|
Reply #318 dCrook's post
thanks for your explaination migdal.. Honestly, aku rasa orang-orang islam kat dunia sebelah sini lebih byk memahami mitos tentang yahudi dari faktanya yang sebenar.
contohnya, mcm mana? bagitahulah lagi supaya kita semua mendapat pencerahan kembali ttg perkara sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #319 tribute's post
thanks for ur explanation migdal.....
sama2
anway,thread nie pasal negara israel....
aku nk tau.....kt bendera negara israel tu ader lambang david star...
sebenarnya apakah benda tu......
ia sebenarnya lambang nabi Daud...sebab itulah namanya ialah Magen David (Perisai Daud)
Dalam kitab Shmuel (nabi Samuel) dan kitab Melachim (Kisah Para Raja), nabi Daud dilindungi Allah semasa baginda ditentang Raja Shaul (ayah mertuanya sendiri) dengan kuasa Allah sehingga baginda kekal hidup malah menjadi Raja Israel pula (pengasas Dinasti Yehudah sebagai Dinasti Diraja Israel yg sah menggantikan Dinasti Benyamin, iaitu suku kaum Raja Shaul)
dikisahkan Allah telah melindunginya dgn perisai ghaib drpd segala kekangan tentera Shaul.
dan dari inilah nabi Daud digelar mempunyai perisai yg ghaib (dan dalam tradisi Kabbalah kemudiannya, ia menjadi pelindung atau pendinding kepada kuasa jahat atau syaitan Iblis) lalu dinamakan Magen David
lambang Magen David ini bukanlah secara sengaja berbentuk bintang (maka gelaran star of David tu tidak tepat) sebab ia adalah gabungan dua segi tiga
Nama David ditulis dgn huruf Dalet, Vav, Dalet (דוד;) dan dalam skrip Proto-Ibrani yg masih belum berkembang kepada skrip Ibrani yg kita kenal hari ini, huruf Dalet berbentuk seperti segi tiga, sama seperti huruf Yunani untuk Delta, juga berbentuk segi tiga..
oleh sebab ada dua huruf Dalet dalam nama "DaViD", maka kedua-dua huruf itu digabungkan menjadi dua dengan saling terbalik..seolah olah seperti dua segi tiga yg saling terbalik bercantum membentuk seperti bintang 6 bucu pula
idea2 tentang konsep Magen David ini muncul kemudian melalui aliran Kabbalah seperti
segi tiga yg menegak bermaksud Langit, Kerohanian, Spiritual sedangkan segi tiga yg ke bawah bermaksud Bumi, Keduniaan, Fizikal yg mana, mewakili dua perkara bertentangan (mcm simbol Yin Yang org Cina) yang perlu dibalancedkan dalam kehidupan kita
Magen David juga lambang kepada nombor 7 (mewakili lilin menorah, 7 hari, 7 arah, 7 Malaikat Tinggi, dan byk lagi
dgr lambang kpd kambing bertanduk enam....
oh, itu lambang satanism...ajaran satanism ni muncul terkemudian, mungkin diorg pun nk guna juga lambang ni...dan pengasas ajaran kesyaitanan ni juga org yahudi, maka tak hairanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #320 mantarey's post
migdal...
walaupun ko baik kat forum ni, baik kat malaysia ni, baik ngan org islam kat sini...
ko dah terangkan keadaan sebenar...
tapi aku tetap benci bangsa2 ko yang kat israel sane tuh...
kejam tak ingat..
ade ker orang baling batu dibalas ngan peluru....
pastu bunuh tak tentu hale...
tak kire org tue, dak kcik, org pempuan...
selagi tak dapat ape yang korang nak, korang akan wat ape sajer...
oh, maafkan ak kalau krisis Israel-Palestine ni menaikkan kemarahan dan kebencian ko
apa2 pun ak tetap sayangkan Israel...begitulah dengan Yahudi2 yg lainnya dari serata dunia
dari jauh, selama 2000 tahun kami berusaha dan mendoakan setiap hariuntuk pulang ke Israel, tanah tumpah nenek moyang, para leluhur ygmulia kami...
dan kini, setelah kewujudannya, kami berselawat dan mengucapkan Salamke atas Israel setiap pagi dan petang dalam pelbagai doa, dalam setiapsolat dan zikir yg kami buat agar Israel dan umatnya dilimpahi rahmat,keselamatan dan perlindungan, kemuliaan, kesejahteraan, keamanan dankebaikan sepanjang zaman...
agak susah utk mengeluarkan kami dari Israel sebab doa dan usaha kamiselama 2000 tahun tidak akan patah dan musnah oleh doa dan usaha umatIslam yg baru ditimpa kejatuhan tidak sampai 100 tahun
kamu kena ingat akan hal ini...sebab Allah itu al-'Adl (Dia Yang Maha Adil Saksama)
sori kalau ko terase..
tapi aku cakap ape yang benar...
dari aku kecik sampai la da keje skg ni....
boleh kate ari2 kat berite ade jer barite sal palestin-israel...
aku kesian kat orang palestin yang ditindas...
aku cume harap perang yang paling lame dalam sejarah ni akan berenti dengan aman...
kalau dulu memang ak terasa, tp sekarang ak paham perasaan korang semua
tp ap yg kita dpt buat ialah mendoakan keamanan utk semua...
cuma memang org Israel dan org Palestine sukar utk berbaik baik disebabkan ap yg terjadi antara kedua belah pihak
org yahudi dgn org Arab dan juga Islam umumnya boleh berbaik baik tp agak sukar bg Yahudi Israel dengan Arab Palestine
malah, ad juga org Arab Israel dan Druze Israel tidak sukakan org Arab Palestine dan sekutunya (mcm Hizbullah, Fatah etc) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #322 thessailly's post
ak pun rasa cam ni...rasa cam nak baik ngn ko...tp..payah gak..
ak pernah berbaik dgn org Melayu Muslim smp ak belajar pasal Islam dan pernah terniat utk menjadikan Islam sbg agama ak yg benar
tapi, ak rasa ko faham maksud ketuhanan tu... Allah = YHVH....sama je.. maksud nya, definisi YHVH tu tak menyalahi sifat2 Allah...
yea, sebab itulah ak nak tahu apakah kedudukan YHVH dalam Islam? kenapa tiada langsung sebutan YHVH dalam al-Qur'an?
