|
ya kawan rapat jew ya
nak ker upload gambar izreen n johan
kemain rapat sgt
gambar xclusive ya
surat khbar pun tak de gambar nie |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar tgu setiap selasa..tak sure nak tgu pasha ke johan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ctmoon
Ya Allah lawanya ciptaan Allah...lawa gilerrrrrr...ni klu masuk miss universe gere ...
MekConkey Post at 21-10-2011 17:23
die memang cantik.............huhuhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ya kawan rapat jew ya
nak ker upload gambar izreen n johan
kemain rapat sgt
gambar xclusive ya
s ...
bettybencong Post at 21-10-2011 17:30
upload la you all..xsaba eden nk tgk...... |
|
|
|
|
|
|
|
x abis2 lagi dyerang tutp citer la minah.... |
|
|
|
|
|
|
|
baca mstar 'Hubungan Izreen & Johan Tegang http://mstar.com.my/cerita.asp?s ... an%2F20111022190023
kelakau le makcik ni....hari tu kata tak bercinta tapi jelez macam orang bercinta
now dah mengaku bercinta pulak and marah Johan tak mengaku bercinta
pas tu kata takde masalah nak bergambar or berlakun bersama Johan lagi
tapi masa press conference pandang pun taknak
tulah kadang-kadang diam itu lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Eksklusif: Dulu cinta kini putus
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2011/10/23
PERTEMUAN yang berlangsung di Balai Berita antara Izreen Azminda (kanan) dan Johan As'ari.
Izreen akui pernah jalin hubungan istimewa dengan Johan
SATU pertemuan membabitkan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, diaturkan petang Selasa lalu di Bangsar, Kuala Lumpur. Secara kebetulan Izreen bercuti daripada meneruskan baki penggambaran drama Tentang Dhia untuk TV3. Persetujuan awal sudah diberikan Izreen kerana dia mahu meluahkan segala-gala yang terbuku di hati.
Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.
Saya tak membenci dia (Johan). Cuma tak adil, untuk dia bersikap sebaliknya dengan tidak mengaku perkara sebenar. Terpulanglah kepada orang di luar sana untuk menilai apa yang saya ceritakan ini. Kebenaran hanya Tuhan, keluarga dan kawan terdekat yang mengetahui. - Izreen.
INFO menarik Izreen-Johan
Izreen tidak berkenan dengan perangai Johan ketika masing-masing berada di lokasi penggambaran drama Juvana. Namun, siapa sangka orang tak digemari itu akhirnya pernah berjaya menawan hatinya.
Izreen menafikan dirinya terlalu mengongkong Johan kerana hakikatnya dia cukup menjadi penyokong nombor satu kepada Johan. Izreen juga tak lokek berkongsi pengalamannya dengan Johan.
Sebelum ini bukan Izreen tidak mahu mengakui cintanya dengan Johan, cuma dia berasakan masih terlalu awal untuk didedahkan.
Kali terakhir Izreen berjumpa Johan sebelum pertemuan diaturkan B*POP ialah ketika sama-sama diundang ke sesi fotografi sebuah majalah pada 28 September lalu. Johan dikatakan tiba lewat dua jam dan pada masa sama Izreen juga terpaksa bergegas ke Tanjung Karang untuk melunaskan penggambaran drama Tentang Dhia.
Ketika sesi fotografi itu, masing-masing pun kekok bergambar bersama kerana hubungan mereka disifatkan semakin renggang.
Selepas Aidilfitri, Izreen dan Johan jarang berinteraksi kerana masing-masing sibuk dengan jadual seni.
Malam sebelum pertemuan diaturkan B*POP berlangsung, Johan menghantar SMS kepada Izreen memberitahu dia tidak akan mengaku mereka pernah mempunyai hubungan istimewa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 309# mixed
Ahad Oktober 23, 2011
Hubungan Izreen & Johan As’ari Tegang
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik di sesi ramah mesra Anugerah Skrin 2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM
PETALING JAYA: Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.
Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.
Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.
Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu. Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.
“Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.
“Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.
Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.
“Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.
“Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,” akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nuryakmal at 23-10-2011 10:34
johan ni pun harusle tetap pendirian{:4_193:}
gua minat lakonan lu jek. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pun bercinta pastu kena caras, harusla jaga adab as a woman gitu. jangan le menampakkan desperado sangat. buat malu jek.... nanti ade calon lain yang minat terus cancel wat menantu sebab belum pape daaaa meroyan..... |
|
|
|
|
|
|
|
ya kawan rapat jew ya
nak ker upload gambar izreen n johan
kemain rapat sgt
gambar xclusive ya
s ...
bettybencong Post at 21-10-2011 17:30
upload laa uols. tapi sblm upload jgn lupa taruk watermark camni "nara sharp shooter & izyan.com pencuri tegar forum cari" |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pun bercinta pastu kena caras, harusla jaga adab as a woman gitu. jangan le menampakkan desper ...
nuryakmal Post at 23-10-2011 10:21
i second u.. mcm dah tade jantan lain dlm dunia nih |
|
|
|
|
|
|
|
ensem lak johan dalam pic ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Izreen Kecil Hati Dengan Tindakan Johan
kredit:gua.com.my
&w=608&h=350
Sejak mengeluarkan kenyataan berbaur cemburu dalam sebuah media tempatan baru-baru ini, pelakon yang popular menerusi watak Cikgu Zakiah dalam drama bersiri, Juvana di TV3, Izreen Azminda kini dihentam teruk oleh segelintir peminat di beberapa buah blog. Ekoran tidak tahan dihentam, pelakon berusia 26 tahun ini akhirnya tampil memberikan penjelasan.
“Mula-mula sekali saya ingin memohon maaf sebab kenyataan saya sebelum ini agak emosional kerana berada dalam keadaan tertekan. Saya tak terfikir panjang apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi sekarang, saya nak bagi penjelasan tentang apa perkara sebenarnya yang berlaku,” ujar Izreen ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama calon-calon Anugerah Skrin 2011 di Pusat Membeli Belah One Utama, petang semalam.
“Saya dihentam teruk sangat di laman-laman maya. Salah saya sendiri sebab tak buat penjelasan sepenuhnya sebelum ini. Saya harap peminat dapat menilai sendiri perkara yang berlaku selepas kenyataan yang saya akan berikan ini.”
Bagi yang masih tidak tahu mengenai kontroversi ini, Izreen menerusi luahannya sebelum ini memberitahu makan hati dan terkilan dengan perangai pelakon, Johan Asa’ari yang tidak mengendahkannya setelah berlakon bersama dengan Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa. Dilihat pada kenyataan Izreen ini seolah-olah memberitahu dunia yang mereka berdua ini sedang bercinta.
Baru-baru ini, Johan menerusi artikel, Johan As’ari: Saya Terasa Dikatakan "Culture-Shock" mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Izreen. Namun, Izreen sebaliknya menafikan dirinya hanya bertepuk sebelah tangan. Pelakon drama ‘Stanza Cinta’ ini dengan tegasnya memberitahu hubungannya dengan Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Botak itu memang serius sebagai pasangan bercinta.
“Saya mengaku saya bercinta dengan dia sebelum ini. Kami sudah bercinta sejak hujung bulan Mei lalu iaitu ketika penghujung drama Juvana. Saya tak nak mengaku dan memberitahu kepada masyarakat sebelum ini sebab bagi saya terlalu awal untuk didedahkan. Bagi saya tidak adil buat diri saya kerana kenyataan dia bercanggah sebelum ini di mana dia mengatakan yang kami tidak bercinta. Saya ada bukti SMS dan video mengatakan kami berdua memang bercinta.”
Biarpun pada mulanya agak keberatan untuk menunjukkan video tersebut, namun Izreen akhirnya akur dan menunjukkan sendiri bukti video itu kepada para media yang hadir. Video tersebut memaparkan Johan meluahkan perkataan sayang dan I Love You kepada Izreen.
