CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton -

 Close [Copy link]
Post time 26-8-2008 02:00 PM | Show all posts
(UTUSAN M'SIA 260808)

Misbun dapat imbuhan RM60,000


KEJAYAAN Lee Chong Wei (kiri) dikongsi oleh jurulatihnya, Misbun Sidek dengan ganjaran RM60,000 yang bakal diterima daripada MSN ekoran kejayaan mereka membawa pulang pingat perak Olimpik baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Jurulatih badminton negara, Misbun Sidek akan menerima ganjaran wang tunai RM60,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) atas kejayaannya melatih pemain kebangsaan, Lee Chong Wei sehingga berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing baru- baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, ganjaran tersebut merupakan penghargaan dan insentif kementerian kepada Misbun yang berjaya menggilap bakat Chong Wei.

"Kita akan serahkan ganjaran tersebut tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Mengenai gelaran Datuk pula yang akan dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka, Ismail berkata, Misbun layak menerimanya mengambil kira jasa beliau kepada negara.

''Begitu juga dengan Chong Wei yang akan menerimanya daripada Kerajaan Pulau Pinang.

''Bukan senang nak dapat pingat di Olimpik. Kita sudah 12 tahun 'kehausan' pingat dan sudah berapa lama bendera Malaysia tidak berkibar di sukan terbesar itu jadi saya rasa ia memang berbaloi," katanya.

Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini mengumumkan akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Misbun manakala Pulau Pinang menganugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) kepada Chong Wei.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak menafikan ada pihak yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diberikan kepada Chong Wei tetapi ia adalah hak kerajaan negeri terbabit.

''Ini adalah anugerah jadi terserah kepada kerajaan negeri. Ia bukan diberikan tanpa sebab tetapi berdasarkan kepada sumbangan bernilai oleh rakyat Malaysia," katanya.

Mengulas pencapaian atlet Malaysia pada Olimpik Beijing yang baru melabuhkan tirainya kelmarin, Ismail berkata, kementerian positif terhadap perkembangan mereka sepanjang sukan itu berlangsung.

''Bagi mereka yang tidak menunjukkan prestasi terbaik, kita akui memang kecewa tetapi kita dari awal lagi tidak meletakkan impian besar untuk menang di Olimpik. Kalau atlet itu berjaya memperbaiki rekod, itu satu perkembangan baik," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 04:04 PM | Show all posts
awatnye aku susah sgt nak masuk forum ni skrg ni
mmg camtu ke ..atau aku sorang je???????
atau memalam je yg problem ???..
tu yg aku masuk siang2 ni ... tu pun melalui chinese foum ...

congrats chong wei ..betul2 dapat datuk :pompom:
misbun pun datuk gak ...congrats :pompom:
harap2 soon kit, kim hock, razif, jalani n rashid pun dapat datuk gak
ada harapan kkk n tbh dapat datuk gak ni
yoyo??? jangan berangannnnnnnnn ...pleaaaaaaaaaaaaaseeeeeeeee


smlm aku tertengok korean news kat channel 303 tu ...
kebetulan tunjuk sambutan dorang kat olimpian dorang ....
cam perarakan ari merdeka lak aku tengok
memula nampak oppa swimming n onni angkat berat tu mengdahului kontinjen ..
pastu tunjuk dorang nyanyi reramai kat atas pentas....
hyo jung onni n yong dae oppa nyanyi
pastu dorang interview yong dae oppa ...
apa la yg yong dae oppa cakap ...apasal la aku paham sepatah dua je hangul ni .....
makin ramai la peminat yong dae oppa kita ....lionnnnnnnnnnn ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 07:39 PM | Show all posts
yeah..misbun pun dpt title datuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 26-8-2008 16:04
awatnye aku susah sgt nak masuk forum ni skrg ni
mmg camtu ke ..atau aku sorang je???????
atau memalam je yg problem ???..
tu yg aku masuk siang2 ni ... tu pun melalui chinese fou ...



