Polis sahkan Awie disiasat
| AWIE disiasat polis selepas isterinya, Rozana membuat laporan dia dicederakan suaminya baru-baru ini.
|
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isteri sendiri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan. “Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin... dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
|