|
Home » nation
Malaysia may face bigger challenges in 2010: Mier
COME 2010, the Malaysian economy is expected to face tougher and more challenging times following concerns that the US may be heading for a double-dip recession.
Malaysian Institute of Economic Research (Mier) executive director Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem said all available evidence clearly showed that Malaysia was out of recession.
The country would register positive growth in the fourth quarter of this year, and this would probably continue into 2010, he said in an interview.
"Initially, we thought it'll be something like minus three to minus four per cent growth for this year.
"Now, looking at the numbers of the third quarter and the subsequent monthly data, we think the growth for this year will be in the region of minus two to minus three per cent," he said.
For 2010, he anticipated the growth to be closer to 4 per cent.
However, he said, 2010 would be a challenging year. Although the global economy was moving out of the recession, it was not completely out of the woods, he added.
"There are worries that the growth momentum that we are seeing now - not only in Malaysia but everywhere else - is somewhat fragile because the growth that we are seeing in the US and Europe and some other countries are very much driven by fiscal stimulus packages," Mohamed Ariff said.
He said that to keep the momentum going, these countries would probably need another dosage of fiscal stimulus. "But the question is, can these countries afford to have another round of fiscal stimulus?"
"Many also think that that may not work in the first place. There are concerns of that sort that suggest there may be double dip in the US in the first half of next year," he said.
If that were to happen, he said, obviously there would be a lot of knock-on effects on other countries which US has a good trade and economic connection.
Other concern, he said, was the possibility of asset bubbles especially in China and many countries in East Asia and rising inflation.
"These asset bubbles may really cause problem if they were to breed sometime this year," he said.
He said that another worrisome factor was that all these countries had been printing money this year to finance part of their deficits.
"These extra money printed actually have not translated into higher prices because of repressed demand conditions. But once economy starts to recover, demand will begin to recover, there is a strong possibility of inflation re-emerging.
"If inflation were to rise, countries like Australia and Europe, which are very sensitive to inflation numbers, may jack up interest rates. And if they jack up interest rates, then I think it will scuttle the growth process," he said.
Mohamed Ariff said Malaysia would probably not raise interest rates even if Europe would do so and Australia had already done it.
"The recovery that we see in Malaysia is very fragile. You are talking about 4 per cent growth only and this is way below Malaysia's potential growth of 5.5 per cent.
"So, the economy cannot afford to have a high interest rate regime at this point in time," he said. Malaysia had to keep its interest rates relatively low to stimulate both consumption and investment, he added.
He said the country's growth may reach its peak early and decelerate thereafter should the US run into a double dip contraction in the first half of 2010, in which case Malaysia would have to put in some kind of stimulus package.
"There are already indications of the volatility," he said, adding that Japan had shown some kind of deceleration after a positive growth in the third quarter.
Mohamed Ariff said Malaysia may need another RM8 billion to support what it had done before but introducing another stimulus would increase the government's budget deficit since revenue was falling.
"In a way, this is a difficult time. I don't think now is a cause for celebration. We are out of recession but we are going to be stuck in a slow, sluggish growth for at least two more years.
"We don't really actually see the full growth trajectory until the year 2012. Until then, we will have to struggle or wrestle with this sluggish growth," he said. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully Nokia siasat juga ada sorang mamat tu tukar handpone buruk o2 ke apple ni...
.........................................................................................
Bisnes Dunia: Nokia minta Apple disiasat
NOKIA, pengeluar telefon mudah alih terbesar dunia sudah meminta Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran paten Nokia oleh Apple.
Nokia memfailkan kes terhadap Apple, yang juga adalah saman balas gergasi teknologi Finland itu, dalam persaingan sengit antara dua pengeluar telefon mudah alih dunia apabila produk Apple iaitu iPhone mengambil penguasaan pasaran Nokia dalam pasaran telefon pintar.
Aduan dikemukakan Nokia tertumpu kepada tujuh paten syarikat itu, dengan mendakwa Apple melanggar paten Nokia iaitu pada semua telefon mudah alih, pemain muzik mudah alih dan komputer, katanya.
