|
SHAHIR Lambert FC/konpem FINAL-ANTI/most marketable-klubkidd
[Copy link]
|
|
Neh latest FAN...siap pm...pos sini ek yg dah CAYO tuh...
the pm...
S3MyxKita ske Shahir. Nak join korang boleh??
ps. welkam S3Myx...welkam ols...![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
hoyeah ade ahli baru![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak dah ada blom...![](static/image/smiley/default/1.gif)
Aznil - Ain Mengecewakan, Ema Paling Teruk!23-Mar-2010 | Oleh: Aznil Haji Nawawi
![](http://photo.murai.com.my/3222010_aznilaf82%28a%29.jpg)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk pembukabicara kali ini, Pak Nil sebenarnya terkejut dan sama sekali tak sangkaShah menjadi pelajar pertama tersingkir. Sejujurnya, Pak Nil ingatkankonsert pertama ini tiada penyingkiran. Hmmm...tapi inilah AkademiFantasia. Penuh dengan kejutan.
Secara peribadi, sekali punPak Nil tak terfikir Shah yang menjadi pertama tersingkir. Bagi PakNil, ada pelajar lain lagi yang sewajarnya berada di kedudukan Shah.Namun, nak buat macam mana.
Kenalah terima hakikat, Shah menjadimangsa keputusan jari penonton dan inilah dia resam AF dari dulu hinggakini. Namun, Pak Nil tidak nafikan Shah ada berpontesi besar untukterus maju dalam bidang nyanyian. Shah ada suara yang sedap!
PembukaanMaulana menerusi lagu Extravaganza dari Bunkface terlalu kemas. Ikutfahaman Pak Nil, kalau nak nyanyi lagu sebegini...penyanyi itu perlulahluah kan energi yang paling maksima. Bagaimanapun, ia tak menjadi danberkemungkinan besar disebabkan personaliti Maulana yang tertib dansopan.
Pak Nil rasa, kalau Maulana dapat keluarkan lagisuaranya sehabis mungkin, sudah tentu Maulana boleh pukul habis denganpersembahan lebih brutal dan syok gila. Apapun, nasihat Pak Nil,Maulana kena lebih banyak belajar kerana lagu ini perlukan penghayatanmendalam dan lain dari lain.
Menonton persembahan Adira, PakNil akui sekali pun Pak Nil tak nampak bayang Jac dalam nyanyiannyaitu. Pak Nil hanya nampak Adira saja. Nyanyian Adira ada gemersik danPak Nil dapat feel kesakitan yang tertulis dalam lagu ini. Setakatini, Pak Nil dah teruja dengan penyampaian Adira dan sememangnya Adiraberjaya serap apa yang diajar guru AF sehingga berlaku perubahandrastik pada Adira berbanding minggu lalu.
Sesungguhnya, laguKhatimah Cinta begitu sesuai dengan Shahir walaupun Adlin cakap caraShahir lontar tiang mikrofon ketepi tidak sesuai padanya. Bagi Pak Nil,itu adalah cara Shahir nak tunjukkan ekspresi dan emosi. Terus-terang,lemak lagu ini sesuai dengan vokal Shahir. Pak Nil pun tak nampak 6ixthSense dalam nyanyiannya. Bagaimanapun, seperti yang Pak Nil pernahcakap sebelum ini...persembahan Shahir terlalu bersih dan dia masih takberani nak mencuba untuk menggayakan melodi yang ada.
UntukNad pula...Lagu Ekonomi Rumahtangaa Tangga (ERT) dari Farah Asyikinmemanglah sedap tapi pergerakan Nad terlalu kecil. Sepatutnya, lagu inimemerlukan Nad berlakon serta berkaraktor yang sangat besar. Apakandaya, cara kesimpulannya, Nad tak berjaya perbesarkan watak lagu initerutama sekali dari mimik wajah.
Daus sekali lagi mendapat lagupopular yang mana semua orang tahu dan mahu nyanyi bersama. Sebenarnya,pada malam itu, Pak Nil mengharapkan Daus dapat menyanyikan lagu itusebaik penyanyi asal. Pun begitu, bukan bermakna Pak Nil suruh Daustiru bulat-bulat lenggok dan gaya Wali Band.
Tetapi Daus tidakdapat berikannya yang mana sebutan dan penekanan setiap lirik terlalumendatar. Sehinggakan Pak Nil rasa nyanyian Daus dari awal sampai akhirsama saja tiada perubahan.
Farina seorang lagi contoh pelajaryang takut bertukar dan mengikut karaktor lagu. Sepatutnya, Farinaperlu lebih ego dan berlagak dalam menyanyikan lagu ini. Sekaliseseorang itu gagal seimbangkan gerak gaya maka vokal juga ke arahkegagalan. Pak Nil nampak penari lebih menonjol berbanding Farina.
Sebelummeneruskan kritikan pada Alif, Pak Nil nak minta maaf dengan Alif. PakNil sampai sekarang tak tahu sama ada suara yang keluar dari mulut Alifitu suara original atau dibuat-buat. Kalau betullah itu suaranya, kitaterimalah seadanya. Pak Nil sejujurnya terganggu dengan lontaran suaraAlif. Mungkin jika dah banyak kali dengar baru Pak Nil boleh terimacara nyanyian Alif. Alif better semasa konsert tirai.
WalaupunAnum dapat kritikan pedas dari Adlin dan Edry, tapi Pak Nil rasa Anumberjaya menyampaikan misi dalam persembahannya. Gerak tubuh dan tarianyang ditonjolkan Anum bersahaja. Anum dapat blend dengan penari dan taknampak buat-buat atau pun dirancang. Ia sangat kena dengan Anum dan PakNil suka.
