|
Reply 294# ambok
cantik iklan ni ....
flash mob pun ada rupanye ...
tq ambok |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu ada yang suggest kan prediction utk maybank tu. sila bagi respond. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 300# kayla
ingt ade relation keluara NG...tu yg pilih kasih tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 302# karambunai
harap momod buat tok Malaysia open ni..event badminton terbesar di malaysia tiap2 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Reply karambunai
harap momod buat tok Malaysia open ni..event badminton terbesar di malaysia ti ...
miyoma Post at 3-1-2012 01:43 AM
ok nnt sesapa yang leh kasi detail sila post yer.. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 307# wawaKKK
ok dah bukak. tq tq |
|
|
|
|
|
|
|
ptg karang 2nd match pulak... risau gak la dgn tahap stamina daren ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah pemain perseorangan malaysia majoriti kalah pusingan awal....bukan salah BAM tak hantar mereka ke kejohanan antarabangsa.... tp permainan mereka seperti itu sahaja...tiada peningkatan...level mereka jauh kebelakang berbanding dgn chong wei...nampaknya BAM kena banyak lagi cari pemain muda lain yg berbakat...nak harapkan hafiz hashim, daren liew, tak ke mana nampaknya...takat tu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ptg karang 2nd match pulak... risau ...
wawaKKK Post at 3-1-2012 14:15
seperti yg kita takut2kan ..daren kalah straight set 2nd match ....
1st set fight ..kalah 21-23 .. 2nd set biasala ...
tee jing yi pun kalah ... tapi at least main sampai rubber ...rubber pun kalah 19-21 ...
yg lepas ke maindraw esok ng sisters je ....
good luck semua malaysian shuttlers esok ....7 je wakil kita .... ganbatte!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 315# kayla
hi kayla... lama tak dgr... bizi ekk?... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 316# _19788
thanks my fren... |
|
|
|
|
|
|
|
Daren let down by his lack of fitness
PETALING JAYA: National back-up shuttler Liew Daren knows his biggest weakness is his lack of fitness and he intends to overcome it before the Thomas Cup preliminary rounds in February.
That was evident after the 24-year-old Daren limped to an uninspiring 21-23, 16-21 defeat at the hands of Hong Kong’s Chan Yan Kit in the second qualifying round of the Korean Open in Seoul yesterday.
Daren had earlier slogged to beat Indian Open GP Gold runner-up Sourabh Verma 15-21, 21-14, 21-18 in the first qualifying round and the long match obviously took its toll on him.
“Last year, I had a reasonably good year, beating some top players like Lee Hyun-il (South Korea) and Simon Santoso (Indonesia) but I never managed to last the distance,” said Daren, who is ranked 47th in the world.
“I do not have the best fitness level and after one tough match I usually find it hard to keep up the good performance.
“But I know now what is my weakness and I’ll work hard to overcome it.”
With places in the Thomas Cup squad up for grabs, Daren certainly needs to step it up to earn a place in the team.
Meanwhile, Mohd Hafiz Hashim and Chong Wei Feng both crashed out in the first qualifying rounds.
It was a miserable day for Malaysia as the top back-up doubles pair of Goh V Shem-Lim Khim Wah also failed to make the grade, losing to Denmark’s Rasmus Bonde-Anders Kristiansen 13-21, 19-21 in the second qualifying round.
The Ng sisters of Hui Lin-Hui Ern, however, provided some cheer after overcoming local hopefuls Choi A-reum-Yoo Hyun-young 10-21, 21-12, 22-20 to make the main draw.
CREDITS TO THE STAR ONLINE
actually sape jaga daren ni hah?... hendrawan ke?... takkan masih tak boleh nak overcome lack of fitness si daren ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz cemaskan skuad Piala Thomas
MUHAMMAD Hafiz Hashim cedera tumit ketika menentang pemain Singapura, Ashton Chen pada pusingan kelayakan Terbuka Korea, semalam.
KUALA LUMPUR - Ketika Malaysia berharap untuk membentuk pasukan paling mantap bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas bulan depan, Muhammad Hafiz Hashim memberi tamparan hebat apabila mengalami kecederaan yang memungkinkan dia disisih daripada kejohanan di Macau itu.
