CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakJAHku

Laharan Konsert 9: penyingkiran pling CHOY dlm sejarah..sian ERUL T_T

   Close [Copy link]
Post time 5-6-2011 06:16 PM | Show all posts
kalo mggu lepas ada pnyingkiran...mesti mggu ke9 ni xda,n Erul bleh ke final....Aku rasa cam nak bakor je astro tu....frust sngt Erul x p final...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 09:57 PM | Show all posts
kesian erul , aznil gave him false hope sampai sujud igt masuk final rupa rupa nya terkeluar, kejam betul pak nil ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:32 AM | Show all posts
kalo mggu lepas ada pnyingkiran...mesti mggu ke9 ni xda,n Erul bleh ke final....Aku rasa cam nak bak ...
FanCT Post at 5-6-2011 18:16


jom kita bakor .................... aku nak bakor penerbit yg vangang tu. ke-2 AZNIL
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:12 AM | Show all posts
sian erul...aku pun ingat die dh dpt ke final..wpun aku x minat erul,tp aku rela tgk lena tersingkir...mggu lps patutnyer lena kuar,tp x jd...patutnyer erul pun x yah kuar...ngok la team astro ni...aku pun dh excited mase name erul d umumkan,ingatkan die ke final...sian sgt2 kt erul......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:14 AM | Show all posts
klu asteruk berani buat AFMasuk n AFkuar ... pasti result cenggini :

AFMasuk : Erul/Nera
AFkuar : Fina

voleyh???
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:19 AM | Show all posts
antara sejarah AF yg x blh dilupakan ... penyingkiran Erul ... wlupun dia x brp nak best masa konsert ni tapi cian dan simpati cara penyingkiran ini ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2011 09:37 AM | Show all posts
kalo mggu lepas ada pnyingkiran...mesti mggu ke9 ni xda,n Erul bleh ke final....Aku rasa cam nak bak ...
FanCT Post at 5-6-2011 18:16



    TErfikir plak....dari 4 finalist nie.....cuma AZRI saja yang ke final tanpa undian terendah.....
Lena last konsert 8 diselamatkan sebab takde penyingkiran
Hazama dan FIna masuk lambat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:49 AM | Show all posts
klu asteruk berani buat AFMasuk n AFkuar ... pasti result cenggini :

AFMasuk : Erul/Nera
AFkuar  ...
belon_cumil Post at 6-6-2011 09:14


nera?...spa yg nak undi?..die keluar pun ala2 org merelakan noks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 09:57 AM | Show all posts
TErfikir plak....dari 4 finalist nie.....cuma AZRI saja yang ke final tanpa undian terenda ...
ColbyRaikkonen Post at 6-6-2011 09:37



   aku dh gtau kt umah azri mesti juara!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:27 AM | Show all posts
BH: Konsert Minggu 9 AF9, Sujud Syukur Yang Malang



6 JUN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kalau anda rasa tajuk entry blog saya kali ini sangat 'kejam', begitulah 'kejam'nya proses penyingkiran Erul di konsert kesembilan ini. Ya benar, Akademi Fantasia ada banyak elemen drama, tetapi drama adalah lakonan, dan apa yang terjadi di atas pentas bukanlah sekadar lakonan!

Kalau anda fikir Erul 'menggagahkan' diri menerima keputusan itu, bayangkan diri anda yang berada di pentas, di samping ibu dan abang anda, menyangkakan anda berjaya ke final, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa anda sebenarnya tersingkir.

Saya tidak menyalahkan Pak Nil dalam hal ini, kerana jika beliau diberitahu lebih awal tentang wujudnya tulisan 'biru' dan 'merah', pasti dia akan lebih berhati-hati ketika memberikan keputusan tersebut. Pak Nil sendiri dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus dia mengumumkan Erul tersingkir.

Kalau di awal pengumuman diberitahu tentang tulisan biru dan merah ini, pastinya Erul tidak tergesa-gesa terus sujud syukur terduduk di pentas, di sisi ibu dan abangnya bila namanya diumumkan. Pastinya dia akan menunggu sehingga Pak Nil memberitahu namanya ditulis dengan marker biru atau merah!

Drama buruk itu tidak habis di situ. Selepas diumumkan tersingkir, ibu dan abang Erul masih lagi dibiarkan tercegat di atas stage seolah-olah menerima hukuman 'kekalahan' anak dan adik mereka. Berdirilah mereka di situ! Tidak cukup dengan itu, Erul pula terpaksa berdiri di penjuru, berhadapan dengan tempat duduk wartawan, pihak duduk tenaga pengajar dan pihak pengkritik, menunggu dan menunggu sehingga keseluruh keputusan diumumkan!