“Teknologi dipatenkan itu adalah penting kepada kejayaan Nokia kerana ia menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik, kos pembuatan rendah, saiz lebih kecil dan jangka hayat bateri bagi produk Nokia,” menurut Nokia dalam kenyataannya semalam.
Pengurus Paten Nokia, Paul Melin, berkata Nokia menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi utama perkakasan elektronik kecil.
“Langkah ini bagi melindungi hasil daripada pembangunan perintis,” katanya.
Nokia sudah memfailkan aduan undang-undang terhadap Apple Oktober lalu di Mahkamah Persekutuan di Delaware, di timur Amerika Syarikat.
Syarikat Finland itu turut mendakwa Apple menyalahi 10 paten meliputi data tanpa wayar, kod percakapan, sekuriti, inkripsi dan pelanggaran model iPhone Apple sejak ia mula diperkenalkan pada 2007.
“Aduan undang-undang kami di Delaware berhubung usaha Apple untuk memanfaatkan secara percuma daripada pelaburan Nokia dalam standard tanpa wayar, kerana kes ITC difailkan hari ini membabitkan tindakan Apple membangunkan perniagaan mereka menggunakan inovasi yang menjadi hak milik Nokia,” katanya.
Syarikat gergasi Finland itu merekodkan kerugian suku pertama dalam tempoh 10 tahun Oktober lalu, di tengah-tengah jualan merudum.
Penganalisis berkata, prestasi tidak memberangsangkan itu ekoran populariti iPhone Apple dan Blackberry RIM ke atas model Nokia. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
On Wall St, Dow and Nasdaq at '09 highs
Published: 2009/12/31
Share
PDF
EMAIL
PRINT
CURRENCY CONVERTER
LARGER TYPE
SMALLER TYPE
TOOLS
DICTIONARY :
THESAURUS :
U.S. stocks ended a smidgen higher in very light trading on Wednesday as a stronger-than-expected report on Midwest U.S. business activity was offset by investors taking profits in some of the year’s better performers.
Still, the Dow and the Nasdaq eked out fresh highs for the year. The Standard & Poor’s benchmark index is up 25 per cent for 2009, putting it on track for its best year since 2003.
Most of the advance is the result of the nine-month rally the market has seen as investors turned bullish on prospects for the economic recovery. The S&P 500 is up a whopping 66.5 percent since its March 9 closing low. |
|
|
|
|
|
|
|
salam boss kirawang, nk tnya la...
market outlook utk year 2010 cmna yer..?
terus mencanak naik je cmna?...
hopefully reach 1400 or more by year end 2010..insyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully Nokia siasat juga ada sorang mamat tu tukar handpone buruk o2 ke apple ni...
.........................................................................................
Bisnes Dunia: N ...
kirawang Post at 31-12-2009 09:06
hissss sape ler tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
sharing info.....tolong jgn ambik bulat2 yer....
Bursa Malaysia Dijangka Memantul Semula Tahun Depan, Kata Persatuan Pelabur
Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pada 2010, semua bentuk pelabur, termasuk pengurus dana dan pelabur bebas, mungkin mula memasuki pasaran modal Malaysia secara besar-besaran.
"Kami menjangkakan Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya ketika ini pada kira-kira 15 peratus pada separuh pertama 2010 dan mengatasi prestasi itu pada separuh kedua," kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia Datuk Dr P.H.S. Lim.
"Kemungkinan besar kita akan melihat pemantulan semula dan selepas ini, kita mungkin berpeluang menyaksikan peningkatan," katanya kepada Bernama.
Menurut Lim, pasaran mungkin menyaksikan daya tahan yang kukuh pada paras sekitar 1,458 mata dari segi indeks komposit untuk mencabar paras paling tinggi yang pernah di catatkan iaitu 1,525 mata.
Permodalan pasaran dijangka melepasi RM1 trilion daripada RM998.3 bilion sekarang (pada 30 Dis, 2009), katanya, sambil menambah paras paling tinggi permodalan pasaran yang pernah dicatatkan ialah RM1.100 trilion.
