CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissLibra

Golf

[Copy link]
Post time 20-4-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #300 flames's post

Flames,
ada 9hole course kat Bandar Utama...RM38...
KKB (kuala kubu baru)...RM45 for 18hole...better course than BU tapi jauh la..

kami ni ada 2 kerja...satu kerja office, satu lagi menebas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #301 JustWant2Know's post

tq... kuala kubu..bunyi mcm jauh jer.. but price not bad...

as beginners, nak laa cari course yg x busy sgt... pressure if org duk tunggu.. n others mcm bengang coz ur slowing the game... nie laa fear yg keep putting me off from playing...

kalau menebas after office... main nite golfing ke??
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 11:50 PM | Show all posts

Reply #302 flames's post

hi flames,

kalau kat bandar utama, boleh main after work...9 holes game..start at 5.15pm, finish around 7.15...
kat course ni, kurang orang...boleh buat sebagai training ground...

mana kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 11:34 PM | Show all posts

Reply #303 JustWant2Know's post

justwant...

i kat canada now... baru jer start gi range winter nie... ada indoor range...  yg ari tu pi 9 hole pun.. sajer try coz course 1st day bukak n ramai org x tau... so x ramai org... but d last 3 holes dah mula berangin n sejuk.... bertambah seksa laa nak finish the round..

ingat nak try main bila balik kl cuti nanti... so..tu laa duk survey2 mana2 yg ok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 10:28 PM | Show all posts
Nick Watney menang Zurich Classic of New Orleans
Reply

Use magic Report

izanee This user has been deleted
Post time 24-4-2007 05:09 PM | Show all posts

Any one selling used iron set?

Hello...

Ada tak sape2 nk jual iron set???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by izanee at 24-4-2007 02:09 AM
Hello...

Ada tak sape2 nk jual iron set???


any specific brand /type?? men or ladies?? i might have a used men nike irons
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 09:46 AM | Show all posts

Reply #306 izanee's post

what type of iron set? steel? graphite? blade/semi blade?
any particular brand? left handed or right handed?

I have 2 sets ...1 graphite set (non high class branded set for beginners) &
1 steel set (China Callaway Big Bertha aka Kalah-All-the-Way made)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #304 flames's post

Hi Flames,
Wow! Which part of Canada? Quebec? Ontario?
I heard it was snowing pretty bad last 3-4 weeks in Toronto...

Just ring me when you are back...maybe can go for 36 holes in a day!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 03:56 PM | Show all posts
Mickelson sertai Harmon

WASHINGTON: Phil Mickelson berpisah dengan jurulatih lamanya untuk menyertai jurulatih baru, Butch Harmon, yang begitu dikenali selaku mentor pukulan kepada Tiger Woods dan Greg Norman.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu begitu cenderung untuk meningkatkan ketepatan permainan jauhnya yang menjadi penyebab kekalahannya pada Terbuka Amerika Syarikat pada saingan musim panas lalu dan yakin Harmon ialah jurulatih yang diperlukannya.

揃utch ialah salah seorang pengajar terbaik di dunia,
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:46 AM | Show all posts

Reply #309 JustWant2Know's post

justwant...

i kat belah west..im in calgary.. snow tu biasa la.. nie baru nak nampak matahari... outdoor range n course pun baru mula nak bukak...

will do... 36...pengsan gua...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 01:25 PM | Show all posts
Nicklaus ramal China bakal lahir pemain golf bertaraf dunia

BEIJING: Legenda golf, Jack Nicklaus berkata China bakal melahirkan pemain bertaraf dunia ketika populariti sukan itu terus berkembang.
揟iada sebarang persoalan. Terdapat ramai yang bermain golf di China dan ramai pemain dari China akan berjaya dalam jelajah dunia,
Reply

Use magic Report

anizamy This user has been deleted
Post time 30-4-2007 07:47 PM | Show all posts
dah lama tak menjenguk ruangan golf nie. summer is coming. horrreyy.. masa untuk menebas habis-habisan. jom sesapa nak golfing kat Home of Golf Country nie. Ade geng best skit. meh meh meh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 07:04 PM | Show all posts
Golf / Byron Nelson Championship: Silvia wins her first LPGA title




Silvia Cavalleri is all smiles after upstaging World No 1 Lorena Ochoa to
win the Corona Championship on Sunday.



