|
wahhh....mzr,
tukar abetar nmpk? |
|
|
|
|
|
|
|
rich vocalist pun cumel gak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas geram di gimnasium
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
ANDY dibantu jurulatih peribadi menggunakan peralatan di gimnasium Fitness First.
Andy Estranged akui pemuzik perlu ada stamina untuk buat persembahan
RUTINNYA setiap minggu memang tidak banyak berbeza. Selain memenuhi undangan pertunjukan pentas bersama kumpulan muziknya Estranged, si pemilik nama penuh Azwin Andy Malik atau Andy ini lebih gemar menghabiskan masanya di gimnasium.
Bagi Andy, mengunjungi gimnasium bukan saja kerana faktor kesihatan tetapi ia juga menjadi tempat untuk pemain dram ini melepaskan segala tekanan yang ada.
"Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pemuzik, stamina adalah perkara penting apatah lagi saya bermain alat muzik seperti dram.
"Justeru untuk mengekalkan stamina yang ada, saya mengunjungi gimnasium sebanyak dua atau tiga kali seminggu dan setiap kunjungan, saya peruntukkan masa selama dua jam.
"Sepanjang tempoh itu, saya banyak lakukan teknik regangan, bangkit tubi dan paling saya gemari adalah berlari di atas treadmill.
IKUT cara betul.
"Malah, saya juga lebih menumpukan perhatian kepada senaman di bahagian bahu dan tangan kerana itulah anggota yang banyak digunakan sewaktu bermain dram,"ujar Andy yang kelihatan berpeluh-peluh sewaktu melakukan senaman itu sambil diawasi seorang jurulatih peribadi.
Lepas satu-satu mesin dan alat senaman yang disediakan di situ dicubanya. Sesekali dia mengesat peluhnya yang mula berjuraian dengan sehelai tuala kecil.
Dan kesungguhan Andy menjaga kesihatan diri dengan bersenam ternyata berbaloi apabila dia dilamar oleh Fitness First sebagai jurucakapnya.
"Sebenarnya saya sudah mula menjadi jurucakap kepada gimnasium ini sejak tahun 2005 lagi. Masa itu saya belum menyertai kumpulan Estranged dan masih bergelar pengacara untuk saluran hitz.tv.
BERSTAMINA tinggi menggunakan peralatan gimnasium.
"Setakat ini kontrak saya dengan Fitness First masih lagi wujud dan saya seronok kerana kolaborasi ini memberi peluang untuk saya bersenam dengan lebih giat lagi," ujar Andy yang menjadikan Fitness First Mutiara Damansara sebagai lokasi kegemaran.
Ditanya mengapa lokasi itu menjadi pilihan, Andy berkata selain berdekatan dengan kawasan rumah, suasana damai gimnasium berkenaan juga menjadi faktor mengapa dia lebih senang bersenam di sana.
"Selain dekat dengan kawasan rumah, persekitarannya yang tenang, tidak begitu padat dan damai menyebabkan saya rasa selesa menghabiskan masa saya di sini.
"Biasanya, saya memilih waktu petang iaitu jam 3 untuk memulakan senaman kerana waktu itu orang tak berapa ramai sangat. Jadi memang selesa nak bersenam,"kata Andy yang turut menjadikan sukan futsal sebagai aktiviti riadah.
Bukan berlagak
SELEPAS kejayaan Estranged mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-22 penghujung Januari lalu, diakui kumpulan yang dianggotai empat orang anak muda ini tak menang tangan memenuhi undangan pentas.
Biarpun gembira dengan pengalaman baru yang dilaluinya itu namun, jauh di sudut hati mereka ada sesuatu yang membuatkan mereka terkilan. Menurut Andy, jikalau boleh Estranged memang teringin untuk memenuhi undangan itu tetapi keadaan tidak mengizinkan.
"Buat masa ini kami memang sibuk untuk menghasilkan album kedua kami.Banyak wang yang sudah kami belanjakan dan studio sudah pun ditempah awal.
"Jadi kami harap mana-mana pihak yang gagal mendapatkan khidmat kami supaya tidak menuduh kami berlagak dan sebagainya. Kami tidak pernah berlagak cuma tidak berkesempatan. Itu saja,"luah Andy mengharap pengertian.
Mengulas album kedua yang diterbitkan di bawah syarikat mereka sendiri iaitu EAD Entertainment, Andy berkata album kali ini dihasilkan dengan lebih profesional.
"Dulu kami bergerak secara bebas dan proses rakaman juga tidaklah begitu hebat. Tapi kini, dari segi produksi, kami lebih menitikberatkan soal profesional dan pastinya kualiti album ini akan lebih dipertingkatkan,"ujarnya mengenai album yang menelan belanja lebih RM40 ribu ringgit ini.
Untuk album ini juga mereka merancang untuk merakamkan lebih banyak lagu Melayu berbanding hanya sebuah lagu Melayu berjudul Itu Kamu yang dimuatkan dalam album mereka terdahulu.
[ Last edited by mzr at 24-2-2008 01:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sape nak jumpa Andy, daftar diri di fitness first mutiara damansara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #306 tirasha's post
ramai yg dtg ke fitness first pukul 3 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #309 mzr's post
tira might be pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
Andy in mag Hot !
What's in A room ?
Azwin Andy
What is your favourite item in your bedroom ?
My favourite item in my bedroom is my laptop. I'm usually on it's most of the time I'm in my room.
What would your ideal bedroom be like ?
My ideal bedroom would have to be what I have right now-spacious, has all stuff i need in it, has a very soothing view outside the window ( for me, that means green grass ! ) and, of course, has a 42" LCD TV. I'm planning to get the TV to complete everything.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #312 iloveyou's post
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Planet Muzik 2008
Senarai penuh pencalonan Anugerah Planet Muzik 2008 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 April 2008. Segala info dari
http://klubbkidd.blogdrive.com
Kumpulan Paling Popular
Ahli Fiqir
Cradle
Dewa 19
Estranged
Jinbara
Matta
Nidji
Peterpan
Sofaz
The Lima
Ungu
Vagetoz
Lagu Paling Popular (Lagu/Artis)
Atas Nama Cinta/Rossa
Berserah/Taufik Batisah)
Dua Kali Lima/Ahli Fiqir
Itu Kamu/Estranged
Izinku Pergi/Kaer
Kekasih Gelapku/Ungu
Ketahuan/Matta
Lelaki Ini/Anuar Zain
Menhapus Jejakmu/Peterpan
Nakal/Gigi
Perlu Kamu/Ajai & Kris Dayanti
Sembunyi/Misha Omar & Andy Flop Poppy |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 estranged menang lg
huh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #314 tweetytweety's post
|
|
|
|
|
|
|
mstar online |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #317 mzr's post
apahal muka rich lain? (ooo, ada kumis rupanya... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #317 mzr's post
pic bile nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|