server cari mmg ada problem kot
aku pun kdg2 tak dpt masuk

yong dae oppa nyanyi?
sedap ke suara dia


[ Last edited by  hazlyn at 27-8-2008 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 26-8-2008 04:04 PM
awatnye aku susah sgt nak masuk forum ni skrg ni
mmg camtu ke ..atau aku sorang je???????
atau memalam je yg problem ???..
tu yg aku masuk siang2 ni ... tu pun melalui chinese fou ...


haah aku pon ssh gak nk masuk cari ni..last
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 12:34 PM | Show all posts
agak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2008 08:44 PM | Show all posts
APE YANG SPECIAL SANGAT LEE YONG DAE 2?????
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by miyoma at 27-8-2008 20:44
APE YANG SPECIAL SANGAT LEE YONG DAE 2?????


yong dae tu cute
ala2 muka pelakon soap opera korea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2008 09:07 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by lionsleepin at 27-8-2008 12:34
agak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 08:39 PM | Show all posts
kita kena produce superstar mcm Lee Yong Dae pada usia muda

walaupun umur junior .. beliau dah main peringkat senior ( satu nama besar )

tournament junior pun masuk, senior pun dapat main

jgn lewat baru naK excel ...

waktu muda .. keluar2 ke tounament ..MESTI kena menang ... dah cukup dah asyik menimba pengalaman

negara lain .. keluar mesti mau champ .. itu target

selamat kuat berusaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 12:02 AM | Show all posts
Anugerah Jadi Pembakar Semangat Untuk Chong Wei
BERNAMA - 28 Ogos, 2008 20:01 PM

PULAU PINANG, 28 Ogos (Bernama) -- Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008, Lee Chong Wei, menyifatkan anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari kerajaan Pulau Pinang sebagai pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Beliau berkata anugerah itu akan memberi semangat kepadanya untuk terus berjuang memburu gelaran termasuk Kejohanan Dunia di India tahun depan.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah DSPN yang membawa gelaran Datuk yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ibu bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 55 dan Khor Kim Chooi, 54.

Chong Wei kini membuat persediaan menghadapi Kejohanan Terbuka Jepun dan Terbuka Macau bulan depan.

Impian Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama dari Sukan Olimpik musnah apabila Chong Wei tewas kepada pemain China, Lin Dan 21-12, 21-8 pada perlawanan perseorangan akhir 17 Ogos lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 12:03 AM | Show all posts
Mew Choo Dipilih Penerima Anugerah SAM-100PLUS 2007
BERNAMA - 28 Ogos, 2008 22:19 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pemain badminton perseorangan wanita utama negara, Wong Mew Choo mengetepikan ratu squasy Datuk Nicol Ann David untuk dipilih sebagai pemenang anugerah kecemerlangan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS bagi tahun 2007.

Pemilihan pemain berusia 25 tahun itu juga sekaligus mengetepikan pemenang tahun lepas pasangan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (badminton), Roslinda Samsu (lompat tinggi-olahraga) dan Lee Hup Wei (lompat jauh-olahraga).

Mew Choo menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob pada majlis yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini malam ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden SAM Khalid Saad ketika berucap pada majlis tersebut berkata jawatankuasa pemilihan mempunyai beberapa kriteria tertentu sebelum memilih pemenang anugerah tersebut.

"Antara kriteria tersebut ialah penekanan dari segi personaliti, kesan kejayaan, disiplin dan konsistensi," katanya.

Beliau berkata Mew Choo dipilih kerana pemain itu mewakili generasi baru wanita yang cemerlang dalam sukan badminton.

Sejak era Sylvia Ng dan Katherine Teh pada 1970-an, hanya pemain lelaki yang mendominasi acara tersebut.

"Mew Choo adalah pemain generasi baru yang membawa pemain wanita negara semakin digeruni di arena antarabangsa," katanya.

Pada tahun lepas, Mew Choo menjadi pemain perseorangan wanita negara yang pertama muncul sebagai juara Siri Super Terbuka China dan kejayaan tersebut memberi impak yang besar kepada pemain-pemain wanita lain, katanya.

