|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: WE RISE BY LIFTING OTHERS
[Copy link]
|
|
Saya check FB/IG n bod lain dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi inspirasi nak tepek2 sini |
|
|
|
|
|
|
|
So target nak roboh today laaa |
|
|
|
|
|
|
|
102,646 peralatan perubatan KKM berusia lebih 10 tahun masih aktif
[size=14.399999618530273px]Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - NSTP
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan penggantian peralatan yang disifatkan sebagai 'Beyond Economy Repair' (BER) atau tidak lagi boleh diperbaiki dan komited memastikan semua aset dalam keadaan terbaik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sehingga kini terdapat 102,646 peralatan perubatan yang berusia lebih 10 tahun yang masih aktif. "KKM sentiasa memastikan peralatan ini boleh digunakan dengan baik dan optimum serta diselenggara mengikut ketetapan pengilang dan piawaian melalui program penyelenggaraan komprehensif bagi memastikan peralatan perubatan selamat digunakan," katanya. Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Dalam pada itu, Dzulkefly memaklumkan pelbagai inisiatif diambil dalam usaha mengoptimumkan peruntukan tersedia terkait memastikan peralatan KKM dalam keadaan yang baik, antaranya melaksanakan perolehan peralatan secara sewaan agar peralatan dibekalkan sentiasa keadaan baik, mengikut perkembangan teknologi semasa serta diselenggara secara optimum mengikut standard yang ditetapkan; Beliau berkata, KKM juga melaksanakan perolehan secara pusat untuk menambah kuasa beli KKM dan memastikan perolehan mendatangkan nilai untuk wang tanpa berkompromi terhadap kualiti peralatan perubatan diperoleh, di samping dapat menyelaraskan spesifikasi peralatan mengikut keperluan setiap perkhidmatan untuk mengelakkan pembaziran. "KKM turut memperkenalkan konsep tender secara 'reagent rental' bagi membolehkan mesin-mesin analyser dapat dibekalkan ke semua hospital tanpa memerlukan peruntukan 'one-off' yang besar dan memperkenalkan rekod permohonan secara dalam talian melalui Sistem Maklumat program Perubatan (MPIS) supaya semua keperluan peralatan dapat direkodkan dengan efisien dan mudah. "Sistem ini membolehkan data dikemas kini setiap masa dan dapat diteliti dengan lebih lanjut bagi menetapkan keutamaan sesuatu permohonan bagi melaksanakan perolehan penggantian secara bersasar," katanya. Tambah Dzulkefly berkata, dalam usaha sama KKM turut mempelbagaikan penggunaan sumber peruntukan yang diterima seperti Peruntukan Akaun Amanah, Peruntukan Rancangan Malaysia, Peruntukan Belanja Mengurus dan lain-lain, selain menerapkan konsep berasaskan bukti dalam perolehan peralatan perubatan. "Kesemua peralatan yang diperoleh dinilai secara kajian untuk memastikan peralatan perubatan yang diperoleh adalah benar-benar bermanfaat. "KKM juga memantau secara berkala pelaksanaan perolehan peralatan agar perbelanjaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan selain dapat mengurangkan revot yang akan mengganggu perancangan penggantian peralatan yang telah ditetapkan.
"KKM juga dari semasa ke semasa akan berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam usaha merangka pelan dan perancangan strategik dalam mengatasi masalah ini," katanya. Berkenaan isu penggantian ambulans, Dzulkefly berkata pada masa ini, KKM sedang melaksanakan perolehan Fasa 1 membabitkan 590 unit kenderaan ambulans dan 41 unit 'Patient Transport Service Vehicle' (PTSV) dengan kos keseluruhan RM 265.5 juta. Di samping itu, KKM juga diberikan kelulusan peruntukan RM304 juta di bawah perolehan Fasa 2 kenderaan ambulans. "Bagi kenderaan lain, sehingga November 2024, KKM telah menerima permohonan penggantian kenderaan bagi hospital dan institusi khas KKM sebanyak 75 unit dengan nilai RM 11.6 juta, yang mana permohonan ini untuk menggantikan kenderaan yang telah uzur, BER dan perlu dilupuskan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328908/102646-peralatan-perubatan-kkm-berusia-lebih-10-tahun-masih-aktif
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Utara, Pantai Timur dilanda hujan berterusan hingga jumaat
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah mulai hari ini hingga jumaat. MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat dijangka melanda negeri Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, serta beberapa kawasan di Sabah sepanjang tempoh tersebut. Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling. Di Perak, hujan lebat dijangka melanda kawasan Hulu Perak. “Bagi negeri Kelantan, kawasan yang bakal menerima hujan berterusan ialah Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.
Di Pahang, hujan dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Jerantut, Kuantan, Pekan, dan Rompin. Manakala, di Johor, hujan berterusan turut diramal berlaku. Selain itu, Sabah juga diramal menerima hujan berterusan, melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat. Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada, memantau keadaan cuaca semasa, dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/26/utara-pantai-timur-dilanda-hujan-berterusan-hingga-jumaat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
‘Bukan pengikut saya pun’ – Daiyan Trisha dikecam berbaju jarang
Daiyan dikecam netizen kerana berpenampilan mencolok mata ketika menghadiri konsert bintang antarabangsa, Dua Lipa.
PETALING JAYA – Penampilan ketika menghadiri konsert Dua Lipa dikecam, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan tidak bermanfaat. Ujar Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, tindakan itu dilakukan kerana mereka bukan peminat sejati dalam Instagram sebaliknya hanya hadir untuk mencari kesalahan selain melemparkan kata nista. “Kelakarlah. Yang meninggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun! “Kamu semua ke sini hanya untuk meninggalkan komen yang tidak diminta? “Kamu semua tidak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!” katanya menerusi Instagram Story. Kontroversi tercetus apabila pelantun lagu Penat itu memuat naik video memaparkan dirinya mengenakan pakaian yang dianggap terlampau seksi.