bila terbaca ayat2 dalam Quran yang menceritakan tentang kaum yahudi, kamu tak terasa apa2 ke? apa2 la....
neways..salam perkenalan...
ada, ak terasa terpukul oleh ayat2 al-Qur'an yg menempelak org2 Yahudi
dalam setiap Yahudi, terdapat suatu unsur dinamakan Nefesh Yehudi (Jiwa Yahudi) yg menjadikan seseorg itu Yahudi dari segi kehendaknya dan suara hatinya
dan salah satu sifat Nefesh Yehudi ini ialah menentang Allah sejak azali lagi..sebab itulah nama Yisrael dijolokkan kepada kami iaitu bermaksud "Dia Yang Menandingi Allah" atau "Dia Yang Menentang Allah"
ada satu suara hati dalam setiap Yahudi bahawa Allah tidak pernah mendengar akan doa-doa kami tetapi kami tetap sabar dan tabah dalam berdoa kepada-Nya..
sebab itulah kalimah Shema Koleinu (Dengarlah Suara Kami) dan Shema Hashem (Dengarlah Wahai Hashem) menjadi kata mukaddimah dalam setiap doa kami
bagaimanapun kami tetap pasrah dan redha, dan kami mencipta pelbagai sajak dan syair yg baik2 yg melambangkan kasih Allah utk kami demi meringankan kesusahan dlm diri...
padahal Allah terlalu menghukum umat Yahudi utk sekalian dosa leluhur kami dan tidak pernah mendengar doa kami selama beribu ribu tahun lamanya sehingga wujudnya pepatah:
"Kami berdoa kepada Tuhan yang tidak pernah mendengar doa kami"
dalam Judaism, dosa-dosa kami telahpun diampunkan yakni dosa pembunuhan para nabi, penyembahan berhala, penyelewengan dan lain2
tapi dalam al-Qur'an, seolah olah umat Yahudi tidak pernah terampun malah dibenci-Nya pula dan seakan-akan ia menjadi jawapan kepada kesengsaraan umat Yahudi sehingga kini dan juga peristiwa2 penyembelihan, pogroms, Holocaust sendiri
sehingga sekarang, para Gedolim (Ulama-Ulama) tidak dapat menjelaskan kenapa peristiwa Shoah (Holocaust) itu berlaku dan umat Yahudi dibiarkan disembelih tanpa belas kasihan dan tiada langsung pertolongan daripada Allah.
Ungkapan persoalan Eifoh Hashem ba Shoah? (Di manakah Hashem ketika Holocaust?) menjadi satu bab penting dalam setiap Yeshivah untuk dikaji akan tetapi sehingga kini masih belum terungkai...
setiap Tisha' ba Av (9 haribulan Av), umat Yahudi berpuasa dan meratap tentang kemusnahan Yerusalem yg pertama dan kemusnahannya yg kedua dan kesengsaraan kami di Diaspora (yg mana kedua2 kemusnahan berlaku pada tarikh yg sama, begitu juga beberapa peristiwa2 pogroms, penyembelihan, pengusiran umat Yahudi yg berlaku pada tarikh keramat ini)
Inilah hari yg teramat Sedih dalam kehidupan seorang Yahudi setiap tahun...sepanjang hari ini, kitab Eichah (Ratapan) akan dibaca dengan linangan air mata tentang "kejahatan" Allah terhadap kami dalam menjualkan kami kepada musuh2 kami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab Ratapan (Eichah)
Parashah Alef (Surah 1)
1:1 Aduhai, betapa terpencilnya kota (Yerusalem) itu, yang dahulunya ramai! Laksana seorang jandalah ia, yang dahulunya agung di antara bangsa-bangsa. Yang dahulunya ratu di antara kota-kota, tapi kini ia menjadi jajahan.
1:2 Pada malam hari tersedu-sedanlah ia menangis, air matanya bercucuran di pipi; dari semua kekasihnya, tak ada seorangpun yang dapat menghiburkan dia. Semua temannya mengkhianatinya, mereka menjadi seterunya pula.
1:3 (Negara) Yehudah telah ditinggalkan penduduknya kerana kesengsaraan dan kerana penghambaan yang berat; ia tinggal di tengah-tengah bangsa-bangsa, namun tidak mendapat ketenteraman; siapa saja yang menyerang dapat memasukinya pada saat ia terdesak.
1:4 Jalan-jalan ke Zion diliputi dukacita, kerana pengunjung-pengunjung perayaan telah tiada; sunyi sepilah segala pintu gerbangnya, berkeluh kesahlah imam-imamnya; bersedih pedih dara-daranya; dan dia sendiri pilu hatinya.
1:5 Lawan-lawan menguasainya, seteru-seterunya berbahagia. Sungguh, Hashem telahpun membuatnya merana, kerana banyak pelanggarannya; kanak-kanaknya berjalan di depan lawan sebagai tawanan.
1:6 Lenyaplah dari puteri Zion segala kemuliaannya; pemimpin-pemimpinnya bagaikan rusa yang tidak menemukan padang rumput; mereka berjalan tanpa daya di depan yang mengejarnya.
1:7 Terkenanglah Yerusalem, pada hari-hari kesengsaraan dan penderitaannya, akan segala harta benda yang dimilikinya dahulu kala; tatkala penduduknya jatuh ke tangan lawan, dan tidak adapun penolong baginya, para lawan memandangnya, dan tertawa kerana keruntuhannya.
1:8 Yerusalem sangat berdosa, sehingga najis adanya; semua yang dahulu menghormatinya, sekarang menghinanya, kerana melihat ketelanjangannya; dan dia sendiri berkeluh kesah, dan memalingkan mukanya.
1:9 Kenajisannya melekat pada hujung kainnya; ia tak berfikir akan akhirnya, sangatlah dalam ia jatuh, tiada orang yang menghiburnya. "Ya, Hashem, lihatlah kesengsaraanku, kerana si seteru membesarkan dirinya!"
1:10 Si lawan menghulurkan tangannya kepada segala harta bendanya; bahkan harus dilihatnya bagaimana bangsa-bangsa masuk ke dalam tempat kudusnya, padahal Engkau, ya Hashem, telah melarang mereka untuk masuk ke dalam jemaah-Mu.
1:11 Berkeluh kesah seluruh penduduknya, sedang mereka mencari roti; harta benda mereka berikan ganti makanan, untuk menyambung hidupnya. "Lihatlah, ya Hashem, pandanglah, betapa hinanya aku ini!
