CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kingcarlos

Kisah Seram Di Bangi, Kajang Dan UKM

  [Copy link]
Post time 25-6-2014 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu pulak ke ukm bila baca thread ni..aiyoyoyo..bab2 mistik ni rasanya kebanyakan stoden mesti penah kene..

1)sape baling batu ni oiiii

First time kene kaco masa kat pgg seni.belah belakang kat laluan gajah tu..time fisrt year kan wajib pilih ko-k..so saya amek seni teater..hujung sem ada bengkel seni. Time tu dah malam sangat dah kol 12 ke 1pg tak ingat dah..saya dan beberapa kawan tgh kusyuk buang miang buluh..sorg senior laki tgh main seruling..tgh ralit buat keje sambil nyembang..tetiba bunyik "kelekuk"..kepala saya kene baling ngan batu..time kene tu rasa nak ngamok pun ada..sakit kot..bisingla kat kawan sambil mata melilau pandang kiri kanan atas bawah..kotla kawan dok pedajal kita ke ape..tgh bising2 tu senior yg asyik ngan seruling ni sound kitorg suh bla dari situ..balik bilik tgk bengkak sudah dahi ku..

2)dah jam 12 lebih pun gigih keje lagi ke bang??

masa ni kat flatlet kab..yg ngadap dataran tu..tgh kusyuk stadi ni sebab esok ada kuiz..sape2 penah dok flatlet mesti tau meja stadi dia attached ngan dindingkan..ngadap tingkap..kebetulan malam tu panas sangat..so bukak tingkap.langsir and buku..tgh gigih stadi ni..tetiba dengar bunyik orang macam bukak khemah..bising gila..aku dalam hati time tu macam "gila gigih drg ni keje sampai lewat malam"

Time tu tak fikir ape pun..sebab sebelum tu kab baru abes pesta kolej.tu yang dok ingat abang2 tu mari bukak khemah..dah lama2 baru perasan yang kat dataran tu gelap gulita..takan drg buat keje dalam gelap kan..gigihla aku ngintai ke luar tu tengok ada org ke idak..dah confirm tadak.terus tutup buku and tido..

*sambung kendianla..ada keje jap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
miskay posted on 25-6-2014 03:50 PM
Uih. Ko ni mesti duduk blok yg dkt ngan rumah pengetua tu kan. Yang berdepan flatlet pompuan tu ka ...

Aah..situ best..katanya flatlet tu dengan blok laki tu adalah laluan kak ponti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

3) jeritan di tengah malam

Kejadian ni bukan aku yang kene..ni membe aku si M yang kene..dia baru lepas anta membe lagi sorang nama F kat rumah kelamin tu..so lepas anta F ke blok dia..M pun balik la ke blok dia kat flatlet tu..ngam2 sampai ke blok dia (parking kete kat dataran) maka terdengarlah dI M ni hilaian/jeritan maha kuat dari fst/fep..debor dia..tak jadi turun kete..stat enjin terus pegi lepak bilik F..

4) bang..mesin ni boleh kua duit ke?

Ok.hat ni pun membe kene gak.time tu dia benti kat pusatnika (sorry.aku n the geng mmg panggil macam ni)..dia nak bawak kua duit kat atm cimb tu..tengah sebok dok tekan tekan..dia perasan la ada macam orang kat sebelah dok perati dia..dia cuakla ingatkan perompak ke ape kan..orang tu pulak macam slomo je datang kat dia..membe aku ni macam try nak cool downla..tanak bagi takut sangat..sekali tu orang tu tego la dia.."mesin ni boleh bawak keluar duit ke bang?" Yang kawan aku ni menjawabla.."aah.boleh tapi sebelum jam 12malam la.." masa dia jawab tu dia sempat la kerling muka mamat yang tanya tu..katanya bentuk muka mamat tu pelik sikit..tapi tak dapat nak discover kepelikkan beliau tang mana..mamat tu pulak lepas dapat jawapan..dia pun "ooo..tatau pulak saya" sambil beredar..membe aku ni perasan yang laki ni menghala ke tangga amin yang dekat dengan pusatnika tu..dah setel urusan dia, membe pun bla..lama2 baru dia teringat tang mana yang pelik kat mamat tu..bentuk bibir dia straight je..takde lekuk and dia jalan sampai rimbun buluh kat tepi tangga amin tu je..dia cakap kat aku kalau jumpa makhluk jenis bibir straight ni..bunian katanya..tatau la aku betul ke tak..

