum sembuh2, maka belum lagi harapannya dimaqbulkan oleh Allah swt. Entah itu ujian atau memang idapan penyakit atau karma drp khilaf dn dosa sesama ummat, Allah jua yg lebih tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sihir ni macam2 awak. Dn mereka yg nak kenakan musuhnya tentu dah pelajari cari yg mudah terkena.
Bercakap ttng abu2 sihir ni, perkara begitu pernah terjadi kpd keluarga I sendiri. Abu dibungkus rapi mcm parcel dn jumpa dlm pos-box. Tujuan nak kenakan bapaknya [yg tak luluskan tender] tapi terkena anak lelakinya yg sangat muda [umur dlm late 20]. 7thn, anaknya sakit, memula termenong, menyendiri, tak nak bergaul dgn sdra-mara, berobat ke sana-kemari, hospital sampai scan kepala, operate, tapi dr tak jumpa penyakitnya. Sudahnya bed-ridden dn bercakap mll eye-contact. Dlm rumah pun kekadang ada kelibat 'benda'. Last year, masa pkp, anak itu meninggal. Ayahnya juga meninggal duluan ttpi bukan kerana sihir tapi kerana jantung.
So, dlm hal ustaz DUKE, mungkin penyihirnya gunakan cara yg sama iaitu abu sihir, ttpi akhir akibahnya Allah sajalah yg tau. Moga ada jalan penyembuhannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya berharap sgt agar tukang2 sihir ni hantar sihir kat puak2 yang suka berperang sana nun
Senang sikit...tak payah nak susah2 usung senjata kereta kebal bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|