1:12 Acuh tak acuhkah kamu sekalian yang berlalu? Pandanglah dan lihatlah, apakah ada kesedihan seperti kesedihan yang ditimpakan Hashem kepadaku, untuk membuat aku merana tatkala murka-Nya menyala-nyala!
1:13 Dari atas dikirim-Nya api masuk ke dalam tulang-tulangku; dihamparkan-Nya jaring di muka kakiku, didesak-Nya aku mundur; aku dibuat-Nya terkejut, kesakitan ini terasa sepanjang hari.
1:14 Segala pelanggaranku adalah kuk yang berat, suatu jalinan yang dibuat tangan Tuhan, yang ditaruh di atas tengkukku, sehingga melumpuhkan kekuatanku; Tuhan telah menyerahkan aku ke tangan orang-orang, yang tidak dapat kutentangi.
1:15 Tuhan membuang semua pahlawanku yang ada dalam lingkunganku; Ia menyelenggarakan Pesta menentang aku untuk membinasakan teruna-terunaku; Tuhan telah menginjak-injakkan puteri Yehudah, dara itu, seperti orang mengirik memeras anggur.
1:16 Kerana inilah aku menangis, mataku mencucurkan air; kerana jauh dari padaku penghibur yang dapat menyegarkan jiwaku; bingunglah anak-anakku, kerana terlampau kuat si seteru."
1:17 Zion menghulurkan tangannya (meminta pertolongan), akan tetapi tidak adapun orang yang mahu menghiburkannya; terhadap Ya'akov dikerahkan Hashem tetangga-tetangganya sebagai lawan. Yerusalem telah menjadi najis di tengah-tengah mereka.
1:18 "(Walau bagaimanapun), Tuhanlah yang benar, kerana aku telah memberontak terhadap firman-Nya; dengarlah hai segala bangsa, dan lihatlah kesedihanku; dara-daraku dan teruna-terunaku pergi sebagai tawanan.
1:19 Aku memanggil kekasih-kekasihku, tetapi mereka memperdayakan aku; imam-imamku dan para tua-tuaku telah mati semuanya di kota, tatkala mencari makan bagi dirinya untuk menyambung hidupnya.
1:20 Ya, Hashem, lihatlah, betapa besarnya ketakutanku, betapa gelisahnya jiwaku; hatiku berbolak-balik di dalam dadaku, kerana sudah melampaui batas aku memberontak; di luar keturunanku dibinasakan oleh pedang, di dalam rumah oleh penyakit sampar.
1:21 Dengarlah bagaimana keluh kesahku, sedang tiada penghibur bagiku; seteru-seteruku mendengar tentang kecelakaanku, mereka gembira kerana Engkau yang mendatangkannya! Datanglah kiranya hari yang telah Engkau umumkan itu, dan biarlah mereka menjadi seperti aku!
1:22 Biarlah segala kejahatan mereka datang ke hadapan-Mu, dan perbuatlah kepada mereka, seperti Engkau telah perbuat kepadaku oleh sebab segala pelanggaranku; kerana banyaklah keluh kesahku, dan pedih hatiku." |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab Ratapan (Eichah)
Parashah Bet (Surah 2)
2:1 Ah, betapa Tuhan menyelubungi puteri Zion dengan awan dalam murka-Nya! Keagungan Israel dilemparkan-Nya dari Langit ke Bumi. Langsung tidak diingat-Nya akan tumpuan kaki-Nya tatkala Ia murka.
2:2 Tanpa belas kasihan Tuhan memusnahkan segala ladang Ya'akov. Ia menghancurkan dalam amarah-Nya benteng-benteng puteri Yehudah. Ia mencampakkan ke Bumi dan mencemarkan kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.
2:3 Dalam murka yang menyala-nyala Ia mematahkan segala tanduk Israel, menarik kembali tangan kanan-Nya pada waktu si seteru mendekat, membakar Ya'akov laksana api yang menyala-nyala, yang menjilat ke sekelilingnya.
2:4 Ia membidikkan panah-Nya seperti seorang seteru dengan mengacukan tangan kanan-Nya seperti seorang lawan; membunuh segala yang menyenangkan mata dalam khemah puteri Zion, memuntahkan geram-Nya seperti api.
2:5 Tuhan menjadi seperti seorang seteru; Ia menghancurkan Israel, meremukkan segala purinya, memusnahkan benteng-bentengnya, memperbanyakkan kesusahan dan kekesahan kepada puteri Yehudah.
2:6 Ia melanda khemah-Nya seperti kebun, menghancurkan tempat pertemuan-Nya. Di Zion, Hashem menjadikan orang lupa akan Perayaan dan Shabbat, dan menolak dalam kegeraman murka-Nya para raja dan imam.
2:7 Tuhan membuang mezbah-Nya, meninggalkan tempat kudus-Nya, menyerahkan ke dalam tangan seteru tembok puri-purinya. Teriakan ramai mereka dalam Bait Allah seperti keramaian pada hari perayaan jemaah.
2:8 Hashem telah memutuskan untuk memusnahkan tembok puteri Zion. Ia mengukur semuanya dengan tali pengukur, Ia tidak menahan tangan-Nya untuk menghancurkannya. Ia menjadikan berkabung tembok luar dan tembok dalam, mereka merana kesemuanya.
2:9 Terbenamlah gapura-gapuranya di dalam tanah; Hashem menghancurkan dan meluluhkan palang-palang pintunya. Rajanya dan pemimpin-pemimpinnya berada di antara bangsa-bangsa asing. Tidak ada petunjuk dari Hashem, bahkan nabi-nabi tidak menerima lagi wahyu daripada-Nya.
2:10 Terduduk tertegunlah di atas tanah, para tua-tua puteri Zion; mereka menabur abu di atas kepala, dan mengenakan kain kabung. Dara-dara Yerusalem menundukkan kepalanya ke tanah.
2:11 Mataku kusam dengan air mata, remuk redam hatiku; hancur habis hatiku kerana keruntuhan puteri bangsaku, sebab jatuh pengsan kanak-kanak dan bayi di lapangan-lapangan kota.
2:12 Kepada ibunya mereka bertanya: "Mana roti dan anggur?", sedang mereka jatuh pengsan seperti orang yang gugur di lapangan-lapangan kota, ketika menghembuskan nafas di pangkuan ibunya.
