CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: flarengirl

Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash dpt pangkat Dato'?

[Copy link]
Post time 9-5-2014 08:41 PM | Show all posts


Dato' Rafiena... yg nie Dato' mana plak die dpt?

kak bed malas nak beklog kalo dah ada yg reply... mohon retweet jawapan erkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 08:54 PM | Show all posts
apersal yg dpt datok semua yang hala2 jer..sumbangan aper yg diorg buat? boy iman tu sapa? keje ape diorg nih?
nash tu au kenal le, penyanyi zaman dulu2 tp mcm xlayak jer dpt datuk.
kepelikang aper yg sedang melanda nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated posted on 8-5-2014 10:23 PM
dato_boyiman Ini pula gambar2 yg isteri boy amik di screen projektor di depan melalu ...

Boyiman batak ni OKU ke. Perangai macam budak darjah tiga, tapi fizikal dah tua. Org bebal je yg tulis description gitu utk IG. Lepas ni boleh sambung tulis "guna note 3 yg disimpan dalam beg LV oleh wife sy datin xxx yg memakai sepender la senza".
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadap sgt dengan title tu... Skali x iktiraf. Kang nak kena panggil dato' gak ke? Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 09:57 PM | Show all posts
Sehari tinggal berjela2 dh page..
Kena beli token lrt ni....

Yg penting aku taip guna ipad..
Harus ikot tokoh kenamaan menaip...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 10:04 PM | Show all posts
senahsanasini posted on 9-5-2014 09:57 PM
Sehari tinggal berjela2 dh page..
Kena beli token lrt ni....

curlast ko senah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2014 10:12 PM | Show all posts
teky posted on 9-5-2014 08:37 PM
Dorg ni cam xlyk tuk bertahta kat bod gossip.. Hazab ya rabbi...

Dh tu xkan kat bod kenamaan.. Layak ker..
bahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:13 PM | Show all posts
flarengirl posted on 9-5-2014 10:04 PM
curlast ko senah

Harus mengikot arus.. Mne tau senah pon boleh dpt dato sbb menaip ikot ayah boy..
gahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 11:31 PM | Show all posts
oh tohan, oyah so kenot brain this
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 11:38 PM | Show all posts
senahsanasini posted on 9-5-2014 10:13 PM
Harus mengikot arus.. Mne tau senah pon boleh dpt dato sbb menaip ikot ayah boy..
gahahahaha

pakai kad touch n go jah uols
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 12:24 AM | Show all posts
Menangis dorg kang bc mstar.online

Sementara itu The Star pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.

Akhbar Utusan Malaysia pada pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan  Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan  dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 12:58 AM | Show all posts
adiraadi posted on 10-5-2014 12:24 AM
Menangis dorg kang bc mstar.online

Sementara itu The Star pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah y ...

xdenye derang nak baca backdated punya news
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dengaq crita depa kata si boy eman tu ayahanda kwasan mna ntaa...tu yg snang2 ja dpt dato'...tp mcm lwak pn ad..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 01:26 AM | Show all posts
bungarose posted on 9-5-2014 08:54 PM
apersal yg dpt datok semua yang hala2 jer..sumbangan aper yg diorg buat? boy iman tu sapa? keje ape  ...

boyiman dulu ada kes dengan perumahan alfafa. skim cepat miskin.

boleh google.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 01:27 AM | Show all posts
dato_boyiman Lagi story pasal kami!
Di paper mingguan perdana!
Hari ini gua.com, mstar.com call interview boy..
Tetba hot..
#datoboyiman 6h
Read more at http://web.stagram.com/tag/datoboyiman#zPGOFQMU487oILaM.99



poyo nak mapsss
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 01:28 AM | Show all posts
iamida77 Gambar utk kad
#datoboyiman 3d
  rabzelicious Dato boy iman? Seriously ma? 3d
  iamida77 Esok beli metro @rabzelicious 3d
  rabzelicious Yeker? Ok2 kena beli niehh hehe ;) 3d
  ina_khayla Tahniah boy n @iamida77. 3d
  nielaila Dah jadi dato...tahniah2 3d
  natasha_norddin Sejak bila dh ada cucu?? 3d

