Post time 26-1-2020 02:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
suriamir replied at 26-1-2020 12:05 PM
cousin i kata bagus utk kulit, dulu dia bnyk pimples n salu keluar bisul... pas amalkn makan sup ...
Ada kakak urut tu kata....utk orang ada penyakit cyst,fibroid tu semua pun bagus makan belut. Tapi kat area i ni pasar jarang ada belut, kena pergi pasar2 kat belah kampung itu pun ikut nasib , sebab belut ni susah nak dapat.
Post time 27-1-2020 01:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
salmon-suki replied at 26-1-2020 02:11 PM
Mmg pun..sejak2 geng dua alam ngn liberal brani bersuara,makin lama org2 melayu islam kita x jaga ...
Ohhh trulh truth... Berckp pasal viral ni... Im. No longer sgt nk try2 kedai viral ikut, wasap, ikjt fesbuk kee haper... Out of 10 viral, 1-2 kedai jer yg btol2 sedap...yg lain sama ada service ke laut.. Atau makan so so jer...
Post time 27-1-2020 01:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
jue10 replied at 26-1-2020 08:31 PM
Itu aku pun geli woii. Tpi xde la smpi mkn sup kelawar. So yucky!
Ahhahahah... Sup kelawar, ada kee Melayu try gak... Sb so far xdee plak kengkawan Melayu g makan... Tp even kengkawan cine pun xder yg g makan gak(cina malaysia).... Agak tertib jugaklah bab makan2
Post time 27-1-2020 02:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Coronavirus - Jadilah warga yang berfikir dan tenang.
Dilarang baca tajuk sahaja. Baca sampai habis!
Coronavirus telah pun menghinggapi 4 kes di Malaysia. Ramai bimbang. Dan memang WAJIB bimbang.
Namun jangan sampai kebimbangan itu menyebabkan kita termasuk dalam perangkap sentimen politik dan menghukum.
"China seksa Muslim Ughyur. Padan muka Allah hantar Coronavirus!"
"Patut menteri kena virus nie. Baru cepat bertindak!"
"Sekat pelancong China masuk Malaysia!"
"Negara lain dan bertindak. Malaysia lambat!"
"Kerajaan takut sebab China menyumbang kepada ekonomi pelancongan."
"Ini semua strategi DAP nak lumpuhkan melayu Islam!"
Saudara, coronavirus ialah isu kemanusiaan sejagat. Bukan isu politik, balas dendam dan padan muka. Biarlah pihak berautoriti bertindak. Kita warga marhaein ni sokonglah dengan kemampuan kita. Berdoa, share info yang benar dan tepat, bukan bermain sentimen kebimbangan yang tidak berasas.
Pihak KKM pasti telah melakukan sedaya mungkin usaha untuk mengekang hal ini. Bahkan Malaysia telah pun bertindak sama seperti negara-negara lain dalam menghadapi wabak ini. Kita suka mengulas berdasarkan sentimen dan baca tajuk. Kemudian tak melihat fakta sebenar. Rujuklah web KKM untuk mengetahui semua tindakan. Kebimbangan di FB ini wajar diluahkan tapi lakukanlah dengan waras tanpa menghukum dan menyalahkan orang lain yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan kita dan kita pula menjadi keyboard warrior menembak ke sana sini!
Sila baca kasi habis beserta bukti (link)
================================
a) Mengenai komen yang penuh cacian dan berunsur fitnah mengenai "Kenapa Malaysia tidak menghalang kesemua pelancong dari China secara total, sedangkan negara-negara lain sudah menghalang??".
b) Sebelum dikupas lebih lanjut, netizen perlu tahu bahawa Malaysia antara yang terawal berhentikan operasi penerbangan dari Wuhan [1] dan meningkatkan kawalan saringan di kesemua pintu masuk negara [2].
c) Serentak dengan itu, pihak berkuasa China telah menghalang (locked down) semua pintu keluar masuk dari Wuhan [3].
d) Mengenai negara lain yang telah menghalang kesemua penerbangan dari China seperti yang telah diwar-warkan oleh netizen : Philippines [4], Korea Selatan [5], Taiwan [6], dan Russia [7].
e) Kesemua pihak berkuasa negara-negara ini telah memberhentikan penerbangan dari Wuhan sahaja (untuk setakat ini)
DAN
mempertingkatkan kawalan saringan untuk penerbangan dari China yang lain (pelancong China yang lain masih boleh masuk). Sila baca link berita yang berkaitan jika masih ragu-ragu.
f) Ini bermakna, langkah negara-negara tersebut adalah sama seperti pihak berkuasa Malaysia yang telah lakukan. Malah, ada negara tersebut yang sedikit lewat menghalang penerbangan dari Wuhan.
g) Sesuatu yang amat janggal bila netizen telah salah tafsir ayat berita ataupun hanya membaca tajuk berita sahaja. Tak pasal-pasal jadi bahan politk.
h) Cuma yang tak dapat disangkal adalah Korea Utara [8] yang telah meghalang sementara waktu untuk kesemua pelancong luar (satu dunia) untuk menghalang penyebaran virus ini kerana kekurangan infrastruktur perubatan di sana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, seperti langkah mereka ketika Ebola sebelum ini.
i) Kebanyakan negara sedang menunggu keputusan WHO dalam hal ini sebelum pihak berkuasa masing-masing menentukan larangan secara menyeluruh.
j) Diharapkan WHO sepakat untuk declare darurat untuk kes ini dan larangan penerbangan dari kesemua bandar di China pasti akan berlaku nanti.
k) Tidak kira Kerajaan BN atau PH pasti akan lakukan perkara yang sama seperti sekarang. Namun apabila diselitkan dengan politik, halal haram fitnah sudah tidak dihiraukan. Tak kisah la siapa-siapa yang berkuasa, BN atau PH, kita perlu support apa-apa SOP kerajaan dalam hal ini.