Tidak ada sifat sensitif langsung kah, wahai pihak orang di belakang tabir yang merancang semua ini? Sudah mati akal kah? Semurah itukah maruah orang demi rating? Atau ini kah fenomena yang anda mahu orang ingati tentang AF terakhir ini?

Keputusan untuk memilih hanya empat peserta akhir juga sangat kurang bijak! Kelima-lima mereka memang selayaknya ke final. Apa lagi yang mahu dicapai oleh pihak yang merancang ini? Entahlah, saya semakin tidak faham.

Lets move on! Saya masih lagi perlu mengulas tentang pesembahan konsert. Pengkritik jemputan minggu ini adalah diva negara, Dato' Siti Nurhaliza. Saya rasa dia adalah pengkritik jemputan terbaik sepanjang AF9. Dia memberikan pro dan kontra untuk setiap persembahan. Kritikan dari penyanyi nombor satu negara yang banyak memenangi pelbagai pertandingan ini saya rasa adalah paling penting dan berharga untuk para pelajar AF9. Dan saya sendiri bersetuju dengan kritikan beliau.

Lena (Badarsila)
Persembahan Lena agak bagus! Saya gembira dia tidak mengikut kata Hattan untuk melembutkan suara kerana itu bukannya Lena. Bila dia menyanyi begitu, tidak banyak rentak suara Dato' Siti menjadi ikutan. Mungkin dibeberapa tempat agak sedikit 'senggol senggolan' tetapi menggabungkan tarian gelek ala dangdut dengan irama tradisional, walaupun sedikit pelik tetapi amat menghiburkan. Saya amat bersetuju dengan Dato' Siti, vokal Lena amat melekat dan susah untuk kedengaran sumbang, dan saya juga bersetuju persembahan Lena sedikit selamat.

Erul (Nadi Ku)
Sekali lagi kritikan Dato' Siti amat tepat. Persembahan awal Erul terganggu dengan 'keinginan'nya untuk bermain keyboard. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk seseorang itu menyanyi sambil bermain alat muzik, apatah lagi jika alat muzik tersebut adalah piano atau keyboard. Bagusnya, Erul menyanyi dengan gayanya yang tersendiri dan ada masanya seperti ketika di korus, nyanyian Erul lebih bagus daripada penyanyi asal. Saya juga rasa sedikit ralat apabila Erul dibawa bertemu dengan ibunya sebelum dia membuat persembahan. Apabila anda rasa sedih dan menangis, ianya akan mengganggu vokal anda. Biar pun terkeluar, saya sangat suka dengan persembahan Erul, dan seribu kali saya katakan dia sepatutnya layak ke final!

Azri (Here Without You)
Sekali lagi saya sependapat dengan Dato' Siti. Vokal Azri sememangnya mantap dan dia membawakan kesedihan lagu tersebut dengan baik sekali. Cuma dia tidak membawa perwatakan lagu tersebut dalam perwatakan persembahannya. Macam kata Dato' Siti, pergerakan Azri agak 'lembik' dan tidak bermaya. Gayanya terlalu bersahaja. Masih terdengar sedikit bunyi suara asal menyanyi lagu ini, tetapi saya gembira kerana di bahagian verse, suara sebenar Azri berjaya dikeluarkan. Dia perlukan masa lagi untuk mencari identitinya yang sebenar. Saya pasti dia mampu melakukannya. Come on, Azri!

Hazama (Angin)
Seriously, pesembahan Hazama tidak pernah menghampakan. Benar, dia sangat beruntung kerana sering mendapat lagu genre yang diminatinya, tetapi dia tetap mencabar dirinya untuk menghasilkan persembahan yang cukup bagus, mantap dan dengan gayanya yang tersendiri. Pesanan Dato' Siti kepada Hazama, bila keluar nanti jangan meninggi diri dan menjadi 'poyo'. Saya yakin (dan amat berharap) Hazama tidak akan menjadi sebegitu kerana Hazama yang saya kenal adalah seorang yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.

Saya juga sangat suka dengan persembahan Fina dan Monoloque. Lagu Kanda Dinda tanpa nada tinggi memberikan saya nikmat sebenar suara Fina yang merdu. Tone Fina lebih refined and polished! Beliau juga nampak profesional membuat persembahan bersama Monoloque, cheeky dan tidak nampak janggal.