Hafiz, 29, mengalami kecederaan tumit kanan ketika menentang pemain Singapura, Ashton Chen pada pusingan kelayakan Terbuka Korea semalam dan terpaksa menarik diri pada kedudukan 20-22, 15-18
Juara All England 2003 itu mengakui, peluang untuk beraksi pada Terbuka Malaysia, 10-15 Januari depan kini samar, biarpun masih memasang harapan tinggi untuk bertanding pada kejohanan Siri Super bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu, sekali gus memburu slot kelayakan Piala Thomas, 14-19 Februari ini.
"Saya mengalami kecederaan tumit kanan ketika sedang berdepan pemain Singapura dan tidak mampu lagi menamatkan saingan apabila memasuki set kedua.
"Saya tidak tahu nak cakap tentang peluang beraksi pada Terbuka Malaysia.. ketika ini semuanya tampak tidak begitu baik tetapi saya masih berharap dapat pulih dengan segera dan masih berharap untuk beraksi,'' kata Hafiz ketika dihubungi di Seoul, semalam.
Biarpun sudah setahun meninggalkan skuad kebangsaan, Hafiz masih menjadi sandaran untuk menggalas tugas perseorangan kedua Malaysia di belakang jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ekoran ketiadaan pemain-pemain muda yang boleh diharap.
Ketiadaan Hafiz yang membuat penampilan sulung dalam skuad Piala Thomas pada 2002 mampu mengancam kedudukan Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20-27 Mei ini.
Seandainya pemain KLRC itu tidak dapat beraksi, tumpuan untuk mencari empat lagi pemain bagi melengkapkan slot perseorangan lelaki terarah kepada Liew Daren, Chong Wei Feng, Mohd. Arif Latif, Chan Kwong Beng dan juara remaja dunia, Mohd. Zulfadli Zulkifli. Malah, jaguh veteran, Wong Choong Hann masih dianggap calon relevan andai tiada aksi meyakinkan dipamer pemain-pemain muda.
Selain kedudukan Hafiz yang tidak menentu, persiapan Malaysia untuk menghadapi kelayakan Piala Thomas juga terancam dengan penyingkiran beregu harapan, Goh V Shem-Lim Khim Wah di Korea semalam.
V Shem-Khim Wah sebelum ini menjadi harapan untuk mengiringi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, tewas 13-21, 19-21 kepada beregu Denmark, Rasmus Bonde-Anders Kristiansen, sekali gus menjadikan slot beregu kedua semakin terbuka. Turut gagal melepasi kelayakan adalah Daren, yang tumpas 21-23, 16-21 kepada Chan Yan Kit dari Hong Kong, manakala Wei Feng kalah mudah 15-21, 9-21 di tangan pemain muda Denmark, Joachim Persson.
Jika sebelum ini fokus Malaysia dalam Piala Thomas tertumpu kepada sejauh mana kita mampu merampas gelaran, namun kini dengan ketiadaan pemain muda berwibawa, BAM terpaksa menerima hakikat bahawa peluang untuk melepasi kelayakan sendiri belum terjamin.
Malah, dengan pusingan kelayakan bakal menampilkan semua gergasi Asia, termasuk China yang sudah melayakkan diri selaku tuan rumah pusingan akhir, Malaysia mendapati laluan untuk mencari tiket semakin getir.
China mampu menjadi pengacau jika diundi bersama Malaysia dalam kumpulan yang sama. Meskipun sudah layak, mereka mahu beraksi pada pusingan kelayakan untuk mencari sebanyak mungkin mata bagi kelayakan Sukan Olimpik 2012.
Hanya empat pasukan dari kelayakan zon Asia layak bertanding di Wuhan dari 20 hingga 27 Mei. Biarpun sudah 19 tahun Malaysia tidak bergelar juara Piala Thomas, iaitu kali kemenangan di Kuala Lumpur pada 1992, namun kita tidak pernah gagal melayakkan diri pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984.
CREDITS TO UTUSAN ONLINE
relevent lagi ke apiz ni nak dimasukkan dlm skuad piala thomas msia???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|