CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kreditdebit

Jom sembang pasal simpanan wang (Part 2)

[Copy link]
Post time 27-1-2011 06:28 PM | Show all posts
hi system_failure, actually i have done research...investment done by ASB di ragui...i just nak tany ...
htc_p3300 Post at 25-12-2010 05:22 PM


kalau tak nak simpan kat ASB ... simpan  lah kat AHB (amanah hartanah bumiputra) ...
yg tu PHB claimed patuh syariah dan dia bayarkan zakat skali ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 06:33 PM | Show all posts
Tabung haji tu .. dulu2 bayar dividend sampai 8% .. masa zaman 1998-99 ... tak silap aku ...
tapi selepas tu sampai skrg bayar dalam 4-5% shj ....

ntah .. sejak ekonomi merudum taun 98 ... bisnes tabung haji makin merudum kot ...
brapa gak nya dividend taun 2010 ...?  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 06:36 PM | Show all posts
korang,
takde sapa ke nak share brp bonus dividen utk tahun ni?  aku blm tgk lagi brp ekor siput y ...
nurm123 Post at 5-1-2011 02:47 PM

kejengan bank rakyat best ...
kawan aku bgtau ..... taun ni ura2 .... 15 bulan bonus ...

aku tak dapat bonus pon taun ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 02:56 AM | Show all posts
Reply 303# Jesse_Mccartney

tahun ni kan 14% tabung haji bagi. ada dalam berita minggu lepas kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 09:33 AM | Show all posts
Reply 305# chique

14%....tinggi tul....cmtu smua duit asb msuk dlm TH laa.... ... dah tolak zakat siap2....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 09:45 AM | Show all posts
tapi sy dh search mane ada 14%....5.5% aje la...


Tabung Haji beri bonus 5.5 peratus
Oleh Sophia Ahmad
[email protected]
2011/01/29
ISMEE dan Abi Musa Asa’ari (kanan) pada majlis mengumumkan bonus pendeposit Tabung Haji 2010 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR: Seramai 5.6 juta pendeposit Tabung Haji bakal menerima habuan iaitu pembayaran bonus pada kadar 5.5 peratus berikutan kejayaan agensi itu mencatat pendapatan lebih RM2 bilion, tahun lalu.

Ketika mengumumkannya semalam, Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Musa berkata, pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak RM305 juta atau 17 peratus berbanding pendapatan pada 2009. Keuntungan selepas zakat bagi 2010 adalah RM1.4 bilion.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.33 bilion itu adalah daripada keuntungan tahun semasa iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding bonus RM1.07 bilion yang dibayar pada 2009.

“Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan kita yang terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah saja. Namun begitu, Tabung Haji masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2009 sebanyak 5.0 peratus,

“Tabung Haji memiliki 5.6 juta pendeposit dengan jumlah deposit pada 2010 dicatatkan sebanyak RM25.8 bilion berbanding RM21.3 bilion pada tahun 2009,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abi Musa berkata, sumber-sumber utama pendapatan Tabung Haji bagi 2010 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus yang mana 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus merangkumi keuntungan urus niaga saham. Penyumbang kedua terbesar membabitkan pelaburan sekuriti hutang, terutama bon Islam yang menyumbang sebanyak 10 peratus.

“Perbelanjaan operasi Tabung Haji juga adalah terkawal dan dalam trend menurun jika dilihat daripada perspektif pendapatan yang sentiasa meningkat dan saiz dana pendeposit yang bertambah setiap tahun,” katanya.
Abi Musa berkata, keuntungan selepas zakat Tabung Haji bagi tahun lalu turut menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik dengan perkembangan 34 peratus berbanding 2009.

“Baki keuntungan 2010 sebanyak RM164 juta akan dimasukkan ke rizab Tabung Haji menjadikan jumlah rizab terkumpul pada tahun lalu sebanyak RM317 juta,” katanya.

“Pengukuhan rizab perlu diberi keutamaan bagi mengelak faktor ketidaktentuan luaran yang akan sentiasa mendatangkan kesan kepada institusi pelaburan seperti Tabung Haji terutama apabila ekonomi masih berada di ambang pemulihan,” katanya.

Mengulas sasaran tahun ini, Abi Musa optimis untuk menyaksikan agensi itu mencatatkan deposit melebihi atau sekurang-kurangnya berada di paras RM30 bilion walaupun sentiasa berwaspada dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.

Mengenai kemungkinan kos menunaikan haji dinaikkan tahun ini, Abi Musa Asa’ari berkata kenaikan itu pada dasarnya diakibatkan oleh pelbagai faktor luaran seperti kos penginapan dan pengangkutan.

“Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM3020 untuk setiap jemaah kerana setiap jemaah muasasah hanya perlu membayar RM9,980 berbanding kos sebenar iaitu RM13,000.

“Apapun kenaikan yang berlaku, kami jamin ia tidak akan membebankan jemaah kerana ia perlu mengambil kira semua faktor,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2011 06:36 AM | Show all posts
tapi sy dh search mane ada 14%....5.5% aje la...
220796 Post at 29-1-2011 09:45



ya la.. googled kejap tadi, 5.5% je. sorry, salah info!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 12:03 PM | Show all posts
fuhh ingatkan betul TH bagi 14%... torgozut den...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 11:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 12:00 PM | Show all posts
ya la.. googled kejap tadi, 5.5% je. sorry, salah info!
chique Post at 30-1-2011 06:36


kalu 14% kalah la asb. sure semua org pakat kluar asb masuk tabung aji lak.
TH claim pelaburan diaorg limited sbb kena berasakan syariah based jer.
Tp kalu ade pakar pelaburan yg betul2 bijak, bole aje dpt profit yg lg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 11:05 AM | Show all posts
kalau tak nak simpan kat ASB ... simpan  lah kat AHB (amanah hartanah bumiputra) ...
yg tu PHB  ...
Jesse_Mccartney Post at 27-1-2011 18:28



    AHB ni dalam PNB jugak ek? ada website tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 07:17 PM | Show all posts
Reply 313# wanitajelita


    nope..AHB ni under PHB..diuruskan oleh Mayban Investment..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:48 AM | Show all posts
Reply 310# wanitajelita

kawan sy buat ASB loan under EASY RHB 100k lepas je even surirumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 02:03 PM | Show all posts
errrrr...korunk, mana pi thread penubuhan kelab underground tue??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:28 PM | Show all posts
nasihat sy jgn tamak kalo nk wat loan asb,bulih try sket,yang bayar dlm tempoh 5-10 thn

we never know what will happen in the future.kot2 esok luse kene buang keje ke eksiden cacat sampai tak leh wat keje mcm skang,dah susah nak bayar balik tiap2 bulan loan asb tu

sket2 start,dah konpiden baru leh amik banyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 01:27 PM | Show all posts
dh hapdet TH kat Bank Islam  tadi.....
byk jugak dpt......wp dh kuarkan last year utk p haji.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply 318# Mas916


    owh..dah masuk ek dividen? tak check pun lagik...huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:05 AM | Show all posts
Reply 319# baby_pingu


    kalau ikutan  date kat buku, 29hb tu dh masuk....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 07:30 PM | Show all posts
lama dah tak jenguk thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 02:41 PM | Show all posts
mcm mana nak keluarkan/labur duit simpanan kita dalam acc. kwsp ke dlam AS 1 malaysia tu...boleh jelaskan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.274393 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list