Saya menulis di sini melalui mengamatan saya ketika menonton konsert di Studio 1, melihat dan mendengar persembahan mereka secara live, dan kadangkala menonton kembali ulangannya. Saya suka dengan semua pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Saya sebenarnya tidak ambil kisah bila ada segelintir yang membuat andaian saya anti dengan Fina. Sebelum ini pun, ada sekelompok yang kata saya anti dengan Hazama. Andaian mereka tidak menjadi masalah pun kepada saya kerana saya tahu siapa diri saya sendiri. Kecuali bila ada yang pendek akal meninggalkan komen seperti di bawah dalam entry blog saya minggu lalu:

"kpd pihak d atas..jgn jd bias k...imuniti ni tok konsert last week tenaga pengajar da bg markah da..bodo ke pe..kte wartawan..tlg r wat research lu..xde telinga ke???fina layak la base on konsert last week...org nk jd wartawan ko pn nk jd wartawan
rozai_89 - 30-May-2011"

Pertamanya, saya sudah ulas tentang pemberian imuniti dalam entry blog saya sebelum ini? Kalau rozai_89 memilih untuk membaca hanya sebahagian daripadanya, siapa yang sebenarnya bodoh? Dan kalau awak pandai membaca, awak mesti tahu bahawa ini ialah blog entry dan saya penulis blog. saya bukan wartawan dan walaupun saya mempunyai ijazah serta kelayakan untuk menjadi wartawan, saya belum teringin untuk menjadi wartawan.

Saya ulang, ini adalah BLOG! Kalau awak tidak pandai membaca, silalah ke kelas dulu ya! Jika nak komen sebarangan, awak yang nampak tidak bijak. Saya sengaja memilih komen yang awak tinggalkan sebagai contoh komen orang yang tidak bijak! Dan seperti yang pernah saya tulis di blog ini dulu (mungkin awak mempunyai kesukaran membaca!) walaupun awak hanya menggunakan nama samaran dan orang lain tidak kenal siapa awak, awak tetap kenal diri sendiri dan awak sendiri akan tahu betapa ceteknya akal awak!

On a lighter note, jom buat ramalan tentang kedudukan empat finalis selepas konsert final nanti. Ini ramalan saya. Juara: Hazama; Naib Juara: Fina; Ketiga: Lena; Keempat: Azri. Bagaimana dengan ramalan anda? Wallahualam.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:34 AM | Show all posts
Penonton tak faham-faham ker, dah nama program realiti. Drama tu kan mainan dia. Salahkan peserta tu sendiri ler, tak reti nak cover line. Erul memang over konfiden selalu. Umur pun muda lagi, dia kena belajar bawak diri mulai dari sekarang.

Tapi aku kecewa dia tak pergi Final! Hope ada undi masuk pas ni. Manalah tahu Astro baik hati wat konsert tetiba malam ni.. (Masih berharap!!!)

Semua Finalist + Erul, aku sangat suka, tapi Fina jer!!! Out giler budak ni, nyanyi kolom words, high note dia org kata shedap? oooo please...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:48 AM | Show all posts
aznil memang hampes announce macam tu. Masa bawak masuk Hazama n Fina pon sama. Terperasan si Fir tu ingatkan dia dapat masuk. Menangis terus kaber line
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 01:15 PM | Show all posts
Reply 310# achik2009

sebak aku baca tulisan abang abad ni
"TERGAMAK" & "KEJAM"
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 04:48 PM | Show all posts
pesal malam ni semua foundation bebudak ni teball gilerrr
redvictorinox Post at 4-6-2011 22:07



    ha'ah.. d boys pny foundation suma tebal gila sampai i tot si hazamak pny mekap tu sama concept dgn last week pny concept. ala2 mime tuh. huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 05:23 PM | Show all posts
nera?...spa yg nak undi?..die keluar pun ala2 org merelakan noks
AppropriateNick Post at 6-6-2011 09:49



    ko pehal!!!!!!!!!!!!:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 05:37 PM | Show all posts
hah? erul tersingkir?

*tak tengok af. been away from astero ini*

my god...aku bajet azri yang tersingkir rupanya erul lak?

kehilangan erul kompem akan mendownkan jumlah undian asterok semase konset finel pasal fina tu tade sape2 pun nak undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 05:39 PM | Show all posts
hah? erul tersingkir?

*tak tengok af. been away from astero ini*

my god...aku bajet azri yang ...
chazey Post at 6-6-2011 17:37



tau takpe...astruk bodo khen keluar khen erul..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 06:46 PM | Show all posts
hah? erul tersingkir?

*tak tengok af. been away from astero ini*

my god...aku bajet azri yang ...
chazey Post at 6-6-2011 17:37



   [atut[un sunyi sepi bod af ni..uwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 06:47 PM | Show all posts
ko pehal!!!!!!!!!!!!
psychoz Post at 6-6-2011 17:23

\

aiks..dah tajuk die laharan noks...napa byk sangat tanda seru tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:00 PM | Show all posts
Reply 314# intuitable

   
mekap di taja oleh SimpySiti kot
makeup artis tenyeh banyak2 sbb nak ambil hati Tok Ti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list