2:13 Apa yang dapat kunyatakan kepadamu, dengan apa aku dapat menyamakan engkau, ya puteri Yerusalem? Dengan apa aku dapat membandingkan engkau untuk dihibur, ya dara, puteri Zion? Kerana luas bagaikan laut keruntuhanmu; siapa yang akan memulihkan engkau?
2:14 Nabi-nabimu dahulu memperlihatkan bagimu penglihatan yang dusta dan hampa belaka. Mereka tidak pula menyatakan kesalahanmu, dan tidak memulihkan engkau kembali. Mereka mengeluarkan kepadamu ramalan-ramalan yang dusta dan menyesatkan.
2:15 Sekalian orang yang lewat bertepuk tangan terhadap engkau. Mereka bersuit-suit dan menggelengkan kepalanya mengenai puteri Yerusalem: "Inikah kota yang disebut orang kota yang paling indah, kesukaan dunia semesta alam?"
2:16 Terhadap engkau semua seterumu mengangakan mulutnya. Mereka bersuit-suit dan menggertakkan gigi: "Kami telah memusnahkannya!", kata mereka, "Nah, inilah harinya yang kami nanti-nantikan, kami mengalaminya, kami melihatnya!"
2:17 TUHAN telah menjalankan apa yang dirancangkan-Nya, Ia melaksanakan yang difirmankan-Nya, yang diperintahkan-Nya dahulu kala; Ia merosakkan tanpa belas kasihan, Ia menjadikan si seteru senang atas kamu, Ia meninggikan tanduk lawan-lawanmu.
2:18 Berteriaklah kepada Tuhan dengan nyaring, hai, puteri Zion, cucurkanlah air mata bagaikan sungai siang dan malam; janganlah kauberikan dirimu istirehat sekalipun, dan janganlah matamu tenang!
2:19 Bangunlah, mengeranglah pada malam hari, pada permulaan giliran jaga malam; curahkanlah isi hatimu bagaikan air di hadapan Tuhan, angkatlah tanganmu (untuk berdoa) kepada-Nya demi hidup anak-anakmu, yang jatuh pengsan kerana kebuluran di hujung-hujung jalan!
2:20 Lihatlah, Hashem, dan tiliklah, kepada siapakah Engkau telah berbuat ini? Apakah perempuan harus makan anak kandungnya, anak-anak yang masih dibuai? Apakah dalam tempat kudus Tuhan, harus dibunuh para imam dan nabi?
2:21 Terbaringlah di debu jalan para pemuda dan orang tua; dara-daraku dan teruna-terunakutelah gugur oleh pedang; Engkau membunuh mereka tatkala Engkau murka, tanpa belas kasihan Engkau menyembelih mereka!
2:22 Seolah-olah pada hari Perayaan Engkau mengundang semua yang kutakuti dari sekeliling. Tatkala TUHAN murka tak ada seorang yang luput atau selamat. Mereka yang kubuai dan kubesarkan dibinasakan seteruku. |
|
|
|
|
|
|
|
migdal, aku nak tanya...ajaran kaballah tu sama ke ngan ugama yahudi... artis hollywood skrg ni bylk convert tu ajaran ni....cam madonna..britney ..tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab Ratapan (Eichah)
Parashah Gimmel (Surah 3)
3:1 Akulah orang yang melihat kesengsaraan disebabkan cambuk murka-Nya.
3:2 Ia menghalau dan membawa aku ke dalam kegelapan yang tidak ada terangnya.
3:3 Sesungguhnya, aku dipukul-Nya berulang-ulang dengan tangan-Nya sepanjang hari.
3:4 Ia menyusutkan dagingku dan kulitku, tulang-telulangku dipatah-patahkan-Nya.
3:5 Ia mendirikan tembok sekelilingku, mengelilingi aku dengan kesedihan dan kesusahan.
3:6 Ia menempatkan aku di dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.
3:7 Ia menutupi segala jalan keluar bagiku, Ia mengikat aku dengan rantai yang berat.
3:8 Walaupun aku memanggil-manggil dan berteriak minta tolong, tidak didengari-Nya sedikitpun doaku.
3:9 Ia merintangi jalan-jalanku dengan batu pahat, dan menjadikannya tidak boleh dilalui.
3:10 Laksana beruang, Ia menghadang aku, bahkan laksana singa dalam tempat persembunyian.
3:11 Ia membelokkan jalan-jalanku, merobek-robekkan aku dan membuat aku tertegun.
3:12 Ia membidikkan panah-Nya, menjadikan aku sasaran anak panah.
3:13 Ia menyusupkan ke dalam hatiku segala anak panah dari tabung-Nya.
3:14 Aku menjadi ketertawaan bagi segenap bangsaku, menjadi lagu ejekan mereka sepanjang hari.
3:15 Ia mengenyangkan aku dengan kepahitan, memberi aku minum ipuh.
3:16 Ia meremukkan gigi-gigiku dengan memberi aku makan kerikil; Ia menekan aku ke dalam debu.
3:17 Engkau telah menceraikan nyawaku daripada kesejahteraan, sehingga aku telah lupa akan kebahagiaan.
3:18 Sangkaanku: hilang lenyaplah segala kemasyhuranku dan segala harapanku kepada Hashem.
3:19 "Ingatlah akan kesengsaraanku dan pengembaraanku, akan ipuh dan racun itu."
3:20 Jiwaku selalu teringat akan hal itu dan tertekan sungguh dalam diriku.
3:21 Tetapi hal-hal inilah yang kuperhatikan, oleh sebab itu aku akan berharap:
3:22 (bahawa) Tidak mungkin berkesudahan kasih setia Hashem, tidak mungkin telah habis rahmat-Nya,
3:23 kerana selalunya pada setiap pagi; besar sungguh kesetiaan-Mu!
3:24 "Hashem adalah sebahagian daripadaku," kata jiwaku, oleh sebab itu aku masih berharap kepada-Nya.
3:25 Hashem adalah baik bagi orang yang berharap kepada-Nya, bagi jiwa yang mencari Dia.
3:26 Adalah baik menanti dengan diam pertolongan Hashem.
3:27 (Walaupun) adalah baik bagi seorang lelaki untuk memikul kuk pada masa mudanya.
3:28 (Akan tetapi), biarlah ia duduk sendirian dan berdiam diri kalau Hashem membebankannya.