Tahun lepas juga menyaksikan pemain berasal dari Selangor itu muncul naib juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia, mara ke suku akhir Kejohanan All England dan separuh akhir Kejohanan Asia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 12:11 AM | Show all posts
tahniah datuk lee chong wei~! :pompom:





Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 12:43 AM | Show all posts
Misbun terharu dikurnia Datuk
BERITA HARIAN


TAHNIAH: Misbun menerima ucapan tahniah daripada Ali
sambil diperhatikan oleh Latifah di Istana Melaka, Ayer Keroh, petang semalam.


TERHARU dan tidak menyangka sama sekali. Itulah ungkapan pertama yang disampaikan oleh jurulatih badminton negara, Misbun Sidek apabila ditanya perasaannya sebaik saja selesai menerima bintang kebesaran kerajaan Melaka - Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk di Ayer Keroh, Melaka, petang semalam.

Namun, dalam nada yang sama, beliau memasang tekad untuk menjadikan anugerah yang diberi oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob itu sebagai motivasi kepada diri melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan lebih gigih dan tekun.

"Apa yang saya buat selama ini adalah ikhlas. Sebab itu saya rasa terharu sekali dan tidak menyangka akan mendapat penganugerahan tinggi seperti ini. Sudah tentu selepas ini, saya akan lebih giat lagi sejauh mana yang mampu.

"Dan sememangnya saya sedar, penghargaan ini satu tanggungjawab yang berat kepada saya selaku jurulatih, namun saya akan terus berusaha untuk memberi banyak tumpuan melahirkan bakat baru negara pada masa depan," katanya yang turut ditemani isterinya, Datin Latifah Sidek pada majlis itu.

Penganugerahan bintang kebesaran kerajaan Melaka ini diadakan khas di Dewan Banquet, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan semua exco kerajaan negeri.

Anugerah ini diberi kepada Misbun, 48, atas sumbangan melatih pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei memenangi pingat perak pada temasya Olimpik di Beijing yang berakhir Ahad lalu, disamping pembangunan sukan badminton di Malaysia sepanjang pembabitannya sejak 30 tahun lalu.

Dalam pada itu, Mohd Ali berharap penganugerahan DMSM itu, akan menyuntik lagi semangat Misbun bagi melatih lebih ramai bakat muda negara ini dalam sukan badminton sehingga mencapai tahap dunia dan Olimpik seperti dicapai Chong Wei.

Ismail pula berharap penganugerahan itu akan memberi perangsang kepada atlit dan jurulatih sukan di negara ini untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kerana jasa dan sumbangan mereka, sudah pasti tidak akan dilupakan kerajaan seperti diperoleh oleh Misbun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 01:44 AM | Show all posts
tahniah Datuk Lee Chong Wei:pompom: :pompom:
tahniah Datuk Misbun Sidek:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 06:27 AM | Show all posts
Mew Choo raih anugerah SAM
Oleh DRAHMAN BAHARUN



MEW CHOO menunjukkan replika cek yang
diterimanya pada majlis penganugerahan
di Bukit Jalil semalam.


RATU badminton negara, Wong Mew Choo ditabalkan selaku penerima anugerah kecemerlangan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS bagi tahun 2007.


Dengan kejayaan itu, Mew Choo mengetepikan empat calon yang turut disenaraikan iaitu ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton), Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Roslinda Samsu (lompat bergalah).

"Saya tidak jangka dengan kemenangan ini kerana atlet lain seperti Datuk Nicol Ann David adalah pilihan utama.

"Apa pun saya cukup berpuas hati dan sangat gembira dengan kemenangan ini.

"Saya dapat menebus kekecewaan pada Sukan Olimpik di Beijing selepas gagal meraih sebarang pingat dengan menerima anugerah berprestij ini," katanya ketika ditemui selepas majlis anugerah tersebut di Bukit Jalil semalam.

Mew Choo berkata, kejayaan tersebut juga akan memberi semangat kepadanya untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada kejohanan akan datang.