"Kenaikan semasa ini bermula pada minggu pertama 2009 dan setakat ini kita tidak melihat pembetulan bermakna. Ia memerlukan pembetulan dan pembetulan yang bermakna boleh menghakiskan kira-kira 15 peratus," kata Lim.
"Pada 2009, kita menyaksikan kenaikan kukuh harga beberapa komoditi termasuk tembaga (139 peratus), gula (126 peratus), minyak mentah petroleum (110 peratus) dan emas (60 peratus)," katanya.
Bagi 2010, Lim berkata terdapat kemungkinan harga komoditi lain seperti jagung, gandum, beras dan minyak sayuran juga turut meningkat.
"Situasi seumpama itu boleh memberi faedah kepada industri minyak sawit kita," katanya.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang ketika ini berjumlah RM629 bilion, mungkin mencapai kadar pertumbuhan positif sekitar tiga peratus bagi 2009, bergantung kepada pertumbuhan ekonomi global, kata Lim.
"Sebaik sahaja ekonomi utama stabil, terdapat kemungkinan kadar faedah mula dinaikkan untuk membendung tekanan inflasi. Sebarang kenaikan kadar faedah pada 2010 dijangka sederhana," katanya.
Menyifatkan 2009 sebagai 'tahun emas', Lim berkata sehingga 30 Dis, indeks komposit berada pada 1,271.12 mata dengan kenaikan 44.98 peratus berbanding 2008 yang menyaksikan penurunan 39.33 peratus pada 876.75 mata.
Menurut beliau, tahun itu telah menjadi antara tahun terbaik bagi Bursa Malaysia.
"Tempoh yang sukar merupakan masa terbaik bagi pelaburan kewangan dalam pasaran saham Malaysia," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
salam boss kirawang, nk tnya la...
market outlook utk year 2010 cmna yer..?
terus mencanak naik je cmna?...
hopefully reach 1400 or more by year end 2010..insyaAllah...
pojikun85 Post at 31-12-2009 09:31
Menurut Lim, pasaran mungkin menyaksikan daya tahan yang kukuh pada paras sekitar 1,458 mata dari segi indeks komposit untuk mencabar paras paling tinggi yang pernah di catatkan iaitu 1,525 mata.
nah..bak kata tauke..
Jangan ambik bulat2, ambil leper leper saja...... |
|
|
|
|
|
|
|
All U Trust P Mutual Conslutants...
Good News....
1. Commission this month dah boleh check dengan agent service
2. Bonus pon boleh check..
dan akan masuk dengan komisyen nanti................. |
|
|
|
|
|
|
|
FBM KLCI lepasi 1,400 mata
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
Prestasi disokong prospek pemulihan ekonomi tempatan dan global
INDEKS Komposit FSTE Bursa Malaysia (FBM KLCI) diunjur mampu melonjak melepasi paras 1,400 mata tahun ini, disokong prospek pemulihan ekonomi tempatan dan global, sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan serta pelaburan.
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata pihaknya mengunjur penanda aras pasaran tempatan mampu melonjak mencecah 1,433 mata, dipacu oleh peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4.5 peratus bagi 2010 dan 6.0 peratus pada 2011.
Turut dijangka mendorong peningkatan, katanya, adalah pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dalam negara serta pengukuhan nilai ringgit kepada RM3.35 berbanding dolar AS pada 2010 dan RM3.29 pada 2011.
Beliau berkata, faktor positif lain adalah peningkatan harga komoditi seperti minyak mentah dan sawit serta manfaat diraih daripada pemulihan ekonomi negara rakan dagang.
"2010 adalah tahun yang menceriakan pasaran khususnya pada separuh pertama. Antara faktor pencetus kenaikan pasaran adalah aliran berita positif, kesan tradisi 'lonjakan Januari' dan rali Tahun Baru Cina.
"Selain itu, semakan semula tarif elektrik pada bulan ini dan Jun depan, jangkaan pengumuman lebih banyak dasar dan liberalisasi baru serta pengumuman program reformasi subsidi bahan api lebih jelas pada Mei ini, turut dijangka membantu merangsang pasaran," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Pada peringkat global, Dass berkata, Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka, tentunya akan mendapat manfaat pemulihan persekitaran ekonomi dan perdagangan global.