Pemilihan berbaju jarang diacu skirt pendek itu mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menasihatinya supaya lebih menjaga adab berpakaian sebagai wanita Muslim. “Ya Allah pakaian, awak tak malu ke pakai macam itu sebagai wanita muslim?,” komen seorang netizen.
“Tahulah minat Dua Lipa, tetapi janganlah ikut cara pemakaian dia. Dia bukan Islam, jadi bolehlah dia berpakaian seksi,” komen seorang lagi pengguna media sosial. Walaupun dihujani kritikan, Daiyan dilihat enggan peduli selain tidak terkesan dengan komen negatif dilemparkan.
Sebaliknya, dia terus berinteraksi dengan peminat yang menyokongnya, sambil berkongsi rasa kecewa terhadap mentaliti segelintir netizen yang sibuk mencari kesalahan orang lain. – KOSMO! ONLINE https://www.kosmo.com.my/2024/11/26/bukan-pengikut-saya-pun-daiyan-trisha-dikecam-berbaju-jarang/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bunuh ibu simpan mayat dalam peti sejuk tiba di mahkamah
Lelaki yang membunuh ibunya tiba di Kompleks Mahkamah Lumpur sebentar tadi.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang membunuh dan tergamak menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku sejak tahun 2021 tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.
Suspek yang berusia 50-an itu tiba pada pukul 9.30 pagi di mahkamah dengan diiringi anggota polis. Difahamkan pertuduhan terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini. Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu adalah hasil kertas siasatan yang telah dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC). Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 rakaman percakapan saksi telah dirakam untuk membantu siasatan. Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam kejadian di Jalan Hujan Abu 6, di sini.
Difahamkan suspek lelaki berusia 50-an membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.
Mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul itu meninggal dunia sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan diletakkan di dalam peti ais tersebut. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/11/26/lelaki-bunuh-ibu-simpan-mayat-dalam-peti-sejuk-tiba-di-mahkamah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Penarikan kapal TLDM tak jejas operasi di Laut China Selatan
Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR – Penarikan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada status aktif operasi untuk menjalani program refit tidak memberi kesan buruk terhadap sebarang kesiagaan operasi di Laut China Selatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak TLDM merancang program refit dengan teratur bagi memastikan kesiagaan operasi sentiasa berada di tahap optimum. “Bilangan kapal di sesuatu skuadron telah dijadualkan untuk menjalani program refit secara bergilir, kecuali jika berlaku sebarang kecemasan luar jangka.
“Oleh itu, kapal-kapal yang tidak menjalani refit boleh ditugaskan secara bergilir bersama aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang lain untuk mendepani sebarang insiden pencerobohan maritim di Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) di Dewan Rakyat serta dimuat naik pada laman web Parlimen. Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap yang optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan negara terutamanya di Laut China Selatan. “Memandangkan pertahanan kita bersifat ‘complimentary’ atau saling melengkapi antara satu sama lain, pihak TLDM turut bekerjasama dengan APMM dalam mengadakan rondaan dan pengawasan dengan memperagakan kehadiran (show of presence) di Laut China Selatan. “Pada masa sama, TLDM turut memastikan kesedaran domain maritim atau Maritime Domain Awareness (MDA) sentiasa berada pada tahap tertinggi serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/26/penarikan-kapal-tldm-tak-jejas-operasi-di-laut-china-selatan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jika seseorang melempar api ke rumahmu, jangan kejar orangnya. Padamkan dahulu api yang membakar rumahmu agar rumahmu selamat.
Begitu juga jika seseorang melemparkan api ke dalam hatimu melalui lisannya, jangan kau kejar orangnya. Padamkan dahulu api yang ada dihatimu agar hatimu itu selamat.
Berdamailah dengan dirimu terlebih dahulu, agar sesuatu yang di luar dirimu tidak dapat membinasakanmu walaupun mereka mahu.
Daripada membenci orang lain kerana kesilapan mereka, daripada terus mengejar yang jahat kerana ingin membalas kejahatan mereka, adalah lebih baik kita tumpukan kepada menyelamatkan hati dan memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu daripada ego dan akhlak yang buruk.
Balas membalas kejahatan orang, bukan tugas kita. Jangan buang masa.
Tugas kita adalah menjaga dan menyelamatkan diri dari api Neraka serta mencegah diri dari menyakiti sesiapa.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا
CnP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 26-11-2024 10:12 AM
r u sure
Ye la.. arini roboh.. hepi? |
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 26-11-2024 11:38 AM
Jika seseorang melempar api ke rumahmu, jangan kejar orangnya. Padamkan dahulu api yang membakar rum ...
Kekadang org jeles.. sbb tu lempaq mcm2.. nak muhasabah diri kalau takde apa utk dipikiaqkan, watpe.. baik pi cari jalan utk elak diri drp org mcm tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
yangsemb replied at 26-11-2024 10:26 AM
Dah tak keje ni
Bagi laa ada missi boley dicapati cani
Sambil borak2 di alam maya
Bestnya tak keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
yangsemb replied at 26-11-2024 10:28 AM
Babai..
Nanti pree masuk aaa balik
Mana tau masa tu rumah dah goyang2
Smlm umah goyang2.. iols pi mkn.. balik makan udah umah baru.. umah lama dah katup.. uwaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 26-11-2024 01:06 PM
Bestnya tak keje..
Tapi uwang nggak beshh
Cam mase kirijo dulu ahh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|