MORELIA (Mexico): Silvia Cavalleri denied Lorena Ochoa her chance to celebrate her new World No 1 status with a victory on Sunday, the Italian capturing her own first LPGA title at the Corona Championship.

The Italian shot a seven-under 66 to win the US$1.3 million (RM4.5m) tournament by two shots over Lorena and Julieta Granada.

The three had shared the lead heading into the final round.

Silvia had seven birdies in her bogey-free round on the Tres Marias course, finishing with a 20-under total of 272.

"I feel great, obviously. It抯 about a dream coming true after all these years, knowing I could do it," Silvia said.
"I抳e been there a few times and been in the last group for the final round, and to finally get to make my first win was huge."

In six starts this season, Silvia抯 best finish was a tie for 26th at last month抯 Safeway International.

She had missed two cuts and failed to break the top 50 in her three other events.

The Milan native shot in the 60s in all four rounds after registering just one round under-70 for the entire year.

"Everything was really smooth. I didn抰 hit the ball really well the first six holes, so my putting got me through it," Cavalleri said. "I just tried to make as many pars as I could and, if I had an opportunity to make birdie, I tried to make them.

"Obviously I putted really well this week, so that was the key to my game and, the 20-under, you have to make a lot of birdies."
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 03:52 AM | Show all posts

Reply #314 dexa's post

i was hoping julieta yg menang.... bule jugak share ngan mak dia yg duk angkat beg
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 09:48 AM | Show all posts
I was playing 2 courses on Tuesday (May 1).
Tiara Ayer Keroh and Afamosa...

The result was so so only...Tiara course is tougher than Famosa..
The tricky part of Tiara is its rough...nampak easy rough, but jenis 'bite'...

both courses have bunkers everywhere in the fairway....I would consider these two courses had taught me few lessons about 'how useful the sand wedge is'..hahahaha...

Now it's time to turn to regular courses....I don't want to end-up with sleepless night thinking about the 'bad play'....

Cheers!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2007 07:31 AM | Show all posts
Woods, Vijay kongsi pendahuluan

CHARLOTTE (Carolina Utara): Tiger Woods menampilkan pukulan putt hebat yang berlawanan dengan hayunan untuk melonjak sebagai pendahulu bersama dengan tiga pemain lain selepas tamat pusingan kedua Kejohanan Golf Wachovia, kelmarin.

Pemain nombor satu dunia itu, memburu kemenangan pertamanya di Quail Hollow Club, merakamkan empat bawah par 68 pukulan dalam cuaca dingin untuk menghimpun keseluruhan enam bawah par 138 selepas dua pusingan.

Dia terikat kedudukan dengan juara 2005, Vijay Singh, yang bangkit daripada lima bogey pada sembilan lubang terakhir untuk merakamkan 71, dan pemain Amerika Syarikat, Arron Oberholser, yang melakukan birdie pada tiga lubang terakhir bagi 69.

Dua lagi pemain AS, Ted Purdy (69) dan Jason Bohn (72), berada satu pukulan di belakang di tempat keempat.

Pendahulu pusingan pertama, Padraig Harrington berkongsi pendahuluan dengan baki satu lubang sebelum melakukan triple bogey pada lubang ke-18 bagi jumlah 75 untuk tercicir tiga bawah par.

Warga Ireland itu yang menemui halangan air pada pukulan keduanya dan menyempurnakan tiga putt daripada 15 kaki yang juga menyaksikan tiga bogey dalam empat lubang pertama dan empat birdie mulai lubang ke-10.

Woods, bermain dalam kejohanan pertamanya sejak berkongsi tempat kedua di Masters tiga minggu lalu, merasakan dia mendapat hasil yang terbaik daripada pusingan yang menampilkan lima birdie dan satu bogey pada lubang par-four sembilan, lubang terakhirnya.

揝aya menghadapi masalah dengan hayunan saya dan terpaksa mengekalkan fokus terhadap apa yang saya lakukan,
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by izanee at 24-4-2007 05:09 PM
Hello...

Ada tak sape2 nk jual iron set???


Saya ada set utk dijual murah2. detail ada di http://www.ebay.com.my/viItem?ItemId=200106208819
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:20 AM | Show all posts
Woods menang di Wachovia Championship....

Tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 05:22 AM | Show all posts
Tiger Woods rangkul gelaran ke-57

CHARLOTTE, North Carolina - Tiger Woods melakar tiga bawah par 69 untuk merangkul gelaran Kejohanan Wachovia bernilai AS$6.4 juta (RM22.03 juta) semalam.

Woods menamatkan saingan keseluruhan mengumpul 13 bawah par 275 pukulan untuk merangkul gelaran ke-57 kariernya dalam Jelajah PGA dan gelaran ketiga dalam enam penampilan tahun ini.

Steve Stricker (69) yang membuat bogey pada lubang ke-18 selepas pukulan keduanya masuk ke dalam anak sungai, berada di tempat kedua dengan 277 pukulan.

Phil Mickelson (70) terikat di tempat ketiga dengan pemain dari Afrika Selatan, Rory Sabbatini (74) dengan 279 pukulan ketika beberapa pemain lain sukar melepasi saingan di lubang terakhir yang menyulitkan.

Woods bermula ketinggalan satu pukulan Sabbatini tetapi kembali sebagai pendahulu apabila mengutip empat pukulan menarik pada tiga lubang bermula di par-5 lubang ketujuh.

Tetapi malangnya dia melakar bogey berganda di par-3 lubang ke-13.

憫Pada sembilan lubang kedua saya terpaksa berhempas pulas,拻 ujar Woods.

Memulakan aksi pertamanya selepas Kejohanan The Masters, Woods sekadar mengutip satu birdie pada enam lubang pertama. Tetapi apabila puttingnya menjadi, dia bagaikan sukar disekat.

Woods membenam eagle dari jarak 60 kaki di lubang ketujuh dan birdie pada lubang berikutnya seterusnya di lubang kesembilan dari jarak 18 kaki.

Woods menjarakkan diri dengan 15 bawah par untuk meninggalkan saingan terdekat Vijay Singh dari Fiji dan Stricker.

Kemenangan itu memastikan Woods, 31, menerima AS$1.134 juta (RM3.87 juta) untuk berada di tangga teratas pungutan wang dan kutipan mata FedEx Cup.

憫Minggu ini bukan permainan terbaik saya tetapi ia sudah cukup baik. Saya melakukan putt yang baik minggu ini, serta beberapa par yang kritikal dari jarak enam atau lapan kaki di mana anda perlu melakukannya,拻 ujar Woods.

Tuah memihak kepada Woods apabila membenam eagle dari jarak 60 kaki di lubang ketujuh ketika pukulan drive beberapa kaki jarak daripada masuk ke tasik di sebelah kanan fairway.

Dengan menggunakan iron tujuh tetapi pukulan keduanya berada di atas green tetapi terpaksa melakukan putt dari jarak yang jauh.

憫Di lubang tersebut saya sepatutnya membuat bogey apabila pukulan tee shot ke arah kanan dan saya tidak tahu bagaimanapun pukulan itu tidak masuk ke tasik.

憫Ia benar-benar mengejutkan saya dan saya menggunakan peluang dengan pukulan kedua yang jauh daripada lubang.

憫Saya cuma berharap dapat melakukan dua putt tetapi tidak sangka bola itu terus masuk,拻 ujar Woods lagi.

Dia menambah dua lagi birdie pada lubang berikutnya untuk muncul sebagai pendahulu biarpun melakukan bogey di par-5 lubang ke-10 dan bogey berganda pula di par-3 lubang ke-13.

憫Saya cuba untuk terus kekal sebagai pendahulu dengan 15 bawah par. Saya membuat perkiraan dan melakukan par dan mungkin boleh muncul juara kerana dalam keadaan situasi mungkin tidak ada pemain dapat melakukan pukulan bawah par pada tiga lubang terakhir,拻 ujarnya.

Bermain mengatasi dua kumpulan lain, Stricker melakukan birdie pada lubang ke-15 untuk terikat sebagai pendahulu dengan Woods tetapi malangnya ketinggalan dua pukulan pada lubang 16.

憫Saya tahu selepas melakukan birdie di lubang 15, saya mesti bermain secara par jika ada peluang.

憫Tetapi malang buat saya apa pun saya gembira berada di tempat kedua walaupun saya mempunyai peluang untuk muncul juara,拻 ujar Stricker lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065857 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list