Kalau ada cite lain yang aku ingat aku tambahla lagi nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
miskay posted on 25-6-2014 05:15 PM
Iye. Asal tak pernah nampak pun.
cewah macam la nak tengok kan
Tapi yang best kat situ sebab sun ...

Aku ddk situ pun tak penah serempak..eventho lepak kat luar blok tu pepagi buta kalau terkunci.. pintu blok kan depa kunci lepas jam 12..hampeh sungguh..

And tanak aku jumpa..penampakan sipi2 tu adalah..aku suka kab..best kolejnya..

Blok c pun ada gangguan gak..tapi jenis bunyi bunyian jela..dalam 3-4 pagi selalu dengar bunyik org mandi..main air..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
miskay posted on 26-6-2014 07:27 AM
Da la aku selalu turun naik tangga tu malam2.
Tp rimbun buluh tu memang scary pun
Bila lalu sit ...

Ala..hutan paku pakis tu pun katanya kediaman bunian jugak..sebab tu area tu agak creepy..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:59 AM | Show all posts
Aku alumni UKM jugak. FUU.
Banyak jugak kisah-kisah yang aku dengar time study kat fuu nih.
Salah satunya selalu orang nampak lelaki tua keluar masuk bilik one of the lecturers law sedangkan bilik lecturer tu dah lama kosong sebab tuannya bercuti belajar.
Orang bunian barangkali.

Itu yang aku dengar.

Yang aku alami sendiri pulak..

Dulu kelas master aku banyak waktu petang dan akan habis lewat malam, dalam pukul 10 gitu.
Student master, mostly dah bekerja dan ada kereta sendiri.
yang aku ni pulak, satu-satunya student yang lepas degree terus sambung master..so what do you expect dari budak muda yang belum bekerja. Nak pakai kereta sendiri? Silalah sedar diri.

Untung jugak ada motor honda cabuk milik abang aku tu, dapatlah aku merempit dari fuu balik ke taman tenaga.
So nak cerita di sini, memang tiap-tiap malam yang ada kelas aku akan balik lewat naik motor sorang-sorang dari FUU ke taman tenaga. Sekali ingat balik aku rasa tak caye jerk aku sebegitu berani jadik minah rempit..

Zaman aku tu, kalau nak ke taman tenaga dari ukm kene lalu jalan yang kona skit, sebelah kanannya kubur. Now dah tutup pun jalan tu selepas jalan lepas komuter tu diperbesar dan diluruskan. Tapi time aku belajar dulu sempatlah merasa lalu kubur tu sekejap tiap kali balik kuliah.

Nak jadi cerita, satu malam nan sunyi, aku seperti biasalah abeh kelas terus tuju ke motor parking yang terletak sebelah jer dengan main entrance fuu. Tapi sebab dah takde orang (yelah orang lain bawak keta, aku sorang jerk bawak motor), rasa sunyi seram tu memang takleh nak elak. Malas nak layan sangat rasa tu, aku terus pakai windbreaker laju-laju, sarung helmet, start enjin. Sekali start, tak idup. Dah sudah..kenapa pulak motor ni..? Tak penah-penah dia meragam, minyak pun penuh lagi. Dua tiga kali start pun tak hidup-hidup jugak. Aku dah mula cuak. Mana pulak aku nak cekau orang nak minta tolong ni??