Katanya, ekonomi Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang mencatat penguncupan tahun lalu, masing-masing diunjur berkembang pada kadar 2.0, 1.0 dan 1.2 peratus.
Dalam pada itu, ekonomi utama Asia seperti China, India dan Indonesia akan terus meraih peningkatan KDNK yang tinggi masing-masing pada kadar 9.5, 7.9 dan 6.0 peratus, katanya.
Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB), Andrew Lee, berkata pasaran tempatan ketika ini mempunyai ruang untuk meningkat sehingga 1,410 mata, berdasarkan prospek pertumbuhan pendapatan syarikat sebanyak 14.9 peratus.
"Antara sektor dijangka meraih manfaat daripada pemulihan ekonomi domestik dan global adalah hartanah, pembinaan, utiliti, bank terpilih, barangan pengguna serta minyak dan gas," katanya.
Penganalisis HwangDBS Vickers Research, Goh Yin Foo, berkata tahun ini terdapat peluang menyaksikan kemasukan semula pelabur asing ke pasaran tempatan.
Katanya, pelabur asing yang ketinggalan menyertai pemulihan pasaran menjelang akhir tahun lalu, dijangka kembali membeli saham tempatan terpilih.
"Jumlah pemilikan saham oleh pelabur asing di pasaran tempatan seperti pada September lalu sebanyak 21 peratus, paras terendah dalam tempoh lima tahun. Kemasukan pelabur asing boleh menjadi pencetus terhadap aktiviti pasaran yang lebih rancak," katanya.
Sementara itu, Bursa Malaysia membuka tirai dagangan 2010 semalam dengan sentimen positif yang menyaksikan FBM KLCI berada di paras kukuh.
Penanda aras utama itu menokok 2.97 mata atau 0.23 peratus untuk mengakhiri dagangan semalam pada 1,275.75 mata.
Ia yang dibuka pada 1,272.31 mata iaitu 0.47 mata atau 0.04 peratus lebih rendah daripada penutup 31 Disember 2009, namun terus melonjak untuk ditutup pada 1,275.75 mata yang juga adalah paras tertinggi harian.
Kenaikan semalam itu juga dicatat di sebalik penurunan beberapa bursa utama Asia, antaranya Bursa Saham Singapura yang menyaksikan Indeks Straits Times susut 3.07 mata atau 0.11 peratus kepada 2,894.55 mata, manakala Bursa Saham Hong Kong merosot 49.22 mata atau 0.23 peratus kepada 21,823.28 mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga saham di paras tinggi
HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama tahun baru semalam pada paras lebih tinggi apabila pelabur kembali ke pasaran selepas cuti panjang akhir tahun.
Pada penutup, petang, pengukur pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) ditutup 2.97 mata atau 0.23 peratus lebih tinggi pada 1,275.75. Ia dibuka 0.47 mata lebih rendah pada 1,272.31.
Indeks Kewangan meningkat 5.82 mata kepada 11,059.22, Indeks Perusahaan naik 11.13 mata kepada 2,665.64 dan Indeks Perladangan mengukuh 13.95 mata kepada 6,376.86.
Indeks FBMEmas melompat 53.82 mata kepada 8,561.43, Indeks FBMTop 100 meningkat 37.24 mata kepada 8,346.13, Indeks FBM70 melonjak 108.13 mata kepada 8,377.35 dan FBMACE menokok 58.03 mata kepada 4,357.61.
Dalam nota penyelidikannya semalam, OSK Research Sdn Bhd membuat saranan 'neutral’ bagi prospek teknikal pasaran dalam jangka terdekat ini.
“Bagi Januari, kami berpendapat pasaran akan memperlihat prestasi meningkat, kerana mengikut statistik kenaikan awal ‘kesan Januari’ sudah terbukti sejak 14 tahun lalu,” katanya.
Pasaran menyaksikan 579 kaunter meningkat berbanding 159 kaunter turun.
