CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepoibahasa

PIL AIR SUSU IBU

[Copy link]
Post time 1-12-2009 03:39 PM | Show all posts
silap tu.. i selalu perah, pastu my baby jaga..
i bagi jer

limau_nipis Post at 1-12-2009 14:07


Yup, betul tu...2nd limo notion
sebab its all in our mind, susu mmg akan ada even baru perah
kalau baby nangis terus feed direct, insyaAllah ada
some baby mmg grumpy skit laa kalau susu lambat
but biasa kan... its a way of telling ur bodies to produce more milk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 04:00 PM | Show all posts
288# ajasu  

aja, ku hari ke 4 dah start pump.. mujur gak buat cepat, sebab fateh masuk hospital kan jaundice..
dia bergantung kat EBM ku masa tu
limau_nipis Post at 1-12-2009 14:08

aha... memang betul, kalau baby x de dgn kita pump every 2 hours
esp kalau baby admitted, mcm aku masa Rayyan admitted dulu
aku tunggu tangga kat NICU tuh, sampai sakit2 pinggang
sebab x de katil, just seater dlm cubicle baby jer..
tapi aku x nak tinggal nanti diaorg bg FM kalau mama baby x de
sebab spital tuh bukan rakan bayi, aku siap nk gi kencing pon pesan
yg aku baru bfeed, kat NICU tuh..baby melalak jer sumbat.. sumbat FM

ko ari tuh sebab sakit mata kan, x leh duk situ...mmg elok perah every 2 hours tuu
susu pon jd meriah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:30 PM | Show all posts
kalau dah takde susu lagi...blh ke nk kembalikan susu badan seperti dulu....sedey tgk baby tak dapat minum susu badan. ada petua atau ubat ke blh kembalikan susu macam dulu..wan habis pantang trs takde susu...pam2 pun cuma kuar setitik dua je.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:05 PM | Show all posts
Ha ah...saya pon dh xdak susu...tp semangat nak susukan dia ngan susu bdn tgh meluap2..sedih rasanya...ada ka cara nak kembalikan susu bdn...skrg dlm pantang, susu dah kering...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:32 PM | Show all posts
Ha ah...saya pon dh xdak susu...tp semangat nak susukan dia ngan susu bdn tgh meluap2..sedih rasanya...ada ka cara nak kembalikan susu bdn...skrg dlm pantang, susu dah kering...
pearl1407 Post at 1-12-2009 17:05


ini ada kisah orang merelaktasi... cubaan dia nak hasilkan balik susu ibu

http://catlinaflybaby.wordpress.com/category/susu-ibu/

Relaktasi: Jadual ku & progress…September 17, 2009 at 5:00 am (Breastfeeding, Relactation, Susu Ibu)

Dah lame aku nak update ttg relaktasi ni tapi entry ni 2-3 hari gak jadi draft before aku dpt publishkan…draft ni aku taip on 15th Sept sebenarnye..
Jadual sesi pumping
(1 sesi pumping 15 – 30 minutes, kalau E-ein menangis/meragam time tu, jadilah 10 minit shj )
4.30 pagi @ 5.30 pagi: sebelum @ selepas sahur
7.00 pagi: before antar E-ein ke umah babysitter

12.30 tghari: oleh kerana aku tak amik rehat 10pagi, so aku rehat tghari awal skit
5 petang: balik dari keje
8 malam: selepas berbuka & solat maghrib
10 malam or 12 malam : kalau tido lambat, aku pump kul doblas malam….

2 pagi: yg ini selalu fail sbb aku tido mati wahahaha..

~perubahan yang aku dah rasa sejak relactation nih:
1.cepat lapar( mlm lepas berbuka asyik nak mengunyah jek!siangnye kenalah tahan sbb puasa kan..)
2.breast rasa penuh wpun bila pam, kuar sikit je
3.breast rasa bengkak bila lmbt pam
~tempoh dari tarikh start relaktasi:lebih kurang 2 minggu (start on 30/08/09)
dan ada satu tips yg aku baru baca dari blog Hayatie, nak kongsi dgn kawan2….
~buat pumping session dlm tempoh 1 jam semasa menonton tv, masa iklan, pam.Bila cerita dah sambung balik, berhenti rehat dulu.Bila iklan lagi, pam lagi smpi abis cite kat tv tu dlm masa sejam.Aku dah praktikkan(time tgk tv malam2), mmg susu mcm laju sikit keluar…([size=78%]walaupun smpi skrg belum cecah 05.0 oz lagi per session…fuh fuh susu oh susu cepatlah jadi byk!)~ > Qastalani & Qis, try la , mmg berkesan!
Hasil dlm minggu ni(per session)

Hasil pada 3 September(sila bandingkan dgn gmbr di atas..adalah kemajuan kan.[size=78%]..siri motivasi diri sendiri nih....)

Relaktasi agak mencabar sebenarnya, ada masa rasa frust juga dan geram sbb susu masih tahap ciput je..tapi bila tgk progress yang ada wpun sgt slow, rasa bersemangat semula…baru 2 minggu aku start…yep, quite painstaking, tapi demi E-ein aku teruskan juga!