“Saya ada beberapa video lagi tapi biarlah ia menjadi koleksi peribadi saya saja. Jadi, kepada Johan, lebih baik dia fikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Bila dia keluarkan kenyataan tidak bercinta, saya rasa tak adil bagi saya. Saya tak gaduh dengan dia cuma saya kecil hati dengan tindakan dia.” |
|
|
|
|
|
|
|
Izreen: Johan Ajak Saya Bertunang!
kredit:gua.com.my
&w=608&h=350
Kemelut yang melanda pasangan pelakon Juvana, Johan Asa’ari dan Izreen Azminda nampaknya semakin panas. Izreen baru-baru ini telah menunjukkan video pengakuan cinta Johan terhadap dirinya kepada pihak media. Video itu sebagai bukti yang mereka memang bercinta. Ini sekaligus menepis dakwaan Johan yang mengatakan mereka hanya berkawan rapat.
Ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama calon-calon Anugerah Skrin 2011 di Pusat Membeli Belah One Utama, petang semalam, Izreen turut memberitahu Johan atau lebih mesra dengan panggilan Botak ada merancang untuk mengikat tali pertunangan dengannya.
“Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini,” jelas Izreen sambil memberitahu Johan ada memohon maaf kepadanya selepas perkara ini timbul.
“Dia memang ada hubungi dan juga menghantar SMS kepada saya, tapi hanya selepas habis penggambaran Cinta Elysa. Kenapa perlu selepas habis penggambaran baru nak hubungi saya? Saya tak tahu yang dia ingat saya masih wujud ke tidak. Bagi saya, dia tidak perlu perjelaskan apa-apa.
“Dia juga ada SMS memohon maaf kepada saya. Johan memberitahu dia dah habis shooting dan tak ada apa-apa hubungan dengan Fasha. Saya tak pernah salahkan Fasha dalam hal ini. Isu yang timbul ialah dari sikap lelaki itu sendiri. Ini bukan soal kuat cemburu, tapi biarlah saya sendiri saja yang tahu sebabnya,” ujar Izreen enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
“Adalah benda-benda yang buat saya kecil hati dengan dia. Bagi saya, jika dia tak nak dengan saya, cakap saja dari awal, kan senang. Saya tak gaduh dengan dia, tapi yang paling membuatkan saya kecil hati dengan dia ialah jangan sesekali menggunakan isu agama untuk tutup kesalahan sendiri,” jelas Izreen penuh mendalam.
Apabila ditanya sama ada apakah statusnya sekarang, Izreen memberitahu, “Saya dah putus dengan dia. Tak mungkin kami akan merujuk semula. Namun, jika nak digandingkan selepas ini, saya tak ada masalah. Saya okay dan profesional untuk berjumpa atau bergambar dengan dia.
“Ini kerana saya tak ada masalah dengan dia. Saya tak salahkan dia kerana ada juga salah saya. Bagi saya, jika dia mengaku, tak akan jadi macam ini. Kalau boleh saya tak nak panjangkan lagi isu ini kerana pada masa akan datang, mungkin kami akan berlakon bersama-sama lagi.”
p/s: Nasib Izreen tak salahkan Fasha....I think btw Fasha n Izreen x de apa2 issue pun...Ini antara Johan n Izreen |
|
|
|
|
|
|
|
begini gayanya , dia neh tak boleh jadi isteri pelakon
tiap kali johan berlakun dengan perempuan cantik , dia akan meroyan dalam suratkhabar
isteri AA jugak yang profesional , siap usik2 AA dengan NE |
|
|
|
|
|
|
|
pelakun baru lelaki mana yang tak hilang ingatan sekejap dan terminat bila berlakun dengan Fasha Sanda .
Kalo pelakun lama toh mungkin sudah lali dengan gedix2 FS |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha nampak lagi tua dari Johan
kalo dah btol bercinta , tak salah
sama-sama single |
|
|
|
|
|
|
| |
|