3:29 Biarlah ia merebahkan diri dengan mukanya dalam debu, mungkin ada harapan.
3:30 Biarlah ia memberikan pipi kepada yang menamparnya, biarlah ia kenyang dengan cercaan.
3:31 Kerana tidak mungkin untuk selama-lamanya Tuhan mengucilkan.
3:32 Kerana walau Ia mendatangkan susah, Ia juga menyayangi menurut kebesaran kasih setia-Nya.
3:33 Kerana tidak mungkin dengan rela hati Ia menindas dan merisaukan anak-anak manusia.
3:34 Kalau dipijak-pijak dengan kaki tawanan-tawanan di dunia,
3:35 Kalau hak orang dibelokkan di hadapan Yang Maha Tinggi,
3:36 Atau orang diperlakukan tidak adil dalam perkaranya, masakan Tuhan tidak melihatnya?
3:37 Siapakah yang telah berfirman: "Jadilah maka semuanya jadi." ? Bukankah Tuhan sendiri yang memerintahkannya?
3:38 Bukankah dari mulut Yang Maha Tinggi keluar apa yang buruk dan apa yang baik?
3:39 Mengapakah orang hidup itu mengeluh? Biarlah setiap orang mengeluh tentang dosanya!
3:40 Marilah kita menyelidiki dan memuhasabahkan hidup kita, dan berpaling kepada Hashem.
3:41 Marilah kita mengangkat hati dan tangan kita kepada Allah di syurga (seraya berdoa):
3:42 (Ya Alah), kami telah menderhakai dan memberontak, Engkau tidakpun mengampuni.
3:43 (Ya Allah), Engkau menyelubungi diri-Mu dengan murka, mengejar kami dan membunuh kami tanpa belas kasihan.
3:44 (Ya Allah), Engkau menyelubungi diri-Mu dengan awan, sehingga doa tidak dapat menembus.
3:45 (Ya Allah), kami Kaujadikan kotor dan keji di antara bangsa-bangsa.
3:46 Terhadap kami semua seteru kami mengangakan mulutnya.
3:47 Kejutan dan jerat menimpa kami, kemusnahan dan kehancuran.
3:48 Air mataku mengalir-ngalir bagaikan sungai, kerana keruntuhan puteri bangsaku.
3:49 Air mataku terus-menerus bercucuran, dengan tidak henti-hentinya,
3:50 sampai Hashem akan memandang dari atas dan melihat dari syurga.
3:51 Mataku terasa pedih oleh sebab keadaan puteri-puteri kotaku.
3:52 Seperti burung aku diburu-buru oleh mereka yang menjadi seteruku tanpa sebab.
3:53 Mereka melemparkan aku hidup-hidup dalam lubang, melontari aku dengan batu.
3:54 Air membanjiri di atas kepalaku, sehinggakan kusangka: "Binasalah aku!"
3:55 "Ya Hashem, aku memanggil-manggil nama-Mu dari dasar lubang dasar yang teramat dalam.
3:56 Engkau dengarkanlah suaraku! Janganlah Kaututupi telinga-Mu terhadap kesahku dan teriakan meminta tolongku!
3:57 Engkau sepatutnya dekat tatkala aku memanggil-Mu, Engkau berfirman (kepada Moshe Mahaguru Kami): Jangan takut!"
3:58 "Ya Tuhan, Engkau dahulu telah memperjuangkan banyak perkaraku, Engkau telah menyelamatkan hidupku.
3:59 Engkau telah melihat ketidakadilan terhadap aku, ya Hashem; berikanlah keadilan!
3:60 Engkau telah melihat segala dendam mereka, segala rancangan mereka terhadap aku."
3:61 "Engkau telah mendengari cercaan mereka, ya Hashem, segala rancangan mereka terhadap aku,
3:62 Percakapan orang-orang yang melawan aku, dan rencana mereka terhadap aku sepanjang hari,
3:63 Amatilah duduk bangun mereka! Aku menjadi lagu ejekan mereka."
3:64 "Engkau adakanlah pembalasan terhadap mereka, ya Hashem, menurut perbuatan tangan mereka.
3:65 Engkau keraskanlah hati mereka; kiranya kutukan-Mu menimpa mereka!
3:66 Engkau kejarlah mereka dengan murka dan musnahkanlah mereka dari bawah Langit, ya Hashem!"
[ Last edited by migdal_bavel at 18-7-2008 03:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab Ratapan (Eichah)
Parashah Dalet (Surah 4)
4:1 Aduhai, sungguh pudar emas itu, emas murni itu telah berubah; batu-batu suci itu terbuang dipojok setiap jalan.
4:2 Anak-anak Zion yang berharga, yang setimbang dengan emas tua, sesungguhnya mereka dianggap belanga-belanga tanah buatan tangan tukang periuk.
4:3 Serigalapun memberikan dadanya dan menyusui anak-anaknya, tetapi puteri bangsaku telah menjadi kejam seperti burung unta di padang pasir.
4:4 Lidah bayi melekat pada langit-langit kerana haus; kanak-kanak meminta roti, tetapi tak seorangpun yang memberi.
4:5 Yang dahulunya biasa makan yang sedap-sedap mati kebuluran di jalan-jalan; yang dahulunya biasa duduk di atas bantal kirmizi terbaring di timbunan sampah.
4:6 Kedurjanaan puteri bangsaku melebihi dosa Sodom, yang sekelip mata dibongkar-bangkir tanpa ada tangan yang memukulnya.
4:7 Pemimpin-pemimpin yang dahulunya lebih bersih daripada salji dan lebih putih daripada susu, tubuh mereka lebih merah daripada batu merjan, seperti batu nilam rupa mereka.
4:8 Sekarang, rupa mereka lebih hitam daripada jelaga, mereka tidak dapat dikenali di jalan-jalan, kulit mereka berkerut pada tulang-tulangnya, mengering seperti kayu.
4:9 Adalah lebih bahagia bagi mereka yang telah gugur akibat pedang daripada mereka yang tewas akibat lapar, yang merana dan mati disebabkan tiada hasil ladang.
4:10 Dengan tangan sendiri wanita yang dahulunya lemah lembut, kini memasak kanak-kanak mereka sendiri pula, sebagai makanan mereka tatkala runtuhnya puteri bangsaku.
4:11 Hashem telah melepaskan segenap amarah-Nya, mencurahkan murka-Nya yang menyala-nyala, dan menyalakan api di Zion, yang memakan dasar-dasarnya.