Read more at http://web.stagram.com/n/iamida77/#SOgToMb4IQXF04H5.99





omggggg... jakun ke kak chik oiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2014 01:30 AM | Show all posts
dato_boyiman Kami masih bekerja!
Babysitter @rodeozaman tgh jaga #norulemmer
Datin @iamida77 tgh lepak layan ig..
#bfsbeauty
#datoboyiman 4d
Read more at http://web.stagram.com/tag/datoboyiman#zPGOFQMU487oILaM.99




jakunnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa  


i kenot brain thisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 01:57 AM | Show all posts
put3reen posted on 10-5-2014 01:30 AM
jakunnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa  

perlula kan nak mendatinkan wife dan menghashtagkan diri sendiri as dato?

kalau boy iman baca thread ni mesti dia akan ckp kita semua jaki kt dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 02:06 AM | Show all posts
Naseb pian cecupak xde ig, klu tak tentu rumah penih laharan tok 2 dato yg tak ptot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 08:05 AM | Show all posts
Dua Artis Terima 'Datuk Naning' Marah Dikutuk


Pian Cecupak (dari kiri), Nash dan Boy Iman menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk oleh pengamal adat pepatih Naning.

PETALING JAYA: Dua artis yang menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning berasa terkilan apabila ia dipersendakan oleh sesetengah pihak.

Kedua-dua artis berkenaan iaitu Pian (Cecupak) dan Boy Iman menjelaskan adalah tidak wajar mereka dijadikan bahan jenaka kerana keputusan menerima gelaran itu hanya sebagai menghormati permintaan puak tersebut.

“Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

“Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya,” ujar Pian dengan nada kesal kepada mStar Online.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei lalu.

Tindakan Pian dan Boy Iman memuat naik gambar-gambar mereka menerima anugerah berkenaan di laman sosial masing-masing mendapat kritikan banyak pihak kerana gelaran berkenaan dikatakan tidak sah.

Ia mengakibatkan kedua-dua mereka melepaskan rasa tidak puas hati di laman sosial masing-masing sebagai menjawab tuduhan berkenaan.

Dalam pada itu Pian atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak pernah berharap atau meminta untuk diberikan gelaran tersebut.

“Bukan saya yang minta atau bayar untuk dapatkan gelaran itu, namun jika pihak mereka ingin memberikannya, saya tidak boleh menolak kerana saya menghormati mereka yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada saya selama ini.

“Saya tidak kisah orang ingin iktiraf atau tidak gelaran itu kerana saya menghormati sejarah mereka dahulu, lagi pula saya hanya akan guna gelaran ini pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan puak itu sahaja,” ujarnya.

Pian berkata, dia menerima gelaran itu berikutan sumbangan yang diberikan atas kerja-kerja amal yang dilakukan bersama pihak berkenaan.

Dia juga mempunyai beberapa perancangan dalam membesarkan perniagaan kuah rojaknya bersama koperasi yang dimiliki oleh puak Naning berkenaan.

Sementara itu, pelakon Nurol Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman menganggap penganugerahan yang diberikan kepada beberapa selebriti termasuk dirinya adalah bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat publisiti tentang wujudnya puak itu dalam masyarakat.

“Saya tidak kisah tentang panggilan atau gelaran tersebut, bagi saya penganugerahan yang mereka berikan adalah satu penghormatan terhadap saya atas sumbangan saya kepada mereka.

“Mungkin bagi mereka penganugerahan tersebut dibuat kepada artis adalah untuk membolehkan  masyarakat sedar  tentang kewujudan mereka dalam masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Boy turut berharap agar masyarakat  tidak mempersendakan dan terus menghentamnya secara terbuka di laman-laman sosial tentang perkara ini.

Sementara itu The Star  pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.

Akhbar Utusan Malaysia  pada pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan  dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.118641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list