Tengah kalut-kalut + cuak, sekilas dari ekor mata aku perasan macam ada susuk badan manusia di hujung sebelah sana yang gelap, dalam keadaan membelakangkan aku. Terfikir jugak aku sapa pulak dalam gelap-gelap tu..buat apa kat situ..bukan ada motor or kereta pun kat situ.. Tetiba jerk ada orang..pelik jugak..

Tapi dalam hati sedikit rasa ceria sebab ada orang, so bolehla minta tolong dia tengok-tengokkan motor aku ni.

Baru jerk aku nak turun dari motor..ingat nak panggil orang tu lah..tiba-tiba..aikkkk..ilang dah?? Laju betul orang tu jalan..!

Tak semena-mena, motor aku yang tadinya degil tak nak hidup, dengan sekali tunjalan jerk terus mengaum kuat. Haaaa idup pun ko..legaaa!

Tak tunggu lama, masuk gear terus jalan. Berdesup aku press minyak. Dalam hati takde fikir lain selain nak sampai bawah dengan cepat. Yelah dah pukul 10 lebih malam, nak redah 'highway' fuu yang konar-konar, dengan lampu jalan seketul jerk lepas tu gelap gelita dah..sorang-sorang pulak tu..lagi ada hati nak makan angin?

Memang aku tak pandang kiri kanan la time merempit. Side mirror pun tak berani nak kerling. Mata just fokus depan jerk in case ada makhluk oink oink kaler itam melintas tetengah malam buta. Sebab dah ada senior yang tertonggeng berlipat gara-gara merempuh hamba Allah yang seketul tu. Siap arwah lagi bendealah tu. Senior aku tu pulak, ape lagi ke dalam wad la kesudahannya.

Lepas jerk kejut dengan ftsm, barulah boleh tarik napas lega dan kelajuan pun boleh diturunkan....
Sambil tu otak aku dok rewind balik kejadian sebentar tadi. Sape pulak manusia yang dalam gelap tu. Out of nowhere tetiba muncul lepas tu ilang. Memang otak blur aku takleh nak digest sapa dan apa..Sebab dalam diri aku yang sentiasa bersangka baik ni..owh maybe pak guard kot..owh maybe student kot..

Tengah layan pertanyaan dalam diri, baru terperasan yang motor aku dah nak hampir sampai ke kawasan kubur. Ok hormon cuak mula menguasai diri semula. Tadi baru nak lega. Ni up lah kembali. Dengan keadaan malam yang sunyi, kenderaan pun takde malam tu..makin bertambahlah kengerian aku. Rasa macam jauhnya perjalanan aku nak sampai ke rumah time tu.

Sampai jerk kat situ, tetiba pulak motor aku ni macam tersedut-sedut. Ala-ala pegi tak pegi, idup dengan nak mati tu sama banyak. Puas aku pulas tombol sampai rapat, tapi motor rasa tak pegi. Berat. Slow gila. Padahal kemain laju aku memecut tadi.

Dalam hati punyala berdoa, janganlah motor ni mati tengah-tengah kubur ni. Dengan hari yang dah lewat malam, dengan takde barang seketul pun kereta or motor lalu situ kala tu. Aku jugak yang mati kalu!

Berkumat kamitlah aku membaca apa yang patut. Ayat Kursi, tiga Qul, selawat..dan mana-mana ayat yang aku ingatlah abeh aku baca. Dalam pada motor rasa berat yang amat tu, berjaya jua aku melepasi kawasan kubur tu dengan selamatnya, tanpa ada sebarang penampakan or penjelmaan. Yang terasa hanyalah bulu-bulu roma yang meremang di samping sapaan angin malam yang menyejukkan...

Sampai jer rumah, terus aku masuk toilet, mandi dan solat. Lepas solat terus baring. Harapannya nak lelapkan mata sebab badan dah letih. Letih start motor payah nak hidup dengan letih bawak motor yang tetiba jadik berat.