4:12 Tidak sesekali percaya raja-raja di Bumi, malah seluruh penduduk dunia, bahawa lawan dan seteru telah dapat masuk ke dalam gapura-gapura Yerusalem.
4:13 Hal itu terjadi oleh sebab dosa nabi-nabinya dan kedurjanaan imam-imamnya yang dahulunya di tengah-tengahnya mencurahkan darah orang yang tidak bersalah.
4:14 Mereka kini terhuyung-hayang seperti orang buta di jalan-jalan, dicemari oleh darah, sehingga orang tidak dapat menyentuh pakaian mereka.
4:15 "Singkir dia! Najis!", kata orang kepada mereka, "Singkir dia! Singkir dia! Jangan sentuh!"; lalu merekapun lari dan mengembara, maka berkatalah bangsa-bangsa: "Mereka tak boleh tinggal lebih lama di sini."
4:16 Hashem sendiri mencerai-beraikan mereka (para pemimpin), tidak mahu lagi Ia memandang mereka. Para imam tidak mereka hormati, dan orang-orang tua tidak mereka kasihani.
4:17 Selalu mata kami merindukan pertolongan, tetapi sia-sia sahaja. Dari menara penjagaan, kami menanti-nantikan suatu bangsa yang tidak dapat menolong.
4:18 Mereka mengintai langkah-langkah kami, sehingga kami tidak dapat berjalan di lapangan-lapangan kami sendiri; akhir hidup kami kian mendekat, hari-hari kami sudah hampir genap, ya, akhir hidup kami sudahpun tiba.
4:19 Pengejar-pengejar kami lebih cepat daripada burung rajawali di angkasa raya. Mereka memburu kami di atas gunung-ganang, menghadang kami di padang gurun.
4:20 Orang yang diurapi Hashem, nafas hidup kami, tertangkap dalam pelubang mereka, dia yang kami sangka: "Dalam naungannya kami akan hidup di antara bangsa-bangsa."
4:21 Maka, bergembira dan bersukacitalah, wahai puteri Edom, engkau yang mendiami tanah Us, kepadamu juga piala akan sampai, sehinggalah engkau akan jadi mabuk lalu menelanjangi dirimu!
4:22 Dan apabila telah terhapusnya kesalahanmu, wahai puteri Zion, maka tidak akan lagi Hashem membawa engkau ke dalam pembuangan, tetapi kesalahanmu, wahai puteri Edom, maka akan dibalas-Nya, dan dosa-dosamu akan disingkapkan-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab Ratapan (Eichah)
Parashah Hei (Surah 5)
5:1 Ingatlah, ya Hashem, apa yang telah terjadi ke atas kami, pandanglah dan lihatlah akan kehinaan kami.
5:2 Milik pusaka kami telah beralih arah kepada orang lain, rumah-rumah kami telah menjadi milik kepada orang asing.
5:3 Kami kini menjadi anak yatim, tidak mempunyai bapa dan ibu, kami malah seperti janda.
5:4 Air kami, kami minum dengan membayarnya, kami mendapat kayu dengan bayaran juga.\
5:5 Kami dikejar dari dekat, sehingga kami lelah, bagi kami tiada istirehat langsung.
5:6 Kami menghulurkan tangan (meminta pertolongan) kepada Mesir, dan kepada Asyur untuk menjadi kenyang dengan roti.
5:7 Bapa-bapa kami telah berbuat dosa, tetapi mereka kini telahpun tiada, dan kami pula yang menanggung kedurjanaan mereka.
5:8 Pelayan-pelayan memerintah atas kami; yang melepaskan kami dari tangan mereka dahulu telahpun tiada.
5:9 Dengan bahaya maut kerana serangan pedang di padang gurun, kami terpaksa mengambil makanan kami.
5:10 Kulit kami membara laksana perapian, kerana akibat nyerinya kelaparan.
5:11 Mereka memperkosa wanita-wanita di Zion dan gadis-gadis dara di kota-kota Yehudah.
5:12 Pemimpin-pemimpin digantung oleh tangan mereka, para tua-tua tidak dihormati mereka.
5:13 Pemuda-pemuda terpaksa memikul batu kilangan, sehinggakan ada anak-anak yang masih kecil terjatuh kerana beratnya pikulan kayu.
5:14 Para tua-tua tidak lagi berkumpul di pintu gerbang, para teruna telah berhenti main kecapi.
5:15 Telah lenyaplah kegirangan di hati kami, segala tari-tarian kami telah berubah menjadi perkabungan.
5:16 Mahkota telah jatuh daripada kepala kami. Aduhai diri ini, kamilah sendiri yang telah berbuat dosa!
5:17 Kerana inilah hati kami sakit, kerana inilah mata kami menjadi kabur (akibat tangisan):
5:18 kerana bukit Zion yang tandus, di mana anjing-anjing hutan bebas berkeliaran.
5:19 Engkau, ya Hashem, yang bertakhta selama-lamanya, yang takhta-Mu tetap kekal dari semasa ke semasa!
5:20 Mengapakah Engkau melupakan kami selama-lamanya, meninggalkan kami sedemikian lama?
5:21 Bawalah kami kembali kepada-Mu, ya Hashem, maka kami akan kembali, baharuilah hari-hari kami seperti dahulu kala!
5:22 Atau, apakah Engkau sudah membuang kami sama sekali? Sangat murkakah Engkau terhadap kami?
-Tamat-
p/s: Kitab ini diakhiri dengan persoalan yang tidak kami ketahui mengapakah Allah Hashem, Yang Maha Pengampun sangat murka kepada kami dalam jangka masa yg begitu lama... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 18-7-2008 11:55 AM
ak pernah berbaik dgn org Melayu Muslim smp ak belajar pasal Islam dan pernah terniat utk menjadikan Islam sbg agama ak yg benar
yea, sebab itulah ak nak tahu apakah kedudukan YHVH dal ...
Allah adalah anggapan hamba terhadapnya....tuan ak
kalau saudara anggap dia murka......maka murka lah ia.....
kalau saudara anggap dia maha pemurah dan penyayang......maka pemurah dan penyayanglah ia terhadap hambanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #329 milay's post
migdal, aku nak tanya...ajaran kaballah tu sama ke ngan ugama yahudi... artis hollywood skrg ni bylk convert tu ajaran ni....cam madonna..britney ..tu..