"Saya akan lebih fokus pada kejohanan akan datang dan anugerah ini menyuntik semangat saya untuk terus maju sebagai pemain badminton," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, Abu Bakar Atan, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah SAM 2007 yang juga Timbalan Presiden SAM, Khalid Mohamed Saad dan Pengurus Kebangsaan Hal Ehwal Korporat F&N Coca Cola (M) Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


tahniah mew choo -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 08:08 AM | Show all posts
Intai hatrik
HARIAN METRO

MOHD Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari kian bersemangat untuk mencari gelaran hatrik selepas muncul juara dua Siri Super berturut-turut sebelum ini dan terus fokus membuat persiapan menghadapi pusingan ketujuh Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, bulan depan.

Selepas digandingkan lebih setahun oleh jurulatih beregu, Rexy Mainaky, reputasi Zakry dan Fairuzizuan, terbukti apabila menjuarai Siri Super Singapura, 15 Jun lalu diikuti kejayaan kedua muncul juara Siri Super Indonesia, seminggu kemudian.

Prestasi mereka memuncak sewaktu membuat penampilan pertama Piala Thomas di Jakarta, Mei lalu, apabila memastikan mata kedua negara pada separuh akhir, menewaskan beregu kedua China, Xie Zhongbo-Guo Zhendong tetapi Malaysia tewas 3-2.

Zakry, 25, menyifatkan gandingan bersama Fairuzizuan semakin serasi berbanding tahun lalu dan perkara itu terbukti apabila persefahaman lebih baik membolehkan mereka muncul juara berturut-turut pada Siri Super.

“Sasaran kami ialah mencari kejayaan ketiga (hatrik) pada pertarungan di Gimnasium Metropolitan Tokyo yang akan bermula 16 September depan.

“Prestasi sekarang lebih konsisten berbanding pertengahan tahun lalu. Kami sedia menghadapi sebarang lawan dan kemungkinan undian kerana kejohanan itu pasti disertai ramai pemain ternama dunia termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing, Markis Kido-Hendra Setiawan dan juara bertahan, Candra Wijaya-Tony Gunawan.

“Saya yakin keupayaan kebanyakan pemain akan teruji sekalipun Terbuka Jepun menawarkan hadiah keseluruhan yang tidak sama berbanding Siri Super Korea atau Indonesia tetapi disebabkan Jepun selaku pengeluar dan penaja peralatan sukan pada sirkit kejohanan badminton antarabangsa, pemain antarabangsa wajib menyertai dan bagi kami, ia peluang perlu dimanfaatkan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Mengenai persiapan bulan Ramadan bakal tiba beberapa hari lagi, pemain kelahiran Seremban itu berkata:”Kami akan memulakan latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, dalam masa seminggu lagi. Saya tahu kami akan berpuasa tetapi saya dan Fairuzizuan tetap akan menjalani latihan dan membuat persiapan pada tahap terbaik sepanjang kejohanan itu. Ia satu cabaran baru bersaing dalam bulan puasa ketika kebanyakan pemain lain tidak berpuasa.”

-----

seronok baca komen FZ ni... selalunya memang bersemangat & berfikiran +ve

gud luck~! :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 29-8-2008 08:08 AM
  .Mengenai persiapan bulan Ramadan bakal tiba beberapa hari lagi, pemain kelahiran Seremban itu berkata:”Kami akan memulakan latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, dalam masa seminggu lagi. Saya tahu kami akan berpuasa tetapi saya dan Fairuzizuan tetap akan menjalani latihan dan membuat persiapan pada tahap terbaik sepanjang kejohanan itu. Ia satu cabaran baru bersaing dalam bulan puasa ketika kebanyakan pemain lain tidak berpuasa.” ...


yeahhh...positif je FZ ni..main time bln pose ni bkn senang..byk dugaannye,time main tgk lwn plak tgh minum sabo je je la..

apapun gud luck FZ...:pompom: :pompom: :pompom:


Oh ye..da nak dekat bln ramadhan ni, so aza ucapkan SELAMAT BERPUASA utk korang sume..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 06:06 PM | Show all posts


lee chong wei......



masing2 da dpt anugerah ni...tahniah datuk LCW,datuk misbun & mew choo...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 07:30 PM | Show all posts

Reply #319 azalea_girl's post

LCW ikut muka ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060008 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list