Tapi lama jugak mata aku dok terbuntang celik pandang siling sambil otak still tak boleh lupa apa yang aku nampak dan alami sebelumnya. Entah pukul berapa aku terlelap aku pun tak sedar. Tahu-tahu jam dah berbunyi esoknya...

Kenangan di FUU....

Last edited by Clover_Hill on 26-6-2014 12:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kawan citer gmi kat blkg tu pun byk ponti... Boleh lepak2 rumah staff ... X tau la ada lg ke tak sbb dia citer ada gak panggil org pindahkn....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 06:37 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 24-6-2014 01:57 PM
Ahahaha. Jumpe pun thread ni.
Aku ni alumni UKM.
Nak citer, dulu aku pepagi selalu jog dalam pukul ...

Rasanya dulu aku pernah bukak tred di MPS ni, pasal citer2 seram di UKM gak la. Aku kat UKM stay kat kajai je sampai grad. Time exam, aku suka study waktu dinihari, kadang2 sampai subuh.

kat tred dulu aku pernah cerita, dengar bunyik bas berhenti2 kat bus stop (kalau duduk flatlet memang dengar jelas bunyi bas berhenti) pukul 3,4 pagi. Kalau ikut logik, siapa yang naik bas time2 gitu? Tapi ada orang kata, hantar student balik dari kursus/kem. Macamlah tak sempat tunggu siang kot ye pun nak hantar student...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 09:21 AM | Show all posts
cik.panda posted on 2-7-2014 06:37 PM
Rasanya dulu aku pernah bukak tred di MPS ni, pasal citer2 seram di UKM gak la. Aku kat UKM stay k ...

Hantar student apenyer....
Xde orang pun.. Cume ade driver yg tua2 sket tu..

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:54 AM | Show all posts
lantodak posted on 25-6-2014 05:34 PM
***sambungan***

3) jeritan di tengah malam

ko citer bab bunian, aku teringat kawan aku dulu. masa tu die nak gi kolej ibu zain naik motor. kawan aku ni lelaki ye. so dr kejauhan die ternampakla sorg pompuan ni jalan sorg2. cantik sgt pompuan tu. dgn menggediknye die pun pi lah kt pompuan tu mengayat tp pompuan tu tak layan die. just senyum senyum jek. dh mcm tu, die pun blah la pegi ke kiz destinasi awal die. pastu kan baru die terfikir, pompuan tu pakai baju zaman dulu, siap bertudung kain batik atas kepala, pastu kasut yg pompuan tu pakai pun pakai capal. bkn selipar or terompah tau, tp capal org dulu2. so kekdahnye ape jadah ade pompuan tgh hari buta jln sorg2 pakai mcm tu kan kt tmpt sunyi berhutan2 mcm tu? so kwn aku tu suspect pompuan tu bunian. tp sbb cun sgt terpesona kekdahnye tak terfikir pun pompuan tu something

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 03:12 PM | Show all posts
ingat lagi kakak iol dok flat kat sek2...... time tu kilang2 area tue still under contrustion yg ade pon hitachi yg paling besar.... banyak hantu raye...kat sana time tue...klu memalam tgok block sebelah boleh nampak benda tu turun .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:31 AM | Show all posts
Perghh dahla tgh2 mlm aku dok bc kisah2 menyeramkan nih... Tp best bc kisah n pengalaman kwn2 kt cni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:23 PM | Show all posts
annehuda posted on 19-9-2014 10:54 AM
ko citer bab bunian, aku teringat kawan aku dulu. masa tu die nak gi kolej ibu zain naik motor. ka ...

dia jumpa katne tuh? bkn dedulu kata area paku pakis tu ke apa ke kalo nk jumpa...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:21 PM | Show all posts
lantodak posted on 25-6-2014 01:34 PM
Grad bila? Saya study sana 2007/2010

Penah kene ganggu..mostly dekat fep.kab.dectar/panggung se ...