Kabbalah tu adalah aliran kesufian Yahudi...
dalam Judaism, ada 3 elemen penting iaitu Aggadah, Halachah dan Kabbalah
Aggadah terbahagi kepada Akeidah dan Sirah yang menyentuh hal ehwal pegangan agama Yahudi berdasarkan sejarah, epik, legenda, sunnah para leluhur, nabi2 dan imam2
Halachah terbahagi kepada Syariah dan Ibadah yang menyentuh kesemua ruang lingkup kehidupan seorang Yahudi dan bukan Yahudi (menurut undang2 Bani Nuh)..sebab itulah Judaism tidak dianggap sebagai agama semata mata akan tetapi lebih lazim dikenali sebagai Orach Chayim (Jalan Kehidupan)
Kabbalah pula meliputi Tasawuf, Ihsan dan Akhlak yang menyentuh soal hakikat Ketuhanan Allah, Penciptaannya, rahsia2 di sebalik sesuatu yang diajarkan oleh Halachah.
Kabbalah adalah tingkat terakhir bagi ketiga-tiga elemen di atas dan seseorang yg nak mempelajarinya mesti telahpun kukuh dari aspek Aggadah dan Halachah.
ramai org terkeliru dengan Kabbalah terutamanya dalam kalangan org bukan Yahudi seperti artis2 di Hollywood (termasuklah madonna dan beberapa yahudi yang mengajarnya) di mana mereka menganggap Kabbalah seperti suatu fahaman macam Feng Shui dan tiada kaitan dengan agama
Kabbalah org seperti ini tidak diiktiraf Judaism sebab Kabbalah yg sebenarnya adalah lebih penting daripada itu...
Masyarakat Hollywood hidup dlm hedonisme dan mereka suka mencari fahaman2 yg boleh memberi ruang dalam kekosongan hati mereka yg mana ajaran asal yg mereka ikuti sebelum itu tidak dapat memberi kepuasan tersebut..
Kabbalah di sisi Judaism adalah milik para ulama Halachah yang memerlukan petunjuk daripada Allah dalam mengistinbatkan hukum2 dan berijtihad tentang setiap hukum hakam yang ada dalam Torah dan Talmud untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan zaman ini...
apabila seseorang itu telah bersih hatinya, maka ijtihadnya adalah diyakini datang daripada Allah sebab hijab Allah yang dipanggil Sod (Kerahsiaan) telah terbuka untuknya..
dari sinilah munculnya kisah2 para rabbi berjumpa dengan para nabi, rabbi berkata-kata dengan Allah, rabbi mendapat ramalan2 tentang messiah dan lain2... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #332 migdal_bavel\ catat
jawapannya ada di dlm ALQURAN ...
JADILAH SEPERTI PARA2 SAHABAT NABI SAW ... ANTARA CIRI2 SIFAT MEREKA IALAH " SAMI' NAA WA ATHO'NAA (KAMI DGR DAN KAMI PATUH) ...
BUKANNYA " SAMI' NAA WA A'SOINAA (KAMI DGR DAN KAMI ENGGAN) ...
FIRMAN ALLAH SWT : " HAI BANI ISRAIL, INGATLAH AKAN NIKMAT KU YG TELAH AKU ANUGERAHKAN KEPADA MU DAN (INGATLAH PULA) BAHAWASANNYA AKU TELAH MELEBIHKAN KAMU DI ATAS SEGALA UMMAT* .. "
SURAH AL BAQOROH AYAT 47 ...
jadilah hamba yg bersyukur ....
WASSALAAMU A'LAA MANITTABA'AL HUDAA ...(KESELAMATAN DILIMPAHKAN KEATAS ORG YG MENGIKUT PETUNJUK)
[ Last edited by sirri_khafi at 18-7-2008 04:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #335 sirri_khafi's post
orang-orang Yahudi pun patuh kepada suruhan Allah dalam Taurat dan memang kami bersyukur tentang kelebihan itu.
situasi di Israel kini ialah polisi kerajaan yg sekular dan zalim yg menganiaya org2 palestine...
tapi pemahaman kami tentang hak ketuanan di Israel (atau dgn nama lain bg umat Islam-Palestine) tidak berubah iaitu kami berhak hidup di dalamnya.
sebelum Israel terasas, memang kami hidup dalam keadaan yg penuh keagamaan dan kesyukuran terhadap Allah.
setelah berlakunya holocaust, semakin ramai yg menjadi sekular dan atheis...tidak lagi percaya dan beriman dgn Allah sebab telahpun berputus asa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #336 migdal_bavel\ catat
KEHENDAK ALLAH SKRG IALAH SEMUA MANUSIA HENDAKLAH MENGIKUTI BAGINDA NABI SAW KERANA BELIAU ADALAH SEBAIK2 CONTOH ....
FIRMAN ALLAH SWT : " DAN SESUNGGUHNYA KAMU (HAI MUHAMMAD) BENAR2 BERBUDI PEKERTI YG AGUNG .. "
SURAH AL QOLAM AYAT 4
maka ALLAH SWT akan mencintai manusia yg mengikuti baginda nabi SAW ...
FIRMAN ALLAH SWT : " KATAKAN LAH : "JIKA KAMU (BENAR2) MENCINTAI ALLAH, IKUTI LAH AKU, NESCAYA ALLAH MENGASIHI DAN MENGAMPUNI DOSA2 MU. " DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG .. "
SURAH ALI 'IMRON AYAT 31 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #336 migdal_bavel\ catat
KALAU NAK HIDUP DI TANAH SUCI BAITUL MAQDIS PUN BUKANNYA SALAH .. HIDUPLAH SECARA AMAN DAMAI ...APA YG TERJADI SKRG NIH HANYA M RUGIKAN SEMUA PIHAK ... LAGIPUN X RAMAI UMAT ISLAM YG DAPAT BERZIARAH KESANA UTK MELIHAT LEGASI PARA2 ANBIYA' YG TERDAHULU (ALHAMDULILLAH SAYA DAH SAMPAI TAPI SAYANGNYA X DAPAT MASUK HEBRON .. ) ..
SO KEADAAN PUN DAH SEMAKIN GANAS SEJAK KEBELAKANGAN NIH ... SO XDER GOLONGAN KE YG INGIN "STOPKAN" KEGANASAN TUH ?