Persembahan Shah dalam lagu Bengang memang tidakkesampaian. Bengang adalah permulaan untuk marah...tapi tengokpersembahan Shah, dia seperti putus asa dan macam dah nak nangis.
LaguHey Ladies memang bukan untuk Ain. Jelas sekali, pergerakkan Ainseperti dibuat-buat dan seperti tidak bersedia. Pak Nil tengok Ainmacam simpan persembahan itu tapi tak tahu untuk siapa. Pak Nil agakkecewa dan sejujurnya Pak Nil harap dia boleh buat persembahan bagusmacam konsert tirai.
Untuk Ema...Pak Nil berpendapat dialahpelajar yang paling teruk sekali. Vokalnya tak terserlah dan Pak Nilnampak bayangan Marsha. Ema macam main-main dipentas dan persembahannyaseperti anak kecil.
Bagi Iwan yang menutup persembahan malamitu bagus. Pada awalnya Pak Nil nampak Iwan sangat jazzy dan sesuaidengan lagu yang ada elemen mahal ini. Namun, disebabkan terlalu cool,digilai serta menarik perhatian, Iwan agak hilang arah. Pun begitu,suaranya sedap. Kalaulah Iwan boleh susten persembahannya, dialahpaling menyerlah pada malam itu.
Secara menyeluruh, Pak Nilrasa Adira paling baik pada konsert pertama manakala kakaknya Emamerupakan pelajar yang menampilkan persembahan paling dukacita. |
|
|
|
|
|
|
|
shahirrrr!!{:2_76:}
nk jenguk kejap
![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
still sampei skang x dapat tgk diari shahir ambot pendek![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bzzzzzzzzzzzzzzzzz![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
BLOG B.BOT
Konsep Rancangan | Kalendar Rancangan | Pengetua | Vblog Pengetua | Tenaga Pengajar | Pengacara | Blog B.Bot
Santai-Santai
Hai uols
Wah-wah,nampaknya ada yang menuduh B.Bot makcik ye? Awas ye! B.Bot masihbergetah ye. Oh, korang ingat B-Bot tak tahu korang kutuk-kutuk B.Botdalam forum dan facebook. Awas eh!!!
Korang ni, kalau nak tahuberita, komen jela kat sini. Tanya terus. Baru la senang. Ni pergibincang kat tempat lain, mana la B-Bot nak sampaikan atau nak selidik.Apalah!
Ok, hari ini, B.Bot nak beritahu gossip biasa-biasa aja,sebab merajuk korang suka-suka hati ‘copy & paste’ gossip B-Bot.Very der sangat!
ADIRA
B-Bot nak umumkan di sini, bahawa Adira sekarang sedang cuba-cuba mengurat B-Bot. Sesuatu sangat!
B-Bot: no komen
AIN
B-Botkesian dengan Ain, hari tu dah dimasukkan ke hospital kerana migrain.Hari ini dia pening lagi. Tapi dengar kata, bukan sebab sakit hari tu.Sakit lain
B-Bot teka: sebab Ain stress
ALIF
B-Bothairan lah, kenapa Alif tidak menonjol di dalam Akademi. Sedangkan, diasering dipuji mempunyai interaksi yang baik di pentas pada setiapkonsert
B-Bot teka: sebab Alif tau ada kamera yang banyak
ANUM
B-Botdengar, Anum kena tegur Cikgu siti berkaitan vokal menyanyikan laguSekadar Di Pinggiran. Tapi feel Anum semakin baik dan itu patutdiberikan pujian
B-Bot teka: kelebihan Anum kerana dia jujur dan sentiasa positif
DAUS
B-Botdengar, Daus berazam untuk menyanyikan lagu ini sebaik mungkin. Malahdia kata, dia akan menyanyikan lagu ini lebih baik daripada penyanyiasal lagu ini, Aril
B-Bot teka: kalau peminat Aril dengar mesti marah. Tapi relax la, itu kata semangat diri kepada diri sendiri je
EMA
B-Bot nampak, Ema begitu bersungguh-sungguh berlatih menari. Semuanya bagi memantapkan persembahan lagu Pakai Buang minggu ini
B-Bot teka: Ema akan ada penari latar. Mestilah kan?
FARINA
B-Bot nampak Farina muntah-muntah ketika kelas tarian. Tak tahu pulak sebab apa. Kecoh juga jadinya Akademi hari ini
B-Bot: malas nak teka, boleh?
IWAN
B-Bot dengar Iwan tak lalu makan hari ini. Ada perkara lain yang menghilangkan seleranya
B-Bot teka: Iwan nak diet
MAULANA
B-Botdengar, Maulana tidak mempunyai masalah menyanyikan lagu tugasannya.Diakata, dia dah dengar lagu ni sejak kecil, lirik tu memang dah ada dalamkepala
B-Bot teka: Maulana akan dapat feel yang bagus minggu ini
NAD
B-Botmula-mula rasa macam nak cubit je Nad. Susah sangat nak feel lagutugasan dia. Nasib ada Cik Que tolong. Bila dah tolong tu, apa lagi..terlebih feel lah pulak
B-Bot teka: mesti Nad bayangkan dia akan terkeluar minggu ini
SHAHIR
B-Botawal-awal pagi terus terkejut nampak Shahir. Citarasa sangat! Denganjaket kulit, rambut entah berapa kilo jel rambut dan cincin. Bersinarmata!
B-Bot teka: ini mesti nak dapatkan feel lagu please please jangan nakal!
Itu jelah. Ingat, kalau nak tanya apa-apa, korang komen kat sini je. Ingat tu!
Babai |
|
|
|
|
|
|
|
312# mizsela
miszz ko nie budak uia gak kn...?????![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|