Jumlah dagangan bertambah kepada 1.130 bilion saham bernilai RM990.954 juta berbanding 602.417 juta saham bernilai RM842.709 juta Khamis lalu.
Pasaran ditutup Jumaat lalu kerana cuti umum sempena Tahun Baru.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 945.708 juta saham bernilai RM951.295 juta daripada 527.428 juta saham bernilai RM822.875 juta Khamis lalu.
Dalam Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 74.891 juta saham bernilai RM22.518 juta daripada 38.238 juta saham bernilai RM9.262 juta sebelumnya.
Waran memperlihatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 45.599 juta unit bernilai RM7.323 juta berbanding 28.462 juta saham bernilai RM5.414 juta Khamis lalu.
Antara saham cergas, SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada 18 sen, Talam Corporation menambah sesen kepada 10.5 sen, LCL Corporation naik lapan sen kepada 23 sen dan Scomi Group mengukuh 3.5 sen kepada 48 sen.
Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby dan CIMB Group meningkat dua sen, masing-masing kepada RM8.99 dan RM12.86, manakala Maybank masih pada RM6.86.
Maxis, IOI Corp dan Tenaga Nasional masing-masing kekal pada RM5.37, RM5.47 dan RM8.40.
Barangan pengguna menyumbang 40.333 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 237.408 juta, pembinaan 70.146 juta, perdagangan dan perkhidmatan 350.284 juta,
Teknologi 33.743 juta, prasarana 13.046 juta, kewangan 46.833 juta, hotel 6.229 juta, harta 130.067 juta, perladangan 16.763 juta, perlombongan 6,000, REIT 775,500 dan dana tertutup 72,800. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemarau urus niaga berakhir
Datuk Yusli Mohamed Yusoff
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Modal pasaran Bursa Malaysia hari ini kembali melepasi paras RM1 trilion selepas tempoh lebih dua tahun untuk mencapainya.
Bursa tempatan mula mencecah paras memberangsangkan itu pada dagangan awal hari ini dan ketika sesi rehat, ia telah berada pada paras RM1.01 trilion.
Mengulas prestasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, pencapaian tersebut merupakan petanda penyertaan pelabur yang menggalakkan dalam pasaran tempatan.
Menurutnya, modal pasaran tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah Bursa Malaysia ialah RM1.1 trilion yang direkodkan pada 2007 sebelum pasaran merosot akibat krisis kewangan dunia pada separuh kedua tahun tersebut.
''Saya menaruh harapan aktiviti pasaran ini menjadi petunjuk kepada pemulihan yang memberi manfaat kepada pasaran tempatan,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, di pihaknya pula, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat kecairan pasaran, merangsang kualiti dan meningkatkan kepelbagaian dan kecekapan untuk memastikan pasaran tempatan mampu menarik pelabur asing.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazarry Rosli menyifatkan lonjakan jumlah dagangan yang berlaku dalam pasaran memang sudah dijangkakan sejak awal lagi dan ia semakin menarik semalam.
Malah, katanya, pada hari ini sahaja pasaran saham telah mencatatkan urus niaga tertinggi sebanyak RM1.9 bilion berbanding sekitar RM500 juta hingga RM800 juta sebelum ini.
''Awal 2010 telah menjadi pembuka yang baik kepada pasaran dan percaya ia mampu bertahan dalam jangka panjang,'' katanya.
Nazarry percaya, pasaran tempatan akan terus stabil sekiranya tiada berlaku gangguan dalam proses pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat, yang masih kekal menjadi penanda aras pasaran global.
Jelasnya, meskipun China didakwa bakal menjadi ekonomi terbesar dunia, namun pada hakikatnya Amerika Syarikat masih menjadi pengguna utama dunia.
Ketua Penyelidik MIDF Research, Zulkifli Hamzah menyifatkan prestasi saham yang begitu memberangsangkan pada awal tahun merupakan sesuatu yang luar biasa tetapi 'asli'.
Menurutnya, pada kebiasaannya, pasaran agak lembap pada awal tahun tetapi ia berubah pada 2010 dengan pasaran berada dalam keadaan sesak.