FEP tu fac aku and aku stay kt rumah kelamin KAB, btol2 mengadap 'hutan'. serious kat situ mmg horror. pernah nampak cik gula2 berdiri tegak kt kt hujung laman luas belakang flatlet sebelah tangga yang nak naik ke rumah kelamin. xpernah aku naik tangga selaju haritu. sebelum tu ada budak stay kat flatlet kena histeria. aku rasa benda tu kot yg ganggu.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 19-9-2014 10:54 AM
ko citer bab bunian, aku teringat kawan aku dulu. masa tu die nak gi kolej ibu zain naik motor. ka ...

Fuhhh..tghari ke membe kau tu nampak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.amy posted on 23-9-2014 12:21 PM
FEP tu fac aku and aku stay kt rumah kelamin KAB, btol2 mengadap 'hutan'. serious kat situ mmg hor ...

Tangga area mana ni? Yg depan fst tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 05:24 PM | Show all posts
lantodak posted on 23-9-2014 02:20 PM
Tangga area mana ni? Yg depan fst tu ke?

bukan... dia belah dalam dekat flatlet perempuan otw nak ke rumah kelamin. kalau lalu belakang kafe tu nampak lah padang kecik yg dimaksudkan. tp dah lama xpi situ. xtau ape rupa dah.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cik.amy posted on 23-9-2014 05:24 PM
bukan... dia belah dalam dekat flatlet perempuan otw nak ke rumah kelamin. kalau lalu belakang kaf ...

Ddk amin pun serius takleh recall tangga mana..hahaha..kne pi amin balik le ni..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:52 AM | Show all posts
Aku nak sharing satu cerita, tapi kejadian ni berlaku di salah satu kuaters kerajaan Putrajaya.

Satu hari tu, aku stay rumah kakak aku ni. malam tu aku dengar jiran atas dia main alih-alih perabot, dalam pukul 10 macam tu. Dalam hati, "rajin gila orang atas ni deko2 rumah dia". Tapi takde la aku nak tegur ke apa, sebab fikir biasa je.

Esoknya aku tanya kakak aku, kenapa jiran dia rajin sangat alih2 perabot. Lepas tu kakak aku cakap la, "itu bukan jiran aku yang buatlah, dah selalu dah jadi" Aku pon tergamam la bila dengar. Nasib baik tak tegur. Haha.. Lepas tu kakak aku sambung cerita. Malam yang sama aku dengar bunyi alih2 perabot tu, ada benda main2 guli dekat area dia tidur. Tapi agaknya kakak aku ni dah biasa sangat, dia buat bodoh je.

Kakak aku sambung lagi, dia kata setakat main guli dengan alih perabot tu takde ape hal. Yang paling seram, penah satu malam, dalam waktu orang dah nak tidur (dalam pukul 11 malam keatas), grill rumah dia digoncang2. Dia pandang hasben dengan anak dia. Dua2 buat taktau. Kakak aku ni pon konfius, dia sorang je ke yang dengar? Tapi dia buat taktau je.

lagipun, katanya kawasan kuaters kakak aku duduk ni pernah ada kes. Sebelah kuaters ni ada satu bukit baru tarah (beberapa tahun lepas). Benda2 halus yang menghuni bukit tu ramai2 berpindah ke kawasan kuaters kakak aku ni. maka lepas tu, kecoh dekat penduduk situ yang ramai nampak penampakan. Tapi yang paling seram kakak aku cerita, ada sorang penduduk situ naik lif sorang2 waktu malam, pocong tumpang sekali dalam lif tu. wuuuuu seraaammmm...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:05 PM | Show all posts
LipasComel posted on 21-10-2014 11:52 AM
Aku nak sharing satu cerita, tapi kejadian ni berlaku di salah satu kuaters kerajaan Putrajaya.

S ...

kat precint bape nie lipas? ptjaya kat prct17 tu pn cam seram. Aku gi umah makcik aku.. naik lif sensorang rasa cam ada org je dlm lif tu skali..and dekat koridor umah2 dorg nie.. sunyi semacam.. dah la lampu lif pun malap je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.344338 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list