SAYA PERCAYA, KALAU TANAH SUCI BAITUL MAQDIS AMAN, MAKA AMANLAH SELURUH "DUNIA" INI ....
MUNGKIN INI ADALAH TUGAS DAN TAGGUNGJAWAB IMAM MAHDI DAN NABI ISA AS SEPERTI YG DIRAMALKAN OLEH BAGINDA NABI SAW ...
WALLAHU A'LAAAM
p/s : give piece the chance .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #330 migdal_bavel's post
3:42 (Ya Alah), kami telah menderhakai dan memberontak, Engkau tidakpun mengampuni.
3:43 (Ya Allah), Engkau menyelubungi diri-Mu dengan murka, mengejar kami dan membunuh kami tanpa belas kasihan.
3:44 (Ya Allah), Engkau menyelubungi diri-Mu dengan awan, sehingga doa tidak dapat menembus.
3:45 (Ya Allah), kami Kaujadikan kotor dan keji di antara bangsa-bangsa.
padanlah Allah pun tak nak pedulikan yahudi.masa doa pun dah menghina dan menuduh Allah macam macam dengan perkataan perkataan yang melampau.padahal salah awak juga yang jahat sangat.itulah namanya baalasan.mna ada orag Islam yang doa macam ni.adab doa pun dah gagal.sya rasa yahudi ni dah tak boleh diterima akal lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 18-7-2008 11:55 AM
dalam setiap Yahudi, terdapat suatu unsur dinamakan Nefesh Yehudi (Jiwa Yahudi) yg menjadikan seseorg itu Yahudi dari segi kehendaknya dan suara hatinya
dan salah satu sifat Nefesh Yehudi ini ialah menentang Allah sejak azali lagi..sebab itulah nama Yisrael dijolokkan kepada kami iaitu bermaksud "Dia Yang Menandingi Allah" atau "Dia Yang Menentang Allah"
ada satu suara hati dalam setiap Yahudi bahawa Allah tidak pernah mendengar akan doa-doa kami tetapi kami tetap sabar dan tabah dalam berdoa kepada-Nya..
adakah ko rasa ko mampu "menandingi Allah" @ "menentang Allah" ?? ko ada perasaan mcm ni ke dlm diri ko?
kalau ada, no wonder lah Allah tak mahu mendengar doa2 ko... ko tak "confirm" kan hubungan tuhan-hamba, malah ingin menandingi-Nya.... tuan mana yang suka hamba/pekerja yang degil dan selalu melawan ?
sedih gak baca rintihan2 ni... tapi, the bottom line is, "ini lah jalan yang ko pilih" .
ak rasa, untuk Allah menerima ko, ko kena menerima seluruh manusia/seluruh ciptaan terlebih dulu... bukankah kami juga datang dari Nya? jika ko menolak kami dan hanya menganggap ko saja yang istimewa, maka logiklah jika Allah tidak mahu menerima kamu...
ini je la yang ak rasa...ilmu pun tak banyak, tapi, yang pasti, hati2 yang baik pasti akan menang... camtu la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah negara israel terlalu rumit. |
|
|
|
|
|
|
|
keengganan bangsa yahudi mentaati perintah nabi musa AS (utk memasuki tanah suci baitul maqdis) dan akibatnya ....
FIRMAN ALLAH SWT : " DAN (INGATLAH), KETIKA MUSA BERKATA KPD KAUMNYA : " HAI KAUMKU, INGATLAH NIKMAT ALLAH ATASMU KETIKA DIA MENGANGKAT NABI2 DI ANTARA MU, DAN DI JADIKANNYA KAMU ORG2 MERDEKA, DAN DI BERIKAN NYA KPD MU APA YG BELUM PERNAH DI BERIKAN NYA KPD SEORG PUN DI ANTARA UMMAT2 YG LAIN. "
" HAI KAUMKU, MASUKLAH KE TANAH SUCI YG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH BAGI MU, DAN JANGAN LAH KAMU LARI KE BELAKANG (KERANA TAKUT KPD MUSUH), MAKA KAMU MENJADI ORG2 YG RUGI . "
" MEREKA BERKATA : " HAI MUSA, SESUNGGUHNYA DLM NEGERI ITU ADA ORG2 YG GAGAH PERKASA, SESUNGGUHNYA KAMI SEKALI2 TIDAK AKAN MEMASUKINYA SEBELUM MEREKA KELUAR DARIPADANYA. JIKA MEREKA KELUAR DARIPADANYA, PASTI KAMI AKAN MEMASUKINYA. "
" BERKATALAH DUA ORG DI ANTARA ORG2 YG TAKUT (KPD ALLAH) YG ALLAH TELAH MEMBERI NIKMAT ATAS KEDUANYA : " SERBULAH MEREKA DGN MELALUI PINTU GERBANG (KOTA) ITU, MAKA BILA KAMU MEMASUKINYA NESCAYA KAMU AKAN MENANG. DAN HANYA KPD ALLAH HENDAKNYA KAMU BERTAWAKKAL, JIKA KAMU BENAR2 ORG YG BERIMAN. "
" MEREKA BERKATA : " HAI MUSA, KAMI SEKALI2 TIDAK AKAN MEMASUKINYA SELAMA2 NYA, SELAGI MEREKA ADA DI DLMNYA, KERANA ITU PERGILAH KAMU BERSAMA TUHAN MU, DAN BERPERANG LAH KAMU BERDUA, SESUNGGUHNYA KAMI HANYA DUDUK MENANTI SAHAJA. "
" BERKATA MUSA : " YA TUHAN KU, AKUTIDAK MENGUASAI KECUALI DIRIKU SENDIRI DAN SAUDARAKU. SEBAB ITU PISAHKANLAH ANTARA KAMI DGN ORG2 YG FASIQ ITU. "
" ALLAH BERFIRMAN : " (JIKA DEMIKIAN), MAKA SESUNGGUHNYA NEGERI ITU DI HARAMKAN ATAS MEREKA SELAMA 40 TAHUN, (SELAMA ITU) MEREKA AKAN BERPUTAR2 KEBINGUNGAN DI BUMI (PADANG TIIH) ITU. MAKA JANGANLAH KAMU BERSEDIH HATI (MEMIKIRKAN NASIB) ORG2 YG FASIQ ITU. "
SURAH AL MA 'I DAH AYAT 20 - 26 ...
nilah perangai org yahudi...
[ Last edited by sirri_khafi at 20-7-2008 09:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|