''Kelembapan ekonomi global telah mengakibatkan para pelabur keluar pada 2008 dan 2009 pula kebanyakan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat.
''Tahun ini, kita memang dapat melihat pelabur kembali agresif dan aktif dalam urus niaga dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif,'' katanya.
Zulkifli berkata, pasaran kini dikuasai oleh pelabur runcit manakala para pelabur asing yang sebelum ini hanya menunggu masa telah mula memasuki pasaran secara senyap-senyap.
Penganalisis MIMB Investment Bank, Nazri Khan meramalkan pasaran saham tempatan dijangka mencecah paras 1,300 mata dan sekiranya berjaya lepasi, ia akan terus meningkat sehingga ke paras 1,350 mata.
Menurutnya, prestasi pasaran saham itu disumbangkan oleh sentimen positif oleh China, Amerika Syarikat (AS) dan India dan ia dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kekukuhan nilai mata wang AS pada masa ini bakal mencetuskan kebimbangan bakal berlakunya pembetulan pada pasaran saham tempatan selepas Tahun Baru Cina.
''Sekiranya selepas Tahun Baru Cina pasaran kekal positif ini bermakna ia akan berkekalan untuk satu tempoh yang lama.
''Selain itu, pasaran turut mengharapkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia tidak akan mengambil langkah salah dengan menarik pakej rangsangan lebih awal kerana ia akan akan menjejaskan sentimen pasaran yang berada dalam aliran menaik," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan Pasaran: FBMKLCI cecah paras mengejut
HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi secara menyeluruh semalam dengan modal pasaran syarikat senaraian mencecah paras RM1 trilion.
Nilai pasaran tertinggi dalam sejarah Bursa Malaysia pada paras RM1.1 trilion direkodkan pada awal 2007 sebelum krisis kewangan dunia berlaku pada separuh kedua 2007.
Belian berterusan dana asing dan tempatan meningkatkan petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBMKLCI) untuk mencecah paras tertinggi harian pada 1,290.55 sebelum ditutup 12.49 mata atau 0.98 peratus lebih tinggi pada 1,288.24, paras tertinggi sejak Julai tahun lalu.
Pada 6 Julai tahun lalu, KLCI dinamakan semula sebagai FBMKLCI bagi mencerminkan capaian dan relevannya pada peringkat global.
Ia dibuka 2.51 mata lebih tinggi pada 1,278.26 semalam.
Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Datuk Dr P H S Lim, berkata aliran harga meningkat semasa dalam pasaran tempatan berlaku hasil peningkatan dalam aktiviti kewangan selain situasi ekonomi dunia yang baik.
Ia adalah perkara biasa bagi pengurus dana untuk memperuntukkan wang bagi melabur dalam pasaran ekuiti pada awal tahun, sekali gus merancakkan aktiviti kewangan dalam pasaran, katanya.
Pasaran juga dirangsang petunjuk mengenai kestabilan ekonomi Barat selain tiada tanda peningkatan kadar faedah dalam negara.
Lim berkata, asas ekonomi yang positif di rantau Asia, termasuk China, bakal menyaksikan banyak terbitan tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini.
Beliau berkata, Hong Kong akan menerbitkan IPO bernilai AS$42 bilion manakala Malaysia dijangka menerbitkan sekurang-kurangnya 16 hingga 17 IPO, termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan anak syarikatnya.
Bagi indeks lain, Indeks Kewangan meningkat 80.41 mata kepada 11,139.63, Indeks Perladangan melonjak 128.22 mata kepada 6,505.08 dan Indeks Perusahaan menokok 16.22 mata kepada 2,681.86.
Indeks FBMEmas meningkat 96.76 mata kepada 8,658.19, Indeks FBMTop 100 menambah 89.63 mata kepada 8,435.76, Indeks FBM70 melonjak 121.10 mata kepada 8,498.45 manakala FBMACE meningkat 117.16 mata kepada 4,474.77.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 658 berbanding 184 manakala 180 kaunter tidak berubah dan 281 yang lain tidak diurusniagakan.