Sekian update utk relaktasi.YAKIN BOLEH!!


http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/06/relaktasi/


Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.
Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.
Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.
Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.
Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)
Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.
Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari
Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.
Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
Nota Luna : Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif adalah TIDAK MUSTAHIL walaupun bayi sudah diperkenalkan dengan susu formula.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 06:28 PM | Show all posts
ini ada kisah orang merelaktasi... cubaan dia nak hasilkan balik susu ibu

http://catlinaflybaby.wordpress.com/category/susu-ibu/

Relaktasi: Jadual ku & progress…September 17, 2009 at 5:00 a ...
limau_nipis Post at 1-12-2009 17:32


terima kasih limau nipis...bersemangat nak pumping...yakin boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2009 06:35 PM | Show all posts
aha... memang betul, kalau baby x de dgn kita pump every 2 hours
esp kalau baby admitted, mcm aku masa Rayyan admitted dulu
aku tunggu tangga kat NICU tuh, sampai sakit2 pinggang
sebab x de kati ...

ajasu Post at 1-12-2009 16:00


pengorbanan seorang ibuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 10:08 AM | Show all posts
go go go!
nampak tak ku joget sambil pegang pom pom...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 12:28 PM | Show all posts
semalam PP terbaca pasal fenugreek...ramai gak yg ambik ferugreek ni ye.oder semlm N baru tadi dapat. pas lunch kang nak telan 2 biji. xsabar nak tgk result.harap2 ader perubahan positif
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 12:35 PM | Show all posts
Selain dari Domperidone dan Mortilium, Metoclorpramide HCI 10mg ok x?
Aku nak sgt nyusukan balik..
Rindu bila anak rapat ngan badan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:54 PM | Show all posts
Selain dari Domperidone dan Mortilium, Metoclorpramide HCI 10mg ok x?
Aku nak sgt nyusukan balik..
Rindu bila anak rapat ngan badan kita..
buchuk Post at 2-12-2009 12:35


jgn lupa bab stimulasi - direct atau pumping.... ini yg paling penting..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 05:08 PM | Show all posts
Selain dari Domperidone dan Mortilium, Metoclorpramide HCI 10mg ok x?
Aku nak sgt nyusukan balik..
Rindu bila anak rapat ngan badan kita..
buchuk Post at 2-12-2009 12:35


buchuk beli kat ner ubat nih ekkk?? kat doctor ekk?? brp rege?? ingat nak try ambik pil lakk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 10:07 AM | Show all posts
Selain dari Domperidone dan Mortilium, Metoclorpramide HCI 10mg ok x?
Aku nak sgt nyusukan balik..
Rindu bila anak rapat ngan badan kita..
buchuk Post at 2-12-2009 12:35


a,ah la buchuk..bagitahu kat kami ek kat mana awk beli
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 04:20 PM | Show all posts
Pil nih actually aku minta kat akak ipar aku..
Staff nurse kat spital gomen..
Dia jurucakap penyusuan bayi..
Aku btau dia masalah aku..
Dia pun amikkan ubat nih untuk aku..
Aku x jumpa LC/doctor..

Aku rasa kalo korang nak..
Mayb blh minta/tanya kat spital gomen/pharmacy..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 04:24 PM | Show all posts
jgn lupa bab stimulasi - direct atau pumping.... ini yg paling penting..
tumitu Post at 2-12-2009 14:54


Tq tumitu..
Aku ada cuba mlm td direct..
Alhamdullillah dia x jerit2/tolak..
Tapi tulah... air susu blm ada..
Balik nih.. aku nak pumping..
Esok aku nak pump kat opis lakk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 04:33 PM | Show all posts
camana boleh dapat banyak??
cmf_iddine Post at 30-11-2009 12:25


mase tu breast tgh bengkak sgt2...
pas pump...urut2 kejap kt bahagian bengkak tu...smbung pump lg..
gilir2 lah wat camtu smpi rase susu susut skit.
alih2 tgk dpt 40z...syoknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 09:37 AM | Show all posts
316# ilham_ryana

kalau let down boleh dapat banyak dan pekat...foremilk dan hindmilk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 10:03 AM | Show all posts
semalam aku bagi direct feed kat bb, dia jelir lidah, meraung gila tak suka kita letak puting breast kat mulut dia..lepas tu bila kita pangku dia cam gaya bfeed terus dia tak nak..ngeliatkan badan.. tension jugak sbb malam sebelum tu kita buat camtu dia gigit puting kita ..ada sesiapa tau daun turi tu daun apa??kita baca buku dr. hamid arshat ,dia kata boleh banyakkan susu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 10:12 AM | Show all posts
semalam aku bagi direct feed kat bb, dia jelir lidah, meraung gila tak suka kita letak puting breast kat mulut dia..lepas tu bila kita pangku dia cam gaya bfeed terus dia tak nak..ngeliatkan badan.. t ...
cmf_iddine Post at 4-12-2009 10:03


dalam relactation ni kena banyak sabar, sebab tu kena baca pasal kisah relaktasi.. macam arriana_muchtar, kalau tak silap, masa anak dia 2 bulan lebih dia paksa anak dia breastfeed balik.. dan berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:15 AM | Show all posts
318# cmf_iddine

daun turi tu susah gak nak dapat..pergi pasar tani g kat tempat orang jual pucuk2 ulam...kalau ada jual pucuk ubi, mesti ada..best kalau masak lemak letak keledek sikit, ataupun celur jer...lepas tu buat air asam..best woo.makan panas2 ngan nasi panas...selain sedap dapat tambahkan air susu jugak...jantung pisang ngan pegaga pun boleh...longan dan kurma merah....try lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052461 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list