Dalam dagangan rancak, jumlah dagangan meningkat kepada 1.864 bilion saham bernilai RM1.984 bilion berbanding 1.130 bilion saham bernilai RM990.954 juta pada Isnin.
Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata jumlah dagangan yang lebih tinggi semalam juga menunjukkan pelabur runcit turut aktif dalam pasaran.
Beliau berkata, antara yang menjadi perhatian hari ini ialah kaunter perladangan, perbankan dan pembinaan.
"Banyak dana asing memasuki rantau Asia baru-baru ini. Hari ini, dana asing membeli banyak saham bermodal besar dalam pasaran tempatan," katanya.
Dalam nota kajiannya semalam, Hwang DBS Vickers Research berkata, ia menjangkakan aliran meningkat KLCI kukuh, disokong oleh pengukuhan lanjut dalam pemulihan ekonomi dan berita domestik yang positif.
"Selepas mencatat prestasi yang mengejutkan semalam, ada peluang baik untuk pasaran tempatan meningkat lebih tinggi," katanya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.546 bilion saham bernilai RM1.919 bilion berbanding 945.708 juta saham bernilai RM951.295 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 206.875 juta saham bernilai RM41.879 juta berbanding 74.891 juta saham bernilai RM22.518 juta sebelumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Detik detik untuk pecah 1300...
|
|
|
|
|
|
|
|
5/1/2010 PUBLIC CHINA ITTIKAL FUND PCIF 0.2140 0.0065 3.13%
pergh, china ittikal start naik .. |
|
|
|
|
|
|
|
5/1/2010 PUBLIC CHINA ITTIKAL FUND PCIF 0.2140 0.0065 3.13%
5/1/2010 PUBLIC ITTIKAL FUND PITTIKAL 0.8992 0.0103 1.16%
5/1/2010 PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND PIOF 0.3202 0.0042 1.33% |
|
|
|
|
|
|
|
5/1/2010 PUBLIC CHINA ITTIKAL FUND PCIF 0.2140 0.0065 3.13%
5/1/2010 PUBLIC ITTIKAL FUND PITTIKAL 0.8992 0.0103 1.16%
5/1/2010 PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND PIOF 0.3202 0.0042 1.33%
tauke Post at 6-1-2010 21:30
5 hb, semua funds yang relate to china, hampir semua naik 3%..
tunggu china fund correction lak..... |
|
|
|
|
|
|
|
FBM KLCI lepasi paras tertinggi baru
KUALA LUMPUR 6 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut hari ini meskipun terdapat sedikit kegiatan mengambil untung, kata peniaga.
Belian dana berterusan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sesi dagangan petang, mendorong peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kepada 1,296.44 pada pukul 3.55 petang, melepasi paras tertinggi baru dalam tempoh 20 bulan, iaitu 1,290.55, semalam.
Pada pukul 5 petang, indeks pengukur pasaran itu berada pada 1,293.17, 4.93 mata atau 0.38 peratus lebih tinggi berbanding paras penutupan semalam. Ia dibuka 0.62 mata lebih tinggi pada 1,288.86. Indeks Kewangan Bursa Malaysia mengukuh 68.17 mata kepada 11,207.80 dan Indeks Perusahaan meningkat 10.49 mata kepada 2,692.35 tetapi Indeks Perladangan susut 22.67 mata kepada 6,482.41.
Indeks FBMEmas menambah 39.16 mata kepada 8,697.35, Indeks FBM Top 100 meningkat 30.05 mata kepada 8,465.81, Indeks FBM70 maju 21.41 mata kepada 8,519.86 dan FBMACE menokok 9.85 mata kepada 4,484.62.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 452 berbanding 299 manakala 239 kaunter tidak berubah dan 313 yang lain tidak diniagakan. Jumlah dagangan susut kepada 1.656 bilion saham bernilai RM1.814 bilion daripada 1.864 bilion saham bernilai RM1.984 bilion semalam.
Perolehan dagangan dalam Pasaran Utama mengecil kepada 1.384 bilion saham bernilai RM1.766 bilion daripada 1.546 bilion saham bernilai RM1.919 bilion.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 145.461 juta saham bernilai RM24.943 juta daripada 206.875 juta saham bernilai RM41.879 juta.
Waran berkurangan jumlahnya kepada 52.149 juta unit bernilai RM9.868 juta daripada 94.720 juta saham bernilai RM18.933 juta.
Antara saham cergas, Compugates Holdings turun lima sen kepada tujuh sen manakala Scomi Group meningkat 2.5 sen kepada 50.5 sen.
Barangan pengguna menyumbang 39.452 juta saham daripada saham berwajaran besar yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 335.379 juta, pembinaan 73.829 juta, Perdagangan dan perkhidmatan 404.350 juta, teknologi 42.155 juta, prasarana 18.564 juta, Kewangan 97.668 juta, hotel 3.139 juta, harta 340.938 juta, perladangan 26.051 juta, perlombongan 12,000, REIT 2.342 juta dan dana tertutup 30,900.- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
jet star dan air asia dah deal dah..
jom, kita ke Honolulu.........
AirAsia, Jetstar jalin pakatan strategik
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
TONY (tengah) bersama Bruce dan Alan (tiga dari kanan) meraikan pakatan strategik antara AirAsia dan Jetstar di Sydney, Australia, semalam.
Inisiatif kurangkan kos operasi, tambang lebih murah
AIRASIA Bhd dan Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah milik Qantas Airways dari Australia menjalinkan pakatan strategik yang akan membolehkan kedua-duanya mengurangkan kos operasi, sekali gus menawarkan kadar tambang lebih murah kepada pelanggan.
AirAsia dan Jetstar dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, pakatan strategik pertama seumpamanya yang dibentuk dua syarikat penerbangan tambang murah itu, turut membolehkan mereka menggabungkan kepakaran masing-masing.
"Pakatan ini akan membolehkan kos dikurangkan, kepakaran digabungkan dan akhirnya membolehkan kadar tambang lebih murah ditawarkan kedua-dua syarikat.
"Ia menyatukan dua peneraju penerbangan kos rendah dan tambang murah utama Asia Pasifik dan akan menumpukan kepada pelbagai peluang penjimatan, justeru, memberi manfaat kepada pelanggan di rantau ini," kata kenyataan itu.
Mengikut kenyataan itu, perjanjian berhubung penubuhan pakatan berkenaan dimeterai Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce dan Ketua Eksekutif Jetstar, Bruce Buchanan di Sydney, Australia, semalam.
"Perkara utama dalam perjanjian itu adalah cadangan spesifikasi sama jenis pesawat berbadan sempit satu lorong generasi akan datang, yang bakal memenuhi keperluan pelanggan tambang murah pada masa depan, sekali gus membuka peluang pembelian pesawat secara bersama," kata kenyataan itu.
Mengikut kenyataan itu lagi, ia juga membabitkan kerjasama pembangunan dari segi pengurusan perkhidmatan pelanggan dan tangga pesawat; perkongsian pesawat dan alat ganti; pemerolehan dan penyusunan pengurusan penumpang bagi rangkaian penerbangan kedua-dua syarikat.
Mengulas mengenai perjanjian itu, Joyce berkata, pakatan yang tidak membabitkan urus niaga ekuiti itu akan membuka peluang semula jadi kepada kedua-dua syarikat itu dalam pasaran penerbangan paling berdaya saing di dunia.
"Jetstar dan AirAsia menawarkan jangkauan rantau Asia Pasifik yang sukar ditandingi, dengan lebih banyak laluan dan tambah lebih rendah berbanding pesaing utamanya. Pakatan baru ini akan membolehkan kami memaksimumkan skala berkenaan.
"Selepas kedua-dua syarikat mempelopori pembangunan model penerbangan kos rendah, jarak jauh, pengumuman hari ini (semalam) memecah acuan tradisi pakatan penerbangan. Ia membolehkan penubuhan model baru untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan," katanya.
Sementara itu, Tony berkata, perjanjian itu antara langkah dalam strategi AirAsia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam sektor berkenaan.rasi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|